Alam Barzakh dan Malaikat Maut…

Malam ni aku habiskan masa dengan mendengar nasyid kegemaranku ni “Menanti di  Barzakh”. Lagu ni meninggalkan kesan yang sangat mendalam dalam hati bila menghayati setiap liriknya. dengan pantas jari jemariku ni mengambil buku dalam rak bukuku dan menaip berkaitan dengan kematian…

~~~~~~~

Mati itu adalah ketentuan Allah SWT. Sudah suratan takdir yang tidak dapat diubah-ubah lagi. Allah SWT berfirman maksudnya:

“Apabila telah sampai ajal seseorang, maka sesaat pun tidak dapat ditangguhkan dan sesaat pun tidak dapat didahulukan” (Surah Al-A’raf: 34)

Tepat pada waktunya menurut perjanjian, maka malaikat maut itu melaksanakan tugasnya. Dia mencabut, mengeluarkan nyawa seseorang itu bukan dengan tangan sebagaimana yang terbayang dalam ingatan kita, melainkan cukup dengan perkataan “Keluarlah engkau” Maka keluarlah dia.

Adapun bentuk malaikat maut dalam mencabut nyawa seseorang itu tidak tetap, berubah-ubah. Ini sesuai dengan amal perbuatan orang itu selama hidupnya. Kalau mencabut atau mengeluarkan nyawa orang beriman dan beramal soleh, maka bentuk malaikat maut bagus dan menyenangkan. Tetapi sebaliknya, kalau mencabut roh orang kafir atau berdosa, maka bentuknya mengerikan dan menakutkan sekali. Hal ini dapat dibaca dari kisah Nabi Ibrahim as.

Nabi Ibrahim as mempunyai sebuah surau. Kalau akan sembahyang, maka surau itu akan ditutupnya. Pada suatu hari ketika dia hendak sembahyang, dibukanya surau itu. Ada seorang pemuda di dalamnya.

Tanya Nabi Ibrahim: “Siapa yang mengizinkan engkau masuk? Apakah engkau malaikat?”

“Ya , aku ini malaikat maut.”

Maka terjadilah perbincangan antara Nabi Ibrahim dengan malaikat maut dari hal bentuk malaikat maut mencabut nyawa orang berdosa. Hal ini dinyatakan dalam hadis dari Ibnu Abbas sebagai berikut:

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: Nabi Ibrahim as. pernah bertanya kepada malaikat maut, tanyanya:

“Hai, malaikat maut. Tunjukkanlah bentuk engkau ketika engkau mencabut nyawa orang kafir.”

“Palingkanlah muka engkau!” Kata malaikat maut

Lalu Nabi Ibrahim memalingkan mukanya. Sesudah itu dia menoleh lagi. Maka kelihatan malaikat maut itu seperti seorang yang bertubuh hitam. Kakinya berada di bumi dan kepalanya tersentak ke langit. Bentuknya sangat menakutkan. Dari bawah tiap bulunya menyembur api.

Maka bersabda Nabi SAW kalau dia mencabut nyawa orang kafir sama dengan memandang kepada sebuah piring yang sedang di tanganya. Yang demikian itu timbul gentar dan takut kepadanya. Setelah dia mengambil nyawa orang itu, maka bentuknya kembali seperti biasa . (Riwayat:Muslim)

Malaikat itu makhluk ghaib yang bentuknya dapat berubah-ubah menurut apa yang apa disukainya. Demikian juga malaikat maut. Hal ini sesuai pada iktikad dan amal perbuatan seseorang selama dia hidup. Kalau orang itu beriman dan beramal soleh, malaikat maut datang menyerupai apa yang dicintainya selama ini.

~ Rujukan: Pengembaraan ROH merentasi 7 dimensi

 

5 Respons

  1. salam ziarah saya kat blog ni, lagu nasyid menanti dbarzah dr kumpulan faest kan? saya pun suka dgr.

    • salam…

      Yup, dari kumpulan far-east… dah lama tahu kewujudan lagu ni. Masa 1st dengar dah mang suka… Mengingatkan kita pada ‘maut’ yg datang tanpa diketahui… moga kita menghadapinya dengan ketenangan…

  2. terima kasih nur, 1st time dgr nasyid ni kat radio brunei, saya org brunei,nak tau saya cari2 cd ni punya lah susah, banyak2 kedai jual cd cuma kedai kecik je yg ada jual, cd ni la yg sentiasa saya pasang setiap kali bawa keta. buku tu pun saya dah baca

    saya akan selalu la singgah kat sini ye

    • salam…

      tak sangka pengunjung saya ni dari negara jiran… salam persaudaraan…
      saya mula dengar lagu ni sebelum blogs saya ni wujud… secara kebetulan jenguk blogs seorg hamba Allah dan
      terlihatlah nasyid ni.. sekali dengar je dah suka..

      singah jer dekat sini… InsyaAllah, saya akan selalu update.. tp kalo masa terhad, mgkin agak lembab sikitlah jawabnya
      nak update..🙂

  3. Subahanallah…Ya Allah Ya Tuhanku,berikan aku hidayah dan petunjuk Mu Ya Allah!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: