Berhias dan berdandan untuk suami

 

Kita tidak boleh lupa bahawa perhatian seorang wanita terhadap kewanitaan dan kecantikkannya secara wajar merupakan sesuatu yang sangat perlu untuk diingat dan diterima sebagai kenyataan, dengan keyakinan bahawa lipstick paling indah yang menghiasi bibirnya adalah SENYUMANnya yang manis, celak paling indah yang menghiasi sepasang matanya adalah PANDANGANnya yang sayu dan lembut, pakaian paling cantik yang dia kenakan adalah KELEMBUTAN dan femininnya, serta perfume paling harum yang dia pakai adalah KEBERSIHANnya.

 

Memakai pakaian indah

Oleh itu seorang isteri harus memberikan hak kepada sepasang mata suaminya untuk melihat yang indah-indah sahaja, memberikan hak kepada sepasang telinganya untuk mendengar yang baik-baik sahaja, serta memberikan hak kepada hidung dan cita rasanya untuk mencium dan merasakan yang baik-baik sahaja. Isteri harus sentiasa memakai pakaian yang indah dan cantik, yang  menawan hati suaminya.

Dengan demikian, dia dapat memiliki perasaan dan hati suaminya. Akan tetapi, bukan bererti bahawa perhatian terhadap masalah-masalah tersebut membuatnya mengabaikan urusan-urusan rumah tangga yang mencakupi mengasuh anak-anak, memasak, membasuh, membersihkan, dan mengatur perabot-perabot rumah. Hal-hal seperti itu semuanya masuk dalam tanggungan pemeliharaan serta tangungjawabnya selaku pemimpin yang memang harus bertanggungjawab terhadap kerja-kerja di dalam rumah.

 

Memakai wangi-wangian

Isteri yang bijaksana tentu tidak melupakan memakai wangi-wangian di hadapan suaminya kerana ianya merupakan daya tarikan tersendiri bagi suami yang inginkan isterinya kelihatan cantik dan wangi. Sebab badan yang berbau busuk akan sangat dibenci oleh suami, apalagi suami yang baru pulang dari pejabat, dimana dia melihat dan menyaksikan ramai wanita yang berdandan dengan dandanan memikat dan harum semerbak yang amat mempesona.

Tentu sekali ia sangat menginginkan isterinya seperti wanita-wanita yang baru saja dilihatnya. Oleh itu isteri mestilah memahami karakter suami agar suami semakin sayang dan mesra kepadanya.

Satu Respons

  1. saya sentiasa berhias untuk suami… tapi bagaimana untuk mengikhlaskan diri melayani suami? supaya saya tidak mengharapkn balasan,tidak mengharapkan pujian daripada suami? saya sudah mengamalkan doa kebahagiaan rumah tangga dan pelbagai lagi doa yang sesuai untuk memperkukuh talian pernikahan kami. sekarang saya perlukan nasihat untuk diri saya sendiri kerana sering mengharapkan balasan kasih sayang dari suami yang tidak dapat meluangkan masanya untuk saya kerana sibuk bekerja dan banyak komitmen.saya sedar sikap saya yang terlalu mengharap itu tidak wajar tapi bagaimana nak mengatasi sikap ini supaya saya kembali ceria dan tidak menangis meskipun suami tidak ada disisi menemani.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: