Yang berpangkat semakin berkuasa… yang miskin semakin tertindas, di mana KEADILAN?

untitled

13hb May yg lepas telah diadakan temuduga terbuka serentak seluruh Malaysia utk jawatan guru kontrak, Peg. Tadbir, Pen. Peg. Tadbir, Pem. Tadbir. Aku juga tak lepaskan peluang untuk mencuba. Yang ini tak perlu MTEST @ MEDSI. Nak jgak merasa mcmna ‘corak’ intvw guru. Aku ambil jawatan guru kntrak sbg pilihan. Sepanjang proses tuh aku betul2 hairan tgk jabatan tuh, langsung tak sistematik.  Napa 3 daerah dibuat sekali tempat yg sama, dah tuh ada 4 jawatan. Beribulah yg dtg, sesak sgt2 jabatan tuh. Ikut hati nak cabut tapi syg plak dah peluang depan mata,  apa pun terjadi aku tetap akan teruskan mencuba. Betapa ramainya orang menganggur, baru mataku ni lihat dgn jelas berduyung2 yg datang, suma nak memohon keja. Kasut yg aku pakai sebelum sampai jabatan tuh, elok lagi. Malah tak ada cacat celanya tapi bila abes je mendaftar dgn dirempuh beribu org tuh, ku lihat kasutku yang mulanya sihat walafiat tuh berubah jadi kritikal. Koyak sana sini, mcmnalah blh jade mcm tuh sekali? Tak mustahil kalo ada baju yg terkoyak masa tuh. Sblum intvw bermula, aku sempat pegi beli kasut baru. Segan jgak nak masuk intvw dgn kasut yg koyak. Selepas mcm2 hal ditempuhi sepanjang intvw tuhh, hatiku riang sikit, Alhamdulillah selesai jgak suma urusan intvw tuh dgn selamat. Arap2 ada jgak rezeki dkt situ.

Selepas seminggu berlalu, kwnku yang sama intvw hubungi aku cakap kputusan dah diketahui dan mengecewakan lagi jawapan. Mulanya aku agak keliru, awal plak kuar kputusan sbb masa last intvw aku ada Tanya bila kputusan kuar, org intvw tuh cakap awal jun. malah kau tgk dlm iklan diberitahu 15hari selepas intvw. Abg kwnku pegi jabatan tuh dan Tanya status permohonan adiknya. Rupanya kwnku ckp ‘puak2’ jabatan tuh jgak yang dapat. Kwnku ada jgak bagi infor masa lepas kami intvw tuh, ada plak intvw dibuat sekali lagi pada hari jumaat khas utk ‘anak2 pegawai jabatan tuh’. Terasa nak rebah je aku dgr. Kalo mcmni terus terjadi, smpi bila kami akan dpt pekerjaan? Aku bukan anak2 pegawai, mak ayah masing2 sdh terlalu tua dan akulah tempat mereka bergangtung keperluan hidup.

Mengapa perlu dibuat intvw berasingan? Anak2 pegawai tak layak ker nak turut merempuh beribu org2 miskin? Jijik sgt ker org2 yg susah seperti kami? Tak jgak pakaian kami ni bersalut najis… sepatutnya yg dah senang tuh, berilah peluang org2 seperti kami utk menjawat jawatan. Kami ni byk tanggungjwb pada keluarga, PTPTN pun langsung tak terbayar lagi ni. Mcmna nak bayar kalo kerja pun tak ada. Jangan salahkan kami berlakunya byk pengangguran sbb kami juga ‘mangsa keadaan’. Masa intvw SPP juga keadaan yg sama berlaku. Aku Cuma minta Pem. Tadbir lepasan SPM tapi tak dpt jgak, rupanya kena ada ‘kabel’ baru senang nak dapat. Kalo keadaan mcmni terus menerus berlaku, berterusan jugak lah kami anak2 org susah ni akan tertindas. Inikah yg dikatakan ‘1 MALAYSIA’? rakyat didahulukan, basmi kemiskinan tak kira dluar Bandar @ setinggan, nak tolong org2 yg susah spy tak ada jurang perbezaan antara rakyat… tapi reality yg susah bertambah LEMAH, yang kuat bertambah BERKUASA! Kalo system ‘puak2/org dlm/kabel’ ni masih berleluasa dgn kuatnya, bermaknakah istilah ‘1 MALAYSIA’ sedangkan hakikatnya golongan susah spt kami ni tetap akan tertindas… di mana KEADILAN?

6 Respons

  1. Majlis Ceramah di Masjid Al-Hidayah bersama Sheikh Muhamad Fuad Kamaluddin(Ahli Majlis Fatwa N.Sembilan),

    Tarikh : 28 MEI 2009 (KHAMIS-MALAM INI)
    Masa : Lepas Solat Maghrib &
    Masjid Al Hidayah Taman Melawati
    Muslimat semua dijemput hadir,

    http://pondokhabib.wordpress. com

  2. Salam,

    Moga mendapat kerja dlm masa terdekat. Begitulah keadaan kerja kerajaan ni. Kekosongan sikit tapi pemohon ramai. sudah pasti ramai yang terpinggir, apalagi kalau diaorang main kabel.

    Ada kabel senang dapat kerja.

    As alternative, boleh cuba start business sendiri dalam bidang takaful & unit trust.

    Afandi
    http://takafulsmartmedic.wordpress.com/career/

  3. Salam sayang Sue…

    Begitulah lumrahnya kehidupan Sue semuanya di dahului kroni2 mereka. Kita yg betul2 memerlukan di pinggirkan..tak cerita pengelaman org lain tp suami sendiri. Senang2 kalau ada modal buat bisnes sendiri, tidak menyakiti hati di perli dan di sindir bila di katakan kerja tidak memuaskan hati mereka. padahal kita bertungkus lumus tak kenal siang dan malam….zaman sekarang keadilan sudah tiada lagi Sue..sabarlah……….

    • salam syg kak iman….
      🙂 mcm tuh le adat sbg manusia.. yg berkuasa susah pasti dkt atas n yg susah mcm golongan kita ni hanya mampu dkt bawah jer.. x per, kita senyummmmm jer tiap mslh yg dtg… tak kuar RM n dpt bersedekah gak🙂

      nak buka business ni akak tak mudah… modal tuh kena byk. lbh2 lagi baru nak buka ni, utg pun dlm 3@5 thn baru dapat plgbalik modal… suma kena plan baik2 masa buat Rancangan Perniagaan… tak ada business yg dpt plg balik modal dlm 1 thn akak… kena teliti kalo nak buka business ni… dkt situ plak peluh kita mengalir sendiri kan…. sue pun ada rancangan nak buka business cendwan butang tapi ntah ler bila dpt tercapai hajat tuh… pergi gak tya2 abg kwn yg keja dkt peladang. tapi abg kwn ckp, dah tak dibekalkan bahan n alatan tuk buka cendawan tuhh sbb ramai yg diberi peluang tapi tak menjadi business diaorg…

      nak keja dibawah org je lah dulu yg termampu ni.. arap2 sue dpt gak jadi cikgu..insyaAllah.. thn dpn apply lagi, smpilah umur 35 ni, masa tuh mang tak bole dah nak apply kpli tuhh.

  4. salam sue….sy pun nak luahkan perasaan jgk….sy pun sampai skrg masih mencari kerja..sy pun pergi jgk intvw yg bersesak2 tu…hmm…x dpt pun…beratur punya la lama nak mendaftar…rasa nak tercabut kaki…ada gak rasa nak balik jer tapi bila memikirkan mak kat kg…x jadik balik…dah lama sy x bagi duit belanja kat mak….camne nak bagi…sy x keje…setiap kali teringat kat mak mesti mengalir air mata…rasa bersalah sgt….maafkan sy mak..

    • salam….

      sue fhm… sbb kita senasib… tgjwb mang btl2 besar pada makbapa…mampu sabar, sabar n sabar je skrng ni… solat dhuha jgn tinggal, try wat setiap hari… sue pun masih mnunggu rezeki keja ni. kita usha n jgk dive up ya🙂
      insyaAllah, ada jln dibuka untuk kita…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: