Azab cinta sejenis

Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my

 

JOHOR BAHRU: “Janji dia menyayangi saya di dunia dan akhirat adalah drama semata-mata. Selepas dua bulan tinggal bersama, dia mula tunjuk belang termasuk mencuri wang dan menggadai semua barang kemas saya,” kata seorang mangsa pengkid temberang yang hanya mahu dikenali sebagai Anita, 33, semalam.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu menyesali peristiwa hitam dalam kehidupannya gara-gara terpedaya pujuk rayu dan godaan kekasih kaum sejenis hingga melarikan diri meninggalkan anak dan suami pada 2005.

Dia sanggup melupakan anaknya yang ketika itu berusia tujuh tahun dan suami yang bekerja sebagai pekerja kontrak.

Mengenang semula peristiwa gelap itu, kata Anita, ia umpama mimpi buruk kerana tidak menyangka boleh terjalin hubungan intim bersama Angah yang berperwatakan lelaki di tempat kerja iaitu sebuah kilang di Tampoi.

“Angah yang berusia 40-an berpura-pura baik dan penyayang sehingga menjadi tempat saya berkongsi masalah keluarga. Hubungan kami kemudian bertambah rapat dan lebih daripada rakan biasa.

“Saya taksub dengan kata-kata Angah lalu mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri mahupun ibu. Selama setahun menjalin hubungan bersamanya, saya sanggup membelanjakan semua duit gaji bagi memenuhi pelbagai permintaannya.

“Apabila cinta songsang kami diketahui keluarga, saya tidak berfikir panjang untuk melarikan diri apabila Angah mengajak memulakan kehidupan baru bersamanya disebabkan tiada pilihan lain untuk menyelamatkan hubungan itu,” katanya.

Anita berkata, mereka melarikan diri ke Melaka dengan bekerja sebagai operator pengeluaran manakala tempat tinggal di asrama pekerja.

Kebahagiaan mereka tidak kekal lama kerana pengkid terbabit mula menunjukkan sikap agresif termasuk nyaris mencederakannya beberapa kali apabila hubungan percintaannya dengan seorang gadis lain terbongkar.

“Angah sanggup mencuri pelbagai barang kemas saya dan wang semata-mata untuk menampung keperluan kehidupan sosialnya.

“Perbuatannya menimbulkan tekanan hebat kerana sudahlah saya meninggalkan keluarga demi dia, dia pula bersikap lepas tangan walaupun pernah berjanji sehidup semati bersama saya.

“Saya terkilan dengan tindakannya memperbodohkan saya apabila menghilangkan diri dan meninggalkan saya berseorangan,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Kempas, semalam.

Anita berkata, dia bersyukur kerana keluarga sanggup menerimanya dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu.

Selama ini dia bekerja di Temerloh kerana tidak mahu pulang kerana bimbang keluarga tidak akan menerima kehadirannya.

“Perpisahan itu balasan Allah terhadap perbuatan saya dan ia memberi pengajaran.

“Hanya kunci rumah yang saya bawa bersama menjadi pengubat rindu terhadap keluarga selama tiga tahun ini,” katanya yang tidak menyangka ahli keluarga termasuk ibunya yang sanggup meminta bantuan Harian Metro pertengahan Ogos lalu.

Dia yang membaca berita itu segera menelefon ibu dan memaklumkan situasi sebenar kerana tidak mahu dia bimbangkan keselamatannya.

“Kami tidak tahan sebak kerana sudah lama tidak berbual, tetapi saya tidak dapat pulang segera ke Johor kerana perlu memberi notis berhenti kerja kepada majikan.

“Saya tidak menjangka ibu dan anak saya, Lela yang kini sudah berusia 10 tahun sanggup menjemput saya di Terminal Pengangkutan Awam Larkin apabila saya tiba di Johor kelmarin,” katanya.

Pada 15 Ogos lalu, Harian Metro melaporkan perbuatan seorang tomboi yang melarikan isteri seorang pekerja kontrak sejak tiga tahun lalu hingga gagal dikesan.

Kejadian itu mengakibatkan keluarga wanita terbabit hanya mampu meratap kesedihan apabila insan kesayangan mereka menjadi mangsa pujukan tomboi itu.

Keluarga berkenaan pernah membuat laporan polis mengenai kehilangan wanita itu di Balai Polis Larkin di sini, 23 April 2005.

 

Kekasih vs Ibu

ibu

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! ”
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu

Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.

Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada.

ingatlah pengorbanan ibuuuuu….

 

 

* coretanku…

kwn yang fwd dalam mail bahan bacaan dkt atas… emmm… mang agak sukar nak agih2kan sayang pada org2 tersayang. tapi bagiku kasih sayang orangtua kitalah yang patut diletak atas kemudian barulah orang2 lain. teringat pesan seseorang yang amat bermakna dalam hidupku, dia pesan dengan kata2…”makbapa itulah yang kita ada satu2nya didunia dan akhirat… sedangkan suami, isteri atau anak2 hanya pinjaman Allah pada kita”

 

sejauh mana kasih sayang kita pada ibu kita?

adakah keperluannya kita telah sempurnahkan?

pernahkah kita selami hati dan perasaannya?

sejauh mana pengorbanan kita selama ni untuknya?

bukalah minda dan hati sebelum kita kehilangan insan yang amat tersayang ini….

 

Kontroversi akta poligami

kawin2-malaysia

Susunan Idris Musa
idris@hmetro.com.my

SUNGGUHPUN mereka membuang undi terhadap undang-undang dibuat parlimen wilayah autonomi Kurdistan, ramai pihak mempercayai sekatan baru mengenai poligami berlawanan dengan nilai agama dan sosial, malah lebih membebankan daripada membantu wanita.

“Rakyat Kurdis tidak gembira dengan berakhirnya poligami,” kata seorang ahli parlimen daripada parti Kesatuan Islam Kurdistan (KIU), Mullah Anwar.

Parlimen di autonomi wilayah selatan Iraq menerima satu undang-undang sekatan, di bawah perihal lelaki boleh mempunyai lebih seorang isteri.

Melalui pembentukan undang-undang baru, menggantikan undang-undang keluarga lama yang digunakan sejak 1958, seorang lelaki dibenarkan berkahwin dengan isteri kedua dan lebih, hanya apabila isteri pertama tidak dapat melahirkan anak atau menderita disebabkan penyakit.

Ia juga menyatakan, seseorang lelaki tidak boleh mempunyai wanita kedua jika beliau bersumpah dalam kontrak perkahwinan pertamanya tidak akan mempunyai isteri lain.

Bagi lelaki yang didapati melanggar undang-undang baru itu, mereka akan berdepan tindakan mengikut undang-undang iaitu hukuman penjara sekurang-kurangnya enam bulan dan denda 10 juta dinar Iraq.

Seorang ulama dari bandar Sulaimaniyah, Kejo Zaho, berpendapat, undang-undang itu melanggar hak agama.

“Kami adalah orang Islam dan undang-undang Islam jelas mengenai hak kami berkahwin lagi.

“Poligami adalah hak kami dan tiada sesiapa boleh menafikannya,” katanya.

Islam melihat poligami sebagai jawapan yang realistik terhadap gejala sosial seperti perzinaan, apatah lagi janda atau wanita diceraikan suami.

Bagaimanapun, seorang lelaki Muslim yang ingin berkahwin dengan isteri kedua atau ketiga perlu memastikan layanan terhadap mereka adil.

Dalam amalan poligami kitab suci al-Quran ada menegaskan jaminan berlaku adil dan jika seorang lelaki tidak dapat memberikan jaminan itu, malah takut tidak dapat berlaku adil, memadailah memiliki seorang isteri.

Ramai ahli politik Kurdis mempercayai undang-undang baru mengenai poligami itu hanya menggembirakan dan memberikan kemenangan kepada kumpulan feminis.

“Beberapa tahun sebelum ini, lelaki Kurdis dibenarkan untuk mengahwini lebih daripada seorang wanita dan tidak menghadapi kesukaran untuk tujuan itu,” kata ahli Persekutuan Islam Kurdis (KIA) di Arbil, Diyari Hawar.

Bagaimanapun, seorang pegawai kanan di Kesatuan Wanita Kurdis (UKW), Leila Abdullah, tidak bersetuju dengan peruntukan poligami.

“Poligami memusnahkan kesatuan keluarga dan boleh memberikan kesan terhadap demokrasi di negara ini.

“Malangnya isu terbabit lebih bersifat politik daripada kemanusiaan,” katanya.

Dari 1994 hingga 2005, apabila Kurdistan terbahagi dua, poligami diharamkan di kawasan yang diperintah Kesatuan Patriotik Kurdistan (PUK) tetapi dibenarkan di kawasan yang ditadbir Parti Demokratik Kurdistan (KDP).

Sejak dua pentadbiran itu disatukan pada 2005, isu terbabit menjadi tumpuan dengan parlimen di peringkat wilayah mengeluarkan undang-undang yang menaungi seluruh kawasan.

“Kami tidak menang sepenuhnya, jadi kami akan tetap berjuang untuk membuang semuanya berkaitan poligami di Iraq,” kata pegawai media Pertubuhan Kebebasan Wanita Kurdistan, Jiwan Ahmed.

Begitupun, ramai bimbang tindakan itu menyebabkan kumpulan feminis mendapat kuasa terlalu banyak.

“Kebebasan keterlaluan diberikan kepada aktivis di negara ini memberikan kesan kepada hak kita,” kata Hawar.

Anwar, iaitu ahli parlimen daripada KIU, bersetuju dengan pendapat itu.

“Aktivis wanita menangani isu terbabit secara personal dan tidak bimbang mengenai akibat, yang memungkinkan suatu kehilangan kepada wilayah ini sekiranya poligami dibuang semuanya.”

 

 

Surah al-Fatihah ibu doa

Fadilat Amal

Allah berfirman yang bermaksud: Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (al-Fatihah: 1-7)

Keterangan Ayat

Surah al-Fatihah adalah surah yang istimewa diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w yang tidak pernah diturunkan kepada nabi-nabi sebelumnya. (Riwayat Muslim)

Ia mempunyai beberapa nama. Antara yang masyhur adalah al-Fatihah yang bermaksud pembukaan kerana ia merupakan surah yang pertama dalam susunan surah-surah al-Quran dan yang pertama dibaca dalam solat. (Tafsir al-Tabari, Tafsir al-Mawardi dan Tafsir surah al-Fatihah)

Ia juga dipanggil Ummul Kitab yang bermaksud Induk al-Quran kerana kandungannya menghimpunkan maqasid al-Quran iaitu pujian kepada Allah yang menegaskan rububiah-Nya, menjelaskan kaedah beribadat kepada-Nya dan memohon hidayah-Nya, kisah-kisah umat yang terdahulu, gambaran kedudukan hamba-hamba – Nya yang bahagia, menderita dan sebagainya.

Ia menduduki tempat sebagai ibu kepada semua surah yang lain. Orang-orang Arab menamakan semua perkara yang menghimpunkan perkara yang lain sebagai Ummun.

Mekah dipanggil Ummul Qura kerana semua bandar lain bergantung kepadanya. (Al-Tafsir al-Qayyim, Tafsir surah al – Fatihah, Rawai’ al-Bayan: Bab al – Fatihah)

Selain itu, surah ini juga dipanggil oleh Allah dalam surah al-Hijr ayat 87 sebagai al-Sa’bul Mathani yang bermaksud tujuh yang berulang kerana terdiri daripada tujuh ayat dan dibaca secara berulang-ulang dalam solat. (Tafsir al-Samarqandi, tafsir surah al-Fatihah, Lisan al-Arab, lihat a-Mathani)

Al-Qurtubi menyenaraikan 12 nama bagi surah ini iaitu antaranya al-syifa’ (penyembuh), al-Wafiah (yang menyempurnakan, al-Kafiah (yang mencukupkan), al-Asas (asas), al-Hamd (pujian) dan lain-lain.

Beliau mengambil nama-nama itu secara tauqifi daripada Nabi s.a.w atau melalui ijtihad para sahabat. (Tafsir al-Qurtubi, tafsir surah al-Fatihah)

Al-Alusi pula menyebut surah ini memiliki lebih daripada 20 nama. (Ruhul Ma’aani, tafsir surah al-Fatihah)

Khasiat dan Kaifiat Beramal

Thabit dalam hadis sahih riwayat al-Bukhari mengatakan bahawa surah ini mampu menjadi penawar bagi mengubati bisa sengatan. Seorang sahabat telah diminta mengubati ketua penduduk yang disengat binatang berbisa. Lalu seorang sahabat telah menjampi dengan menggunakan surah al-Fatihah. Dengan izin Allah dia telah sembuh.

Cara yang dilakukannya ialah dengan membacakan surah al-Fatihah dengan mengumpulkan sedikit ludahan. Kemudian ditiupkan dan disertai sedikit ludahan pada bahagian badan yang sakit itu. Malahan disebut dalam Fath al-Bari, semua jenis penyakit boleh disembuhkan dengan membaca surah ini.

* Petikan daripada buku 101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam al-Quran Khasiat & Kaifiat Beramal terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.

 

Bila anda menghadapi kesulitan memohonlah kepada Allah yang Maha Mengetahui

Dr. ‘Aidh Bin ‘Abdullah Al-Qarni

 

Apabila semua jalan terasa buntu oleh anda

Maka fikirkanlah janji yang ada

Dalam Alam Nasyrah (Surah Al-Insyirah)

 

Ibnu Al-Jauzi berkata: Suatu urusan menghimpitku membuatku cemas dan gelisah berlarut-larutan. Aku terus berefikir mencari jalan penyelesaian dari kecelaruan itu dengan berbagai cara dan usaha. Tetapi aku tidak menemukan satu penyelesaian pun untuk keluar darinya, hingga ada sebuah ayat yang menawarkan kepadaku, ayat itu adalah:

“…..dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),” (Surah At-Thalaq: Ayat 2)

 

Setelah itu aku sedar bahawa ketaqwaan adalah jalan keluar dari kebingungan. Itu sebabnya aku berusaha meningkatkan ketaqwaanku, maka aku pun menemukan jalan keluarnya.

Menurut hemat saya, taqwa menurut orang-orang yang beraqal merupakan penyebab segala kebaikan. Tidaklah sekali-kali terjadi seksaan, melainkan dosa, dan tidaklah sekali-kali seksaan dihilangkan, melainkan kerana taubat. Kekeruhan, kesedihan dan kesengsaraan, tiada lain merupakan balasan dari berbagai perbuatan yang telahku lakukan, seperti sambil lewa dalam mengerjakan solat, mengumpat wanita muslimah, meremehkan hijab, atau malakukan hal yang diharamkan.

Sesungguhnya, orang-orang yang menentang jalan Allah mesti membayar harga penentangannya itu dan menutupi nota kealpaannya dengan melakukan ketaatan. Yang menciptakan kebahagiaan itu adalah Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Bagaimana anda memohon kebahagiaan dari selain Allah? Seandainya setiap orang memiliki ketaatan, maka di bumi ini tidak akan tersisa lagi orang-orang yang sedih dan sengsara.

Peritnya rasa pengalaman berkait dengan kawan…

      11

Penatnya rasa dalam hati… betul2 rasa letih! Aku kena sabar dan tabah. Inilah perjalanan hidupku. Tak perlu dikesalkan apa yang datang. Kekadang diri dan minda ini, betul2 tidak dapat memikul semua mslh yang datang serentak dengan banyaknya. Tapi aku kena tabah dan sabar, perjalanan masih jauh perlu aku jalani. Ada insan yang perlu aku utamakan dahulu dari semua mslh yang datang tanpa diundang ni.

Satu persatu datang, terus menerus menghentam hati dan harga diriku. Kucuba pertahankan hakku. Itulah yang mampu aku lakukan. Tak sangka banyak fitnah aku terima dan sangat2 terkilan bila kawan baik suatu ketika dahulu yang dengan sedap melontarkan tentang maruah diriku dan mempertikaikan harga diriku. Terima kasih di atas penghormatanmu terhadapku… fitnah yang dilontarkan yang sampai menjatuhkan harga diriku. Allah Maha Adil, aku tak pernah aniaya orang, dan aku arap aku tidak teraniaya.  Moga musibah yang datang ini akan dibalas dengan seribu kebaikan dari yang Maha Esa. Segala fitnah dan hinaan terhadapku akan aku pertahankan selagi aku ditempat yang benar. Yang penting aku dapat balik hakku yang sepatutnya aku dapat balik. Terima kasih atas hinaan terhadapku yang kunun sebagai teguran. Teguran ni ada dua kategori, teguran membina dan teguran membinasakan/menjatuhkan. Bagiku, itu bukan teguran membina tapi membinasakan dengan mengaibkan diriku. Membahaskan kehormatan dan pergaulanku sewaktu ketika dahulu sedangkan aku tahu siapa diriku sendiri. Masih mempertahankan maruah kesucian wanita akhir zaman. Aku tahu aku bukan maksum tapi harga diri dan maruah tetap aku pertahankan, malah aku masih menjaga adab-adab pergaulanku sesama kawan.

Aku berserah pada Yang Esa dengan kata “tiada daya dan upaya aku melainkan dengan kekuatan Allah, dan aku berserah kepadaNya”. Moga ia akan menjadi pengajaran kepada diriku dikemudian hari. Berhati2 bila berkawan. Jangan meletakkan 100% kepercayaan pada orang luar walaupun bergelar kawan baik, sebab mereka juga manusia biasa yang dicipta dengan kelemahan. Dan mereka juga boleh membinasakan kita pada bila2 masa je. Selagi dipihak yang benar, jangan berputus asa mempertahankan hak yang sepatutnya kita perolehi…

 

Bahagiakanlah hidupmu di hari ini

Dr. ‘Aidh Bin ‘Abdullah Al-Qarni

 

Mereka tidak mengira bahawa sesudah kebaikan

Ada keburukan dan mereka tidak mengira

Bahawa keburukan itu merupakan kepastian

Yang tidak dapat ditawar-tawar lagi

 

Seseorang yang telah mencapai kebahagiaan berkata; “Hari yang indah adalah hari di mana kita menguasai dunia, dan ia tidak menguasai kita. Ia adalah hari di mana kita dapat mengendalikan syahwat dan kesenangan serta kita tidak pernah tunduk kepadanya baik secara terpaksa atau sukarela”

Di antara hari-hari yang aku ingat dan tidak akan aku lupakan ialah Hari-hari ketika aku menguasai diriku dan keluar dari ujian keraguaan terhadap hal-hal yang aku mampu atau yang tidak mampu, adalah hari yang sangat indah bagiku.

Betapa indahnya hari itu, saat aku terumbang ambing di antara pujiaan orang lain dan pekerjaan yang tiada seorang pun mengaggapinya dengan atau mahu tahu dengannya. Makaku tepiskan semua pujian itu dan aku merasa puas dengan pekerjaan yang selalu ku ingat sepanjang hidupku tanpa ada seorang pun yang mengetahuinya.

Keindahan hari tersebut adalah di mana aku harus memilih antara poketku yan penuh dengan lembaran wang, tetapi hati nuraniku kosong dari kemuliaan dan kehormatan. Lebih baik kuputuskan untuk bertangan kosong daripada hati nuraniku menjadi hampa.

Hari-hari itu memang indah. Dan yang terindah sekali adalah ketika aku menerima bahagianku yang sangat sedikit, kecuali hal yang berkaitan dengan kesedaranku tentang kemampuanku dalam mengedalikan diri untuk menangani pekerjaanku. Hal ini bererti aku harus bersyukur kepada Allah kerana bererti aku masih dapat berbuat banyak perkara.