Apabila kasih terhenti

oleh Nik Rusfa Syafiq

TENSION, frust, pilu, sedih, menangis dan pelbagai lagi kesan yang tidak dijangka akan berlaku apabila tiba-tiba terhentinya kasih dari seseorang. Apatah lagi kasih itu adalah kasih yang paling kita harapkan berkekalan, sehingga jika dilayan perasaan bagai naik gila dibuatnya apabila hilang kasih itu seketika. Sebenarnya itu adalah ujian untuk diri kita, dan cabarannya ialah bagaimana kita dapat menanganinya:

TENANGKAN DIRI

         Kawal emosi

Emosi yang tidak stabil akan mendorong tindakan yang negatif. Tambahan lagi bila fikiran yang berceramuk memudahkan syaitan membisikkan kata-kata pujangganya menyebabkan kita akan bertambah runsing dan akhirnya mengambil tindakan yang tidak sepatutnya. Banyakkan beristighfar kepada Allah Ta’ala. Mungkin terlalu banyak dosa kita kepada-Nya menyebabkan begitu hebat ujian yang diberikan kepada kita.

         Sentiasa berwuduk

Air wuduk akan memadamkan bisikan syaitan dalam hati kita. Secara tidak langsung boleh menenangkan hati dan jiwa kita.

LUAHKAN

         Cari teman

Cuba cari seseorang yang boleh dipercayai untuk mendengar luahan hati kita. Orang yang menjadi pendengar yang setia, amanah dan jujur. Jangan salah pilih teman kerana ia akan lebih memburukkan keadaan. Bagi yang lelaki, jangan terlalu ego sehingga hanya memendamkan apa yang dirasa kerana ia akan memakan diri sendiri.

         Berterus-terang

Belajar untuk berkata hak atau benar. Cuba singkap kembali mengapa dan bagaimana kasih itu boleh terhenti. Jangan takut sekiranya kita di pihak yang benar. Sebaliknya jika ada salah silap kita, jangan takut untuk mengaku kesilapan itu kerana itulah yang sebaik-baiknya. Biar teman yang mendengar, faham situasi yang sebenar dan dapat membuat penilaian. Bukan untuk menentukan siapa yang salah dan siapa yang benar, tapi untuk memudahkan mereka memberi pandangan dan tidak lari dari masalah yang sebenar.

Read more… or Read more right here… »

CARI PETUA

         Pandang ke depan

Atur strategi untuk membetulkan keadaan. Yang lepas, tidak perlu dikenangkan kembali, tapi perlu ambil peduli untuk tidak diulangi.

         Cari yang berpengalaman

Dapatkan pandangan dari mereka yang lebih dulu makan garam. Mungkin masalah yang sedang dihadapi, telah mereka hadapi terlebih dahulu. Kekadang cara mereka lebih romantik berbanding dengan gaya orang muda.

KUATKAN ROHANI

Kalau dulu jauh, dekatkan diri dengan Allah. Mungkin ini petanda yang Dia murka, dan masih sayangkan diri anda supaya kembali kepada jalan yang lurus. Bertaubatlah dari segala dosa, pertingkat diri dengan ilmu dan perbaiki segala kekurangan dengan sedaya mampu. Mari kita fikirkan, apa guna kebahagiaan yang sementara, tetapi bergelumang dengan maksiat atau melanggar perintah Allah. Kalau Allah sudah tutup hati, bagaimana? Petuanya mudah, kita lihat diri kita, cermin diri kita – kalau nikmat banyak atau semakin banyak, semuanya berjalan dengan lancar, tapi hakikatnya kita semakin jauh dari Allah, maka yakinilah nikmat itu adalah petanda kehinaan.

         Amalkan baca Al-Fatihah

Ummul Kitab al-Fatihah menyimpan pelbagai rahsia yang mujarab. Begitulah juga untuk menjadi pengikat kasih. Bukan sahaja mampu untuk mengubati hati kita yang sakit, bahkan mampu juga untuk mengembalikan kasih sayang antara makhluk. Cuba amalkan membaca al-Fatihah, 14 kali setiap kali selepas solat. Bayangkan wajah insan yang telah terhenti seketika kasihnya kepada kita setiap kali mengalunkan Fatihah. Minta pada Allah untuk dilembutkan hatinya dengan menghadiahkan pahala bacaan al-Fatihah itu kepadanya. Perkara yang baik akan Tuhan kabulkan.

         Amalkan ayat Seribu Dinar

Ramai antara kita yang menjadikan Ayat Seribu Dinar itu (surah at-Talaq, ayat 2-3) sebagai hiasan dinding tanpa membacanya. Cuba hafal dan amalkan. Terutama sebagai ayat pendiding dari anasir jahat. Begitu juga apabila keluar untuk mencari rezeki. Tidak kurang juga untuk menjadi ayat tautan ikatan kasih antara dua hati. Pernah dikhabarkan oleh mereka yang mengamalkannya di dalam sebuah keluarga, di mana mereka mengamalkan ayat seribu dinar dengan membaca tiga kali setiap kali selepas solat. Hati mereka seperti diikat antara satu sama lain. Jika berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada salah seorang ahli keluarga yang lain akan dapat merasakannya. Begitulah juga apabila mereka berjauhan, hati mereka seolah berinteraksi antara satu sama lain. Itulah rahsia mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Cuma kita yang masih tidak menyedari, rahsia di sebalik mukjizat itu.

Harus diinsafi, seseorang yang hendak mengamalkan ayat-ayat al-Quran wajiblah juga mentaati ajaran dan petunjuk yang terkandung di dalamnya.

MEMBERI PELUANG

         Diri sendiri

Buka semua tingkap yang ada pada diri sendiri. Jangan tutup mahupun separa terbuka. Jika tidak, kita tidak dapat menerima hakikat, pandangan mahupun nasihat daripada orang lain. Ibarat sebuah rumah yang ditutup semua tingkap ataupun tiada tingkap. Bukan sekadar angin tidak dapat masuk, cahaya, pemandangan alam sekitar dan pelbagai lagi tidak akan kelihatan. Tinggal mereka dalam sebuah rumah yang kelam dan lemas dalam dunia sendiri. Buka, dan cuba terima apa yang diberikan oleh orang lain. Tukarkan apa yang mereka katakan kepada suatu tindakan yang positif dan memberikan impak yang berkesan pada diri sendiri.

         Orang lain

Dengar dulu pandangan orang lain untuk membetulkan kesilapan kita. Jangan cepat menghukum dengan ilmu kita yang sedikit. Apa yang sering berlaku adalah, kita tidak memberi peluang mahupun ruang kepada orang lain untuk membantu diri kita sedangkan kita memerlukan bantuan. Pendek kata, ego.

         Maaf dan memaafkan

Inilah perkara yang sukar untuk dilakukan. Masing-masing akur dengan kesilapan yang berlaku. Tidak salah untuk merendah diri meminta maaf dan memaafkan orang lain. Bahkan bertambah mulia di sisi Tuhan. Janganlah menunggu Aidilfitri, baru kemaafan di pohon. Kemudian berilah ruang dan peluang untuk diri sendiri dan mereka yang terlibat membetulkan diri bagi mengukuhkan semula talian kasih yang terhenti itu.

Kasih sayang yang suci lahir dari hati yang ikhlas dan murni. Bila tertitik noktah hitam maka tercemarlah kesucian itu dan terlerailah ikatan kukuh sebuah kasih sayang. Justeru, perbetulkan kembali keadaan dan cantikkan percaturan. Jangan nafsu dijadikan sandaran kerana ia hanyalah khayalan yang lebih membawa ke arah kesesatan.

6 Respons

  1. terima kasih sekali lagi buat tuan punya blog nih jga tak lupa pada Nik Rusfa Syafiq dan nursyirah

    Alhamdulillah kerana memberiku peluang ntah apelah yg kufikirkn tapi yg jelas

    hati ini benar-benar sayu sebak didada sehingga tak tertahan air mata mengalir menyesali atas kesilapan yg lalu.

    Ayat-ayat di bawah ini cukup meyakinkn dan menyedarkan saya. Terima Kasih

    KUATKAN ROHANI

    Kalau dulu jauh, dekatkan diri dengan Allah. Mungkin ini petanda yang Dia murka, dan masih sayangkan diri anda supaya kembali kepada jalan yang lurus. Bertaubatlah dari segala dosa, pertingkat diri dengan ilmu dan perbaiki segala kekurangan dengan sedaya mampu. Mari kita fikirkan, apa guna kebahagiaan yang sementara, tetapi bergelumang dengan maksiat atau melanggar perintah Allah. Kalau Allah sudah tutup hati, bagaimana? Petuanya mudah, kita lihat diri kita, cermin diri kita – kalau nikmat banyak atau semakin banyak, semuanya berjalan dengan lancar, tapi hakikatnya kita semakin jauh dari Allah, maka yakinilah nikmat itu adalah petanda kehinaan.

     Amalkan baca Al-Fatihah

    Ummul Kitab al-Fatihah menyimpan pelbagai rahsia yang mujarab. Begitulah juga untuk menjadi pengikat kasih. Bukan sahaja mampu untuk mengubati hati kita yang sakit, bahkan mampu juga untuk mengembalikan kasih sayang antara makhluk. Cuba amalkan membaca al-Fatihah, 14 kali setiap kali selepas solat. Bayangkan wajah insan yang telah terhenti seketika kasihnya kepada kita setiap kali mengalunkan Fatihah. Minta pada Allah untuk dilembutkan hatinya dengan menghadiahkan pahala bacaan al-Fatihah itu kepadanya. Perkara yang baik akan Tuhan kabulkan.

    • sebenarnya, hati kita ni sentiasa perlu dijaga… kalo tak ada pengisian, mang akan kering kontang lah ia. mcm tuh gak ‘kasih syg’ sesama insan… perlu sentiasa dijaga…byk doa2 dr Al-Quran kita blh amalkan dlm seharian utuk memupuk kasihsyg… ayat 4 Surah Yusuf tuh pun baik diamalkan selepas solat nak bg diri kita disayangi… surah Ali imran gak baik dijadikan amalan selepas solat nak bagi diri kita disyg oleh suma org disekeliling kita…

      bagi sue, Al-Quran tuh lah penawar segala kesedihan, bacalah quran setiap hari.. kalo x dpt nak baca banyak, cukuplah sehelai dlm sehari…. x pun amalkan surah2 pilihan Rasulullah….

      manusia dijadikan dengan kesilapan.. itulah namanya MANUSIA..x ada yg perfect, penuh ngn kekurangan.. yg sempurna hanya 1 iaitu ALLAH… kita ni mang akan lakukan kesilapan dlm sehari.. kita x akan lepas dr dosa setiap hari… walaupun diri kita ni dicipta ngn kelemahan tp bkn bermakna kita perlu terus menerus buat kesilapan.. jadikan kesilapan masa lalu sebagai ‘PANDUAN n PENGAJARAN’… di hadapan masih pjg perlu dilalui… msh ada masa perbaiki segala kekusutan n perbaiki diri.. sama2 lah kita perbaiki diri ya…

  2. salam…saya amat bersetuju bhw sesungguhnya Al Quran itu banyak mengajar kita erti sabar dan memaafkan

  3. Syukur Alhamdulillah, today Allah (s.w.t) have ‘whisper’ to me and make my fingers ‘move’ and ‘type’ some words that lead me to this website. I found that this website is a nice one. The aching in my heart that I keep for quite a long time (almost 1 year and half) melt with my tears finally. And I feel relieve. Sbenarnya sy pnh dptemukn dgn s’sorg yg mbuatkn hati sy mrasakn kbahagiaan yg x pnh drasakn sblm ni. Sy srg kali tertanya, apakah kami dtakdirkn 1 sma lain? Dn sy amat mgharapkn jwpn ‘ya’. Tp 1 hari dia mghilangkn dri. Sy jd x mnentu. Smpailah x lama kmudian, Allah mghantarkn ‘utusan’ mlalui pkerja nya. Sy dpt tau dia sakit kritikal n perlu mengalami pbedahan d luar ngra n dia dh x mampu utk jg sy lg. Hati sy remuk. Sy x tau la sama ada itu cuma alasan smata-mata atau benar. Cuz sy dh x pnh jumpa dia lg wpun sy cuba mcari. Slama 1 thn sy cuba terima kenyataan yg org stiasa mneutralkn my ngtve feelings dh buang sy jauh2. Sy cuba lwn ksepian. Sy kutip n cuba tampal smula hati n jiwa yg rapuh n remuk stiap kali sy fikirkn dia. Stp hari sy mdoakn agar kami dptemukn smula. Tp tiada jwpn. Pagi ini, sy bdoa, ‘Ya Allah, seandainya Engkau tidak mengabulkn doa ku untuk djodohkn dgn si dia, maka sekurang-kurangnya kabulkan la permintaan ku untuk mendoakan kesejahteraannya di dunia dan akhirat.’. Hari ini, sy rs tenang. Mungkin kerana sy dh terima kenyataanya,

    Sy keliru, di dlm hidup sy kini, ada 1 insan lelaki, yg cuba mengetuk pintu hati sy. Namun, prasaan yg hadir ketika sy bsama dgn si dia tidak sebahagia dgn ketika sy bersama dgn my ex. Sy mudah melampiaskn kmarahan, ketidakpuasan hati, n sering mpersoalkn byk perkara kepada si dia. Tidak seperti ketika sy bsama dgn my ex yg di mana hari-hari nya penuh dgn ketenangan n kriangan. Namun, si dia tetap bsabar mlayan kerenah sy, Sy kagumi dia. Adakah sy begini dsebabkan hati yg dulunya teguh mcintai s’sorg telah remuk n rapuh? Atau mungkin iman sy yg x steguh hati sy bila mcintai hamba-Nya tp bkn Pencipta-Nya. Sy tdk pasti sama ada kami tercipta utk 1 sama lain. Smoga sgla urusan hidup sy tidak diserahkn segala-galanya kpd sy melainkan dgn ketentuan dan ke’inginan-Nya.

    Sekian.

  4. salam.saya baru jew putus cinta dan kecewa dgn bf sy,selama beberapa bulan die meninggalkan sy tnpa sebarang kata akhirnya sy mendapati rupanya die ada perempuan ln,smpai skrg die enggan berjumpa dgn sy,sy cma mohon keterangan dr nya tp masih tiada,sy terlalu sygkn die tp andai itu yg terbaik untuknya saya mendoakan agar die bhgia bersama pilihan nya..perasaan kecewa,sedih sy biarlah sy sndri yg simpan n biarlh sy seorang jew yg tahu…

  5. saya pernah bercinta 8 tahun dahulu..sejak aritu hidup nie amat bermakna tp bl masuk tahun ke lapan sy semuanya pudar sjak dia berplg..cinta kami tgl kenagan shj..menyesali xde guna hidup mesti diteruskan..shgga kini sy cuba trm insan len dihati tp tak boleh..apakah cara untuk bka hati pd insan len..dl pernah ada insan yg cuba membuka hti ini namun hampa stlh mgetahui dia ank mami..sllu aje mami dia mmjg..jemu tak sudah sy dibtnya..makin tkt tuk bercinta..apa cara untk hlakan rsa tkt ini

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: