Wanita metropolitan yg tak kenal hukum agama???

Tgh isi masa lapang dgn layari internet.. terjumpa satu entry yg sememangnya sgt baik utk aku kongsikan bersama dlm blogsku ni…

Dari artikal tuh, biasalah pengalaman berhadapan dengan interview… sama2 kita renungkan bagaimana PEMIKIRAN ORG ISLAM hanya pada nama agama SBB DILAHIRKAN DIDUNIA adalah org islam!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Baik. Aku rasa seperti mau bunuh orang.

 

Pernah baca posting aku tentang abang panda yg drive lexus?

 

Alkisahnya, aku ke pejabatnya, untuk interview kerja. Bersiap sekadarnya dengan sepasang baju

kurung, memakai sedikit lipstick warna pink. Pendek kata sesimple yang mungkin.

 

Yang penting adalah portfolio. Dimana portfolio inilah senarai sistem yg pernah aku bangunkan. Tak banyak, tetapi cukup untuk meyakinkan aku punya kemahiran php.

 

Sampai saja dipejabatnya, aku dapati ada 8 candidates yg tgh tunggu turn. Dan aku punya turn. Dan aku tak nampak abang panda itu.

 

Sempat aku berbual dengan candidates yg lain. Semua pun apply post junior programmer. Dan hati aku agak senang bila candidates yg lain nampaknya sumanya fresh graduates tanpa portfolio. Bermakna aku punya sedikit kelebihan kerana yang lain belum pernah bangunkan sebarang sistem.

 

Aku pun masuk untuk sesi temuduga. Dua orang interviewer adalah perempuan, dalam awal 30-an. Dua orang lagi lelaki. Mereka membelek2 resume aku dengan muka yg agak kurang berminat. Yang menghairankan, mereka langsung tidak membelek portfolio aku.

 

Dan, inilah saat yang tiba2 membuatkan aku berang. Apabila salah seorang interviewer berkata kepada aku..

 

“Sory ye dik. Kami tau adik ni bwk portfolio sendiri. Tapi company ini lebih prefer org yg slim, presentable. Why not u kurangkan berat badan n try again,” Sambil tersenyum sumbing.

 

Kepada Nurul Fatheha Zainal Alam, a.k.a interviewer yang tidak beradab. Saya tahu anda baca blog saya. Jadi sila baca dengan teliti.

 

Sebab kenapa orang Melayu tidak maju adalah kerana wujud golongan berfikiran jumud seperti anda. Sejak bila programmer perlu secantik miss world? Adakah anda cuma mahu programmer yang tidak menutup kepala, dengan rambut perang seperti bulu beruk terkena clorox, dengan berpakaian skirt pendek menampakkan betis besar tiang letrik dan berbaju ketat menampakkan

perut boyot seperti anda? Atau programmer yang mengenakan mekap tebal seperti mak nyah, memantis kening senipis mungkin dan cuma tahu pakai visual basic?

 

Maaf, jika bahasa aku biadap.

 

Tetapi terima kasih kepada abang panda a.k.a Encik Fawwaz kerana menjanjikan aku post junior programmer sebaik sahaja aku grad, keesokan harinya setelah aku tinggalkan portfolio aku kepadanya. Tetapi Encik Fawwaz, saya tidak mahu bekerja di syarikat anda dengan manusia yang tidak tahu adab. Dan tolonglah update staf anda dengan current programming language. Sesungguhnya untuk bersaing dengan company lain, simpanlah VB yg sudah berhabuk itu.

 

Noktah. Itu prinsip saya. Maafkan saya. Saya tidak mahu bekerja di sebuah software house yang stafnya berpakaian seperti pelayan kelab malam. Saya harap Encik Fawwaz tidak tersinggung. Anggaplah ini satu teguran, untuk memastikan kejayaan yang diraih adalah dengan keberkatanNya.

and bawah ni ialah reply drpd salah seorang interviewer yg baca blog org ni…

————————————————————————-

Aa’ha said,

March 11, 2009 @ 12:42 am

 

What the hell do you mean by your redish wording? You just so fuckin rude!

Let me say this;

U tak lulus temuduga dengan kitaorg sebab kitaorang dah buat homework

pasal

you berdasarkan maklumat dlm resume yg u hantar seminggu sebelum interview

and we’all trackback ur blog.

we all rasa u ni islamic freak berdasarkan posting u dlm blog.

guess what? we all tak mahu org mcm u sebab u nanti bermasalah nak

accompany customer karaoke @ minum2. sebab u org kampung yg tak tau sosial

dan pakai tudung macam mak nenek!!

kalau u rasa nak keja dekat company besar u bettter jgn kolot sangat sebab

u’ll never make it dgn cara u ni.u perlu sedar u hidup tahun 2009 bukan

zaman nabi dulu!!

and thanx-a-lot sbb tak terima job ni becoz we all memang allergic dgn org

yg konon2 islamik mcm u.

 

apa kata u try mintak keja dengan masjid kat kampung you?? buat sistem

masjid ke?

 

chill……….

*** Corettanku

Agaknya, kalo miss Aa’ha ni baca blogsku ni.. dan aku pergi interview keje tuh, aku pun antara org2 yg akan direject.. blogsku ni kan lbh ISLAMIC.. byk unsur2 islamic dlm blogs kesayangaku ni… banner atas pun dah merupakan doa… alahai isi kandungan lagilah penuh dgn santapan rohani…

Baca reply miss aa’ha tuh, buat kita sakit hati! lebih2 lagi bila agama dan tudung diperlekeh2kan.. sedangkan tudung tuh merupakan aurat wajib yg kena kita jaga… napa le zaman skrg ni penuh dgn ppuan metropolitan yg tak kenal hukum hakam…

Aku pun dah alami nasib yg sama, Cuma keadaan berbeza sikit dari kes dkt atas ni… kwn ada msg aku dan bg alamat open interview dari company yg kira besar gak le… aku mang tak pernah pi opis tuh, manalah aku tau keadaan dekat opis tuh mcmna.. aku hanya minta sbg admin. Nak minta account exc takut plak kang kena reject awal2…hehehe…

Sampai dkt opis tuh ada 2 org sedang menunggu… emmm, yg dtg Alhamdulillah, suma puan yg pakai tudung… mataku liar pehati sekeliling opis company tuh… terfikir gak, napa mataku ni tak tangkap kelibat org yg pakai tudung… hati kecilku ni dah penuh tanda Tanya “napa company ni takde seorg pun pakai tudung?? Alahai napa plak pakaian staff opis ni suma yg tak cukup kain, btul2 mcm dkt USA, pakai tanpa lengan dgn pakai skirt pendek, menampakkan segala2 benda yg sepatutnya ditutup dgn baik, napa system pemakaian sebegini plak company ni???” mang aku hairan dan aku bertambah hairan, masa staff dia pass form utk diisi sebelum interview, aku seketika rasa pelik bila staff tuh tanye, “mang pakai tudung ker? Tak boleh ker buka tudung??” Tergaman aku seketika.. terkedu sbb terkejut.. kalo staff tuh org china ble terima akal sbb dia bukan islam tp ni yg Tanya tuh adalah org islam, melayu.. dgn pki skirt pendek dan baju tanpa lengan dgn dada ditayang seluas2nya.. ntah apa nak ditayang, ppuan lain pun ada benda tuh.. meloyakan!!!

Aku jawab jer dgn senyuman dan ckp “yup mang pki tudung dan tak akan buka sampai bila2”… dia senyap jer… pastu aku dipanggil utk interview… alahai dlm masa tuh pun aku rasa nak muntah jer bila isu tudung ni diungkit balik…. Nasib jer china org yg tanye isu tudung tuhh.. dia cakap “ni dkt kepala tak boleh buka ka? Aku ckp dgn tegas “TAK BOLEH!” dia sambung lagi, mang nak pakai ker kalo dapat keje dlm compny ni? Sekali lagi aku ckp “saya akan terus pakai, sampai bila2 dan tak akan buka”… tak banyak point china tuh tanye… kejap jer… lastly dia cakap “ok, kalo u dpt this position, kami akan hubungi u” tak pjg lebar soalan… dlm hati ni ckp mang CONFIRM tak kan diterima keje..takpe lah cari plak keje yg lain yg lbh baik dan tak ungkit soal tudung dan keadaan opis yg peraturan yg lebih longgar yg aku boleh solat…

Bila aku try pi interview jadi guru tadika (China owner tadika tuh) sekali lagi isu tudungku ni jadi bahan dan alasan utama aku tak diterima.. dia akan terima kalo aku buka tudung… cari jer keje lain… tak sanggup buka tudung.. mang tak pernah berlaku….

Aku sedikit geram dan mang tolak 100% bila abg angkat ku plak bg cadangan buka tudung masa pi interview, pas dapat tuh dan confirm keje, pakai le semula.. alahai semudah ABC plak yer org zaman skrg  ni menilai erti tudung.. ble plak ON OFF tudung sesuka hati…. Aku sabar jer tima ujian dlm mencari keje..

Akhirnya aku dpt keje yg aku tak perlu buka tudung.. malah dapat solat dgn baik dan teratur…  aku juga diamanahkan utk pegang full set akaun company… aku nak solat pun boss tak marah2… boss adalah china tp msg2 jaga agama sendiri.. dia tak kacau agamaku dan aku tak kacau agama dia….

Tiap2 kesusahan, akan ada kesenangan… pegang kata2 tuh jer…yakin dgn ayat yg Allah turunkan dalam Surah Al-Insyirah: 5&6.. tiap2 kesusahan akan ada kesenangan…

Pada miss Aa’ha tuh… sebelum keluarkan kata2, kena fikir dulu.. jgn kata2 itu yg akan sumbat diri sendiri dalam NERAKA JAHANAM… bertaubat lah… dunia ni sekejap jer… kita tak tau hujung nyawa kita ni.. jgn smpi kita temui ajal dlm keadaan pakaian kita tak cukup kain dgn tayang sana sini suma perhiasan yg HARAM ditatap dgn mata liar lelaki dan jgn smpi ajal dicabut masa tgh entertain client.. client tuh tak dapat nak tolong masa dalam kubur… sapa nak tolong dalam kubur??? Boss?? Client yg dah dientertain?? Kwn2 yg sama memperjuangkan hidup dgn budaya barat?? Fikir2kan sebelum ajal dtg!

Bukan Diriku…

 

Kurenung diri ini…

Penuh tanda soal dimindaku

Ini bukan diriku!

Ke mana menghilang diriku yg dulu?

Adakah ini disebabkan dgn kesibukkan kerja?

Atau ‘hatiku’ yg telah jauh dari-NYA?

Adakah kerana kekecewaan yg selalu datang dlm hidupku?

Atau kerana tidak dapat menerima Qada & Qadar-NYA dgn hati yg ikhlas?

Di mana diriku yg sebenar menghilang?

Jauh kufikir dan kuimbas semula

Setiap hari berputar dgn cepat tanpa disedari

Tiada tambahan ilmu kusajikan utk hatiku

Hanya zero! Tak ubah seperti TIN KOSONG yg tidak bernilai…

Disepertiga malam ini…

Aku mencari diriku sebenar..

Akhirnya titisan airmata tanpa kusedari

Mengalir dipipi

Kerdilnya diri ini

Mudahnya terleka dek kesibukkan masa dan perubahan persekitaran

Yassin dan AlQuran dibaca selang 2@3 hari

Sedangkan dulu 2 perkara itulah kewajipanku setiap hari selepas solat

Lemahnya aku!

Dhaifnya aku!

Hinanya aku!

Ke mana menghilang diriku yg sebenar?

Puas aku kesali perubahan diri ini

Puas aku ratapi diri ini

Sudah cukup jugak aku marahi diri ini

Mengapa tidak tahan dengan UJIAN-NYA?

Mengapa begitu lemah iman dihati ini?

Mengapa terlalu emosi dengan kekecewaan yg sering datang walau tidak diundang?

Mengapa sanggup tewas dengan permainan dunia?

Mengapa ikutkan kata hati yg sering kalah dlm perjuangan?

Dimalam yg sepi ini

Aku mula berfikir

Sampai bila aku terus seperti ini?

Membiarkan diri tewas dalam permainan dunia yg penuh dgn ilusi

Reality diri ini tetap akan pergi ke ‘sana’

Mengapa aku harus berubah?

Membawa diriku kepada kebinasaan,

Sedangkan di ALAM ‘sana’,  belum tentu syurga dlm genggamanku

 Ya Allah,

Tolonglah aku..

Kembalikan diriku yg dahulu

Kembalikan semangatku

Kembalikan ibadahku

Kembalikan rasa sayangku pada-MU

Kembalikan segala kemanisan dengan agama-MU

Kembalikan segala kesalan

Kembalikan rasa berdosa dan tangisanku terhadap dosa2ku

Kembalikan segala-galanya…

Ya Rabbi,

Jangan kau biarkan aku hanyut dgn masa

Jangan biarkan aku lalai

Jangan biarkan aku berterusan spt tiada agama

Jangan pesongkan hatiku pada agama-MU…

Kuatkanlah hatiku ini….

Ya Allah! bantulah aku…..