Kisah Hijrah…

 

RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika

baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat

oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia.

Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli

keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah

secara terbuka, baginda segera akur.

Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu

terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang

menyeksa mereka dengan teruk.

Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari

Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka

meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk

Madinah.

Satu hari pada tahun 622SM, iaitu kira-kira 12 selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW

diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam.

Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk

memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu

malam.

Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya

supaya menemani baginda dalam perjalanan itu. Rasulullah juga memberitahu rancangan

baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: “Saya akan berhijrah tetapi anda

perlu mengambil tempat saya di rumah.” Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan

Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya.

Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui lubang

di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu

yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda.

Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW)

bangun dari katil itu.

Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu.

Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa

mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali

Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah.

Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga

hari mereka berada dalam gua itu.

Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak

memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana

mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati. Allah SWT

membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian

meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah.

Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan

dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah. Ketiga-tiga mereka menggunakan

laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish.

Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah

berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT.

Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW).

Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai

yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal.

Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba

perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian

lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan.

Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah

berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka

itu. Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah

(SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru

itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah.

Maka pada satu hari Jumaat yang ceria, Rasulullah (SAW) akhirnya diumumkan sudah tiba di

Madinah. Kaum Muslim semua keluar untuk menyambut baginda. Rasulullah (SAW) menunaikan

solat di sebuah masjid di Lembah Ranuqna, tempat semua umat Islam berkumpul untuk melihat

kelibat lelaki mereka sanjungi itu.

Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah.

Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya

menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.

Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan

penting sehingga umat Islam menjadikan peristiwa bersejarah ini sebagai permulaan kalendar

Islam.

Satu Respons

  1. RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang BERKHALWAT di Gua Hira.

    Cik tersalah tulis ke perkataan “Berkhalwat” di dalam article Hijrah ni? Please check..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: