Wanita sebagai ahli neraka

Rambut digantung dan otak mendidih

Saidina Ali Karramallahahu wajhah berkata, ‘saya dengan Fatimah menghadap Rasulullah SAW, kami dapati baginda sedang menangis, lalu kami berkata kepadanya, ‘Apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?’ baginda menjawab, Baginda menjawab, ‘Pada malam aku diisrakkan hingga kelangit, di sana aku melihat perempuan-perempuan dalam keadaan azab yang amat dahsyat, dengan itu aku menangis bila mengenangkan azab yang diterima oleh mereka, Ali bertanya, ‘Apakah yang ayahanda lihat di sana?’ Rasulullah SAW bersabda, ‘aku melihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku melihat perempuan yang digantung lidahnya dan tangannya dikat kebelakang dan iqthran (timah cair yang panas) dicurah ke dalam tekaknya. Aku melihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat, tanganny terikat keubun-ubunnya, dan aku lihat perempuan memakan tali perutnya sendiri.’

‘Aku melihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat dari api neraka, otaknya keluar daripada lubang, badannya berbau busuk kerana berpenyakit sopak dan kusta’

‘Aku melihat erempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraannya yang dihadapi. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing,kala dan ular masuk ke kemaluannya atau mulutnya atau kelepasannya. Malaikat memukulnya dengan curung api neraka.’

 

Sebab-sebab wanita masuk neraka

Fatimah pun berdiri dan bertanya kepada ayahnya, ‘ Ayahanda yang dikasihi, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan-perempuan itu?’

Rasulullah menjawab, ‘Fatimah, adapun perempuan-perenpuan yang digantung rambutnya itu ialah perempuan yang tidak menutup auratnya daripada yang bukan muhrimnya. Perempuan yang tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.’

 

Keluar rumah tanpa izin suami

‘Perempuan yang digantung tubuh mereka ialah yang menyusukan anak orang lain dengan tidak mendapat keizinan suaminya. Perempuan yang kedua kakinya tergantung ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa keizinan suaminya dan perempuan yang tidak mahu bersuci daripada haid dan nipas. Perempuan yang memakan dirinya sendiri itu ialah kerana mereka berhias untuk lelaki yang bukan suaminya dan suka mengumpat orang’.

 

Ahli pengumpat dan pendusta

‘Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka, kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang lain. Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, ialah kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya, dan tidak mahu mandi janabah’

‘Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan yang berupa seperti anjing ialah perempuan yang suka buat fitnah dan membenci suaminya.’

 

Menyakiti hati suami

‘Perempuan yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya, pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang tujuh puluh hasta, kemudian diikat ke belakang tengkuknya.’

Sementara itu Saidina Abu Bakar As-Siddiq menyatakan, ‘Aku mendengar Rasulullah bersabda, ‘Perempuan yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti ati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat para malaikat dan laknat oleh manusia.’

 

Tidak bersyukur kepada suami

Usamah bin Zaid meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: ‘Seseorang perempuan itu, apabila ia mengerjakan sembahyang lima waktu, dan berpuasa dalam bulan Ramadhan, dan memelihara kehormatannya dan taat setia kepada suaminya, masuklah ia ke dalam syurga dari mana jua pintu syurga yang ia kehendaki.’

Sabda Rasulullah SAW lagi:

‘Selain dari itu, ahli neraka diperintah masuk kedalam neraka, dan aku telah berdiri menghadap Rasulullah SAW seraya bertanya: ‘Ya Rasulullah, kebanyakkan orang yang masuk kedalamnya ialah perempuan. ‘Rasulullah SAW menjawab: ‘Kebanyakan penghuni neraka itu adalah perempuan kerana perempuan gemar sekali mengkufurkan suaminya. Seberapa banyakpun nikmat yang telah diperolehinya, dia masih belum rasa puas hati dan cukup sehingga terus merayu suaminya untuk mendapatkan harta yang banyak.’

 

16 Respons

  1. salam…
    saudari boleh tak saudari emailkan alamat email saudari pada saya… ada hal nak minta pendapat…cam dah tenat nie…

  2. salam ziarah…tidak mengapalah kalau saya menjadi wanita yang “dianggap kolot dan tidak bertamadun” kerana pakaiannya yang menutup aurat… daripada saya termasuk dalam salah satu senarai di atas….

    • salam…

      xpe, biarkan jer mulut org sekitar memerli @ mengutuk dgn pemakaian kita… janji tetap berdiri dilandasan yg betul… biar kolot yg ptg masih ada ‘malu’ dlm diri… dari org yg pakai x cukup kain, tayang sana sini… ntah apa jer nak bg org lain tgok…

  3. Sue,
    Terima kasih menyediakan website seperti yang banyak memberi pengajaran dan boleh dijadikan peringatan.
    Tahniah !!!

  4. syukran jazilan akak…bnyk input2 menarik yang saya dapat dripada ruangan ini..semoga Allah merahmati dan membrkatimu…..

  5. assalamualaikum..btl 2 biarpn orang kata pemakaian kita cara orang islam menutp aurat itu kolot atau ketinggalan zaman daripada tergolong dari ahli neraka.Azab neraka itu sangat pedih.Kalau terkena sekali Api nereka 2 abih hancur tubuh badan.

  6. salam,,
    hye kak…
    alhamdulillah,, tetba tgerak ati nak cri bahn kat internet tuk extra note sya, n lastly dpat mcuk kt blog akak… dgn input yg sya dpat ner, insya’allah, dpt bgi output yg baik tuk presntation tym kt class nti…. abby arap akak xkisah….=)
    thanx….

  7. assalamualaikum..
    alhamdulillah dapat banyak informasi
    semoga ilmu yang dipaparkan ini mendapat keberkatan allah
    marilah sama-sama kita memperjuangkan islam..
    dan mengingati antara satu sama lain supaya kita tak terleka dengan nikmat dunia yang sementara ni..hanya allah dsaja yang mengetahuinya
    wassalam

  8. sy minta kbnrn copy ye…tq =)

  9. mntk izin copy article nie ye…tq

  10. mohon share content ye

  11. slalu bermohon kepada Allah agar diri dikuatkan semangat menghadapi kerenah suami dan rumah tangga

  12. Assalamualaikum..
    walaupun orang lain menganggap kolot wanita yang menutup aurat, namun pada hati saya indahnya kerana hidayah sentiasa wanita seperti ini. Tidak perlu berbangga dengan diri yang cantik dan hiasan yang indah.. sesungguhnya kita ini milik Allah. DaripadaNya kita datang,pasti kepadaNya jua kita kembali…

  13. sy nak copy n sebarkan pada kwn2…tq

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: