rezeki itu satu kebetulan atau suratan takdir?…

untitled2

Dah lama menyepikan diri dari blogs kesayanganku ni. Bukan nak tinggalkan terus dunia blogs ni tapi sibuk mencari keja dan nak urus KPLI dan DPLI.semua dah berakhir dan jawapan pun dah ditima. Agak mengecewakan lagi jawapan, nampaknya hingga tua lah asyik memohon kerja ni🙂

kekadang aku tak faham, napa org yang teringin dan berminat pada sesuatu kerja tu tapi tak dapat. Sedangkan ada kwn bekas seopisku dengan mudah dapat. Teringat lagi kwn tu ckp “aku ni tak minat jadi cikgu, mang tak minat langsung nak ngajar tapi tengok korang beria-ia dan semangat apply, aku pun apply gak…” lastly kwn yg tak berminat tuh yang dapat KPLI, aku ni dok termenung🙂

kwn takde pengalaman mengajar, tak berminat jadi cikgu, apply pun sbb takut dia tak dpt kerja kemudian hari, dari keluarga yg senang, takde mslh nak sara keluarga, keja pun nak penuhi keperluan diri bukan tuk keperluan orgtua. Mudahnya rezeki kwn tadi. Alangkah baiknya kalo rezeki ku semudah itu…

tersenyum aku sendiri bila kwnku bagi semangat “takpe lah akak, manatau akak dapat kawin dengan dato’ selesai mslh mencari kerja tetap dan kewangan..”🙂 hehehe, jau panggang dari api… dato’ skrng ni majority pandang rupa, manalah layak ada dato’ nak menyunting ni. lucu plak kwn bagi semangat.mcm2 ayat digunakan spy aku tersenyum…

ntahlah apa nak ckp sbb aku pasti akan study dulu sblum pi exam. Lagipun aku berpegang iaitu usha dulu baru tawakkal. Tapi setiap kali pasti jawapan kecewa. Mungkin bidang cikgu ni bukan milikku, walau aku berminat kalo bukan takdirku pasti tak akan dapat gak, atau ini adalah ujian nak tgok takat mana kesabaranku…. mcm kata2 ‘ayah man’, “Nak. Tabah. Jika Allah mentakdirkanmu untuk jadi pendidik insyaallah pasti ada lorongannya dan dapat. Jika tidak maka terimalah bahawa Allah mahatahu perencanaannya.” Alhamdulillah kata2 ‘ayah man’ tuh sampai ke hati, moga sentiasa dirahmati oleh-NYA…

inilah liku hidupku didunia ni. Ini juga adalah sebahagian dari ujian terhadapku. Kekadang aku tewas dalam ujian Allah padaku. Aku terlalu kerdil nak atasi semua mslh yg datang. Hanya mampu sabar dan berserah pada-NYA. Yang pasti aku tak akan melarat sampai tak dapat makan, sbb janji Rasulullah “Barangsiapa membaca Surah Al-Waqiah setiap malam, tidak akan papa (miskin) selamanya” amalan itu tetap aku amalkan secara istiqamah smpai skrng. Walau susah rezeki kerjaku, tak pernah jugak aku tak dapat makan dalam sehari. Mungkin inilah berkat surah Al-waqiah. Pasti kesusahan ini akan berakhir dengan pertolongan-NYA suatu hari nanti…. amin….

terima kasih kpd semua pengunjung blogs ni. Segala komen yang diberikan sue amek sebagai iktibar dan ‘pemangkin semangat’. Maaf andai tak dapat nak membalas semua komen yang ada. Moga para pengunjung yang tak jemu mengunjungi blogs sue ni sentiasa dirahmati dan dilindungi oleh-NYA.. amin…

11 Respons

  1. Sabarlah ya Sue…masih ada jalannya insya Allah….

  2. Assalamualaikum…

    Allah yang merancang kehidupan kita, Allah lebih tahu yang terbaik untuk kita. Oleh itu kita harus bersabar, bersyukur berusaha dan berdoa. Sentiasa ada pertolongan daripada Allah. Rezeki itu luas, bukan setakat pekerjaan kita sahaja. Kesihatan kita juga pun di kira rezeki.

    Yang penting pekerjaan yang kita lakukan halal dengan niat kerana Allah mudah-mudahan kita perolehi pahala sebagai bekalan kita di akhirat kelak.

    Pastikan juga kita tidak terlibat rezeki yang haram dan mengandungi subhah kerana Allah tidak menerima doa dari hambanya yang makan, minum serta apa yang dipakai dan digunakan dari sumber-sumber yang haram dan subhah. Yang ini lah, banyak orang terlepas pandang.

    Nasihat ini untuk sue dan saya juga.. 🙂

    • salam azrul…

      makasih kata2 peringatan tuh ya🙂
      insyaAllah akan dijaga segala2 tuk mendapat keredhaanNYA
      semoga kita dpermudahkan segala urusan dunia n akhirat

  3. MAJLIS PENGAJIAN INTENSIF KITAB TURATH I’TIQAD ASWJ [Siri 2] [23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1429H]

    Anjuran :
    PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM),
    &
    Kolej Dar Hikmah,
    Jalan Sungai Ramal Dalam,
    43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan

    OBJEKTIF :

    * Menimbulkan kesedaran terhadap kepentingan aqidah dan iman di kalangan belia.
    * Mendedahkan umat Islam mengenai kewajiban beramal dengan ilmu daripada ahli agama Islam yang faqih.
    * Menghidupkan budaya bertalaqqi secara berkitab.
    * Memberi kefahaman tentang konsep dan perlaksanaan nilai-nilai Islam.

    TEMA :
    Menghidupkan Ruhaniah Berlandaskan Pemantapan Akidah.

    TARIKH :
    23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1429H

    TEMPAT :
    Kolej Dar Hikmah,
    Jalan Sungai Ramal Dalam,
    43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan

    TENAGA PENGAJAR :

    1. Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari
    2. Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim
    3. Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

    SASARAN :
    Seramai 150 orang yang terdiri dari:
    * Ahli Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
    * Orang Awam
    * Pelajar IPTA dan IPTS di Lembah Kelang

    YURAN MURAH :
    RM 15 [INDIVIDU]

    MODUS OPERANDI :
    Program diadakan selama 2 hari 1 malam. Mengikut kaedah pengajaran kulit ke kulit menggunkan Kitab I’tiqad Ahlussunnah Wal Jamaah; Kiyai Haji Siradjuddin Abbas. Terbitan PUSTAKA TARBIYYAH Jakarta, Kitab Mukhtasor dan Kitab Aqidah Ibnu ‘Asakir (Aqidah Mursyidah).

    (Talaqqi kitab/Pembentangan/)

    TENTATIF PROGRAM

    Maklumat Lanjut Klik : http://pondokhabib wordpress.com

  4. Asslamualikum kak su,
    Terharu dan sedih saya baca kisah akak ni..
    Apapun, percayalah kak…
    Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNya..

    Mungkin sekarang Allah belum kabulkan hajat akak sebab Allah nak beri peluang pada akak untuk raih PAHALA dari sifat sabar…

    Dan sebenarnya Allah sayangkan akak sebab Allah rindukan suara doa dari akak …
    dan seharusnya kita bersyukur padaNya sebab dengan sebab Allah tak kabulkan hajat kita, kita akan sentiasa berdoa dan berdoa padaNya sehingga menjadikan hubungan kita akan lebih dekat dengan Allah..

    DAn ingatlah…
    Mungkin Allah sengaja lambat kabulkan hajat kita sebab Allah tahu, masanya masih belum sesuai buat kita..

    Dan ada kemungkinan juga, Allah dah sediakan SESUATU YANG LEBIH BAIK untuk akak pada masa akan datang..sesuatu yang lebih baik dari pada apa yang akak hajatkan sebelum ni…

    Sabar ya kak…
    Dan yakinlah dengan Allah..
    Sesungguhnya Rahmat Allah tu sangat luas…

    • salam sayang ika…

      kak su ok🙂
      dlm keadaan skrng mang byk hal akak kena fikir, lbh2 tentang orgtua akak ngn tak keja lagi ni… arap2 ada sinar menanti sok hari… moga doa ika yg murni tuk akak tuh akan termakbul.. aminnn… akak sayang ika dunia n akhirat

  5. Assalamualaikum sue,
    Maaf ye kalau terlewat.
    Sebenarnya, dalam dugaan itu, Allah menilai tahap kesabaran kita. Bersabar dalam segala segi. Insyaallah, seandainya kita lepas ujian Allah ini, insyaallah, pasti ada anugerah yang tak terhingga dikurniakan untuk kita…yang kita tak jangka-jangka. Bersangka baiklah pada Allah.

  6. Salam kak su…..
    kisah yang akak paparkan lebih kurang macam kisah saya jer tapi bidang yang diceburi lain..

    Saya sebenarnya pernah kecewa selepas 7 kali saya mencuba..Tapi saya yakin setiap apa yang berlaku ada hikmahnyer

    Setiap apa yang dikecapi semuanya tidak akan diperolehi…..

    Saya pasrah kak,
    saya tahu tidak akan menarik hidup kita jika apa yang kita nak kita perolehi…

    oleh sebab itu, kita redha setiap apa yang kita ada kak sebab kita hanya rancang tapi tuhan yang tentukan segala-galanya…. Mungkin ini adalah yang terbaik untuk akak…

    • salam izah…

      mcm tuhh lah namanya KEHIDUPAN izah… ada susah, ada senang…. jgn terleka sbb kesenangan dan jgn plak terlalu tertekan sbb kesusahan sehingga semua jln dihadapan sempit dan berliku… sabar n terus usha menjadi yg lbh baik…

  7. Salam Nur..

    Pengalaman Nur sama spt saya dulu.. minat tapi tak berpeluang.. cume stakat sit for exam KPLI.. lepas tu senyap.. maka tau la jawapannye.. namun Redha.. pasti ade hikmah .. berusaha dgn kerja lain dan dpt juge yg berkaitan sbg penyalur ilmu..cume bukan di gelar ‘cikgu’ .. kemudian bertugas di sebuah sykt swasta .. dan di pertanggungjawapkan train staff2 baru.. ha.. itupun salah satu cabang penyalur ilmukan..

    Allah lebih mengetahui.. semoga tika ini Nur dah mendapat pekerjaan yg sesuai dan teruskan berkongsi ilmu di dlm blog ini ya.. semoga berjaya dunia dan akhirat..

    • salam siti…

      mcm tuh lah ranjau kehidupan… senang n susah selalu berbolak-balik jer dlm hdp kita ni… Alhamdulillah, masih lagi kuat hati ni ingt padaNYA walau mslh dtg susah nak hadapi… perjalanan perlu diteruskan… hati ni pun tak pernah rasa down sgt sbb yakin yg Allah tak pernah tinggalkan kita seorg diri… DIA sentiasa bersama kita walaupun disaat semua kawan menjauhkan diri… DIA lah tempat bersandar sepenuhnya… segala puji2an kembali padaNYA…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: