Lafaz Yang Tersimpan!

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

~~~~///~~~~///~~~~///~~~~

Bila dengar lagu ni, hati kecil ni akan terasa sebak! Dengan lirik yg penuh dengan isi bermakna, buat airmataku mengalir. Lagu ini adalah apa yg terpendam dalam hati ini dan tak mampu diluahkan dengan perkataan pada org yg tersayang. Hanya pandangan sayu yang mampu aku lakukan, utk melafazkan apa yg tersimpan dlm hati kecil ini, rasanya belum ada kekuatan…

Bila lihat keadaan mak yg semakin hari semakin sulit kehidupannya yg berperang dengan masalah kesihatan, buat aku bertambah sedih… belum habis penyakit darah tinggi, timbul plak lagi penyakit baru iaitu lemah jantung… airmata ini sudah sering kali keluar  bila melihat raut wajah mak yg semakin tua dan berat menanggung mslh kesihatan.

“Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu”

Cian mak…. Memula doktor tak dapat detect penyakit mak… kunun sebab effect makan ubat darah tinggi so sepasang kaki mak jadi bengkak dan sebabkan mak sukar utk berjalan. Bila pergi klinik pakar, barulah tahu penyakit mak sebenar, lemah jantung… sebab mslh jantung tuh lah buat kaki mak jadi bengkak. Jantung mak tak boleh berfungsi dengan baik,  so semua air turun ke kaki. Sedihnya bila hantar mak pegi klinik baru2 ni….

Pandangan aku lontarkan ke tapak kaki mak… aku belum mampu nak beri kesenangan pada mak… belum mampu nak tunaikan impian mak nak ke tanah suci… ya Allah, berilah kekuatan dalam diriku… kasih sayang yang tebal dalam hati ni, hanya tertanam dan bibir ni kelu utk lafazkan… mengapa aku malu utk lafazkan kata2 sayang itu.. sedangkan ia begitu tebal dlm hatiku? Mengapa kasih sayang yg begitu tebal dalam hati ni hanya mampu aku lafazkan melalui ‘sentuhan’ dan ‘belaian’ pada tangan dan sapuan lembut dekat kepala mak… mengapa lidahku kelu utk melontarkan semua yg terbuku dalam hati kecil ini? Sedangkan mak semakin lama semakin dijamah usia…

“Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah

Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Mengapa hanya ciuman dipipi kanan dan kiri yang aku hanya mampu lakukan utk tunjuk kasih sayang pada orang tersayang…
Ya Allah, berilah aku kekuatan-MU utk terus melihat mak sihat sepenuhnya dan berilah aku rezeki yang luas utk menunaikan impian mak yg besar itu,  beribadah ditanah suci-MU….

2 Respons

  1. Salam..
    Bersabarlah sahabat.. semoga setiap tingkah dan niatmua akan diberkati dan dirahmatiNya selalu.. Titipkan doa dan kalimah suci buat yang tersayang smoga menjadi kekuatan untuknya untuk kembali menceriakan kehidupanmu dan mereka yang dia sayangi….
    Insyaaalah..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: