Surah al-Fatihah ibu doa

Fadilat Amal

Allah berfirman yang bermaksud: Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (al-Fatihah: 1-7)

Keterangan Ayat

Surah al-Fatihah adalah surah yang istimewa diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w yang tidak pernah diturunkan kepada nabi-nabi sebelumnya. (Riwayat Muslim)

Ia mempunyai beberapa nama. Antara yang masyhur adalah al-Fatihah yang bermaksud pembukaan kerana ia merupakan surah yang pertama dalam susunan surah-surah al-Quran dan yang pertama dibaca dalam solat. (Tafsir al-Tabari, Tafsir al-Mawardi dan Tafsir surah al-Fatihah)

Ia juga dipanggil Ummul Kitab yang bermaksud Induk al-Quran kerana kandungannya menghimpunkan maqasid al-Quran iaitu pujian kepada Allah yang menegaskan rububiah-Nya, menjelaskan kaedah beribadat kepada-Nya dan memohon hidayah-Nya, kisah-kisah umat yang terdahulu, gambaran kedudukan hamba-hamba – Nya yang bahagia, menderita dan sebagainya.

Ia menduduki tempat sebagai ibu kepada semua surah yang lain. Orang-orang Arab menamakan semua perkara yang menghimpunkan perkara yang lain sebagai Ummun.

Mekah dipanggil Ummul Qura kerana semua bandar lain bergantung kepadanya. (Al-Tafsir al-Qayyim, Tafsir surah al – Fatihah, Rawai’ al-Bayan: Bab al – Fatihah)

Selain itu, surah ini juga dipanggil oleh Allah dalam surah al-Hijr ayat 87 sebagai al-Sa’bul Mathani yang bermaksud tujuh yang berulang kerana terdiri daripada tujuh ayat dan dibaca secara berulang-ulang dalam solat. (Tafsir al-Samarqandi, tafsir surah al-Fatihah, Lisan al-Arab, lihat a-Mathani)

Al-Qurtubi menyenaraikan 12 nama bagi surah ini iaitu antaranya al-syifa’ (penyembuh), al-Wafiah (yang menyempurnakan, al-Kafiah (yang mencukupkan), al-Asas (asas), al-Hamd (pujian) dan lain-lain.

Beliau mengambil nama-nama itu secara tauqifi daripada Nabi s.a.w atau melalui ijtihad para sahabat. (Tafsir al-Qurtubi, tafsir surah al-Fatihah)

Al-Alusi pula menyebut surah ini memiliki lebih daripada 20 nama. (Ruhul Ma’aani, tafsir surah al-Fatihah)

Khasiat dan Kaifiat Beramal

Thabit dalam hadis sahih riwayat al-Bukhari mengatakan bahawa surah ini mampu menjadi penawar bagi mengubati bisa sengatan. Seorang sahabat telah diminta mengubati ketua penduduk yang disengat binatang berbisa. Lalu seorang sahabat telah menjampi dengan menggunakan surah al-Fatihah. Dengan izin Allah dia telah sembuh.

Cara yang dilakukannya ialah dengan membacakan surah al-Fatihah dengan mengumpulkan sedikit ludahan. Kemudian ditiupkan dan disertai sedikit ludahan pada bahagian badan yang sakit itu. Malahan disebut dalam Fath al-Bari, semua jenis penyakit boleh disembuhkan dengan membaca surah ini.

* Petikan daripada buku 101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam al-Quran Khasiat & Kaifiat Beramal terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: