Taat kepada ibu bapa boleh hindari bahaya


ABUL-LAITS Assamarqandi meriwayatkan kepada sanadnya dari Jabir bin Abdillah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w bersabda (maksudnya):

“Allah telah memberikan kepada Nabi Musa bin Imran a.s. dalam alwaah 10 bab:

  Wahai Musa jangan menyekutukan aku dengan sesuatu bahawa aku telah memutuskan bahawa api neraka akan menyambar muka orang musyrikin.

  Taatlah kepada-Ku dan dua orang tuamu nescaya Aku peliharamu daripada sebarang bahaya dan akan Aku lanjutkan umurmu dan Aku hidupkan kamu dengan penghidupan yang baik.

  Jangan sekali-kali membunuh jiwa yang Aku haramkan kecuali dengan hak nescaya akan menjadi sempit bagimu dunia yang luas dan langit dengan semua penjurunya dan akan kembali engkau dengan murka-Ku ke dalam api neraka.

  Jangan sekali-kali sumpah dengan nama-Ku dalam dusta atau derhaka sebab Aku tidak akan membersihkan orang yang tidak mensucikan Aku dan tidak mengagungkan nama-Ku.

  Jangan hasad dengki dan irihati terhadap apa yang Aku berikan kepada orang lain, sebab penghasut itu musuh nikmat-Ku, menolak kehendak-Ku, membenci kepada pembahagian yang Aku berikan kepada hamba-hamba-Ku dan sesiapa yang tidak meninggalkan perbuatan tersebut, maka bukan daripada-Ku.

  Jangan menjadi saksi terhadap apa yang tidak engkau ketahui dengan benar-benar dan engkau ingati dengan akalmu dan perasaanmu sebab Aku menuntut saksi-saksi itu dengan teliti atas persaksian mereka.

  Jangan mencuri dan jangan berzina dengan isteri jiran tetanggamu sebab nescaya Aku tutup wajah-Ku daripadamu dan Aku tutup pintu-pintu langit daripadanya.

  Jangan menyembelih korban untuk selain dari-Ku sebab Aku tidak menerima korban kecuali yang disebut nama-Ku dan ikhlas untuk-Ku.

  Cintailah terhadap sesama manusia sebagaimana yang engkau suka terhadap dirimu sendiri.

  Jadikan hari Sabtu itu hari untuk beribadat kepada-Ku dan hiburkan anak keluargamu.

Kemudian Rasulullah bersabda lagi : “Sesungguhnya Allah s.w.t menjadikan hari Sabtu itu hari raya untuk Nabi Musa a.s. dan Allah s.w.t memilih hari Jumaat sebagai hari raya untukku.”

Wasiat Luqman Hakim sebelum meninggal

 

LUQMAN al-Hakim r.a mengingatkan anaknya ketika beliau berada di ambang kewafatan: “Wahai anakku! Sehingga setakat ini banyak yang sudah aku wasiatkan untukmu dan aku ingin mewasiatkan dirimu sekarang dengan enam perkara lagi, terdapat padanya segala ilmu orang yang terdahulu dan terkemudian:

1. Janganlah engkau sibukkan dirimu dengan urusan dunia kecuali dengan sekadar usia yang engkau miliki.

2. Sembahlah Tuhanmu, sekadar keperluanmu kepada-Nya.

3. Beramallah untuk hari akhirat, sekadar engkau ingin tinggal di sana.

4. Hendaklah engkau menyibukkan dirimu untuk melepaskan lututmu (dirimu) dari api neraka, selagi mana engkau masih belum mampu berjaya melepaskannya.

5. Beranilah engkau melakukan maksiat (kepada Allah), setakat mana engkau dapat bersabar dengan azab Allah.

6. Sekiranya engkau ingin melakukan maksiat kepada Allah, carilah tempat yang lain di mana Allah dan malaikat-Nya tidak dapat melihat dirimu.

 

Limpahkan kasih sayang

Bersama Mohd Zawawi Yusoh

DALAM sehari semalam kita kerap menyebut perkataan ‘Bismillah’. Semua di antara kita sudah tahu apa maknanya, iaitu ‘Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang’.

Begitulah makna ayat al-Quran yang paling popular. Begitulah juga hebatnya Allah mengasihi makhluk yang dicipta-Nya.

Malah, golongan yang mengingkari-Nya pun masih dibenarkan tinggal di bumi-Nya. Mereka yang derhaka kepada-Nya pun masih diberi kesempatan menghirup udara-Nya, bahkan kadangkala rezeki makin bertambah.

Walaupun begitu, sudah banyak kita mendapat nikmat daripada-Nya tetapi jarang memberikan waktu untuk menghitungnya jauh sekali untuk membalasnya.

Setiap hari rasanya kita tidak terlepas meluangkan masa untuk mengambil sarapan kerana menganggap ia sangat penting.

Tetapi kenapa kita tidak sempat menggunakan beberapa minit untuk bersama memikirkan sifat ar-Rahman dan ar-Rahim Allah, sebagai vitamin sebelum bekerja atau menunaikan tugas harian?

Cuba tanya hati sanubari kita, apakah nikmat yang sudah kita dapat sepanjang hari semalam?

Kita boleh tidur dengan nyenyak, rumah kita selamat daripada pencuri, anak ceria, kita sendiri bahagia dan sebagainya. Tetapi pernahkah kita rasakan itu adalah rahmat Allah atau dalam kata lain pernahkah kita bersyukur?

Itulah tandanya kasih sayang Allah dan selepas kita mendapat kasih sayang Allah pernahkah kita tebar dan sebarkan itu semua kepada makhluk Allah yang lain?

Sudahkah kita sayangi ibu bapa kita sebagaimana kasih sayang yang kita dapat daripada Allah itu? Kepada anak kita, teman dan rakan sejiran, teman dan rakan sepejabat kita, bagaimana?

Sebenarnya antara tugas kita di bumi ini untuk berkasih sayang tanpa memandang ras, warna kulit, bangsa dan agama, parti politik bahkan juga kepada binatang, tumbuhan dan alam sekitar.

Dalam satu hadis Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya: “Orang yang bersifat pengasih akan dikasihi Allah Yang Maha Pengasih. Hendaklah kamu mengasihi makhluk di bumi, nanti kamu akan dikasihi penduduk langit.”

Kepada mereka yang derhaka kita patut melihat dengan penuh kasihan belas sebab kesalahannya adalah kesusahan baginya.

Mereka perlu didekati untuk ditegur dengan baik bukannya kasar supaya penderhaka itu diselamatkan daripada murka Allah.

Golongan yang pengasih bersifat seperti di bawah ini:

  Di mana ada benci, biar kita yang membalas dengan sayang.

  Di mana ada hati yang terluka, di situ kita yang menjadi penghiburnya.

  Di mana ada keraguan, di situ kita yang meyakinkan.

  Di mana ada putus asa, di situ kita menebarkan harapan.

  Di mana ada kesedihan, di situ kitalah yang berkongsi bahagia.

  Di mana ada kegelapan, di situlah kita yang membawa cahaya.

Selagi kita mahu membantu dan mengasihi kita, selagi itu kita mendapat ‘geran’ kekayaan daripada Allah yang Maha Mengasihi.

Lelaki Beriman Semakin PUPUS…

  1

Baru-baru ni kawanku mengenalkan diriku pada seseorang. Aku tak kenal siapa orang tuh. Kalau dari cerita kwnku, laki tuh adalah kenalan dia yang bekerja sebagai polis. Laki tuh minta dikenalkan pada puan yang bertudung dan alim. Kunun2 nak cari pasangan hiduplah ceritanya. Si kwn pehati disekitar, aku ni lah yang paling suai orangnya dari segi kreteria pilihan laki tuh. Dijadikan cerita…. Si laki ni mintalah no. hp ku tanpa pengetahuanku. Bermulalah sms bertanya2 kabar dan niat dihati nak berkenalan. Aku tak kisah jika nak tambah kenalan dan nak mengenali diriku. Tapi aku semakin tak sedap hati bila laki tuh call jam 1.30am masa aku tengah tido. Bila ditanya napa call lewat malam, ada apa2 nak ditolong? Dijawab tak ada apa2, sekadar nak sembang2 dan Tanya kabar. Aduhhhh…. Lewat malam nak sembang2 plak. Sekali lagi aku terkejut bila dia nak jumpa aku pada masa tuh. Biar betul laki ni, nak buat apa jumpa lewat2 malam. Macamlah tak ada hari siang. Bila aku menolak, dia memaksa plak berkali2 nak jugak jumpa. Sampai aku meninggi suara dengan cakap “kau dah salah orang, aku bukan puan jenis kuar lewat2 malam ni, sorrylah…. Ok, salam…” terdiam dia bila aku cakap mcm tuh. Kita perlu bertegas bila sesuatu benda kita dipaksa tapi hati kita tak merelakan, lebih2 lagi dah tau maksiat pasti menyusul jika kaki ni melangkah kuar. Lastly, dia off hp. Aku terdiam seketika… inikah generasi lelaki zaman sekarang! Bekerja baik, nak pasangan yang baik, bertudung dan alim tapi diri sendiri miskin aqidah dan akhlak. Andai diri beriman, tak mungkin berani mengajak puan kuar slewat itu, untuk apa nak jumpa masa jam sebegitu??

 

Persoalan dikepalaku masa tuh, napa laki nak cari pasangan yang baik, bertudung dan beriman sedangkan diri sendiri masih dalam kegelapan. Malah nak menyalurkan kegelapan itu pada insan lain. Sebelum inginkan sesuatu, ukurlah dulu diri sendiri, tak perlu “rosakkan aqidah dan akhlak” puan yang masih terpelihara. Apa yang diperolehi andai berjaya rosakkan aqidah puan tuh? Bangga?? Puas??

 

Inilah kejahilan yang mengkaburi mata, disebalik hati ada tersembunyi dosa dan noda. Kalau di Gaza kejahilan Izrael dilihat didepan mata dengan jelas, tapi ditempat kita ni kejahilan tersembunyi didalam hati. Ke mana menghilang lelaki beriman? Semakin pupus seiring dengan dunia yang semakin tua dan usang. Aku taklah waraq dan tak layak dicakap alim, Cuma masih tau DOSA dan PAHALA. Sunnatullah  masih diikuti dengan baik. Biar kita miskin harta, tapi jangan kita miskin aqidah dan akhlak. Itulah “ukuran peribadi” kita dimata orang dan disisi-NYA. Tak perlu “rosakkan” orang lain, tak ada faedahnya… jagalah aqidah dan akhlak diri sendiri dan bimbinglah orang lain bukan merosakkannya… WallahuAlam

Solat Istikharah, Tata Cara dan Doa

Solat Sunnat Istikharah

Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.

 

Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.

 

Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.

 

Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah.

 

Tata Cara Shalat Istikharah

Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.

 

Lafaz niat:-

Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala

Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala

 

Rakaat pertama-

Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

 

Rakaat kedua-

Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas

Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.

Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”

 

 

Doa istikharah

 

Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:

 

doa-istikhaerah

Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.

Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir

Ertinya:-

“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.

Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.

Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”

 

Kebenaran VS Kekufuran isteri

untitled

 

Topik yang aku nak sentuh dekat sini adalah tentang mengapa kebanyakkan wanita yang bergelar isteri dizaman sekarang ni seringkali meluah masalah rumahtangga mereka pada orang2 berkaitan maupun yang tiada kaitan dengan mereka. Aku sering bertanya pada diri mengapa benda ini berlaku. Aku belum dipihak mereka jadi persoalan ini belum mampu aku jawab sendiri. Mungkin inilah satu cara nak lepaskan bebanan yg sangat berat dirasakan dan jika diluahkan terlerailah sedikit kekusutan mslh rumahtangga yg dialami…

 

Tapi sebenarnya satu pengakuan yang jujur akan membawa kesan pada akhirat seorg isteri walaupun benda itu benar berlaku pada dirinya tapi hukum Allah tetap berjalan. Syurga dan neraka juga tetap ada menanti…

 

yang mampu aku peringatkan kepada isteri2 maupun pada diriku sendiri, ingatilah dan pelajarilah kisah Nabi Ibrahim semasa memilih menantunya (isteri Nabi Ismail)… dekat kisah itu, banyak pengajaran yang kita perolehi dan akan memastikan diri kita sentiasa beringat untuk menjadi isteri yang baik. Persoalan tentang fenomena ini jugak telah aku diskus ngn ust shauqi dan penjelasan ust sudah cukup jelas mengatakan haram hukum seorg isteri menceritakan mslh rumahtangga pada sesiapa walau dipihak yang benar… diskusi kami, aku sertakan sebagai panduan bersama… Wallahualam…

 

**************************************

salam ust…

selamat bertemu kembali 🙂 alhamdulillah sue dah sembuh dari operation mata ari tuh.. alhamdulillah solat terjaga gak walau dalam keadaan sakit.. mcmna masa dikemboja? bes tak?

ust,
seperti biasa… ada aje nak dibincangkan ni..
sue ada beberapa persoalan yg seringkali sue fikir…
skrng ni sudah menjadi kebiasaan didengari tentang isteri menceritakan tang rumahtangganya. jgn tengok jauh, dekat2 sue ni pun berlaku ngn biasa. sue ada kemusykilan tang hal tuh…

1) apa HUKUM bagi istri yang menceritakan mslh rumahtangganya pada org? maksud sue jika si isteri mengatakan….. “sepanjang perkahwinan akak tak pernah hidup senang, kesusahan dan kerumitan hidup mang sentiasa, nak cerita tentang peribadi pun susah inikan lagi nak menambah beban lagi, smpai langit ketujuh pun akak jerit tak setujuh dia kawin lagi… demi anak2 akak terus bersabar.. bertahun2 akak pendam perasaan kesusahan hidup akak.. kalo bukan fikir anak2 dah lama kak lari bebaskan diri”… ini antara luahan seorg akak pada sue tentang dia tak setujuh suaminya kawin lagi… persoalan sue, apa hukum isteri ckp tentang kerumitan rumahtangganya pada bukan ahli kuarganya?

teringat sue kisah nabi ibrahim memilih menantu dengan menguji. ust mesti ingatkan kisah nabi ibrahim tuhh.. yg mana nabi ibrahim suruh tukar tiang depan umah nabi ismail. bila nabi ibrahim tanya apa terjadi sepanjang perkahwinan pada isteri nabi ismail, si isteri pun menjawab ngn jujur yg sepanjang perkahwinan mereka tak pernah hidup senang yang dirasai hanya kesusahan berpanjangan… nabi ibrahim suruh ceraikan ngn kiasan tukar tiang depan umah… jadi, zaman skrng ni masih bole ke pakai bila isteri2 menceritakan keadaan umahtangga yg sebenar pada org lain supaya si suami tak kahwin lagi… tak ke dianggap isteri tadi ni isteri yang tidak baik sbb mengaibkan suami ngn menceritakan kesusahan yg dia alami? andai niat si isteri menceritakan agar puan lain faham keadaan sebenar yg dialaminya dan puan tuhh akan beralah untuk berkongsi hidup ngn mereka, tetap salah ke dari sudut agama? sbb ciri2 isteri yg baik adalah menjaga aib suaminya dan menutup kisah rumahtangga mereka.

2) persoalan kedua, apa hukum jika si suami tetap mahu berpoligami walau isterinya tak izin ngn niat nak elak dari maksiat.. dari bercouple, baik kawin,cara yg lbh selamat dari sudut agama… tapi dlm agama berpoligami cuma hanya untuk lelaki yg berkemampuan..

“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.” (Surah An-Nisa, ayat: 3)

3) apa plak hukum pada si isteri jika mang tidak mahu izinkan suaminya berpoligami sbb kuarga sediada pun masih belum stabil inikan lagi mahu menambah beban… jika si suami terjebat dalam maksiat, dan dikuatiri terjebat dlm zina.. adakah si isteri akan mendapat dosa besar sbb keengganan dia sebabkan suaminya terjebat dlm maksiat?

emmm…. dah panjang btl dah ni persoalan sue.. takat ini dulu persoalan sue dalam ‘dunia perkahwinan’…  selamat bertemu dilain mail…

moga ust dirahmati selalu oleh Allah.. amin…

 

****************************************

salam sue….

nak tau cerita kemboja…. sila baca dalam blog ana. Sue sihat? ana doakan moga sue sentiasa sihat sejahtera selalu. Alhamdulillah… sue dah sembuh dari operation mata 🙂

1. Tak boeh isteri membuka keaiban rumahtangganya pada orang lain apatah lagi menceritakan tentang keburukan suaminya. Hukumnya adalah haram.

2. Suami boleh poligami walau tanpa izin isteri. namun kalau suami rasa memang dia tak mampu untuk poligami maka dia tak boleh lakukannya.

3. isteri tidak menanggung dosa suami kerana urusan kepimpinan terletak di atas bahu suami. Suami tak boleh jadikan alasan untuk menyalahkan isteri kalau dia berzina apabila isteri tak izin dia kawin lagi. 

Ok…. moga jumpa lagi di lain email… take care ok. Jaga diri baik2. wassalam.