Akhlak ke mana menghilang…

 untitled1

 

Mataku tajam merenung dan memerhati, telingaku tekun mendengar. Rupanya akhlak berlembut warisan Rasulullah hanya sedikit tersisa pada kita, umat baginda yang datang terkemudian ni. Mudah benar kita memaki hamun dan meninggi suara bila amarah datang. Boss marah pada pekerjanya dengan spontan segala keluar dari mulutnya, bukan setakat boss tapi kawan-kawan kita juga akan mengeluarkan perkataan yang menyakitkan hati bila marah pada kita. Kekadang aku terfikir, ke mana hilangnya rasa bersabar dan berlembut orang bila keadaan marah?

Aku juga tidak lepas dari mangsa sebegitu, segala maki hamun sudah biasa aku kena J, adatlah sebagai manusia mang tidak akan lari dari segala macam karenah manusia. Malah kawan rapatku sewaktu ketika dulu juga selalu marah aku dengan meninggi suara. Aku terkedu juga bila kena marah, tapi aku tak pernah membalas dengan maki hamun. Mulutku ni aku tak pernah didik memaki @ bersuara tinggi walaupun dalam keadaan marah. Cuma aku juga insan biasa, aku pernah meninggi suara sewaktu zaman study pada fresher yang baru masuk. Sampai sekarang aku ingat setiap peristiwa itu. Mengapa aku boleh bertindak begitu, rupanya tahap kesabaranku hilang ntah ke mana. Itulah pentingnya kesabaran. Ia dapat menjadi ubat keadaan. Kesan dari amarahku itu, budak2 fresher semua takut dengan aku J, tengok aje aku terus tunduk, tak pun terus cari jalan lain. Terfikir jugak aku, sampai begitu sekali budak2 ni takut padaku. Sedangkan aku tak pernah berkasar, membuli dan mendera diaorang. Itu aku Cuma bersuara tinggi kerana tangjwb sebagai seorang ketua kebersihan, kalaulah keluar dari mulutku maki hamun, bagaimana agaknya penerimaan orang padaku?.

Berhadapan dalam dunia kerja, lagi rumit. Boss dengan mudah maki hamun kita depan pekerja2 lain. Sekecil semut kesilapan kita akan menjadi sebesar-besarnya bila keadaan boss yang tidak baik. Ekoran dari masalah peribadi si boss, kita juga yang akan kena tempias dengan cara melepaskan marah pada kita. Kena sabar, itulah penawarnya. Belum lagi berhadapan dengan kawan2 yang spontan mengeluarkan perkataan yang menyakitkan hati dengan bersuara lantang hingga gegendang telinga kita pun hampir pecah.

Sebenarnya memang payah dan susah nak mencari akhlak yang baik, nak didik diri menjadi akhlak baik dengan berlemah lembut pun sukar. Lebih2 lagi yang sudah terbiasa dengan mak ayah dan adik-beradik jenis bersuara lantang dan sudah terbiasa maki hamun bila marah. Aku lihat sendiri depan mata bila berhadapan dengan satu keluarga dari mak ayah sehingga semua anak2 jenis maki hamun. Bila marah segala keluar dari mulut si ayah. Terkedu aku bila si ayah memarahi anaknya dengan perkataan bab*, anji*,bodoh banyak lagi perkataan yang kesat. Terdiam aku sehingga habis si ayah marah anaknya. Sejak aku kecil sehingga besar sebegini ayah dengan mak tak pernah marah kami adik beradik sebegitu. Mak mang selalu marah dengan ragam anak2nya semasa kecil tapi perkataan maki dan kesat tak pernah lagi kedengaran sehinggalah mak ayah dah tua. Mang sukar aku terima bila dengar orang bersuara lantang sbb mak ayah bukan dari golongan itu. bagiku semua bermula dari rumah, andai didikan dekat rumah sempurna insyaAllah sempurna juga akhlak kita.

Rutin seharian kita juga sumber penting dalam pembentukkan akhlak. Akhlak itu perlu dipelajari dan dididik juga perlu diminta pada Allah SWT dengan berdoa agar dianugerahkan akhlak yang baik. Kita diajar dan disarankan mengamalkan doa bila bercermin untuk memohon kepada Allah agar diberi akhlak yang baik dan sempurna. Dalam sehari pasti kita akan berhadapan dengan cermin untuk mmperbetulkan keadaan diri, dekat situlah pentingnya doa dengan memerhati keadaan diri lafazkanlah pujian kepada yang berhak.

“Segala pujian adalah untuk Allah, ya Allah sebagaimana engkau perelokkan kejadianku maka perelokkan juga akhlakku”

Pupuklah akhlak yang baik dalam rutin seharian kita. Pelajari ia dan carilah bila tidak temui. Berlembutlah bila berbicara, santunkan suara mahupun perbuatan. Semua itu akan diberi ganjaran, bukan sesuatu yang merugikan. Moga kita sentiasa berakhlak mulia sejajar dengan warisan akhlak Rasulullah yang sentiasa berlembut dalam apa juga perbuatan mahupun bicara. Jagalah LIDAH, sbb ia lebih tajam dari sebilah pedang.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: