Usah sumpah anak elak boleh jadi doa

Bersama Mohd Zawawi Yusoh

SABDA Rasulullah s.a.w bermaksud: “Berguraulah dengan anak kamu ketika usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Selepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran).”

Di mana yang hendak dipukul? Telapak kakinya, bukan muka, punggung, telinga dan di tempat sensitif kerana itu salah.

Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.

Ketika usia mereka 14 hingga 21 tahun, jadikan mereka kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka.

Yang penting anak harus dilatih solat jemaah bersama, latih cium tangan serta peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka.

Saya pernah tinjau, anak yang lari daripada rumah, berpunca kerana bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu sudah suruh macam-macam.

Si anak tertekan dan menyampah dengan persekitaran rumah. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka dan pergi sekolah seronok.

Mungkin ibu bapa mempunyai alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain. Pulang di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.

Jangan tunjuk sikap panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka. Jangan herdik mereka dengan perkataan negatif seperti ‘bodoh’, ‘kurang ajar’ atau sumpah seranah kerana ia boleh jadi doa kepada mereka. Inilah menyebabkan mereka derhaka.

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan berasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur akar.

Saidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah s.a.w, kalau berjumpa anak kecil, baginda hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa.

Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai. Sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak dan kalau menegur pun dengan ekor mata serta herdikan.

Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia membawa padah.

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua sudah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka?

Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan atau jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka.

Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu reda dan Allah ampunkan dosa.

Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun.

Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang sudah kita lakukan hari ini.

Pertama, bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?

Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan baik kerana hayat mereka bukanlah panjang untuk bersama kita.

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak.

Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, Nabi s.a.w suruh utamakan ibu dulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa.

Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati.

Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita.

Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka, kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua.

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak.

Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat mengenai anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.

Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya.

Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail a.s.

Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah. Isterinya pun tidak kenal mentuanya.

Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Sebelum balik dia berpesan kepada menantunya, menyuruh suaminya supaya menukar alang rumah kepada yang baru.

Apabila Nabi Ismail pulang, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki terbabit, menyampaikan pesan kepada suaminya itu.

Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, yang isterinya bukan daripada kalangan wanita berakhlak, lalu diceraikan.

 

2 Respons

  1. saya budak anak haram

  2. kami adalah seorang anak islam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: