Malas adalah teman KEGAGALAN

Dr. ‘Aidh Bin ‘Abdullah Al-Qarni

 

Tempat yang paling dibanggakan di dunia

Adalah yang mempunyai penerangan

Dan sebaik-baik teman duduk sepanjang masa

Adalah buku

 

Kami menganjurkan kepada anda untuk menekuni pekerjaan anda dengan benar. Kemudian, janganlah anda berpangku tangan kerana bosan, malas dan tunduk pada kelalaian. Tetapi bangkitlah dan kemaskan rumah dan perpustakaan peribadi anda. Tunaikanlah tugas anda, dirikan solat, bacalah Al-Quran dan buku-buku yang berfaedah dan dengarkanlah kaset-kaset yang bermanfaat. Duduklah bersama para tetangga dan teman-teman anda. Diskusilah kepada mereka hal-hal yang dapat mendekatkan diri kepada Allah.

Pada saat itu engkau akan menemukan kebahagian, kelapangan dan kegembiraan, janganlah sekali-kali kamu menyerah pada kekosongan kerana semua itu akan memberimu penderitaan, kesempitan hati, godaan, keraguan dan kesuraman jiwa yang tidak akan dapat dihilangkan kecuali dengan menyibukkan diri dengan pekerjaan.

Anda harus memperhatikan penampilan anda, sehingga anda tetap kelihatan cantik, harum di dalam rumah, serta kelihatan kemas dan bersih tempat duduk anda. Anda harus menyambut suami anda dengan akhlak yang baik, begitu pula terhadap anak-anak anda, saudara-saudara anda, kaum kerabat anda, dan teman-teman anda dengan senyuman keramahan dan dada yang lapang.

Aku peringatkan agar engkau menjauhi perbuatan maksiat kerana ia adalah penyebab kesedihan. Khususnya perbuatan maksiat yang banyak dilakukan oleh perempuan seperti melihat sesuatu yang diharamkan (bukan mahram), melaknat, mencaci, dan mengumpat atau mengingkari hak-hak suami dan tidak mengakui kebaikannya. Semua perbuatan tersebut banyak dilakukan oleh perempuan kecuali mereka yang mendapatkan rahmat Allah. Takutlah engkau akan kemurkaan Allah. Bertaqwalah kepadaNya, kerana taqwa adalah jaminan kebahagianmu dan keredhaanNya atas hati tulusmu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: