Balasan yang kuterima hasil belas simpati pada kawan…

 1

             Emmm… sedih dan sebak hati ini bila pertolongan kita dibuat macam sampah, tiada nilai. Bila aku renung kembali ketika waktu itu, mang simpati yang lahir dari hatiku. Tak sampai hati melihat kesusahan dan mslh si kawan. Aku cuba tolong yang termampu dengan tidak belakangkan keluargaku…

Tiba saat aku memerlukan semula kewangan dan aku menuntut balik hutang2ku… akhirnya hinaan dan makian aku terima. Tapi aku tetap pertahankan maruah dan hakku. Walau dihina dan dipijak2 maruahku, aku tetap pertahankan diriku yang aku dipihak yang benar. Sekali pun aku tak pernah gunakan orang lain, inikan lagi soal WANG…. aku cukup tidak suka pergunakan orang punya wang. Aku ada prinsip sendiri, biar susah pun aku akan usha cari nilai yang aku perlukan. Aku bertanya sendiri pada diri, macamana seseorang boleh lupa hutang2nya? Bagiku, hutang itulah yang paling sukar dilupakan sebab ia mengikat kita antara DUNIA DAN AKHIRAT… sebak dan mang terlalu terkilan bila persahabatan diputuskan dan kata2 kesalan berkawan denganku. Sedangkan aku Cuma PERTAHANKAN MARUAH DAN MENUNTUT BALIK HAKKU!…. aku tak paksa dia bayar balik segala hutangnya, Cuma aku peringatkan supaya di akhirat TIDAK DITUNTUT… dekat dunia boleh lagi dituntut tapi di akhirat macamana? Itulah kata2 aku bagi sebab bukan dekat akhirat jer kita akan kena sebab hutang yang tertinggal tak dibayar tapi kena jugak siksa selepas mati, roh tidak akan diterima. Jadilah roh terapung2 antara langit dan bumi… bila aku pertahankan hakku, hasil yang aku dapat adalah segala hinaan dan kesal berkawan denganku. Terasa maruahku dipijak2 oleh seorang kawan suatu ketika dulu. Aku cakap dengan dia yang aku tidak pernah kesal berkawan dengan dia, walaupun dia cakap mang kesal kawan denganku. Dia bayar balik pun sebab ingat yang kami pernah bersahabat dulu. Inilah manusia, bila diri dah Berjaya dengan jawatan gred 41 mulalah lupa saat kesusahan waktu dulu. Kalau dia renung kembali bagaimana susahnya dia dulu dengan kerja kedai dan tak punya siapa2 sumber, dia takkan cakap sebegitu takbur. Sekarang dia dah senang, Alhamdulillah Allah buka rezekinya.. tapi sentiasalah beringat, Allah boleh tarik balik pemberianNYA bila2 masa je. Sebab tuh kita kena sentiasa beringat dan renung balik susah kita masa dulu. Jangan letak Allah dibelakang bila sudah Berjaya. Allah akan hitung balik pada kita di akhirat kelak…

Tergamak seorang bernama kawan suatu ketika dulu yang sememangnya akrab dari sekolah rendah hinggalah sekarang menghina kawan sendiri. Dulu mang kawan tapi sekarang aku ni bukan kawan bagi dia. Takpe lah, moga Allah sentiasa membuka rezeki dia dan buka pintu hatinya kepada kebenaran dan petunjuk Allah. Ingatlah kesusahan ketika dulu… bukan mudah kita nak senang tapi mudah untuk kita susah kembali bila rezeki Allah tarik balik. Sebab kita tak pandai bersyukur atas nikmatnya dan menolong orang lain yang dalam kesusahan…

Aku redha semua ni… bagi ku, kenal 2 orang insan yang suatu ketika dulu kawan rapatku, betul2 bagi aku 1001 pengalaman tentang “dunia kawan”…. pengajaran buatku dan pada orang yang terbaca coretanku ini, jangan sesekali percaya dan letak 100% pada orang luar walau bergelar kawan baik. hati2 bila orang mahu pinjam wang dalam angka seribu keatas. Bukan mudah kita mendapat wang, dan bukan mudah kita nak dapat balik hutang kita. Orang lain senang cakap tak ingat sedangkan kita yang berpeluh bekerja seharian. Terima kasih atas segalanya… aku berikan dengan suci dan penuh hasil titik peluhku tapi dikembalikan semula dengan makian dan hinaan sehingga disuruh anggap sebagai sedekah… hasil titik peluh kerjaku dan nilai ringgit malaysia yang begitu banyak diperlekeh-lekehkan.

Tak apalah… bagiku ini adalah ujian bagiku. Yang penting dia dah bayar balik semua wang ku balik, dah cukup bagiku sebab makbapaku betul2 perlukan pertolongan kewangan dariku ketika ini. Biarlah aku telan semua makian dan kesal dia terhadapku. Apa yang aku buat adalah benda yang betul sebab aku dipihak yang benar… aku redha semua kejadian ini dan aku terima qada dan qadar Allah padaku sebab inilah takdir qada dan qadarku… aku tidak perlu meruntuhkan ‘rukun iman’ sendiri. Nauzubillah….

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: