Kelebihan Surah Al-Mulk

Kelebihan Surah Al-Mulk

Surah Mulk hendaklah dibaca dengan banyaknya. Dengan menjadikan amalan membacanya secara istiqamah dalam kehidupan seharian. Terdapat banyak fadhilat yang terkandung dalam Surah tersebut, iaitu:

 

1.      Tiga puluh ayat Surah Mulk akan terus mensyafaati bagi orang yang membacanya dengan istiqamah hingga ia diampunkan. Dalam riwayat lain: ia mencari keampunan bagi pembacanya hingga ia diampunkan.

 

2.      Rasulullah SAW bersabda: “Hatiku ingin supaya Surah Al-Mulk berada di dalam hati setiap orang yang beriman” (iaitu setiap muslim hendaklah mempelajarinya dan membacanya dengan istiqamah).

 

3.      Di dalam kubur orang yang telah mati para malaikat azab datang pada sisi kakinya untuk memberi  hukuman.  Kakinya berkata “kamu tidk dapat hampir dari sisi kakiku kerana orang ini pernah berdiri dalam solat dan membaca Surah Al-Mulk”. Kemudian mereka datang dari sisi dada (hati) dan perut, dan mereka juga terhalang. Kemudian mereka datang dari sisi kepala. Pendekata, setiap sendi berkata “kamu tidak dapat datang dari arah ini kerana orang ini selalu membaca Surah Al-Mulk”. Maka, Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.

 

2 Respons

  1. yaa..Allah….ampun kan la dosa-dosaku dan seluruh muslim dan muslimat yg masih hidup dan sudah meninggal dunia.. dan jauhkan lah kami dari Fitnah dunia dan Kubur……..

  2. Ya Allah, semoga kami tergolong dalam orang-orang yang beriman dan mendapat keampunan dan keredahaan Mu. Amin…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: