Amalan seseorang tidak dapat dinilai melainkan Allah

Terimbas semula kisah tahun lepas, Opisku buat jamuan Chines New Year dan sekali annual dinner. Emmm… Adalah sesi menang cabutan no. bertuah. Aku malas nak amek peduli sangat benda tuh sebab mang tak pernah nak bertuah dari zaman study sampailah zaman kerja ni. Asyik layan sup ketam depan mata, tetiba dengar macam kenal no. yang disebut. Upanya no. Ku🙂  Macam tak percaya, 2 kali jugak disebut barulah aku gerak pegi amek hadiah. Besar jugak hadiah tuh, yang paling seronok bersorak kwn2 semeja makan. Maklum, merasa gak lah mereka hamper tuh. Sampai aje dekat tempat dudukku semula, tetiba datang kwn seopis (laki melayu), dia cakap nak yang dekat paling atas tuh. Mataku terus focus tempat yang paling atas tuh. Aduhhh, biar betul mamat ni. Aku mang terkedu. Mataku terus menerus tengok benda tuh, pastu baru ku alihkan pandangan pada muka kwn tuh. Aku Tanya pada dia betul ker dia nak, sedangkan benda tuhh ‘kencing setan’. Kwn tuh bersungguh2 nak. Terkedu lidahku sebab dia bukan orang sebegitu yang aku tengok dari pandangan mata kasar ni. Kwn sebelah mejaku menyampuk “kalau eya pun, tunggulah abes majlis dulu”…. Bila abes aje majlis, sekali lagi dia datang padaku. Dia cakap yang aku tak guna pun benda tuhh. Aku hanya diam sebab rasa kosong je dalam otak.

Masa dalam kereta kawan dalam perjalanan pulang, aku bersuara…. ‘betul ker dia minum arak? Sedangkan dia baik, dekat opis tak pernah tinggi suara dan akan ikut arahan dengan baik’… kwn jawab, “ tak mustahil dia minum, laki Bandar ni bukan boleh harap sangat’. Aku tak puas hati dengan jawapan kwn, aku cakap balik ‘tapi… dia solat’. Kwnku tak terkejut tapi terus cakap ‘jangalah tertipu pada amalan seseorang, orang solat pun bukan kita tahu perangai sebenar. Inikan lagi budak yang mang jenis masuk pub, jadi tak ada yang mustahil, tuhh sebab dia tak malu minta dengan bersungguh2 benda tuh’.  Sedih betul jawapan. Aku ingat kwn laki tadi mang bukan mcm tuh. Dia antara yang bole diharap jaga agamanya. Mataku sendiri pernah tangok dia solat. Dia minta izin nak guna bilik meeting untuk solat sebab opis kami tak sediakan surau. Biasa masa zohor dia akan solat dimasjid tapi hari tuh dia ada hal. Takkanlah dia minum arak. Arak tuh kan dosa besar. Kalau sempurna solat seseorang mang tak akan disentuh arak tuh.

Neraka Jahim

Imbas kembali ilmu yang ada tentang neraka ni. Dalam neraka itu ada 7 tingkat semuanya. Neraka jahim ini adalah tingkat yang ke-6. Disinilah ditempatkan org kafir dan org yang mendustakan agama iaitu org2 islam yang bedosa. Mereka yang buat apa yang dilarang umpamanya berzina, meminum khamar (arak), membunuh tanpa hak…. Tanpa bertaubat.

Dan orang2 yang kafir dan orang yang mendustakan ayat-ayat kami, mereka itulah penghuni Neraka Jahim”  (Surah Al-MAidah: 86)

Kalau orang bukan islam buat sememangnya kita tahu dia jahil tapi kalau orang islam yang buat, rasa dunia ni betul2 hampir musnah. Mudah je orang minum arak. Kalau dulu2, kita dengar arak je mang dah menjijikkan dan bila tengok benda tuh kita akan loya, ibarat arak tuhh macam najis atau bangkai yang sangat busuk. Tapi zaman sekarang ni orang islam dengan tidak ada perasaan malu memegang botolnya, malah meminumnya. Ada juga yang menjadikan minuman asasi hariannya.

Di mana rasa malu kita pada Allah dan pada saudara seagama yang lain???  

Mata kasar kita ni tak dapat nak nilai amalan seseorang hamba, yang dapat nilai dan ukur sejauh mana amalan insan bernama hamba ni hanya satu iaitu Allah SWT….

2 Respons

  1. salam pada semua pengunjung blogs ini….

    segala hasil tulisan yg terbit dari minda dan penulisan tgn ini sdiri, diharap tiada sesiapa yg tersinggung. andai penulisan saya ada yg sebabkan hati pembaca tersinggung, saya mohon maaf. semua penulisan ini adalah lahir dari hati saya sdiri, bukan UNTUK MEMBUKA AIB sesorg. TIDAK terfikir langsung utk membuka aib sesorg dlm blogs ini. sebab itu saya tidak pernah letak nama sebenar org yg dimaksudkan….

    segala coretan juga adalah utk memberi kita MOTIVASI agar digunakan utk kehidupan kelak, bkn utk merendahkan harga diri org lain!!!
    jauh sekali utk membuka aib seseorg… nauzubillah…

    yg baik dtg dari Allah, dan yg buruk serta kurang itu dtg dari kelemahan saya sendiri…

  2. wah..hebat sggh usha anda dgn pnulisan blog ini…. tahniah…. camne nk follow blo ni ea? tq

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: