Wanita metropolitan yg tak kenal hukum agama???

Tgh isi masa lapang dgn layari internet.. terjumpa satu entry yg sememangnya sgt baik utk aku kongsikan bersama dlm blogsku ni…

Dari artikal tuh, biasalah pengalaman berhadapan dengan interview… sama2 kita renungkan bagaimana PEMIKIRAN ORG ISLAM hanya pada nama agama SBB DILAHIRKAN DIDUNIA adalah org islam!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Baik. Aku rasa seperti mau bunuh orang.

 

Pernah baca posting aku tentang abang panda yg drive lexus?

 

Alkisahnya, aku ke pejabatnya, untuk interview kerja. Bersiap sekadarnya dengan sepasang baju

kurung, memakai sedikit lipstick warna pink. Pendek kata sesimple yang mungkin.

 

Yang penting adalah portfolio. Dimana portfolio inilah senarai sistem yg pernah aku bangunkan. Tak banyak, tetapi cukup untuk meyakinkan aku punya kemahiran php.

 

Sampai saja dipejabatnya, aku dapati ada 8 candidates yg tgh tunggu turn. Dan aku punya turn. Dan aku tak nampak abang panda itu.

 

Sempat aku berbual dengan candidates yg lain. Semua pun apply post junior programmer. Dan hati aku agak senang bila candidates yg lain nampaknya sumanya fresh graduates tanpa portfolio. Bermakna aku punya sedikit kelebihan kerana yang lain belum pernah bangunkan sebarang sistem.

 

Aku pun masuk untuk sesi temuduga. Dua orang interviewer adalah perempuan, dalam awal 30-an. Dua orang lagi lelaki. Mereka membelek2 resume aku dengan muka yg agak kurang berminat. Yang menghairankan, mereka langsung tidak membelek portfolio aku.

 

Dan, inilah saat yang tiba2 membuatkan aku berang. Apabila salah seorang interviewer berkata kepada aku..

 

“Sory ye dik. Kami tau adik ni bwk portfolio sendiri. Tapi company ini lebih prefer org yg slim, presentable. Why not u kurangkan berat badan n try again,” Sambil tersenyum sumbing.

 

Kepada Nurul Fatheha Zainal Alam, a.k.a interviewer yang tidak beradab. Saya tahu anda baca blog saya. Jadi sila baca dengan teliti.

 

Sebab kenapa orang Melayu tidak maju adalah kerana wujud golongan berfikiran jumud seperti anda. Sejak bila programmer perlu secantik miss world? Adakah anda cuma mahu programmer yang tidak menutup kepala, dengan rambut perang seperti bulu beruk terkena clorox, dengan berpakaian skirt pendek menampakkan betis besar tiang letrik dan berbaju ketat menampakkan

perut boyot seperti anda? Atau programmer yang mengenakan mekap tebal seperti mak nyah, memantis kening senipis mungkin dan cuma tahu pakai visual basic?

 

Maaf, jika bahasa aku biadap.

 

Tetapi terima kasih kepada abang panda a.k.a Encik Fawwaz kerana menjanjikan aku post junior programmer sebaik sahaja aku grad, keesokan harinya setelah aku tinggalkan portfolio aku kepadanya. Tetapi Encik Fawwaz, saya tidak mahu bekerja di syarikat anda dengan manusia yang tidak tahu adab. Dan tolonglah update staf anda dengan current programming language. Sesungguhnya untuk bersaing dengan company lain, simpanlah VB yg sudah berhabuk itu.

 

Noktah. Itu prinsip saya. Maafkan saya. Saya tidak mahu bekerja di sebuah software house yang stafnya berpakaian seperti pelayan kelab malam. Saya harap Encik Fawwaz tidak tersinggung. Anggaplah ini satu teguran, untuk memastikan kejayaan yang diraih adalah dengan keberkatanNya.

and bawah ni ialah reply drpd salah seorang interviewer yg baca blog org ni…

————————————————————————-

Aa’ha said,

March 11, 2009 @ 12:42 am

 

What the hell do you mean by your redish wording? You just so fuckin rude!

Let me say this;

U tak lulus temuduga dengan kitaorg sebab kitaorang dah buat homework

pasal

you berdasarkan maklumat dlm resume yg u hantar seminggu sebelum interview

and we’all trackback ur blog.

we all rasa u ni islamic freak berdasarkan posting u dlm blog.

guess what? we all tak mahu org mcm u sebab u nanti bermasalah nak

accompany customer karaoke @ minum2. sebab u org kampung yg tak tau sosial

dan pakai tudung macam mak nenek!!

kalau u rasa nak keja dekat company besar u bettter jgn kolot sangat sebab

u’ll never make it dgn cara u ni.u perlu sedar u hidup tahun 2009 bukan

zaman nabi dulu!!

and thanx-a-lot sbb tak terima job ni becoz we all memang allergic dgn org

yg konon2 islamik mcm u.

 

apa kata u try mintak keja dengan masjid kat kampung you?? buat sistem

masjid ke?

 

chill……….

*** Corettanku

Agaknya, kalo miss Aa’ha ni baca blogsku ni.. dan aku pergi interview keje tuh, aku pun antara org2 yg akan direject.. blogsku ni kan lbh ISLAMIC.. byk unsur2 islamic dlm blogs kesayangaku ni… banner atas pun dah merupakan doa… alahai isi kandungan lagilah penuh dgn santapan rohani…

Baca reply miss aa’ha tuh, buat kita sakit hati! lebih2 lagi bila agama dan tudung diperlekeh2kan.. sedangkan tudung tuh merupakan aurat wajib yg kena kita jaga… napa le zaman skrg ni penuh dgn ppuan metropolitan yg tak kenal hukum hakam…

Aku pun dah alami nasib yg sama, Cuma keadaan berbeza sikit dari kes dkt atas ni… kwn ada msg aku dan bg alamat open interview dari company yg kira besar gak le… aku mang tak pernah pi opis tuh, manalah aku tau keadaan dekat opis tuh mcmna.. aku hanya minta sbg admin. Nak minta account exc takut plak kang kena reject awal2…hehehe…

Sampai dkt opis tuh ada 2 org sedang menunggu… emmm, yg dtg Alhamdulillah, suma puan yg pakai tudung… mataku liar pehati sekeliling opis company tuh… terfikir gak, napa mataku ni tak tangkap kelibat org yg pakai tudung… hati kecilku ni dah penuh tanda Tanya “napa company ni takde seorg pun pakai tudung?? Alahai napa plak pakaian staff opis ni suma yg tak cukup kain, btul2 mcm dkt USA, pakai tanpa lengan dgn pakai skirt pendek, menampakkan segala2 benda yg sepatutnya ditutup dgn baik, napa system pemakaian sebegini plak company ni???” mang aku hairan dan aku bertambah hairan, masa staff dia pass form utk diisi sebelum interview, aku seketika rasa pelik bila staff tuh tanye, “mang pakai tudung ker? Tak boleh ker buka tudung??” Tergaman aku seketika.. terkedu sbb terkejut.. kalo staff tuh org china ble terima akal sbb dia bukan islam tp ni yg Tanya tuh adalah org islam, melayu.. dgn pki skirt pendek dan baju tanpa lengan dgn dada ditayang seluas2nya.. ntah apa nak ditayang, ppuan lain pun ada benda tuh.. meloyakan!!!

Aku jawab jer dgn senyuman dan ckp “yup mang pki tudung dan tak akan buka sampai bila2”… dia senyap jer… pastu aku dipanggil utk interview… alahai dlm masa tuh pun aku rasa nak muntah jer bila isu tudung ni diungkit balik…. Nasib jer china org yg tanye isu tudung tuhh.. dia cakap “ni dkt kepala tak boleh buka ka? Aku ckp dgn tegas “TAK BOLEH!” dia sambung lagi, mang nak pakai ker kalo dapat keje dlm compny ni? Sekali lagi aku ckp “saya akan terus pakai, sampai bila2 dan tak akan buka”… tak banyak point china tuh tanye… kejap jer… lastly dia cakap “ok, kalo u dpt this position, kami akan hubungi u” tak pjg lebar soalan… dlm hati ni ckp mang CONFIRM tak kan diterima keje..takpe lah cari plak keje yg lain yg lbh baik dan tak ungkit soal tudung dan keadaan opis yg peraturan yg lebih longgar yg aku boleh solat…

Bila aku try pi interview jadi guru tadika (China owner tadika tuh) sekali lagi isu tudungku ni jadi bahan dan alasan utama aku tak diterima.. dia akan terima kalo aku buka tudung… cari jer keje lain… tak sanggup buka tudung.. mang tak pernah berlaku….

Aku sedikit geram dan mang tolak 100% bila abg angkat ku plak bg cadangan buka tudung masa pi interview, pas dapat tuh dan confirm keje, pakai le semula.. alahai semudah ABC plak yer org zaman skrg  ni menilai erti tudung.. ble plak ON OFF tudung sesuka hati…. Aku sabar jer tima ujian dlm mencari keje..

Akhirnya aku dpt keje yg aku tak perlu buka tudung.. malah dapat solat dgn baik dan teratur…  aku juga diamanahkan utk pegang full set akaun company… aku nak solat pun boss tak marah2… boss adalah china tp msg2 jaga agama sendiri.. dia tak kacau agamaku dan aku tak kacau agama dia….

Tiap2 kesusahan, akan ada kesenangan… pegang kata2 tuh jer…yakin dgn ayat yg Allah turunkan dalam Surah Al-Insyirah: 5&6.. tiap2 kesusahan akan ada kesenangan…

Pada miss Aa’ha tuh… sebelum keluarkan kata2, kena fikir dulu.. jgn kata2 itu yg akan sumbat diri sendiri dalam NERAKA JAHANAM… bertaubat lah… dunia ni sekejap jer… kita tak tau hujung nyawa kita ni.. jgn smpi kita temui ajal dlm keadaan pakaian kita tak cukup kain dgn tayang sana sini suma perhiasan yg HARAM ditatap dgn mata liar lelaki dan jgn smpi ajal dicabut masa tgh entertain client.. client tuh tak dapat nak tolong masa dalam kubur… sapa nak tolong dalam kubur??? Boss?? Client yg dah dientertain?? Kwn2 yg sama memperjuangkan hidup dgn budaya barat?? Fikir2kan sebelum ajal dtg!

12 Respons

  1. masih ramai rupanya org2 macm ni….sabar ajelah.

    • erm…bg saya …cik aah’haa tu bedul gak…kalo dah tau tak nak pekerja mcm that girl..tak payah panggil interview…dia kan bole tapis candidate utk interview….pelik betul masyarakat skg…igt2 je laaa….what u give u get back….setiap apa yg kita buat dlm dunia …baik atau jahat…semuanya akan pulang balik pada kita….sesungguhnya Dia jadikan dunia ni bulat..ada maksud yang tersirat dan tersurat disebaliknya

  2. … Allah lah Tuhan kami dan Tuhan kamu, bagi kami amalan-amalan kami dan bagi kamu amalan-amalan kamu. Tidak ada pertengkaran antara kami dan kamu. Allah menghimpunkan antara kita dan kepadaNya lah kita kembali. (Asy-Syura : 15)

    Umat Islam sekarang hanya menjinjing agama mereka dengan sambil lewa. Sedang dunia dan segala kepentingannya mereka junjung di atas kepala mereka. Bila saja kepentingan dunia mereka itu hendak jatuh, mereka akan segera melemparkan agama mereka ketanah dan segera memegang dunia yang terjunjung diatas kepala itu supaya tidak jatuh.

    mereka membiarkan agama yang didalam karung berteraburan ketanah.

    Ini mereka katakan kemajuan. Namun yang terlebih sedih adalah mereka menghalang orang lain dari mengerjakannya.

    inilah zaman yang dikatakan. Sukar memilih mana yang betul dan baik. Kerana kebaikan itu tidak lagi jelas. Dan inilah juga zaman yang mana kebaikan itu dihalang dari dikerjakan. Malah zaman itu telah lewat sekali, sehingga tiba pula kini zaman yang mana kebaikan itu dihalang, malah dianjurkan pula perbuatan yang maksiat.

    “Engkau mempertikaikan peminta sedekah itu sedang sihat dan berkudrat, lalu engkau kikir dengan bahagian yang ada didalam kantungmu. Sedangkan engkau tidak merasa rugi dengan menghabiskan kredit2 hp-mu untuk mengundi peserta2 program2 realiti. Sehingga engkau bertepuk sorak sekali, disaat mereka mengumpul kemaksiatan buat mereka sendiri. Lalu engkau juga turut serta menempah azab buat diri sendiri.Apa tidak nyatakah kesusahhan yang bakal ditanggung?”

    Yaa Allah jadikanlah aku orang yang mempunyai keutamaan dalam sesuatu hal. Sebab aku nak bukak kampeni besar, dan syarat permohonan pekerja, DIUTAMAKAN BAGI YANG BERPAKAIAN SOPAN DAN MENUTUP AURAT. InsyaAllah. Doakan laa yerk.

  3. sudah setahun berlalu, Temuduga kpli bagaimana hasilnya? Yakinlah kepada ketentuan ilahi. jangan mudah kecewa. mesti mencuba berulang kali. Insyaallah.

    • salam…

      KPLI… apply gak setiap tahun…dah 7x apply ni dan jawapan masih sama

      ‘Harap Maaf, maklumat xxxxxxx telah kami proses.
      Nama anda tidak tersenarai dalam panggilan temu duga
      Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR)
      Ambilan Jun 2010.
      Terima kasih atas minat anda dalam bidang perguruan”

      ntah dimana silapnya dan apa sbenarnya org yg dipertanggungjawabkan meluluskan kpli nak APA??
      nak kabel?? sorry la saya mang xde dan xpena guna kabel apa jawatan…
      sedih sgt2 ni… dah 7 kali apply dan jawapan masih gak blum memuaskan…
      sudah abes iktiar shinggakan beli ebook panduan menjawab kpli tuh.. tp langsung xpena dipanggil utk intvw
      apa sbenarnya diaorg ni nak????
      hanya Allah yg tau mcmna rasanye hati ni btul2 hampa

  4. salam.. saya pun pernah kena macam tu…
    sebab sy pakai baju kurung dan tudung.. masa tel kata ada keja kosong.. bila datang interview.. kena reject sbb sy pakai tudung dan baju kurung… pastu diorang tnya bleh keja tak pakai tudung..sy kata tak boleh… tak dapat la keja tu…kita cari rezeki biar berkat… aurat pun kena jaga.. sapa nak tolong kat akhirat kelak… k salam maju jaya

  5. camtu pon ada yer..
    sy minta kat Allah supaya melindungi saya~
    tudung wajib.. sy takut sy pon nanti jd mcm popmpuan kat luar sana~ T^T

  6. Salam sejahtera,

    Mmg ramai company yang buat mcm tu.. suruh bukak tudung, nak daring lah etc.. saya rasa ini satu penghinaan kepada agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan.

    Sekiranya ada email yang mengutuk ttg hak dan perlaksanaan Islam kepada muslim/muslimat di Malaysia saya rasa wajar company tersebut wajar dikenakan tindakan saman undang-undang..

    Diorang ingat simply boleh buat bebas sahaja mcm orang kafir. Saya sebagai orang Islam tercabar membaca email berkenaan, seolah-olah satu diskriminasi terhadap wanita Islam di dalam negara Malaysia sendiri..

    Jika mereka baca mengenai komen saya, jika ada yang tak puas hati kita boleh bincang dengan member saya yang lain peguam syariah di mahkamah syariah kl… usah dipermainkan soal agama Islam ini, maruah ummat Islam di malaysia perlu dibela.. dan tidak wajar didiamkan sahaja…

  7. salam..

    pd sy mmg ada salah nya pada minah2 and terms pd comp tu..tapi bsyukur pada maha kaya krn awk tdk diterima utk menjalan kan tugas tsebut di office tu krn pekerjaan yg mereka amalkan adalah tidak sesuai dgn landasan islam. bersosial dgn cliet. tetapi pada sy, jgn lah awk sama2 menjadi kan diri awk sbgi org2 munafik seperti mrk, jgn la awk menghakimi mereka dgn syurga dan neraka. kita tak tahu sejauh mana masa depan kita. sebaik mana iman kita pergi jauh. bkn kita utk menilai mereka. sebaik nya awk perlu kan byk bersaba, mereka telah menolong menyelamatkan awk drp lembah jahanam. jika awk diterima dan dibawa ke arah itu. tiada siapa yg tahu apa bakal terjadi. dan utk interviewer itu mungkin mereka tidak pernah kenal erti islam, sy juga tidak tahu sepenuhnya erti islam.masih mencari2. siapa kita nak mengaku baik atau maha mengetahui. bersabar la wahai sahabat ku🙂 doa kan mereka yg sesama islam itu bertaubat, dah jumpa jalan yg Satu. kadang-kadang mereka memang tak tahu.mereka mungkin drp keluarga yg tidak dibesarkan dgn ajaran islam. tlg la dan bantu lah mereka. ingat lah 1, mungkin ini adalah dugaan pada awk utk terus kuat dan bersabar dan tidak terlupa utk menegur atau berdoa sesama kita. wallahualam.🙂

  8. thanks infonya…

  9. mmmm dunia dh akhir zaman mcm2 perangai manusia ni… yg buruk dianggap trendy..

    mmm sbnrnye saya agak musykil gak…takkan ler semua staff dari semua position kene kluar dan entertain client? bukan ke sepatutnya mereka yg buat Pre Sales yg akan deal secara terus dgn client… takkan programmer pn nk kene turun padang?? saya pun bekerja dlm syarikat IT ..mengikut pengalaman saya mereka yang terlibat dalam technical skill terutamanya programmer amat jarang akan berhadapan dgn client… seboleh2nya mmg tak akan jumpa pn..so amatlah tidak logik kalau cara pemakaian yg menurut cik Aa’ha tidak ‘Up to date’ tu dipersoalkan…iyelah keje pn ngadap PC jer… yg penting coding yg dibuat berjaya dan system dapat dibangunkan seperti spesifikasi yg diberi…

    mmm nmpk sgt ler cik Aa’ha tu mmg saje nk diskriminasi golongan yg tak sama dgn dia…dunia.. dunia.. semoga Allah memberi hidayah kepada cik Aa’ha supaya terbuka hatinya utk berubah kepada yg lebih baik dan tidak memandang prejudis terhadap orang lain…

  10. Biarlah kita tetap dengan prinsip kita dan tidak akan sesekali seleweng ke arah maksiat dan dosa..sesungguhnya apabila Allah telah menutup pintu hati mereka daripada melihat kebenaran maka jika beri peringatan atau tidak tetap sama..hanya mampu berdoa suatu saat nanti mereka akan berubah dan mudahan kita tetap istiqamah dalam amalan kita dan bersabar dengan ujian yang Allah berikan..sesungguhnya Allah bersama orang sabar..insya Allah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: