Surah An-Nur 23~25

Surah An-Nur

 

 

[23]
Sesungguhnya orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi yang beriman, akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di akhirat dan, mereka pula akan beroleh azab seksa yang besar;
[24]
Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan.
[25]
Pada hari itu Allah akan menyempurnakan untuk mereka balasan (azab seksa) yang berhak mereka mendapatnya, dan mereka pula akan mengetahui bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Adil, lagi nyata keadilanNya.

P/S ~ Didiklah lidah masing2 agar tidak mudah melunturkan kata-kata tuduhan terutama tuduhan tentang zina… Sesungguhnya menuduh seseorg yg menjaga maruahnya adalah fitnah yg sangat besar. Allah melaknat org2 yg menuduh zina, di dunia dan di akhirat. Azab Allah juga pasti akan datang… jauhi diri dari menfitnah org yg menjaga kehormatannya…

 

Satu Respons

  1. Suatu ketika, Muaz bin Jabal mengadap Rasulullah S.A.W. dan bertanya, “Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengeni firman Allah S.W.T. – Ketika sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris. (Surah An-Naba’ : 18).” Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis sehingga basah pakaiannya. Lalu baginda menjawab, “Wahai Muaz, engkau telah bertanya kepada aku perkara yang amat besar, bahawa umatku yang akan diiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan sendiri…”

    Salah satu dari barisan tersebut adalah golongan yang diiring dari kubur dalam keadaan darah memancut keluar dari mulut mereka. “Mereka orang yang berdusta ketika berjual beli. Inilah balasan dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

    P.S-Peniaga yang mengatakan gula habis(semasa harganya RM1.65) dan bekalan gulanya tiba-tiba ok sahaja selepas sehari harga gula dinaikkan. Bertaubatlah sebelum terlambat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: