Kawal nafsu jadi manusia mulia

Bersama Mohd Zawawi Yusoh

NAFSU adalah sebahagian daripada manusia dan manusia tidak boleh berpisah daripadanya selagi bernafas.

Malah, dengan nafsu dunia menjadi indah dan begitu menarik. Dengan nafsu juga manusia mempunyai keturunan dan manusia boleh membangunkan diri dan tamadun, sehinggakan dengan nafsu manusia boleh menjadi pincang.

Barangkali ada juga orang beranggapan, jika tiada nafsu di dalam dirinya, tidaklah dia terikut-ikut dengan nafsu. Tetapi nafsu adalah anugerah Allah. Di dalamnya ada ilham baik dan buruk, seperti maksud firman-Nya: “Kami ilhamkan kebaikan dan keburukan di dalam hati manusia.”

Berjayalah sesiapa yang dapat mendidik hati sebagaimana kalangan nabi dan rasul. Ini kerana mereka yang boleh menguasai hati mampu menguasai nafsu. Sebaliknya, mereka yang rosak hati menjadi tunggangan nafsu.

Mulia atau hinanya manusia bergantung kepada sejauh mana manusia boleh atau tidak mengawal nafsu tetapi nafsu pula bukan untuk dibunuh atau dinyah daripada diri, cuma ia perlu dididik, diasuh dan dikawal sebaik yang mungkin.

Al-Quran membahagikan nafsu kepada tiga iaitu nafsu ‘amarah’ (nafsu jahat), ‘lawwamah’ (menyesal apabila buat kejahatan) dan ‘mutmainnah’ (tenang).

Apabila buta martabat nafsu, manusia akan teraba-raba dalam kegelapan, malah tidak tahu kedudukan di sisi Tuhannya.

Ada orang menyangka diri mereka mulia tetapi sebenarnya hina di sisi Allah. Ada orang dihina tetapi mulia di sisi Allah sebab berjaya mengawal nafsu. Ada juga orang berasa dia sepatutnya dimuliakan dengan kedudukan tetapi patut dihina di sisi Allah.

Bagi mengendalikan nafsu sama ada remaja atau orang dewasa, mereka kena mengetahui terlebih dulu pintu kemasukan syaitan yang boleh merosakkan nafsu, iaitu:
– Terlalu cinta kepada dunia, sehingga tewas cinta Allah.
– Tamak haloba, hingga lupa kemahuan dan kemampuan diri. Maknanya, walaupun tidak mampu, mereka tetap mahukannya.
– Hasad dengki, iaitu berasa senang apabila orang lain mendapat musibah tetapi susah hati apabila orang lain mendapat kesenangan. Tidakkah dengki namanya itu?
– Wanita. Nafsu boleh rosak kerana wanita. Bagi lelaki, nafsu boleh jadi tidak terkawal apabila berdepan wanita.
– Gopoh gapah, maksudnya tidak berfikir panjang dalam melakukan sesuatu.
– Taksub, iaitu sifat atau pegangan yang keterlaluan dalam menghadapi sesuatu. Disebut juga fanatik.

Selepas mengetahui pintu atau punca nafsu menjadi jahat, remaja perlu juga mengetahui cara untuk mengawal dan mengelakkan daripada bahaya nafsu jahat terbabit, antaranya:
– Tutup pintu kemasukan syaitan yang boleh merosakkan nafsu tadi rapat-rapat.
– Hapuskan segala sikap kotor, jangan dengki lagi, jangan bersikap tamak dan jangan terlalu mencintai dunia.
– Hancurkan gangguan syaitan, iaitu dengan selalu berzikir terutama dengan zikir yang diajarkan Rasul seperti ‘ma’thurat’ dan baca al-Quran.
– Perbanyakkan solat sunat dan rajin-rajinlah bangun solat malam (qiyamullail).
– Banyak bersedekah.
– Berkawan dengan orang miskin.

Remaja sekalian! Sebagai Muslim, kita juga kena membiasakan diri mempunyai al-Quran kecil di tangan. Ini kerana apabila tiba gangguan syaitan tadi, terus buka Quran kecil, mudah-mudahan kita sentiasa dilindungi Allah, sebab keinginan kita untuk berzikir (mengingati Allah).

Kemudian, biasakan diri selalu menziarahi orang sakit atau orang yang hendak meninggal dunia, ziarah kubur dan tulis wasiat kerana perkara ini boleh mengingatkan kepada kematian, menginsafkan kita dan paling penting mendidik dan menguatkan hati supaya dapat menewaskan nafsu.

Advertisements

Amalan orang melayu bila membeli sesuatu barang baru…

  su1

 

Apa yang hendak aku sentuh iaitu topic tentang amalan orang melayu apabila membeli sesuatu barang baru contoh kereta baru atau motor baru, malah yang baru nak naik rumah baru pun akan diadakan majlis kenduri doa selamat…

 

Benda ni sedikit bagi mataku celik, kenapa ada amalan orang melayu yang sering dicampur adukkan dengan khurafat. Dipersekitaran rumahku dan penduduk kampungku juga tak lepas dari amalan sebegitu. Bagi mereka bila membeli kenderaan baru, mesti dibuat doa selamat agar kenderaan baru tuhh tak akan ‘amek darah diaorang’ inilah kejahilan yang jelas sbb mereka fikir kenderaan itu yg mengawal manusia, yang berkuasa untuk mengubah sesuatu dalam perjalanan juga takdir hidup orang yang menaikinya. Jelas terpesong sungguh minda macam tuh..

 

Bukan setakat penduduk dikampungku tapi masa aku study di Universiti pun amalan doa selamat tuk ‘membuang’ atau ‘melepaskan’ sesuatu utk keselamatan diri si pemilik masih diikuti. Kawan-kawanku pasti akan membuat kenduri doa selamat bila beli motor baru. Dengan harapan lepas buat doa selamat tuh, tak akan berlaku eksiden lagi…

 

Semakin aku heran dikampungku, bila aje beli kenderaan baru mestilah dibuat majlis dan yang bercampur adukkan khurafat dengan “membaling darah” yang dikorban dekat kenderaan tuhh. Biasanya ayam yang akan dikorbankan.,. kunun2, ayam itulah korban ‘darahnya’ supaya darah si pemilik tidak akan diamek.. jadi tak adalah eksiden… minda yang sungguh jahil… masih diamalkan benda syirik tuh dikampungku. Ntah nak buat macamna nak bagi minda penduduk kampung ni terbuka tentang ajaran islam sebetulnya.

 

Amalan buat kenduri doa selamat ni bukan tak boleh, malah dituntut dalam agama sebagai tanda kesyukuran atas segala rezeki yang dilimpahkan oleh-NYA pada kita…. Eyalah, dapat gak beli sesuatu yang baru.. kan itu merupakan rezeki dari Allah… tapi yang menjadi salah bila dicampur adukkan dengan khurafat dan syirik. Itu salah besar dan dosa yang sangat besar… menyekutukan Allah tiada pengampuanan dari-NYA…

 

Aku ada membincangkan topic ini pada ust shauqi…. Dan minta penjelasan tang budaya doa selamat untuk dijadikan sbg ‘pelepas’ sial…. WallahuAlam…

 

******

 

salam ust….

 

arap sihat sentiasa ya… sue, alhamdulillah sihat jugak…

 

masa sue study, ada kwn kami eksiden… jatuh motor, mang teruk jugak. patah kaki dia.. ada kwn cakap “si farah ni asyik jatuh motor sbb dia beli motor baru tuh tak buat doa selamat dulu… itu yang motor tuh makan darahnya”… aikk, sue ingat org KL tak amal adat mcm tuhh, upanya org KL pun mcm tuh. kalo dkt tempat sue ni, mang mcm tuh lah biasanya.. bila ada beli kenderaan baru aje, mesti diwat doa selamat.. kunun2 kenderaan tuh tak akan amek darah kita plak, jadi x de lah eksiden 🙂 … betul ke?

 

*******

 

Salam sue…

Lama tak dengar berita… moga2 sue sihat walafiat dan didoakan moga sue bahagia selalu….


Berkenaan dgn doa mohon pertolongan allah supaya selamat tidak menjadi masalah, bahkan dituntut, tetapi yang dilarang ialah buat ‘tepung tawar’ pada motor tu, atau apa2 upacara yg bercanggah dgn syarak. Cukup sekadar bila naik je motor, baca doa… kalau nak eksiden juga, ia merupakan ujian… so tak kena mengena dengan sebab masa beli motor tak buat ‘pelepas’ dulu… ini kepercayaan yg syirik.

wallahu’alam.

Ibadat, wirid, zikir hiburan bagi orang mukmin beriman

Bersama Mohd Zawawi Yusoh

SEMUA orang sukakan hiburan. Malah ada ketikanya hiburan menjadi suatu keperluan bagi sesetengah orang seperti makanan dan minuman.

Alasannya, hiburan boleh mendatangkan ketenangan, mengurangkan tekanan dan menyegarkan emosi.

Benar, ketegangan dan kegersangan emosi boleh menyebabkan seseorang itu jadi pemarah, perengus, tertekan dan keresahan.

Menyuburkan emosi memang penting kerana dari situ akan timbul sikap kasih sayang, prihatin dan peka pada persekitaran sekeliling.

Tetapi apabila disebut hiburan bukanlah semata-mata yang mungkin difahami anak remaja kini iaitu nyanyian, konsert, pesta, karaoke, kelab malam atau berpeleseran saja. Malah, melihat keindahan alam, melancong, berekspedisi, berkelah atau seumpamanya adalah hiburan.

Bagi lebih jelas, kita lihat tiga kategori hiburan, iaitu:

i- Bagi seorang mukmin iman, amal ibadat, wirid dan zikir atau apa saja perbuatan yang membawa pahala daripada Allah adalah hiburan.

Ini kerana hasil daripada itu adalah ketenangan dan ketenteraman. Jiwa yang sentiasa hidup dan segar. Emosi pula terkawal.

Perkara inilah yang dimaksudkan Allah dalam al-Quran iaitu firman-Nya bermaksud: “Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati jadi tenang.”

ii- Hiburan kategori kedua pula iaitu apa saja cara yang dapat menghilangkan keresahan dan kerunsingan yang tidak bertentangan dengan syariat serta akidah.

Malah, jika dihayati hiburan jenis ini dapat dijadikan cara untuk mendekatkan diri pada Allah. Umpamanya, jika berkelah atau berekspedisi di samping dapat menghilangkan bosan dapat juga merasai kehebatan ciptaan Allah, meresap di jiwa lalu timbul rasa gerun kepada-Nya.

Tetapi hakikatnya, ramai yang tidak menyedari hikmah di sebalik berhibur. Jadi, hiburan hanya sekadar hiburan, terhenti setakat itu saja.

Namun, hiburan kategori ini selagi mana tidak bercanggah dan tidak memberi kesan negatif, ia ibarat ubat mengurangkan kesakitan yang dapat menghilangkan keresahan buat seketika, tetapi tidak dapat menghapuskan punca keresahan itu.

iii- Hiburan kategori ketiga pula ialah yang paling popular di kalangan ramai kini, terutama muda-mudi. Konsert artis, nyanyian yang lalai, pesta, kelab malam, berpasangan dan seumpamanya adalah menjadi hambatan hidup remaja kini.

Hiburan ini bukan saja tidak bersifat menyembuhkan, malah umpama penagihan dadah. Memang seronok, ibarat gula-gula, manis dan sedap tetapi tidak mengenyangkan.

Keseronokan itu bukan bererti kebahagiaan atau ketenangan. Malah, beransur-ansur membawa akibat buruk dan negatif pada jangka masa panjang.

Hiburan kategori ini mendatangkan kesan buruk pada hati yang tidak dapat dikesan. Hati menjadi keras, gelap, lalu terdinding daripada mendapat kelazatan mengingati Allah, malah sukar untuk menerima kebenaran.

Justeru, orang yang mendapat hiburan hakiki (sebenar) umpama mendapat hidangan dan makanan lazat lagi enak, tidak perlu lagi pada gula-gula yang tidak berkhasiat.

Selalunya hanya kanak-kanak yang amat gemar pada gula-gula, manakala golongan dewasa tidak kerana mereka lebih mengutamakan makanan mengenyangkan.

 

Mengenali Ayatul Ismul A’zam

 

Ismul A’zam menurut pendapat imam Al-Ghazali

 

Imam Abi Hamid Al-ghazali menerangkan dalam kitabnya Al-maqshadul asna syarhi asmua illahil Husna, halaman 82:

 

Sebuah wirid menerangkan, Rasulullah SAW berkata: Ismul a’zam terdapat dalam dua buah ayat. Pertama ayat “Wa ilaa hukum… sampai akhir (Ar-Rahmin)”. Dan kedua, ayat permulaan surah Ali imran, iaitu “Alif laaam miin… sampai akhir (alqayyuum)”.

 

Selain itu Imam Al-ghazali menerangkan: ada sebuah hadits yang menerangkan bahawa pada suatu peristiwa Rasulullah SAW mendengar seseorang yang mengucapkan doa seperti yang tersebut diatas  lalu Rasulullah SAW berkata: demi diriku yang dijadikan Allah, sesungguhnya dia berdoa dengan ismul a’zam. Apabila meminta dengannya nescaya diberi Allah dan apabila berdoa dengannya, nescaya diperkenan Allah

Aduhai hati…

su 

Aduhai hati,

alangkah sukar mendidikmu

mengawalmu,dan mensucikanmu…

 

bilamana engkau sudah menghampiri-NYA,

banyaklah datang segala ujian

setan tak putus asa untuk

mengodamu, menodaimu, juga mengotorimu…

 

bilamana engkau sudah bersih,

setan itu bijak mengatur langkahnya

untuk menyesatkanmu

dilontarkan benih-benih cinta padamu

kemudian disemainya benih itu

lalu bercambahlah cinta itu…

 

bilamana cinta itu sudah tumbuh,

maka dicampurkannya pula antara kebenaran dan kebatilan

agar engkau hanyut dibawa panahan sebuah cinta

 

bila engkau mengingati Rabb dengan menyempurnakan

suruhan dan menjalankan kewajipan seorang islam

maka engkau akan dihanyutkan

dengan dicampurkannya pula kerinduan…

 

bila kerinduan itu datang,

engkau mudah cenderung kepada jalan-jalan yang salah

itulah kejahilan yang nyata

sebab engkau mengetahui

ianya salah dan dosa

tapi engkau tetap melakukan

demi hanya sebuah cinta…

 

bilamana engkau sudah dipertengahan jalan hanyut,

maka dengan limpah kurnia dan rahmat yang Maha Penyayang

diseru dan dipanggil mu setiap masa

kembali kepada-NYA seperti dahulu…

 

untuk memanggilmu kembali,

diturunkan dengan dihujanimu

beribu masalah dan ujian didalam cinta itu

agar celiklah matamu yang telah buta dek cinta

itulah bukti DIA Maha Penyayang diantara yang Menyayangi…

 

bilamana engkau telah celik,

peliharalah dirimu sebaiknya

kerana engkau terlalu lembut

dan amat mudah untuk terpesong

pada kenikmatan dunia yang hanyalah sebuah fatamorgana

hanya iman yang dapat menyelamatkanmu

mintalah pada-NYA agar ditetapkan iman…

 

Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau sesatkan hati kami seteah Engkau beri petunjuk yang benar dan berilah kami rahmat. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi” ( Surah Ali-Imran: 8 )

 

Ingatlah akan hati yang terluka dan air mata yang membasahi pipi

Dr. ‘Aidh Bin ‘Abdullah Al-Qarni

 

Tidakkah engkau lihat bahawa mala mini

Bila telah sempurna kegelapannya

Pasti akan datangnya pagi hari dengan cahayanya

 

Seorang penyair berkata: bila anda mengetahui bahawa sesungguhnya anda telah bersumpahdemi waktu bahawa anda akan mendapatkan segala yang anda inginkan dalam segala urusan di setiap masa yang anda lalui. Lalu ia juga telah bersumpah akan memberikan apa jua yang anda sukai, maka pantas saja anda bersedih hati jika kehilangan setiap peluang yang tidak pernah tercapai.

Jika anda telah mengetahui tabiat pengambilan dan pengembalian, pemberian dan pencegahan yang dilakukan oleh hari-hari yang anda lalui dan bahawa hari-hari itu tidak pernah melupakan suatu anugerah yang telah diberikannya, melainkan ia akan kembali mengambilnya dari anda dan memang demikianlah ketentuan dan tabiat masa terhadap semua Bani Adam, baik bagi yang tinggal di dalam istana mahupun yang tinggal di rumah sederhana, baik bagi orang yang telah meraih puncak keberhasilannya mahupun bagi orang awam yang sederhana hidupnya, maka rendahkanlah nada kesedihan anda dan usaplah air mata anda. Kerana bukan hanya anda yang pertama kali terkena kesan racun zaman, dan musibah atas diri anda bukanlah yang pertama dan terakam dalam daftar musibah dan penderitaan.

Allah SWT berfirman:

“Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga pada hal kamu belum didatangi ujian seperti yang dialami oleh orang dahulu. Mereka ditimpa kepapaan, penyakit dan ketakutan sehingga berkatalah rasul dan orang yang beriman bersamanya : “Bilakah akan datang pertolongan Allah ?” . Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah sangat dekat.” (Surah Al-Baqarah: Ayat 214)