Adakah kami ‘memilih’ kerja???

1

Tersentak dan sebak bila aku dpt keputusan SPP yg aku gagal. Istilah gagal lepas intvw dah selalu sgt aku alami. Teringat aku masa intvw KEMAS, semua soalan aku jawab dgn baik tapi keputusan mengecewakan jugak. SPP ni pun aku buat persediaan awal sebelum intvw. Hanya soalan ‘apa nama bandaraya brunei’ yg aku terlupa. Takkan lah solan itu penyebab aku ditolak untuk jawatan tuh sedangkan pengalaman kejaku dah banyak. Malah aku sertakan appoiment letter, agreement letter, surat kenaikkan gaji dan notis tamat kontrak keja lama aku sertakan. Bagiku bukti tuh sudah cukup utk ‘cover’ soalan yg aku terlupa nak jawab. Ntah mcmna aku boleh terlupa nama bandaraya Brunei tuhh.

 

Bila aku Tanya kwn yang sama intvw masa tuhh. Rupanya dia juga gagal tuk jawatan tuh dan dia terlalu sedih gak. Kak lyn luah rasa sedih dan geramnya padaku, “sabar jer, biar sampai pancen jadi kerani dgn gaji kecek ni. Tak taulah apa yg govtmn nak pada kita, cakap kita pilih keja tapi bila kita apply tak dibagi peluang keja. Amcm nak bayat PTPTN ni. Tua dah umur akak ni. Akak ni ada 4 thn lagi boleh apply KPLI, dah lah tak pernah dapat KPLI, ni minta keja pem. Tadbir pun tak dapat, nasib-nasib….”

Ada betulnya kata-kata kak lyn tuh. Aku mengiakan komen dia sbb aku juga alami nasib yang sama. Walaupun graduat U, aku tak pernah pilih keja sehingga kerani yang gaji RM400/sebulan pun aku amek je sbg pekerjaan. Nak kata tak usha apply keja, mcm2 dah dipohon. KPLI ni jer masuk 6kali aku aplly n DPLI ni 3kali dah tapi tak pernah dapat. Aku pun tak tau dimana silapnya. Jgnkan nak dapat, dipanggil intvw pun tak pernah. Tapi aku tak akan putus asa, bagiku bukan kepenatan memohon tuh alat pengukurnya tapi ‘umur’ itulah alat pengukur. Selagi aku tak melebihi had umur, aku tetap akan mohon KPLI n DPLI tuh. Mgkin ini adalah ujian sejau mana tahap kesabaranku.

 

Selalu jer diwar-warkan dkt TV yang graduat U ni pilih keja… adakah kami ni layak dicakap sebegitu sedangkan kerani swasta bergaji kecek tetap kami amek sbg pekerjaan. Malah berapa byk dah kami apply jawatan yg hanya standard SPM (pem.tadbir) tapi tak juga dapat. Inikah yang dikatakan ‘pilih’ keja?… kekdg tak faham, apa yg mereka nilai dari kami, nak kata pengalaman, kebanykkan kami ada pengalam mengajar, aku sendiri ada pengalaman mengajar sbg guru ganti…. pengalaman keja pejabat juga dah banyak sejak abes U sehinggalah skrg keja masih berkaitan dgn pejabat….

 

Inikah yang dikatakan NASIB-NASIB atau inikah TAKDIR atau inikah yg dikatakan kekuatan pada ‘KABEL’……

Advertisements