Buang ANAK, salah siapa?….

untitled2

Topik yg nak aku sentuh kali ini adalah topik yg sering kali jadi paparan didada2 akhbar. Kekadang aku pun tak paham mengapalah manusia ni kejam sangat. Berani buat tapi tak berani nak hadapi kenyataan hidup, malah melepaskan tgjwb atas tindakan dan perbuatan sendiri.

Buang baby

 

Kalau org yg tak dikenali yg menculik, membunuh… logik lagi kita nak terima akal. Maklum bukan darah daging sendiri tp kalau yg buat hal adalah mak bapa budak tuhh, mang tak dpt diterima akal. Haiwan pun pandai nak syg anak, inikan lagi manusia yg diberi akal sempurna utk berfikir… ke mana akal menghilang? Sehinggakan dikalahkan dgn naluri haiwan. Gambar2 yg aku masukkan ni berlaku area berhampiran tempt aku menyewa dlm pertengahan tahun ni… bila direnung gambar2 tuhh, mang terasa sebak… tak sangka bayi yg baru nak kenal dunia diperlakukan sedemikian rupa. Belum sempat nak melihat dunia, dah dibunuh oleh insan yg melahirkannya…

DSC00244

 

Inilah resiko budaya ‘kapel’… aku bukan anti budaya ni. Sbg manusia sememangnya sudah menjadi lumrah mempunyai perasaan utk disayangi mahupun menyayangi… tak salah budaya kapel jika benar2 serius dan ikut jalan yg betul berdasarkan hukum syarak… malah, kasih syg ini adalah kurniaan Allah yg paling besar utk hambaNYA. Tapi, kita yg dtg kemudian ni sering kali menyalahgunakan istilah ‘cinta’ … aku juga pernah sembang2 kosong dgn kwn tentang ‘kapel’, aku terdiam & terkedu bila si kwn td ni ckp, kebiasaannya kalau dah berkapel ni lbh rapat.. aku ckp pada dia ‘takkan nak buat adegan peluk memeluk plak, sdgkan blum sah jadi suami isteri dlm agama’… kwn pun ckp lah ‘mesti, semestinya.. biasanya kalau dah kapel ni, lbh rapat pada kapelnya tuhh dan akan minta dimanja…kalau bukan kapel dia, pada siapa lagi nak minta manja’?  terkedu kejap aku dgr.. aduhai, inikah yg dinamakan ‘kapel’? patutlah makin banyak ZURIAT yg tak dihargai yg menjadi persinggahan tmpt pembuangan sampah sarap…

Antara ‘cinta’ dan ‘nafsu’ saling menghampiri. Kalau gagal kendalikan nafsu secara waras, sudah pasti cinta tadi akan tunjuk… seterusnya akan bersambung plak perbuatan yg lbh teruk… cinta tanpa nafsu mang sukar, lbh2 lagi pada mereka yg dah ada sejarah silam yg hitam… tanpa taubat nasuha, nafsu itu akan terus menerus menuntut utk dipuaskan… sampai bila berakhirnya? Sedangkan kepuasan nafsu itu tak ada titik penamatnya… selagi tiada didikan agama, selagi itulah dgn mudah setan dtg menghasut utk kembali ke jalan hitam…

Kekdg aku pun hairan mengapa semakin tua dunia ni semakin teruk perangai muda mudi… tgok jer clip video yg mcm2 dirakam lepas tuhh tersebar merata2 tak kira dlm mail, h/phone mahupun internet.. dgn segala aksi yg tak dpt diterima akal… masa aku study dulu, mang spt biasa nak tunggu pensyarah masuk tuhh mcm2 yg akan kita buat… kekdg aku dan kwn akan tgok balik note kuliah sebelumnya, kot lah ada note yg tertinggal @ kami akan sembang2 kosong… tapi yg aku dpt dlm mail, siswi zmn skrg mang advance, masa terluang tuhh dipenuhi dgn aksi mengada2… kalau tido, mgkin dpt diterima… mgkin siswi tuhh penat.. tapi kalau dah merakam aksi ‘gedik’ dgn menggoda, malah ada siswi yg memegang  *******  dgn aksi menggoda… peliknya semua siswi tuh MELAYU yg PAKAI BAJU KURUNG dan BERTUDUNG… bila kuamati persekitaran kuliah tuhh, mcm tmpt study lah plak dulu… tapi mgkin jgak universiti lain.. ntah lah… inilah warisan muda mudi kita.. kesopanan hilang ntah ke mana… kita harap jadi pemegang amanah agama dan negara tapi jadi ‘penghancur’ plak.

Bila malu menghilang, semua benda pun akan berani dibuat. Dah buat, tak tau plak nak bertgjwb malah melepaskan tgjwb dgn membunuh insan lain… ingat, dkt dunia ni mgkin blh lepas tapi dkt akhirat nak lari ke mana? Allah pasti menghitung semua perbuatan… dah buat dosa dgn maksiat, jgn lah ditambah lagi dosa dgn membunuh jiwa lain… jiwa yg sepatutnya menjadi amanah yg wajib dipikul… tapi langsung tak dihargai. Malah sanggup melihatnya maut ditmpt2 kotor…

Dimana silap kita sbg manusia yg diberi akal utk berfikir? Inikah yg dinamakan ‘modal insan’? pelbagai promosi dibuat dkt tv dan akhbar2 mahupun saluran multimedia lain tapi berkesankah ia menjadikan dan melahirkan rakyat yg benar2 bersih jiwa dan hati???

3 Respons

  1. buang anak salah siapa???susah untk memberi jawapan….inilah dunia zman skrang….zaman moden skrang ini…..sudah tdk memikir dosa n pahala……..hanya memikirkan keseronokkan……

  2. Takde salah sesiapa……lumrah alam….kena terima hakikat ni tetap berlaku dsemua zaman….senangkan…

  3. kes ni mmg melampau..dah berani buat knp xberani nk tanggung..cube fikir kalo korang yg berada di tempat anak yg di buang tu..ape korg rase…nampak nye skarang ni haiwan ngn manusia da terbalik..haiwan tau sygkan anak tp manusia ni main buang2 je anak…nyawa manusia zaman skarang dah xda nilai lg dah….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: