Lelaki Beriman Semakin PUPUS…

  1

Baru-baru ni kawanku mengenalkan diriku pada seseorang. Aku tak kenal siapa orang tuh. Kalau dari cerita kwnku, laki tuh adalah kenalan dia yang bekerja sebagai polis. Laki tuh minta dikenalkan pada puan yang bertudung dan alim. Kunun2 nak cari pasangan hiduplah ceritanya. Si kwn pehati disekitar, aku ni lah yang paling suai orangnya dari segi kreteria pilihan laki tuh. Dijadikan cerita…. Si laki ni mintalah no. hp ku tanpa pengetahuanku. Bermulalah sms bertanya2 kabar dan niat dihati nak berkenalan. Aku tak kisah jika nak tambah kenalan dan nak mengenali diriku. Tapi aku semakin tak sedap hati bila laki tuh call jam 1.30am masa aku tengah tido. Bila ditanya napa call lewat malam, ada apa2 nak ditolong? Dijawab tak ada apa2, sekadar nak sembang2 dan Tanya kabar. Aduhhhh…. Lewat malam nak sembang2 plak. Sekali lagi aku terkejut bila dia nak jumpa aku pada masa tuh. Biar betul laki ni, nak buat apa jumpa lewat2 malam. Macamlah tak ada hari siang. Bila aku menolak, dia memaksa plak berkali2 nak jugak jumpa. Sampai aku meninggi suara dengan cakap “kau dah salah orang, aku bukan puan jenis kuar lewat2 malam ni, sorrylah…. Ok, salam…” terdiam dia bila aku cakap mcm tuh. Kita perlu bertegas bila sesuatu benda kita dipaksa tapi hati kita tak merelakan, lebih2 lagi dah tau maksiat pasti menyusul jika kaki ni melangkah kuar. Lastly, dia off hp. Aku terdiam seketika… inikah generasi lelaki zaman sekarang! Bekerja baik, nak pasangan yang baik, bertudung dan alim tapi diri sendiri miskin aqidah dan akhlak. Andai diri beriman, tak mungkin berani mengajak puan kuar slewat itu, untuk apa nak jumpa masa jam sebegitu??

 

Persoalan dikepalaku masa tuh, napa laki nak cari pasangan yang baik, bertudung dan beriman sedangkan diri sendiri masih dalam kegelapan. Malah nak menyalurkan kegelapan itu pada insan lain. Sebelum inginkan sesuatu, ukurlah dulu diri sendiri, tak perlu “rosakkan aqidah dan akhlak” puan yang masih terpelihara. Apa yang diperolehi andai berjaya rosakkan aqidah puan tuh? Bangga?? Puas??

 

Inilah kejahilan yang mengkaburi mata, disebalik hati ada tersembunyi dosa dan noda. Kalau di Gaza kejahilan Izrael dilihat didepan mata dengan jelas, tapi ditempat kita ni kejahilan tersembunyi didalam hati. Ke mana menghilang lelaki beriman? Semakin pupus seiring dengan dunia yang semakin tua dan usang. Aku taklah waraq dan tak layak dicakap alim, Cuma masih tau DOSA dan PAHALA. Sunnatullah  masih diikuti dengan baik. Biar kita miskin harta, tapi jangan kita miskin aqidah dan akhlak. Itulah “ukuran peribadi” kita dimata orang dan disisi-NYA. Tak perlu “rosakkan” orang lain, tak ada faedahnya… jagalah aqidah dan akhlak diri sendiri dan bimbinglah orang lain bukan merosakkannya… WallahuAlam

9 Respons

  1. terkejut saya, walhal keje polis, tp ajak kuar mlm2 buta..sungguh x sopan

    • salam ziema….
      🙂 apa yang mampu sue cakap, cuma mampu tersenyum,… manusia ni dicipta pelbagai ragam dan tingkahlaku. ada yang baik, ada yang baik2 ‘kucing’ sekadar nak mengaburi mata… cuma Allah yang mengetahui setiap apa terdetik dalam hati samada baik@jahat… apa yang perlu dibuat sebagai seorang wanita ni, kita cuma perlu berserah diri sepenuhnya pada Allah, insyaAllah akan dijaga dan sentiasa dlm ‘lindungan-NYA’…. sebelum kuar kena doa dulu, itulah paling mustahak, sbb kita tak tau apa akan jadi nanti, kang jumpa plak laki ‘miskin akidah dan akhlak’ ni susah plak.

      jangan ikut sgt kehendak laki… laki bukan semua mampu jadi ‘khalifah’ yang baik, byk yang menghancurkan wanita adalah… jangan lah nak kuar mlm. tuk apa? alasan nak makan2 bukan alasan yang logik, mcm x ada ari siang plak… 🙂

  2. salam sayang sue, apa khabar lamanya tak datang rumah akak ya hehehe…kalau akak kan susah nak bagi no hp kat orang yang belum betui2 kenal.

    • salam sayang kak iman….
      🙂
      mang dah lama benarnyer sue tak jenguk ‘umah’ akak…. masa terhad kak, nak edit blogs ni pun tegejar2 gak🙂 tapi dah minat jadi kena curik2 masa gak lah…

      yang penting, sue tak lupa pada akak…🙂

      mang sue pun jenis susah nak bagi no.hp pada org… benda yg jadi ni pub sbb kwn yg bagi no. sue tanpa pengetahuan sue.. itulah puncanya🙂 tapi alhamdulillah tak ada berlaku apa2 gak… masih ada aqal ni nak beza mana betul n mana salah, masih kenal ‘dosa’ n ‘pahala’…🙂

  3. assalamualaikum.
    xpe sue, suma tu hikmah. menguji thp iman. hidayah tu hanya milikiNya. jadilah seperti bunga yang cantik di tepi gaung yg tinggi. yang betul2 tekad dan layak saja akan sampai ke situ. =)

  4. salam sue…..sentiasa berhati2 sue. Semoga sue n family sentiasa dirahmati Allah.

  5. sukung ukhti!!

  6. salam…..

    Mmg susah nk cr lelaki yg baik skrg ni….begitu juga begitu susah nk cr perempuan yg baik skrg….

    x semestinya dia seorang polis dia seorg yg baik..ustaz n ustazah skrg pn skrg ramai yg terkandas…ni pluk polis yg sentiasa dlm persekitaran yg..ermm faham2 ajela…kdg2 dok p tangkp pelacur kol berapa..

    dunia skrg menuju ke zaman akhir zaman…anak2 muda skrg bangga kalo diorg bleh wt benda2 jahat…cth mat2 rempit..diorg bangga dpt wt aksi2 yg bodoh tu..bangga dpt tdo perempuan bila menang race..bangga dpt bw awek ke rumah..

    hp pelajar2 skrg…kalo lelaki..kt asrama kalo dirampas…lebih 80% memiliki video2 lucah…ermm..apa la nk jd dgn generasi akan dtg..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: