Petua amalan kebahagiaan…

Salam kasih Syg buat semua pengunjung….

Terima kasih sbb sudi meluangkan masa membaca isi dlm blogs ni dan berani menyuarakan masalah peribadi sbg perkongsian bersama. Blogs ini Bukan untuk membuka aib masing2 tetapi sebagai salah satu alternatif mencari jln keluar terhadap mslh yg dihadapi. Mlm ni, saya rehatkan mata ni dari mengadap akaun company dan ringankan jari jemari ni menaip. Sebenarnya saya tidak layak untuk memberi ‘tunjuk ajar’ sbb saya sedar diri ini jugak banyak ‘kekurangannya’. Segala pendapat hanyalah pendapat dari diri sendiri… mgkin ada yg setuju dan ada yg tak setuju… terpulang pada penerimaan msg2… sama2 kita renung dan ambil pengajaran dgn apa yg berlaku terhadap mslh dibawah ni…

salam…
saya da berkahwin hampir 4 tahun… masih blm dikurniakan zuriat… ntah mngapa hati sy sntiasa tak tenteram spnjang perkahwinan ini…
walaupun pilihan sndri, tapi ntahla… suami seorang yg berpangkat tinggi dlm kerajaan… stiap kali outstation, stap kali itulah akn ada msg, call in dan out kpd pmpn lain…
nafkah zahir tidak mjadi masalah pada sy.. krn sy jg bkerja.. tapi nafkah batin setahun hnyalah bbrapa kali kali sj..
suami tak pernah solat.. sblm kawin, dia solat.. mgkin utk penuhi kriteria yg sy tetapkan sj…lepas kawin, tiap kai sy ajak bsolat, dia akn jerkah sy..
sy sntiasa bpakaian bersih dn cantik utk dia.. memasak mmg wajib.. jika tak sedap, dia takkan makan.. rumah sntiasa kena bersih… menjawab pangilan dia pun msti dng “saya b” atau “ya saya” dgn nada yg sopan dan lembut.. kalau sy terjawab “emm..”, psti dia mngamuk..
sy sntiasa amalkan surah yusuf, al imran, waqiah, kursi, dn doa2 pelembut hati mcm ayt daud lembutkan besi n lain2 lagi…
tapi, kenapa la hati sy sntisa di sakiti… saya tak kisah jika dia lmah batin atau tak kaya.. tapi jika sll msg dan call pempn lain, sy sedih.. knapa msti berkasih dgn pmpn lain..sy tak sggup terima dugaan ini… jika sy bangkitkan isu pmpn, dia akn keluar rumah dan lagi dasyat wktu marah.. kononnya sy cemburu buta.. nak sj sy bcerai.. tp hati tak kuat krn fikirkan maruah keluarga… jika sy tiada keluarga, sy pasti akn bcerai… bantulah sy hadapi dugaan ini…

Manusia itu diciptakan dgn kelemahan, lebih2 lagi kita yg dtg kemudian ni. Byk kesilapan dan kelemahan sering dibuat antara sedar dan tidak. Saya faham apa yg puan hadapi skrg ni yg tengah berperang dgn hati sendiri antara ‘merelakan’ dan ‘terpaksa’ menerima segala yg berlaku didepan mata. Hidup kita ni penuh dgn ujian. Allah tengah uji puan ketika ni. Bykkan sabar dan teruskan amalan yg dibuat sebelum ni. Jgn putus asa… setiap org akan diuji olehNYA… dan setiap org berbeza tahap ujianNYA, semua ikut tahap mana kuatnya agama kita. Allah menguji hambaNYA mengikut keupayaan dan tahap agama hambaNYA.. tak perlu DIA uji hambaNYA yg sememangnya terlalu jahil agama dgn dugaan yg lbh berat. Semua org akan diujiNYA. Saya sendiri tak lepas dari pelbagai ujian dariNYA.. Cuma berbeza ‘corak’ mslh yg diberikan. Kalau puan diuji didlm ALAM PERKAHWINAN, saya plak diuji sebelum menempuh alam itu. Sehingga skrg tak bertemu jodoh, tapi saya tak jadikan mslh itu sebagai ‘titik penamat’ hidup saya dkt dunia ni. Zuriat yg soleh/solehah mang penting sbg bekalan amalan berterusan kita, saya terima dgn hati ikhlas andai ditakdirkan hidup ini tidak bertemu jodoh. Dkt sini, saya tak blh terus menerus mengharap sesuatu yg belum pasti saya miliki. Apa yg perlu saya buat ketika ini adalah luaskan minda ini. Saya perlu buat amal jariah sbg BEKALAN amalan berterusan kelak. Bukan mengharap hanya semata2 pada zuriat. Saya harap puan juga dpt berfikir secara rasional tanpa ikut ‘kata hati’…. Hati kita ni sering dibolak-balikkan, sbb itulah kita perlu berdoa agar Allah sentiasa tetapkan hati kita ni ikut agamaNYA… saya ni bukanlah katogari yg alim warak, ilmu pun masih terlalu mentah. Hanya dapat memberi sedikit amalan yg patut dibuat dlm alam rumahtangga ni… kita tak perlu bomoh2, kita hanya perlu banyak berdoa pada ALLAH. Terlalu byk amalan doa yg para ulama terdahulu amalkan dlm mendapatkan keberkatan dlm rumahtangga. Dkt sini, saya sarankan puan jadikan bacaan Yassin sbg amalan rutin seharian sbb Yassin itu adalah ‘jantung’ Al-Quran.
Nabi SAW bersabda:
“tiap-tiap sesuatu ada jantungnya. Jantung Al-Quran itu ialah Yassin. Barangsiapa yang membaca Yassin, maka Allah tuliskan bacaannya itu bersamaan dengan sepuluh kali membaca al-Quran” (Riwayat Al-Tirmidhi)

Sebaiknya bacalah Yassin selepas solat subuh. Luangkan lah sedikit masa membacanya, kalau tak mampu setiap hari buatlah setakat yg mampu. Tapi sebaiknya dibuat setiap hari. Banyak kebaikkan kita dapat. Sepanjang hari kita akan berada dlm pengawasaan Allah dan dipermudahkan segala urusan kita. Malah kita akan dapat ketenangan yg mang tak semua org dpt. Saya juga dulu sering menghadapi mslh. Mcm2 mslh dtg termasuklah kewangan, kemiskinan, pekerjaan dan jodoh. Setiap hari ada jer yg mengganggu fikiran. Mcm2 terlintas dlm fikiran. Selepas amalkan yassin ni selepas subuh, mslh yg dtg dpt dihadapi dgn tenang. Walau dtg beribu mslh, saya masih dpt berfikir secara normal tanpa jejaskan kerja saya. puan trylah amalkan, kalau tak dpt mengubah ‘perangai’ suami puan, sekurang2nya Allah beri puan sesuatu yg lebih berharga iaitu ketenangan dan hati sentiasa rasa gembira. jgn putus asa disebabkan mslh suami. Saya sarankan juga amalkan solat dhuha. Solat dhuha tuh byk fadhilatnya… tak rugi kita buat…

Amalan lain yg puan boleh buat, puan amalkan doa surah yusuf ayat 4. Saya ada tgok ceramah ust. Abdullah, ust juga sarankan doa ni sbg pelembut hati suami yg sukar dijinakkan. Baca sehingga ‘sajidin’ dan ulang 3x ‘sajidin’ tuhh. Seeloknya baca dan hembus dkt suami masa suami tgh tido. puan jgn sedih sgt ya, mang hidup kita ni penuh dgn dugaan. Semua yg berlaku ni pun dah tersurat dilauh mahfuz, kita hanyalah sekadar ‘melakonkan’ semula watak2 kita. Dan ada kalanya watak yg kita pegang bukan atas kemahuan kita. Perlu redha setiap apa yg berlaku sbb Allah tak cipta sesuatu tanpa SEBAB… andai hati suami puan masih keras membatu, biarkan jer lah.. kita bukan Allah nak ubah dia… Allah tak akan ubah sesuatu kaum melainkan kaum itu SENDIRI yg mengubahnya. puan perlu teruskan jer amalan yg puan buat. Jgn disebabkan sisuami, puan buang semua amalan puan pada Allah… puan jugak kena yakin janji Allah dlm quran.. “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…..” Surah Al-Baqarah: 286… Allah uji puan dgn ujian tersebut sbb DIA tahu yg puan mampu hadapinya.

Jadikan doa dibawah ni sbg doa setiap hari selepas solat agar mslh yg dtg adalah mslh yg mampu kita hadapi…
“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”. Al-Baqarah: 286

Disini jugak, saya sertakan doa2 yg elok diamalkan setiap kali selesai solat sbg doa PENGERAT KASIH SYG suami-isteri. Doa2 ini seharusnya dibaca dlm bahasa arab sbb doa yg diambil terus dari dlm al-Quran.

Ayatul MUHABBAH
“Katakanlah (wahai Muhammad): “jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” Surah Ali Imran: 31

Doa untuk kebahagian sekeluarga
“Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri/suami dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. “Surah Al-Furqan: 74

Selain itu, doa dari Surah Taha ayat 39 jugak elok diamalkan. Mula selepas huruf ‘jim’ kecil sampai habis. “……..Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu”. Bila berhadapan dgn suami, bykkan baca doa ni.. doa ni sbenarnya Allah turunkan pada Nabi Musa agar Nabi Musa sentiasa disayangi oleh org2 yg mememandangnya… insyAllah berkat amalan kita dgn istiqamah doa2 tersebut akan menjadikan diri kita lbh disayangi oleh suami/isteri ataupun org sekeliling.

Alahai si suami… apalah yg dikejar diluar sana… si isteri dirumah sudah cukup sempurna dan byk pengorbanannya. Mengapa nak cari jugak jln lain yg HARAM untuk disantap? Maut dtg tak siapa yg duga, silap2 maut dtg masa tgh buat maksiat, siapa yg rugi? Nak menyesal dah tak guna. Baik menyesal skrg dari TERlambat. Pintu taubat tuh luas, sentiasa dibuka sebelum matahari terbit dari barat… dan sebelum roh smpi dihalkum…

Saya arap puan jgn bosan amalkan apa yg puan amalkan sebelum ni. Sememangnya susah nak ubah sesorg yg lalai dlm agama, tak pernah solat dan hidup dgn maksiat. Mgkin dgn kesabaran dan ketabahan puan, Allah akan beri yg lbh baik buat diri puan. Cuma saya nak ingatkan sedikit tentang ‘hati’ dan dosa. Bila kita buat satu dosa tanpa bertaubat, satu titik ‘hitam’ akan melekat dkt hati kita. Titik hitam itu TAK AKAN hilang selagi kita bertaubat. Bayangkan kalau rutin seharian kita bergelut dgn maksiat dan dosa. Solat tak buat, zina dan maksiat dijadikan amalan hidup. Kalau berterusan mcm tuh, mang susah lah nak dpt ‘petunjuk’ dari Allah.
Ceriakan hari2 puan dgn senyuman… moga kebahagiaan akan menjadi milik puan… aminnn…

 

5 Respons

  1. Salam… terima kasih atas nasihat yang bole kita guna pakai bersama…. cuma satu jer masalah saya.. masalah kecik jer… suami menjauhkan diri bila saya tak mahu adik lelaki nya yang langsung tak memiliki ciri MUKMIN walau mengaku ISLAM utk tinggal bersama supaya akidah anak2 tak tercemar… ntahler… hati saya tak bole terima bila dia bawa adik lelaki nya itu tinggal sebumbung… dan saya juga rasa perbuatan itu menyakiti hati saya.. saya cuba nak sayang adik dia.. tapi… payah sungguh…
    Tak pa lah.. harap saranan cik di atas membawa kebahagian buat HATI saya n family… cuma satu saya pinta.. tolong ler cari jawapan / penawar bagaimana caranya saya nak jadikan anak2 adalah anak2 soleh……terpelihara akidah nyer…
    TERIMA KASIH

    • salam zue…

      mang payah kalo hidup sebumbung ngn ipar-duai… aurat kena jaga, kena sentiasa tutup… kalo ipar yg jns ikut didikan agama, mudah sikit nak hadapi sbb sdh pasti dia tau apa yg patut dia buat n yg x patut dia buat. tapi kalo ipar yg jns kaki minum, hdp dgn maksiat setiap hari, agama x dijaga, solat lagilah x pernah… saya fikir, suami puan yg kena fikir masak2 keputusannya tuh patut @ tak. bukan mudah nak mendidik anak2 yg hdp sebumbung dgn org yg tak ada didikan agama ni… bdk2 ni NORMAL kehidupan suka MENIRU perbuatan n kelakukan org dewasa. takut anak2 plak jadi sasaran kelak… dkt sini, puan kena sabar n sememangnya perlu sentiasa mengawasi ank2… doa lah agar suami lembut hati tuk amek tindakan selanjutnya demi anak2 yg semakin membesar.

      bykkan berdoa n sabar ya… Allah tengah menguji puan masa ni…

  2. apa2 hal, selamat ari raya aidiladha …salam2 duluh

  3. saya berterima kasih…dengan adanya blog ini…banyak ilmu yang saya dapat

  4. salam share doa–nya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: