Wanita yang bijaksana merupakan jaminan kehidupan yang berbahagia

Dr. ‘Aidh Bin ‘Abdullah Al-Qarni

Mudah-mudahan Allah mendatangkan kemudahan

Sesungguhnya setiap harinya Dia mempunyai urusan

Berkenan dengan makhlukNya

 

Wanita wajib menyambut suaminya dalam keadaan yang terbaik ketika sang suami pulang ke rumah. Dia tidak boleh menambah tekanan bagi suaminya bila mendapatkannya dalam keadaan tertekan, letih, dan stress. Namun sebaliknya, hendaklah dia menyambut dengan senang hati dan memenuhi apa jua permintaannya tanpa bertanya mengapa ia merasa tertekan, letih dan stress.

Bila suaminya telah tenang dan menanggalkan pakaian kerjanya serta mengenakan pakaian rumahnya, biasanya ia akan menjelaskan apa yang sedang terjadi dan apa yang difikirkannya. Kalaupun tidak segera menjelaskan, maka itulah waktunya bagi si isteri untuk bertanya, dan caranya harus dengan gaya bahasa yang menunjukkan kekuatiran terhadap keadaan yang dialami suaminya.

Apabila pihak isteri mempunyai kemampuan untuk membantu memecahkan permasalahan yang mengeruhkan fikiran dan menyempitkan dada suaminya, sebaiknya isteri segera membantunya kerana sikap seperti ini akan banyak meringankan beban suaminya. Kerana itu, suaminya akan merasakan bahawa di dalam rumahnya terdapat permata yang berharga, bahkan jauh lebih berharga daripada permata mana pun yang ada di dunia.

Ilhamku…

Sibuk dengan keje-keje akaun companyku yang sangat-sangat memenatkan… Akhirnya, siap jugak akaun 2009 yang pekerja lama buat tak habis… aku plak jadi mangsa keadaan utk cover keja yang tertangguh tuh… dah nasib, aku kena buat dari bulan january sampai disember 2009 punye akaun… akaun lama ni aku tak faham cara akak tuh buat…. banyak akaun dan amount berbeza…. jenuh mata ni asyik berjaga… Alhamdulillah, siap jugak akhirnya… baru lega hati ni…

Emmm… dah lama tak menulis… dlm sibuk-sibuk ni, sempat jgak aku mengilhamkan ‘novel’ pertamaku… novel pendek je… harap pengunjung ada yang sudi membaca hasil penulisan tangan ni…

Renungan kali terakhir