Sedekah yang paling besar pahalanya adalah sedekah untuk ahli keluarga.

 

Dan pada satu riwayat: “Bermula dinar yang engkau nafkahkan dia di dalam sabilillah, dan dinar yang engkau nafkahkan dia pada merdekakan sahaya, dan yang engkau menafkahkan dengan dia atas miskin, dan dinar yang engkau menafkahkan atas ahli (keluarga) kamu, sama ada nafkah wajib atau sunat, maka yang terlebih besar pahala daripada sekaliannya itu dinar yang engkau nafkahkan atas ahli (keluarga) kamu.”

Dan sabda Nabi SAW: “Pertama-tama barang yang dihantarkan pada tangan hamba itu nafkahnya atas ahlinya (keluarganya)”

Dan sabda Nabi SAW: “Barangsiapa membeli sesuatu bagi ahli keluarganya maka ditanggungnya akan dia dengan tanganya kepada ahli keluarganya, nescaya dihapuskan Allah Ta’ala daripadanya akan dosanya 70 tahun.”

Rujukan Buku: AL-JAUHAR AL-MAUHUB WA MUNABBIHAT AL-QULUB (PERMATA PEMBERIAN YG INDAH SEGALA HATI YG LALAI)

*** Corettanku

Bila sentuh topik tentang sedekah dan nafkah pada keluarga sendiri, ramai yang anggap ianya remeh. Malah ramai yang lalai akan tanggunjawab pada keluarga. Si suami leka dengan perangai dan sikap tersendiri, isteri dan anak tak diberi nafkah yang sepatutnya. Malah duit ringgit sangat berkira utk isteri dan anak2 tetapi duit yang ada boleh plak belanja kawan-kawan makan.

Masa zaman studyku, aku rapat dengan keluarga kawan classmate dan aku kerap pergi bercuti dekat rumahnya. suatu hari aku agak pelik bila tengok mak kawan ni menulis sesuatu dalam sebuah buku. Bila aku hampiri dan bertanya apa yg sedang makcik tuh buat. Rupanya tengah buat REKOD PERBELANJAAN untuk suaminya. mang agak hairan masa tuh, napa plak nak buat rekod semua setiap perbelanjaan dapur sedangkan mak tak pernah buat dekat rumah. Bila Tanya pada mak kawan tuh, jawapan yg diberikan buat aku terkedu…

“MAKCIK KENA REKOD SEMUA BELANJA YANG DAH DIBUAT DAN WANG YG KELUAR SETIAP HARI SEBAB SUAMI MAKCIK TAK PERCAYA DAN AKAN TANYA KE MANA HABISNYA WANG YANG DIA BERI.. DIA SURUH MAKCIK REKOD DAN TUNJUK PADA DIA SEBAGAI BUKTI…”

emmm… ada juga kehidupan macam tuh ye… selama aku hidup dekat dunia ni tak pernah plak ayah suruh mak buat buku catatan setiap perbelanjaan dikeluarkan. Mungkin juga suami dia ada sebab yang tertentu… Wallahu Alam… hanya DIA yang tahu sejauh mana kehidupan hamba2-NYA.

Cuma yang agak sedikit sedih bila ada sebilangan suami yang sangat berkira pada nafkah isteri dan anak-anaknya. Sedangkan si suamilah ketua mencari nafkah untuk keluarganya dan hak inilah yang akan dituntut diakhirat kelak. Apa si suami akan beri jawapan sekiranya gagal tunaikan hak yang dipertanggungjawabkan ke atas dia??? bukan semudah ABC nak menjawab dekat mahkamah Allah kelak….

ni baru sentuh tentang kehidupan suami dan isteri, bagaimana plak tanggungjawab seorg anak kepada orgtuanya?? ada sebilangan kita yang sememangnya lupa tanggungjawab pada mak ayah sendiri. ntah apa yang dikejar dalam hidup sehingga jasa mak ayah dibelakangkan. bukankah ‘sedekah’ pada mak ayah lebih afdal dari sedekah-sedekah yang lain. Mungkin disebabkan si anak takut bila selalu memberi sedekah pada mak ayah maka semakin berkurang jugalah wang dalam tangan. Si anak semakin berkira dengan orgtua, malah si anak tak pernah nak beri bantuan kewangan pada mak ayah sendiri. Jangankan nak bagi seribu, RM50 pun mang payah nak hulur. Si anak makan makanan yang sedap-sedap setiap hari, sedang mak ayah ntah makan, ntah tidak. Tak pernahkah si anak fikir akan mak ayahnya, adakah terjaga makan minum mak dan ayahnya, adakah terjaga keperluan harian mak ayahnya, adakah mak ayahnya perlu bantuannya??

Mengapa anak sekarang ni sering leka dalam tanggungjawab menyara mak ayah sendiri?? bukankah mereka menyara kita semasa kecil dan sehingga besar kasih sayang mereka tak pernah hilang. Perlukah kita terlalu berkira pada mereka? usia mereka semakin tua, semakin dijamah masa… ntah esok, ntah hari ni kita tak tahu sama ada kita dapat melihat raut wajah mereka atau tidak… berilah mereka kesenangan dan kebahagiaan sebelum mereka ke alam seterusnya…. kita hanya ada mereka sebagai mak ayah dunia dan akhirat.. andai kita gagal laksanakan tanggungjawab kita sebagai anak, apa yang akan kita beri pada mereka untuk membalas budi mereka…

Janganlah terlalu berkira pada mak ayah. Apalah sangat nilai sebuah RM jika dibandingkan dengan 70 tahun dihapuskan dosa….

Si anak…

engkau leka dan hanyut dibawa arus dunia

engkau lupa wajah mak ayah mu

engkau abaikan tanggungjawab yang perlu engkau tunaikan

lihatlah wahai si anak

raut wajah itu sudah terlalu tua

terlalu sukar untuk mencari sesuap nasi

terlalu payah dan derita untuk terus berjuang mencari rezeki

mencari sesuap nasi untuk dijadikan santapan

adakah engkau fahami mereka

adakah engkau rasa apa yang mereka rasai

adakah engkau rasa sakit seperti mereka sedang alami

yakinkah engkau mereka tengah tersenyum kini

atau sedang menitiskan airmata diatas perbuatan si anak…..

 

 

Alahai LIDAH!….

 

“jgn pandai ckp ja tp perlakuan sbliknya………”

Emmm, sedih juga ye bila kita bg seseorg nasihat.  Tapi akhirnya kata2 dkt atas tuh plak yg dia balas. Kekadang aku tak faham, napa ada sebahagian manusia ni suka sgt fikir ‘–ve’  pada org lain. Niat kita hanya nak membantu utk meleraikan sesuatu mslh.. kalo tak dapat nak selesaikan cukuplah utk jadi teman bicara agar mslh yg ditanggung tuh akan ringan sedikit dekat kepala…  atas wujud naluri kemanusiaan ni, maka secara spontan beri nasihat dan cadangan tapi lain plak dibalas dengan kata yg betul2 menyakitkan hati…

Sebelum mengeluarkan kata2 yg anda belum fikir samaada buat org terkilan dan terasa, baik senyap je… LIDAH tuh TIDAK BERTULANG,  NAMUN LEBIH TAJAM MENGALAHKAN SEBILAH PISAU!! So berwaspada sebelum mengeluarkan kata2 dlm hati sndiri…

Pada org yg meragui apa yg saya cakap dan tulis… takpe, hanya Allah yg tahu sejauh mana perjalanan seharian yg telah saya buat… Alhamdulillah, saya masih amalkan segala apa yg saya ajar dan coretkan dlm blogs ni… jgn mudah tuduh org tanpa kenal diri sebenar org tersebut…. Bagi saya,sesuatu amalan itu akan diajar dan disampaikan setelah kita sendiri amalkan sbg rutin harian, baru le berani nak beri ilmu pada yg lain…

Terkedu kejap dibuatnya… terbantut nak pi makan plak… pa2 hal kena pi rehat dulu. Jangan mslh kecek mcm ni buat kerja2ku berserabut plak…

Pada org yg rasa dirinya dlm topic ini… “belajar utk pandang +ve org lain… jgn terus menuduh sebaliknya… kan dosa tuh!, sedangkan anda tak tahu sejauh mana kehidupan sebenar org tuh… apa yg berlaku sekiranya kata2 anda tadi bertentangan dgn kehidupan rutin seharian org tuh???  Sudah sanggup terima balasan atas mudahnya lidah mengeluarkan kata2 yg tidak baik????…”