Simpulan Ikatan itu akhirnya terlerai sedikit demi sedikit….

 

 

Sudah lama ikatan itu terikat

Ikatannya sungguh kukuh dan rapi

Bermusim lamanya masih kuat ikatannya

Hari demi hari

Ikatan itu belum terlerai

Semakin bertambah kuat ikatan itu

 

Hati kecil bertanya

Bertahankah ikatan itu hingga berkurun lamanya?

Bertahankah ikatan itu tanpa ada yang melepaskannya?

Bertahankah ikatan itu walaupun tali recycle digunakannya?

 

Akhirnya

Tiba juga saat ikatan itu terlerai

Sedikit demi sedikit ia terbuka

sehingga hampir terlerai sepenuhnya

Yang dulu kukuh dan kuat

Bukan kerana factor usia

Mahupun tali recycle yang digunakan

Tetapi terlerainya ia

Kerana faktor kesetiaan, kejujuran,simpaty dan rasa hormat

 

Hati kecil ini bertanya lagi

Mampukah ikatan itu kukuh seperti  sebelumnya?

Kerana sejak terlerainya simpulan rapi itu

Rupanya banyak perkara ada di dalam simpulan-simpulan itu

1001 persoalan dan jawapan

Sehingga kini, aku hanya merenung ikatan

Tali-tali itu

Dengan pandangan yang samar

Apakah kesudahan ikatan dan simpulan itu

Tali-tali itu mampukah mengikat dengan baik dan subur

Berlandaskan hukum syarak yang diredhai

Sedangkan tali-tali itu kritikal dan beresiko untuk terus tersimpul

Apakah penghujung simpulan ikatan itu??

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: