Meniti Ranjau kehidupan….

 

Hari bertukar ganti tanpa disedari

kaki ini semakin lemah melangkah

satu persatu langkah aku gagahi

menuju kehadapan

tetapi…

langkah itu sering terhenti

dipersimpangan jalan

aku renung kaki ini

adakah kaki ini sudah tidak mampu untuk

terus melangkah?

kalah dengan caturan kehidpan!

kalah dengan masalah yang setiap detik datang

tanpa diundang

kalah dengan janji manis lelaki lidah bercabang…

Adakah kaki ini akan terhenti selamanya

kerana berputus asa

dengan kehidupan dan kekecewaan

masalah dan ujian tak kenal istilah rehat

belum habis satu masalah

bertambah lagi masalah baru

adakah kaki ini dapat bertahan?

sedangkan kaki ini semakin dijamah usia…

Aku perlukan MU ya Allah,

untuk terus melangkah kehadapan

walau sepasang kaki ini sudah

terlalu letih dan usang

didunia yang fana ini.

Aku perlu melangkah jua

untuk kehadapan

aku tak mahu berhenti dipersimpangan jalan

dimana jalan-jalan itu

begitu sukar dan gelap

jalan yang tidak ada penghujungnya…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: