Wajah itu…

untitled2
Wajah itu,
sering hadir dalam mindaku
sibuk manapun
ia pasti bertandang
walau tak diundang….
wajah itu,
sentiasa diruang mindaku
puas kubuang, kuusir dan kuhalau
ia pasti
datang semula…
wajah itu,
kutatapi penuh erti
hanya beribu persoalan yang kutemui
bukan jawapan dan penyelesaian…
wajah itu,
keutuhan kasih dipamerkan
rupanya hanyalah sebuah ilusi
jiwanya rapuh
hatinya goyang…
akhirnya wajah itu,
semakin lama semakin menjauh
semakin kabur dari pandanganku
nun di sana,
pasti ada ketenangan yang hakiki
ada wajah lain
yg lebih mendamaikan
sedang menanti…..

 

4 Respons

  1. salam…

    maksudnya agak tersirat….
    agak menyentuh perasaan…
    ?????????????

    allah’huakbar

    • salam…
      🙂 ….
      hanya org yg dpt memahaminya yg akan mengerti….
      ranjau dunia ni mang terlalu perit… mcm2 dilalui… itulah namanya UJIAN

  2. sggh menyentuh hati n perasaan…
    aq faham mskd yg trsirat di sblk kata2 itu..
    coz aq skunk pun tgh mngalami nya..
    sggh perit….x t’kata langsng…
    ini kan yg dinamakh ujian allah s.w.t…
    kpada hambanya….

    • emmm….

      adat sbg manusia, xkan lari dr mslh… cuma perlu senyum n teruskan kehidupan… percaya dlm hati yg Allah takkan menjadikan sesuatu tanpa sbb… pasti ada hikma tersembunyi…

      “Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: