Bangunkanlah untuk anda sebuah istana di dalam syurga

Dr. ‘Aidh Bin ‘Abdullah Al-Qarni

 

Ku turuti keinginanku,

Ternyata ia memperhambakanku

Sekiranya aku menerima apa adanya

Tentulah aku menjadi orang yang merdeka

 

Perhatikan betapabanyak generasi yang telah berlalu. Apakah mereka pergi membawa harta-benda mereka? Membawa istana-istana mereka? Pangkat serta kedudukan mereka? Apakah mereka dikuburkan dengan emas permata mereka? Apakah mereka berpindah ke akhirat dengan kereta-kereta dan pesawat-pesawat mereka? Sekali-kali TIDAK…..!

Bahkan mereka ditelanjangi dari baju dan penutup, dimasukkan dengan kain kafan ke liang kubur, kemudian mereka ditanya: “Siapakah Tuhanmu? Siapakah nabimu? Apakah agamamu?”

Oleh kerana itu, bersiap-siaplah dan bekalilah diri anda untuk menghadapi hari itu. Janganlah anda bersedih hati atau kecewa kerana kehilangan sesuatu dari harta duniawi, kerana sesungguhnya harta duniawi itu adalah barang yang murah dan pasti lenyap, dan tidak kekal, selain amal soleh.

 

Firman Allah SWT:

Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.” (Surah An-Nahl, ayat 97)

 

2 Respons

  1. Assalamualaikum..

    Hanya 3 perkara sahaja akan memberi extra ke alam barzakh..anak soleh, ilmu bermanfaat dan sedekah..

    salam ziarah dan ukhwahfillah..
    Mungkin kita boleh exchange link?

  2. wsalam….

    ye, sememangnya 3 perkara itu lah yang akan beri kita pahalanya berterusan…. amal jariah patut kita perbanyakkan terutamanya sedekah buat masjid n jugak sedekah pada rumah anak yatim…

    ble aje kita tukar2 link🙂

    arap segala ilmu ada di dlm blogs ni berguna pada semua orang….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: