Aib Rumahtangga perlu dijaga…(Bah:2)

 

Bersama Ustaz Halim, di 26 Julai 2010 pada 12:23 am

Waalaikumsalam wr wb.

Menjaga aib rumahtangga adalah wajib. Menyebarkannya adalah berdosa bahkan boleh meruntuhkan rumahtangga. Jika terpaksa juga mengemukakan kepada sesiapa yang boleh memberi bantuan atau tunjuk ajar, maka hendaklah pertama dipastikan kelayakan penasihat tersebut, kedua dibuat dalam media terkawal seperti email peribadi, telefon dan seumpamanya dan ketiga mengemukakan noktah2 yang berkaitan sahaja.

Adapun yang berkaitan dengan kelucahan, maka ia sepatutnya lebih dikawal dgn ketat kerana Allah swt berfirman ‘Dan orang2 yang suka kelucahan tersebar dikalangan orang2 beriman lelaki dan perempuan bagi nya azab yg pedih”. Azab ini untuk orang yang suka berita kelucahan tersebar, apatah lagi orang yang menyebarkannya sendiri.

P/S ~ Jangan biarkan diri kita menceritakan aib suami sendiri, walau si suami hanyut dengan maksiat, zina dan dosa saban waktu… sebagai isteri kita wajib untuk menjaga aib rumahtangga… biar Allah yang menghukum… bukan tiada iktiar dlm memperbaiki hubungan masing2 malah terlalu byk alternatif sudah dilakukan… namun jika hasil masih seperti dulu dan bertambah parah, mengadulah pada yang Maha Esa, iaitu Allah SWT… banyakkan berdoa dan jumpa pakar kaunseling rumahtangga… itulah jln yg terbaik.. elakkan dari meluah dari blogs2 atau forum dalam web… yg akan menjadi santapan setiap pengunjung yang lain…

“berpesan2 pada kebenaran dan berpesan2 pada kesabaran”

Satu Respons

  1. salam pada Jaja (ayg_j@yahoo.com.my)..

    Maaf bebanyak dari saya sbb saya tak ‘approved’ komen awak… bg saya, komen awak sudah diluar batasan sbg seorg isteri… walau hakikatnya awak dipihak yg benar dan dizalimi dengan digantung tak bertali, tetapi adalah DOSA menceritakan aib rumahtangga… isteri WAJIB jaga aib rumahtangga… mencerikan aib rumahtngga adalah dosa, ditambah lagi dengan menghina ciptaan Allah… kalo sakit hati sgt pada suami, bersabar… ada hikmat sebaliknya… Allah tak jadikan sesuatu dengan sia2… tentu ada sebabnya… jgn menghina keadaan fizikal mahupun rupa sesorg… itu adalah ciptaan Allah.. umpama kita menghina Allah sbb DIA yg cipta hambaNYA…
    awak perlu byk bersabar dan banyakkan baca al-quran.. pemutus nikmat dunia hanya ada 2 perkara
    1) Mengingati MATI
    2) Membaca al-Quran

    membaca Al-quran setiap hari ble melembutkan hati.. bykkan solat sunat spt tahajud, solat dhuha dan solat hajat… insyaAllah, awak akan tenang..
    jk tak tenang jugak dan mslh msh blum selesai.. berjumpalah dengan kaunselor rumahtangga…
    mgkin Allah membantu awak melalui perantara dengan kaunselor…
    “Berpesan2 pada kebenaran dan berpesan2 pada KESABARAN” (Surah Al-Ashr)

    Wallahu A’lam….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: