Adakah kami ‘memilih’ kerja???

1

Tersentak dan sebak bila aku dpt keputusan SPP yg aku gagal. Istilah gagal lepas intvw dah selalu sgt aku alami. Teringat aku masa intvw KEMAS, semua soalan aku jawab dgn baik tapi keputusan mengecewakan jugak. SPP ni pun aku buat persediaan awal sebelum intvw. Hanya soalan ‘apa nama bandaraya brunei’ yg aku terlupa. Takkan lah solan itu penyebab aku ditolak untuk jawatan tuh sedangkan pengalaman kejaku dah banyak. Malah aku sertakan appoiment letter, agreement letter, surat kenaikkan gaji dan notis tamat kontrak keja lama aku sertakan. Bagiku bukti tuh sudah cukup utk ‘cover’ soalan yg aku terlupa nak jawab. Ntah mcmna aku boleh terlupa nama bandaraya Brunei tuhh.

 

Bila aku Tanya kwn yang sama intvw masa tuhh. Rupanya dia juga gagal tuk jawatan tuh dan dia terlalu sedih gak. Kak lyn luah rasa sedih dan geramnya padaku, “sabar jer, biar sampai pancen jadi kerani dgn gaji kecek ni. Tak taulah apa yg govtmn nak pada kita, cakap kita pilih keja tapi bila kita apply tak dibagi peluang keja. Amcm nak bayat PTPTN ni. Tua dah umur akak ni. Akak ni ada 4 thn lagi boleh apply KPLI, dah lah tak pernah dapat KPLI, ni minta keja pem. Tadbir pun tak dapat, nasib-nasib….”

Ada betulnya kata-kata kak lyn tuh. Aku mengiakan komen dia sbb aku juga alami nasib yang sama. Walaupun graduat U, aku tak pernah pilih keja sehingga kerani yang gaji RM400/sebulan pun aku amek je sbg pekerjaan. Nak kata tak usha apply keja, mcm2 dah dipohon. KPLI ni jer masuk 6kali aku aplly n DPLI ni 3kali dah tapi tak pernah dapat. Aku pun tak tau dimana silapnya. Jgnkan nak dapat, dipanggil intvw pun tak pernah. Tapi aku tak akan putus asa, bagiku bukan kepenatan memohon tuh alat pengukurnya tapi ‘umur’ itulah alat pengukur. Selagi aku tak melebihi had umur, aku tetap akan mohon KPLI n DPLI tuh. Mgkin ini adalah ujian sejau mana tahap kesabaranku.

 

Selalu jer diwar-warkan dkt TV yang graduat U ni pilih keja… adakah kami ni layak dicakap sebegitu sedangkan kerani swasta bergaji kecek tetap kami amek sbg pekerjaan. Malah berapa byk dah kami apply jawatan yg hanya standard SPM (pem.tadbir) tapi tak juga dapat. Inikah yang dikatakan ‘pilih’ keja?… kekdg tak faham, apa yg mereka nilai dari kami, nak kata pengalaman, kebanykkan kami ada pengalam mengajar, aku sendiri ada pengalaman mengajar sbg guru ganti…. pengalaman keja pejabat juga dah banyak sejak abes U sehinggalah skrg keja masih berkaitan dgn pejabat….

 

Inikah yang dikatakan NASIB-NASIB atau inikah TAKDIR atau inikah yg dikatakan kekuatan pada ‘KABEL’……

11 Respons

  1. Yakinlah pada ketentuan Allah, asal saja kamu sudah berusaha sebaik mungkin, selebihnya terserah kepada Dia yang Maha Tahu. Kamu dah tamatkan pengajian, syukur, satu hurdle telah berjaya dilalui. Kamu terus memohon dan memohon pekerjaan sehinggalah tiba kepada yang benar2 merupakan rezeki kamu yg ditetapkan Allah. selagi belum berjumpa dengan rezeki tu, teruskan berusaha memohon, disamping banyakkan berdoa….Sabar itu lebih baik nak.

    • salam….

      makasih buat insan yg memahami… kata-kata nasihat dan semangat yg sangat saya hargai… spt mak slalu nasihatkan saya, “org dalam (kabel) tak ada kuasa nak tolong, yg berkuasa Allah, jgn putus asa sbb niat baik nak tolong dan sara makbapa, insyaAllah pasti ada gak keja menanti lbh baik, Allah adil nak…” shingga skrg kata-kata mak tuh msh saya simpan sbg ‘ubat dan penawar’ bila rasa sebak… saya yakin Allah sentiasa bersama ngn hambaNYA yg ingt DIA… lagipun niat kita baik nak jaga keperluan kesinambungan kehidupan orgtua… yakin Allah pasti membantu…🙂

  2. insyaallah…Akan sampai masa nya…Pertolongan Allah lg baik dr pertolongan manusia (kabel).. Kita doa sama2 ye…mungkin kpli n dpli x sesuai utk kita buat masa ni..hanya allah yg tau… =)

    • salam…

      makasih ye… sama2 berdoa moga dpermudahkan rezeki… insyaAllah, selagi hdp ni akan sentiasa didik hati menjadi insan yg lebih sabar…

  3. tabahkan hati ye….doa banyak banyak..adik saya pun alami masalah yang sama , she’s graduated from UIA , amek human science…interview memanjang tapi takder yg dapat. Belum rezeki agaknya.
    dia jadik cikgu nursery skang , about 2 years dah. hari tu my parents applied pdrm for her , dia dapat inspektor , tapi dia taknak. RUGI lah….geram betul dengan dia

  4. Setiap sesuatu adalah ketentuan Allah jua….dan sudah tentunya ada hikmah disebaliknya…..

  5. Salam sayang Sue..lama tak jenguk blg Sue macam2 cerita ada. Entahlah Sue kalau sebut tentang kerja…suami akak yang lepasan U dari USA pun payah nak dapat kerja. Betapa jurangnya hanya kerana kami ni OKU. Bertahun2 menanti…mungkin juga rezeki anak..umur anak setahun lebih dapat kerja. Tu pun sebab tak mampu nak bayar wang pinjaman belajar..rasa macam pengemis kerja..minta kerja kerani rendahpun tak dapat masa tu..apalah nasib..mungkin ada hikmahnya Sue bersabar ya. minta no hp boleh tak? emel akak ya? tu pun kalau sudi…

    • salam syg kak iman…

      blog sue bermslh, tuh yg susah nak buka ni… Alhamdulillah dpt gak buka n bls mail akak… rindu sgt2 ngn aktif balik dunia blogs ni tp byk mslh sue adapi kebelakangan ni… mcm2 ada dlm blogs sue🙂 meluah khidupan pun byk… ini je lah jalan terbaik sue lepaskan kekusatan dlm hati… nak mluah pada org skliling, takat mana diaorg nak membantu… ni kan nak suruh carikan keja.. x mgkin sebaik itu msia zaman skrg.. hehehe…

      kena terus tabah menhadai hidup ini… kalo nak pts asa dah lama agaknyer… tapi kena fikir khdpan kena teruskan jugak, orgtua pub kena sara xkan kita hidup sdgkan orgtua ntah mkn ntah tidak… nauzubillah… cuma bergelar ‘penganggur’ ni byk lah mslh nak kena tanggung… kwangan pun asyik kuar, takde yg masuk ni..🙂

      akak… berat mata memandang berat lagi bahu memikul ni………..

  6. Nak. Tabah. Jika Allah mentakdirkanmu untuk jadi pendidik insyaallah pasti ada lorongannya dan dapat. Jika tidak maka terimalah bahawa Allah mahatahu perencanaannya.

    Tip-tip temuduga.

    Pakaian hendaklah berimejkan guru.
    Berjalan seperti guru.
    Bertutur seperti guru.
    santun seperti guru
    gaya seperti guru.

    Guru wataknya disenangi, manis, ramah, tegas, rapi
    Pakaian dan solekan sederhana tetapi ada ketrampilan.
    Suara dan penyampai maklumat adalah jelas, mudah.
    Pengetahuan berkiatan dunia pendidikan adalah luas.
    Guru adalah ikutan dan idola murid.

    Pamerlah watak itu dalam temuduga kelak.

    • salam…

      terasa sejuk hati ini walau dah banyak menages…. bleh sue pangil ‘ayah’… ntahlah mungkin inilah takdir hdp sue, walau sue nak sgt mnjdi pedidik tp dah takdir sue x dapat gak tuk jadi pdidik tahun ni.. kpli dan dpli suma sue tak kena panggil tuk intvw. tak pernah kesal takdir sue sebegini, cuma harapan mak ayah yg sue sgt2 rasa bersalah. mak pun teringin sgt sue jd pdidik… stiap kali balik umah, soalan mesti ditanya “mcmna KPLI n DPLI tahun ni?’…. ntak nak ckp apa lagi… setiap kali cek result mesti mengecewakan, walau sue dah tukar teknik menjawab dlm soalan. agaknya dimana silapnya? rasa sedih ni makin bertambah bila cek dpli x dpt gak…. sdgkan byk lagi tgjwb sue kena pikul.. makayah kena sara… sue bukan dari fmily yg kaya… mak ayah reality tak pernah rasa hidup senang.. sue sbg anak ni dah terlalu berat mata ni mmandang… napa sue tak dpt gak keja tetap sdgkn orgtua sue sgt2 perlukan petolongan… ngn umah lagi nak disiapkan, takkan nak menumpang seumur hdp dkt ladang company sdgkn umur pancen tuhh dah ditetapkan…

      ya Allah, tologlah hambaMU ini… benar2 tak larat pikul semua bebanan……..

      makasih buat ‘ayah man’… moga dirahmati Allah selalu….

  7. salam
    selamat berkenalan. ak. baru je nak baca2 coretan di blog ni. apapun tahniah! byk peringatan, terima kasih. Boleh tahu tak adik ni degree dr bidang apa? mana tahu ak. leh forward kan application kat tmpt2 yg ak. tahu.tq

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: