Aku hanya insan biasa…

untitled2

 

Inilah penghujung jalan kisahku… akhirnya terputus juga simpulan ikatan yang dulu aku jaganya dengan rapi. Aku kena tabah dan sabar sebab akulah punca benda ini terjadi. Bukan kerana dia tapi aku yang gagal kawal emosiku. Aku semakin susah nak tenangkan hati sendiri, malah aku nak miliknya secara mutlak dan keseluruhan. Tapi aku silap, dia BUKAN MILIKku… dia milik insan lain yang sememangnya berhak. Siapalah aku untuk menuntut apa2 dari dia. Kasihsayang pun tidak berhak aku tuntut..

 

Hari itu, aku betul2 gagal kawal emosi… aku marah sangat2, sedangkan bila difikir kenapa aku perlu marah sedangkan aku tau kedudukan dia sebenar… upanya tidak mudah menyayangi org yang bukan milik kita. Akhirnya kata putus juga jalan kesudahan aku bagi, sedangkan hatiku tidak menginginkan benda itu terjadi.  Kasih sayangku belum pernah hilang walaupun ada yang datang menghulur hati. Kata2 terakhirku untuk menghabiskan jalan hubungan ini tak terlintas pun aku buat tapi emosiku yang lebih tinggi dari kewarasan. Tinggal semua kenangan…. tersimpul indah menjadi HANYA KENANGAN MANIS dalam kesinambungan meneruskan kehidupan dekat dunia ni… akan aku didik hatiku menerima ketentuan ilahi ini dengan hati yang redha.

 

Berlalu bagaikan mimpi… aku telah lepaskan kasih sayang pada org yang aku sayangi… malam itu, sepanjang malam aku berfikir dan ingat kembali kenangan lepas… aku betul2 tidak tahan sebak… mslh aku upanya mak sedar sebab aku tak mau makan malam. Bila aku cakap takde mood nak makan. Mak dah dpt tangkap… aku terpaksa berterus terang yang hubungan ini dah habis… aku terus pergi amek wuduk tuk solat isyak, bila kembali ke bilik ku lihat mak plak menangis. Aduh, apa aku dah buat ni… mak dah mengalirkan air mata plak. Aku tak Tanya, tapi terus menunaikan solat. Malam sebelum tido mak menyapaku. Menyuruh makan takut gastrikku datang dan mak mula meluahkan perasaannya. Upanya mak sebak dan sedih atas hubungan kami yang dah putus. Mak cakap mak suka dia sebab caranya bercakap pada orgtua mang sopan dan Nampak kesungguhan dia nak jaga aku betul2. Malah makbapa jugak dah rancang untuk majlis perkahwinanku, siap dah pilih orang tuk masak lauk jugak kuih muih. Segala peraturan majlis mak dah rancang dan nak buat secara sederhana tapi meriah. Patutlah mak plak yang nangis. Aku malas nak tunjuk kesedihan. Berupaya aku bagi mak senyum tapi kejap aje pastu mula lah cerita lagi benda itu. Aduhhh, pening kepalaku fikir. Mungkin dia saje teman yang pernah berhubung ngn mak dan bersembang2… kalau dulu, temanku sekadar minta izin nak kuar sama aje. Mak tetap memberiku kata2 semangat, mang susah jika pilihan kita mempunyai tangjwb yang besar dan banyak. Kita yang banyak mengalah… tapi aku tak mampu selalu mengalah dan berkorban. Ada kalanya mindaku dapat berfikir secara waras tetapi ada kalanya mindaku tidak dapat berfikir secara matang malah lebih kebudak-budakkan… Aku betul2 letih…. Inilah namanya jodoh ketentuan ilahi. Walau kita sayang sangat tapi andai bukan jodoh pasti tak akan bersatu juga. Kena terima qada dan qadar Allah SWT dengan baik… arapanku agar mak ngn ayah dapat bersabar, pasti juga aku akan bertemu jodoh dengan lelaki yang baik dan beragama, insyaAllah dan Amin. Aku yakin aku akan ditemukan juga jodoh yang baik sebab aku tak pernah putus doa agar ditemukan jodoh yang baik untuk diriku, agamaku, kehidupan sekarang maupun yang akan datang.

 

Sesuatu perkara itu amat bernilai bagi kita bila kita telah kehilangannya. Itulah yang akan kita sedari bila ia telah pergi dari hidup kita. Tetapi bukan bermakna kita perlu putus arapan untuk meneruskan kehidupan. Perjalanan masih terlalu panjang untuk sampai ke destinasi terakhir, perlu terus tabah dan sabar. Teringat aku kata2 semangat dr. fadhilah kamsah masa tengok program motivasinya, “bila kita tidak bertemu jodoh dengan kekasih kita bukan maksud pasangan kita itu jahat, dia baik… Cuma Allah tengok kita tidak sesuai hidup bersama dengannya maka Allah putuskan ikatan perhubungan itu dan gantikan dengan pasangan yang lebih sesuai hidup sepanjang waktu bersama kita”. Betul lah kata2 dr. tuh, Allah tidak pernah merampas sesuatu berharga pada hambanya tetapi akan menggantikan dengan yang lebih baik. itulah bukti yang Allah Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Walaupun aku belum mendapat penggantinya tapi kerinduan berpanjangan yang diberikan padaku. Aku bersyukur kehadrat ilahi sebab hubungan kami tidak pernah keluar dari hukum syarak dengan ikut jejak syaitan. Cuma mungkin kami tiada jodoh…. aku lepaskan semuanya dengan kata “tiada daya dan upaya aku, melainkan dengan kekuatan Allah. Dan Aku berserah kepadaNYA”

 

Aku Cuma perlu jadikan benda dah berlaku ini sebagai panduan di masa depan. Setiap kenangan merupakan satu pengalaman yang sangat bernilai. Aku masih menyayanginya dunia dan akhirat.  Moga dia bertemu dengan perempuan yang lebih baik dariku, puan yang lebih memahami jiwanya dan keperluan juga kehendaknya. Aku bukan perempuan yang sempurna, maafkan aku!

 

Aku dari keluarga yang susah, andai kau terus bersamaku pasti akan terkena tempias kesusahan jugak. Aku tidak sanggup lihat kau susah hati sebab setakat mana bertahannya hatimu dengan keikhlasan menolong orgtuaku dan keluargaku yang sememangnya susah. Bebananmu sudah banyak, wujudnya aku akan menambahkan lagi bebanan dan tanggungjawabmu. Kau tak akan sampai hati melihat aku bertungkus lumus menyara keluaragaku seorang diri, pasti kau akan menolong meringankan bebananku. Persoalannya setakat mana bertahan dan kesanggupanmu menolong dalam menyara keluargaku dengan hati yang ikhlas?… mungkin inilah jalan terbaik untuk kita…

 

Arapanku moga kesilapan dan segala2nya yang lepas, dihalalkan dunia dan akhirat.  Kehadiranmu amat berharga dan bernilai padaku walaupun dalam waktu yang tidak begitu panjang. Segala tunjuk ajarmu akan aku ingat sentiasa terutama dalam menghadiri sesi temuduga. Terima kasih kerana beri aku ilmu yang berguna dan berfaedah. Dan terima kasih juga kerana menjadi penyeri hari-hariku yang lepas. Moga Allah akan membalas budi baik mu.  Maafkan di atas kegagalanku mengawal emosi, perbuatan dan perkataanku. Doaku tidak putus untukmu moga dipermudahkan urusan duniawi dan akhiratmu… Moga engkau akan beroleh kejayaan di dunia dan di  Akhirat… Amin… melihat kau berbahagia bersama org tersayang sudah cukup bagiku kerana kasih sayang yang sejati tidak semestinya akan bersatu, tapi cukup dengan hanya melihat org yang disayangi berbahagia walaupun hidup bersama dengan org lain…

 

“SESUNGGUHNYA kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (al-Baqarah: 156)

 

2 Respons

  1. ya Allah, jalan cerita yg sama. xsangka.
    kuatkan hati.

  2. sy pasti anda tahu hikmah ada disebalik kejadian ini wahai muslimah berilmu…
    semoga anda kuat dan djadikan dr golongan org yg bsabar atas dugaanNya…
    insyaallah….
    Allah yang Maha Menyayangi…
    Subhanallah…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: