sayang VS simpati

untitled

 

Jauh ku lontarkan pandangan ke arah laut didepan bilikku. Laut itu dalam keadaan tenang. Kan elok jika hatiku setenang laut itu. Tapi hatiku ketika ini tengah tenat dan sakit. Hentaman demi hentaman aku terima saban hari. Akhirnya aku temui jawapan dan dapat merasai naluri seorang insan yang sangat lemah tapi bertahan meneruskan hidup demi anak-anak. Kesusahan yang dialami dapat aku rasakan sebab aku juga tidak pernah senang dalam kehidupan.

 

Mengapa aku terlalu jauh berangan2? Menanti sesuatu ibarat menanti bulan jatuh keriba, benda mustahil tapi bagiku tak mustahil akan terjadi. Berat mata memadang, berat lagi bahu memikul. Mengapa perlu disakiti dan menyakiti dengan terus mengharap sesuatu tiada penghujung?

 

Rupanya sudah lama mataku ini tidak basah dengan titisan airmata. Mungkin inilah cabaran hidup dibandar. Jika dulu hidup didalam suasana jauh dari Bandar aku tak pernah leka. Malam hari selalu terjaga untuk solat sunat tapi sekarang seolah2 aku disibukkan dengan suasana bandar. Sedangkan kerja tak juga terlalu sibuk. Inilah godaan syaitan yang hampir2 sebabkan aku bukan diriku yang dulu.

 

Aku lepaskan segala2nya… pergilah jauh dibawa arus masa lepas. Namun rasa hormat pada insan yang pernah aku sayangi tetap tinggi, tapi bukan untuk menjadi milikku. Cukuplah penantian dan harapan yang tiada penghujung…aku berpegang pada surah insyirah ayat 5&6, “tiap2 kesukaran, akan ada kemudahan”.. musibah yang dialami, pasti akan datang kesenangan sebagai balasan… sesuatu yang ‘hilang’ dalam hidup kita, bukan Allah yang merampasnya tetapi akan digantikan dengan yang lebih baik. Allah tidak pernah merampas sesuatu berharga dalam hidup hambanya, tetapi akan memberi dan penggatikan dengan sesuatu yang lebih bernilai..

 

wallahulam…

3 Respons

  1. salam maal hijrah sue………..indah sungguh bahasamu itu…….bersabarlah menempuh segala dugaan yg mendata ng…….salam syg…………

    • salam sayang kak iman yang dirindui selalu…

      arap akak sihat yer hendaknya…. hanya akak yang memuji bahasa sue indah, sedangkan org lain ramai yg mangatakan sue ni ‘kasar bahasa’🙂 x per lah, janji kita luahkan segala yang ada dalam dasar hati ni…. bukan nak minta simpati @ pun nak dipuji, nauzubillah.. moga jauh dari riak yang x ada faedah… insyaAllah, selagi ada iman didalam diri, akan terpelihara dari menjatuhkan iman sendiri. akan sentiasa usha untuk bersabar n tabah tempuh raujau duniawi yg terlalu banyak duri dan onak… inilah namanya ‘dunia’, x ada yg manis kecuali tinggal kenangan yg akan membawa kesan sampai akhirat. penuh ngn ujian dan godaan. penuh ngn mslh dan persoalan yg x akan ada penamatnya selagi masih ada roh didlm jasad…

      salam maal hijrah pada akak…. moga tahun ini lbh bermakna n segala hajat kita terlaksana… amin…
      salam sayang dari sue untuk akak…

  2. btol…bhs sue mmg indah…mudah-mudahan kta dpt brsabar dgn semua ujian…insyaAllah,..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: