Diriku…

Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi dengan limpah rahmat dan kurniaan-NYA, dapat juga saya mencipta blogs saya ini walaupun blogs ini penuh ketidaksempurnaan dan kekurangan dengan hanya berbekalkan ilmu perkomputeran yang sedikit dan cetek… 

Blogs ini adalah luahan rasa hati lantaran pengalaman yang dialami sendiri, pengalaman daripada kawan-kawan disekitar juga dari pembacaan bahan-bahan ilmiah

Semoga blogs ini menjadi panduan, iktibar dan penyuntik semangat kepada sesiapa yang melawati. Juga diharap blogs ini menjadi persinggahan seketika untuk mencedok sedikit ilmu untuk digunakan dikemudian hari sebagai bekalan Saham Dunia dan juga Saham Akhirat….

Yang baik itu datang daripada ALLAH dan yang buruk dan kurang itu adalah datang dari kesilapan dan kesalahan saya sendiri…

indahnya Taubat…

sebelum terlambat…

sebelum matahari terbit dari barat…

“Allahumma, Yaa Haaliimu, Yaa ‘Aliimu, Yaa ‘Aliyyu, Yaa ‘Adhiim”

(Ya Allah Tuhan Maha Kasih Sayang, Maha Tahu, Maha Tinggi dan Maha Agung)

 

 

 

 

Yaa Ganiyyu Yaa hamid…

campakkan NUR hidayahMU ke dalam hatiku…

agar dapat ku beri sedikit…

kepada hambaMU yang masih dalam kegelapan…

 

Hamba ALLAH

  ~ Sue ~

( permata_hati3@yahoo.com.sg )

153 Respons

  1. Alhamdulillah banyak manfaatnya. Jazakillahukhairan kathira atas perkongsian ini. Untuk blog yang ana kira baru berusia 2 bulan ini, amat membanggakan. Seronok membacanya, banyak yang kene dan banyak yang sewaktu dgn jiwa ana sendiri. Teruskan perjuangan!

    • Asalamualaikum,

      Alhamdulillah dan terima kasih kerana saudari telah membantu saya dan ramai lagi dengan blog suadari ini, hanya ALLAH jualah yang membalasnya

      Wassalam

      • wsalam…

        sama2 saling membantu…sy gak adalh insan akhir zaman yg x lepas dari dosa..
        yg baik tuh kita tingkatkan. yg lemah n buruk itu kita cuba utk perbaiki…
        moga kita gak dirahmati olehNYA…n segala hajat kita dimakbulkan..aminnn..

  2. Alhamdulillah…. walaupun baru berjinak-jinak dalam dunia IT ni, saya akan lebih usha untuk menimba dan menyampaikan ilmu terutamanya untuk ilmu-ilmu berkaitan agama sebagai bekalan bersama ke akhirat… insyaAllah… inilah salah satu cara berdakwah yang mampu saya lakukan….

    dianugerahkan ‘akal’ untuk digunakan sebaik-baiknya… moga anugerah illahi ini akan sentiasa digunakan sepenuhnya dalam meniti hari yang semakin singkat dan pendek ini….

    semoga Al-Haq akan sentiasa merahmati kita sebagai hambaNYA dan ummat akhir zaman ini….

    “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami…..”
    (Surah Al-Baqarah:286)

    Salam Ukhwah untuk ummi…

  3. Amin. Teruskan Perjuangan semoga sama2 kita mendapat redhaNya. Lailaa ha illa anta, wahaiyiklana min amrina rasyada.

  4. InsyaAllah…. sama2 lah kita usha tuk mencari ‘nur’ ilahi dan mencari keredhaanNYA…. moga ada juga bekalan yang akan kita bawa ke destinasi yang terakhir…

    teruskan untuk mencari ilmu dan beramal….
    dan tegakkan kalimah ‘Lailaa ha illallah’….

    “Sesungguhnya semua amal tergantung pada niat dan amal yang sedikit tetapi dikerjakan dengan ikhlas dan berterusan adalah lebih baik daripada amal yang banyak tetapi tidak ikhlas dan tidak konsisten”….

    • Assalamualaikum..tahniah kepada saudari kerana mencipta blog yang banyak memberi manfaat dan juga ilmu kepada semua pembaca.Semoga dakwa yang dilakukan ini mendapat ganjaran daripada Allah swt.

  5. Assalamualaikum Sue…

    Tahniah di atas kewujudan blog ini. Ana kira ia amat menarik. So teruskanlah usaha murni berdakwah melalui dunia blog.

    Wassalam.

  6. Terima Kasih atas kata2 semangat ust shauqi… Doa sue juga untuk ust, moga dilimpahkan rahmat dan kurniaanNYA….

    Alhamdulillah, dapat juga berdakwah walaupun sekadar mengadap komputer… blogs ni tidaklah sempurna sangat dan masih banyak perlu diperbaiki…. insyaAllah akan diperbaiki…

    besar harapan daripada saya agar para pelawat yang melawati secara kebetulan @ yang memang sedia tahu kewujudan blogs ini, akan mengambil iktibar dan akan tersedar di atas kelalaian diri selama ini dan cuba dekatkan diri kepada Rabb ilahi dengan mengamalkan segala sunnatullah dan mencegah kemungkaran…

    moga kita beroleh rahmat dan berada dibawah nauganNYA dunia dan akhirat… ameennn…

    • assalamualaikum…moga terus maju dan terima kasih utk pengorbanan ini…mga Allah memberikan petunjuk-Nya selalu..ameenn..

  7. salam sue…apa khabar? pada akak blog sue nilah yg banyak akak menimba ilmu ..terima kasih ya sue kalau boleh nak gak kenal sue ni..kat mana sekarang ni?

  8. Salam kak iman…

    Alhamdulillah jika blogs sue dapat memberikan ilmu pada yang melawatinya… n terima kasih di atas kunjungan akak ke blogs sue yg banyak kekurangan ni. InsyaAllah sue akan sentiasa memperbaiki n akan memasukkan artikal yang kita sama2 blh amek ilmu sebagai amalan harian juga bekalan untuk masa hadapan khususnya untuk bekalan destinasi terakhir kita (akhirat)

    hati manusia ni SENTIASA lalai n hanyut ngn nikmat dunia, cara yang paling baik untuk sedarkan ia setiap masa iaitu kembali kepada Al-Haqq… sentiasa ingat Rabb ngn mengingatiNYA (zikrullah) dan mengamalkan segala peraturanNYA (sunnatullah), insyaAllah DIA akan menjaga kita setiap masa n diri kita akan berada dalam naunganNYA…

    perlu juga menimba ilmu dari semasa ke semasa agar bertambah ibadah n kita mampu memperelokkan ibdah kita kepadaNYA… sebagai petua dari sue, kak iman bacalah doa Muaz bin Jabbal yang Rasulullah bagi… doa tuhh cukup baik tuk minta diperelokkan ibadah2 kita kepada Allah SWT….

    sue cuma insan biasa kak iman yg hanya BERUSAHA untuk mendekatkan diri kepadaNYA agar tidak rugi di akhirat kelak. Ada masa akak mail sue yer, kita blh tukar2 pendapat n fikiran ( permata_hati3@yahoo.com.sg ) …..

    moga kak iman dirahmati selalu oleh ilahi… ameennn…

  9. salam ziarah
    teruskan usaha, saudari orang yang hebat

  10. Salam ukhwah juga buat saudara muhdridwanto…

    Terima kasih sbb sudi jenguk blogs saya ni… Terima kasih juga di atas kata2 semangat yang diberikan… moga saudara dirahmati selalu olehNYA.. ameennn…

    Moga diri ini akan terus kuat untuk mendalami ilmu agama dan diberikan kekuatan untuk terus berdakwah dalam menyebarkan agama…

    Ameennn Yaa Rabbal Alamin…

  11. salam wahai tuan pengarang yang budiman,
    sudikah cik nursyirah bertukar-tukar link dengan blog saya?
    blog cik ini baik sekali untuk pembacaan

  12. salam melor….

    makasih sbb jenguk blogs sue…
    serba kekurang homepage ni… tapi niat nak berkongsi ilmu agama jadi diterbitkanlah blogs ni…
    blh aje nak link ngn blogs sue ni…moga dapat sesikit ilmu dari blogs ni… salam ukhwah….

  13. salam,,kaksu pekhabar..alhamdullilah akhirnya dapat juga sayer masuk dalam web kaksu ne setelah sekian tertangguh..apapun banyak pengisian yang dapat saya belajar dalam web ne…ALLAHUMMA BUBARIK FIK

  14. Salam…kak sue,Syukur pada Allah..Saya cukup terharu bila tengok blog akak.Segala isi yang sungguh menyentuh jiwa ini dapat memberi gambaran bahawa orang yang buat blog ni begitu tulus dan ikhlas hatinya dalam menjalankan kewajipan berdakwah.Saya bangga dengan kak sue.Kak sue sekarang berbeza dengan kak sue yang saya kenal dulu..Saya sayang kak sue kerana Allah.Moga Allah beri kesempatan untuk kita bertemu lagi..Teruskan perjuanganmu.Semoga berjaya .kakakku sayang.Wassalam

  15. salam sayang adik kak sue, ya….

    Alhamdulillah dapat gak ya cari blogs akak ni ye🙂 akak arap ya sihat ye…. dah lama tinggalkan dunia upm, masih segar suma kenangan ngn budak2 floor ktdi…. akak btl2 rindu korang…

    akak arap dapat beri sedikit ilmu untuk bekalan masa depan tuk kita semua…. akak sayang ya…

  16. salam sayang adik kak sue, ika…

    alhamdulillah, dapat gak ika jejak blogs akak ni…. ika, dulu akak ika ni bezakan…. masa sebilik dulu, akak banyak hanyut, lalai ngn kerja2 partime kak tuh.. mencari duit kunun🙂 …. ngn kwn2 kebudayaan lagi… nasib baik akak rapat ngn ya n jie, tergerak ubah secretariat kpd kebajikan plak…. alhamdulillah, byk perkara baru dpt dkt kebajikan….

    upanya Allah sayang akak sbb DIA tak mau akak hanyut ngn lupa soal akhirat….DIA bantu akak dlm mencari ‘cahaya’…. alhamdulillah, akak masih kuat ni walau pun byk dugaan SENTIASA datang…

    kena yakin yg hdp ini singkat… kita sekadar tetamu Allah dkt dunia ni.. andai x ada inisiatif nak berubah mengenal Rabb, xkan nak bawa bekalan ‘zero’ dkt akhirat kelak…. nauzubillah….

    akak sentiasa ingat ika… bila akak ngaji quran pas solat mesti akak teringt ika… kelibat ika mcm ada aje dkt akak…. ika kan selalu ngaji masa sebilik…. Alhamdulillah, menjadi rutin hdp akak amalan tuh sehingga sekarang…. moga diperbaiki diri ini yang banyak kekurangan….masih ingt ika ngn jelas, masih segar suma ika…. cuma yang akak terkilan n sedih… akak x tau arwa merd meninggal…. gelang pemberian arwa pun hilang pada akak…. btl2 akak kesal… tapi itulah hakikat sebenar yg hidup tetap akan pergi… kita gak gitu, pasti akan pergi juga….

    akak sayang ika…. rajin2lah jenguk blogs akak ni ya…

  17. salam sue…tahniah di atas blog yg penuh ilmu ni..sy sebagai saudara sesama Islam merasakan sgt bertuah krn berpeluang membaca tulisan blog sue ini..byk ilmu yg sy dpt..thanx sue..semoga sue&saya juga sentiasa mendapat keredhaan Allah..amin

  18. salam nu-asma…

    makasih byk diatas doa, insyaAllah kita sentiasa dibawah lindungan Allah selagi kita masih ada kalamNYA dalam hati.

    moga segala isi dalam blogs ni berfaedah dan berguna kepada pembaca, inilah RUMAH SUE… segala coretan adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian disekeliling. apa yang penting, semat dalam hati, kita hidup bukan segadar dekat dunia… tapi kita akan menempuhi byk lagi alam… smpilah ke destinasi terakhir alam akhirat. sama2 masih bergelar manusia akhir zaman yang sering leka n lalai. oleh itu, nasihat menasihatilah panduan kita sebagai bekalan kelak… amalan jugak perlu diteruskan… jangan mudah lewas ngn nafsu yang sering datang tanpa waktu n juga mslh yang sering datang bagaikan lemon…🙂, jangan berputus asa selagi hayat ada, selagi itulah kita perlu teruskan kehidupan ngn kebaikan…

    moga kita sentiasa disayangi oleh Allah… amin…

    • Salam sue,

      Maaf… saya nak mengadu dan minta tunjuk ajar sikit boleh tak?…
      Saya baru belajar sembahyang. Dah beli buku cara2 sembahyang tapi yg ada cuma cara2 sembahyang asar jer. Subuh, maghrib takder pun. cari kat internet pun xder… They all cakap sama jer… tak tau lah.. :-((
      Ada tak link internet yg saya boleh rujuk?

      Terima kasih banyak2…

      • wsalam lisa..

        xsalah nak ngadu utk brubah jadi lbh baik.. sama2 belajar ye…
        cara solat sama je, yg beza niat dan bilangan rakaat..
        sue x sure link yg ajar solat ade ke tak…
        liza ble mail sue personal.. kita ble tukar2 ilmu…

  19. smoge ALLAH merahmatimu, memberkatimu & meredhaimu..
    syukran…byk ilmu yg sy dpt dr web ni..tahniah!!

    Smoge ALLAH membalas segale keikhlasan akak ni dlm berdakwah…

    Sabda Rasulullah s.a.w.
    Maksudnya: “Allah (SWT) tidak menerima amalan melainkan amalan yang dikerjakan dengan tulus dan ikhlas baginya dan bertujuan mendapat keredaanNya”

    ikhlaskanlah dirimu….

    • salam muhd…

      akak pun banyak kekurangan… diri ni masih terlalu dhaif dari segi ibadah… cuma akak perlu terus mengamalkan apa yang diamalkan secara istiqamah… mang masih banyak perlu dipelajari…

      makasih diatas doa muhd ye… doakan akak akan terus bertahan dalam UJIAN n DUGAAN liku kehidupan sbg seorg insan. terlalu byk dugaan dan liku kehidupan yg telah dan akan dilalui. akak percaya Allah Maha Mengasihani lagi Maha Penyayang, x akan selama2nya akak akan terus hidup sebegini… akak kena terus usha diri kearah kejayaan… amin…

  20. assalammualaikum…
    blog anda menarik perhatian saya yang hina ini..
    saya meminta maaf kerana telah meletakkan artikel anda dalm blog saya…
    sungguhpun anda tidak bersutuju atas perkara itu..saya akan memulangkannya..
    wassallam..

    • salam nizamania…

      xde mslh nak mengambil mana2 topik dlm blogs sue ni… mang kewujudan blogs kesayangan sue ni adalah untuk kongsi ilmu… kan itu namanya ILMU YANG BERMANFAAT… salah satu pahala yang kita terus dapat walau kita dah di alam barzakh.. selagi ilmu yg dikongsi diamalkan org lain, selagi itulah kita juga akan dapat pahalanya.. tapi kenalah ikhlas kan….

      dah jeguk blogs niza, mang cantik… tahniah… moga ilmu didalamnya diamalkan bersama…🙂

  21. salam nursyirah..
    seseorang ada bertanyakan saya..
    apakah Amalan atau Petua yang di ajar dalam agama yang membolehkan kita menyampaikan sesuatu perkara kepada kenalan kita yang dah lost contact…contohnya amalan2 khas di malam hari ker…something like that ..
    mungkin nursyirah boleh memberikan jawapan atau pengalaman..wallahhua’lam.
    NZZN

    • salam niza…

      sebenarnya byk amalan yg kita bole kongsi ngn kwn2, mau pun sesama agama… bagi sue amalan basic doa rutin harian pun dah cukup bermakna kalo kita amalkan.. cth doa2 harian nak kuar rumah, nak masuk kuar tandas, nak tgok cermin, nak tidur n pas bangun tidur.. byk amalan Rasulullah kita dapat amalkan…

      n sedikit ilmu dari sue… jgn tinggalkan amalan harian SURAH yg Rasul baca setiap hari… ada beberapa surah Rasulullah akan baca setiap hari… tapi ada 3 surah je yg sue akan istiqamah amal setiap hari.. surah tuh adalah antara surah harian rasul akan baca n rasul x akan tidur selagi x baca surah tuhh… 1) surah sajadah ~ agar kita lebih dekat dengan Rabb, 2) surah al-mulk ~ surah ni sebenarnya jika dibaca istiqamah akan selamatkan kita dari siksa kubur… dua surah ni lah rasul x akan tidur selagi x bacanya dulu… 3) surah al-waqiah ~ org cakap surah ni surah KAYA, tapi surah ni sebenarnya untuk rezeki sbb abdullah mas’ud pernah cakap yg Rasulullah bersabda “barangsiapa yg membaca surah al-waqiah dimlm hari setiap hari, tidak akan papa selamanya”… tuh sbb org ckp surah ni surah ‘punca rezeki’… setakat ni 3 surah tuhh yg sue amalankan… nak amalkan sesuatu pun bukan kita minta BALASAN ye… kena betulkan niat… kita baca surah2 tuhh sbb nak dapat REDHA ALLAH dan ikut sunnah Rasulullah… rasanya sunnah rasul yg simple inilah lbh mudah kita buat dari kawin poligami🙂

      betul tak?

  22. salam…
    terima kasih atas pandangan nursyirah…
    sememangnya mengamalkan SUNNAH yang simple ni lebih mudah dari kahwin poligami…hehehe
    tapi nak mengamalkan SUNNAH yang simple ni lah seumpama menggenggam bara api..
    jazakallah hu khairan

    • salam…
      sememangnya amalan sunnah simple ni lah yg paling liat nak dibuat… cuba wat kaji selidik sendiri n tanya kwn2 sekerja@sekolej, berapa banyak yg amalankan ‘doa harian Rasulullah’… akak sendiri dkt opis dah terang n jelas kwn2 seopis ngn x segan cakap yg diaorng x baca apa2 doa pun sepjg hari kecuali ‘doa mkn’… dhaifnya kita sebagai manusia, baru doa yang kita kaji, cuba kaji berapa ramai yg mengamalkan zikir selepas selesai solat…. x ramai, yg hanya dikejar cuma masa… ada yg terus doa aje pas solat tanpa nak tasbih ker dulu… walaupun cuma amalan sunnat tapi sgt dituntut, sebenarnya amalan sunnat inilah yg ‘cover’ amalan wajib yg dilakukan ada kerosakkan. kita x tau solat kit sempurna @ x, jdi kita perlu buat amalan sunnat nak cover solat tadi… skrng ni, suma dikejar adalah harta, pangkat, kedudukan dan kecantikkan perempuan

  23. assalamualaikum wbt

    terima kasih diatas artikel2 yg cukup baik dan bernas.maaf ya….boleh sy dptkan kepastian adakah nursyirah adalah org yg sama dgn cahaya insyirah?sy agak confuse.
    apapun,semoga terus istiqamah dlm menyebarkab dakwah islamiyyah…

    • salam star…

      makasih sbb sudi jenguk2 blogs ni… nursyirah tuh bukanlah nama sebenar saya… nama tuhh ada ‘tujuan’ nak saya sampikan pada org yang mengunjungi blogs saya.. moga ‘dapat ketenangan walau seketika cuma’ masa baca artikal2 dan topik2 yang ada didlm blogs ni, itulah dia maksud nursyirah (cahaya ketenangan)… xde kaitan ngn cahaya insyirah🙂

      salam perkenalan….

  24. salam..
    saya suka membaca blog saudari, byk input yg saya dapat..i’Allah, teruskan usaha saudari berdakwah dgn cara sebegini..salam perkenalan..wassalam

    • salam ziema…

      salam perkenalan kembali dari sue… insyaAllah, akan usha meneruskan dunia blogs ni walau masa amatlah terhad dan sulit🙂

      apa yang perlu, sama2 saling ”berpesan2 pada kebenaran dan berpesan2 pada kesabaran” (Surah Al-Ashr:3)…

  25. Salam…menakjubkan setelah sekian lama saya tak jenguk blog awak,stats dah cecah 56K.Pencapaian yang bagus….

    Semoga awak dapat berkongsi lagi di lain post,diharap awak dapat menghubungkan blog saya di bahagian penghubung.Berkongsi lebih lagi ilmu perkomputeran.

    • salam…
      alhamdulillah, dapat gak buat benda berfaedah utk org ramai🙂
      kan ilmu tuh yang paling utama… bila dapat berkongsi ilmu, dah rasa lega sangat…
      sue dah jenguk blogs tuh, menarik🙂

      makasih sbb jadi pengunjung blogs sue ye… moga dapat gak sedikit ilmu untuk kegunaan masa depan…

  26. Alhamdulillah saya bersyukur kerana sedikit sebanyak dapat mengambil pengajaran dalam blog yang di paparkan. saya adalah mangsa perceraian suami. Pada mula nya saya tidak boleh terima semua yang terjadi dgn saya, tapi apa kan daya suami punya orang lain yang lagi muda dan berkerjaya. aku tidak sangka perkahwinan yang semuda ini berakhir dengan perpisahan. puas sudah aku memujuk untuk tidak meminta cerai namun itu juga yang di minta. aku tidak rela untuk di cerai sama sekali kerana aku tahu bermadu bukan alasan untuk ku meminta cerai. walaupun bermadu itu pahit namun aku lebih rela dari di cerai. kerana aku sangat menyayangi suami aku. Aku terpaksa keluar dari rumah sendiri keran di halau oleh suami namun jauh di sudu hati ku untuk menyimpan dendam terhadap nya. aku berharap agar suami ku kembali kepangkuan ku seperti sedia kala.

    • salam sayang buat lina…

      sue harap lina byk2 sabar ya… ingat Allah Maha Mengetahui segala isi hati kita, dikala kita sedih DIA tak pernah tinggalkan kita…. sue pun tak tau nak cakap apa tentang ‘puan’ muda yang dah ada kerjaya sanggup nak rampas suami orang… HARAM hukumnya dalam agama kalo kita suruh oranglain becerai berai… Allah akan laknat… kalo suami lina kawin pun, Allah tak akan beri dia kebahagian (andai isteri ke-2 yang suruh perceraian) sbb Allah melaknat perkahwinan sebegitu.

      sue mang tertarik pada kesabaran lina sbb tak ramai isteri pertama SANGGUP bermadu… sue pun pernah mengalami perkara yg sama dan hasilnya sue lepaskan org yg sue sygi demi isteri pertamanya… isteri pertamanya terlalu baik n pada sue dianggap mcm adik sendiri, namun dia tak sanggup nak bermadu…. sue pun ada prinsip, andai tak ada restu dari isteri pertama tak akan sue berkeras nak bina rumahtangga ngn suami tuh walau syg tuh mang seikhlasnya namun membina bahagia diatas derita org lain bukan prinsip sue… Alhamdulillah, kami masih berhubung sbg saudara seislam… tak ada dendam@sakit hati…. bermadu tak ‘hina’ tapi yang menjadikan hina bila ada perceraian dilafazkan demi menangkan 1 pihak…. laki tuh tak bole jadi ketua pemimpin umatanga..

      lina sabar bebanyak ya… andai suami lina tak pilih bercerai tetapi poligami adalah lebih berkat… doalah agar dia kembali andai syg lina masih ada… tapi lelaki sebegitu tak perlu terlalu diharapkan kembali.. tapi berdoalah ditemukan lelaki yang lbh baik dan ada ilmu agamanya agar umahtangga lebi aman n bahagia…. bukan doa agar dia kembali… lina doa setiap kali nak basuh muka surat yusuf ayat 4, pastu niat dalam hati agar ditemukan lelaki yang baik utuk diri, untuk agama, utk kehidupan skrng mahupun yg akan dtg tuk menjadi suami.. itulah lebih baik sue sarankan dari terus menerus mengharap suami yg lina tau sendiri sikapnya. suami yg baik takkan lafazkan cerai… lina amalkanlah dulu doa yg tadi sue cakap tuh ya.. lagipun umur lina muda lagi, pasti berpeluang dpt lelaki lebih baik dari yg dulu…

      jangan sedih2…. suami tinggalkan bukan bererti keseluruhan hidup kita hancur… perjalanan masih jau perlu diteruskan selagi hayat ada…. jangan lupa pada Allah….🙂

  27. Askm.. kte nk tnye kt akak.. apkh pranan solat dalam mendisiplinkan diri kte?

    • salam….

      bagi akak solat itu sgt penting sbb itu adalah tiang agama kita, bila kita tinggalkan samalah kita merobohkan agama kita. bila solat itu sempurna maka sempurna juga disiplin kita termasuklah akhlak kita. kuncinya hanya perlu ‘khusyuk’ dalam solat. kalo solat yang dijaga, maksiat pasti akan dielak.. kita dapat melihat sempurnanya solat sesorg dari segi tingkahlaku seharian org itu. berapa ramai yg solat tapi masih melakukan maksiat, sbb solat dilakukan ngn tak sempurna, tak tahu apa yg dilafazkan sekadar menghafal je.. tapi tak ada penghayatan dlm solat itu….solat sebegitu tak dapat mendisiplinkan diri sendiri sekadar nak tunjuk diri adalah islam sbb solat… penghayatan sebenar yang paling penting dlm solat, itulah yang akan mendisiplinkan diri. kita akan takut buat maksiat, akan cuba elak yang menjadatngkan dosa dan akan rajin buat amalan yang baik….

  28. salam,wallahi enti kuih awi..1 p’soaln..knp rmai dklgn kaum hawa zmn skrg sker sgt pkai bju yg ktat2..ana btul2 xfhm,leh jlskn x?mgkin enti leh tnyer atau rjuk kt mrk yg mlkuknnyer..

    • salam…

      isu tang pemakaian kaum hawa ni mang sgt popularkan… bertambah lagi ngn wujudnya pereka2 fesyen yg terlampau pandai ikut masa terkini shingga mencipta pakaian kaum hawa berpakaian tetapi seolah bogel… yg pelik menjadi kegemaran dan penghormatan dari kaum hawa sendiri….

      nak bagi komen tang isu tuhh, agak payah sbb sue sendiri dari kaum hawa. nak kata, tak malu.. mgkin gak ler bagi mereka yg mengagungkan pakaian ketat2 ni smpi tgk segala bentuk. ntah le apa agaknya yg nak ditayang pada umum sedangkan kaun hawa yg lain juga ada apa yg dkaum hawa lain miliki… nak jadi ‘senjata setan’ agaknya. sue sendiri malu kalo pakai baju yg terbentuk body, kalo baju tuh tgk mcm x kena, sue akan pakai cover… kekdg yg sedih kaum hawa yg pakai tdg juga pakai baju yg ketat hingga sesak nak bernafas, sedihkan!… mgkin diaorg rasa itu satu kelebihan dan ‘kecantikkan’ dan pakej yg mereka perolehi utk tambah ‘cantik’ dan ‘bergaya’… itukan satu kaedah tarikan bagi kaum adam yg hati penuh penyakit nifak.

      mgkin diaorg ni tak ada ilmu tang akhirat… tapi sbg pduduk malaysia ni, kita diajar etika pemakaian dari sekolah rendah lagi. dosa n pahala pun diajar oleh ust n ustzah. bagi sue, ilmu agama itu yg pntg yg dapat selamatkan sesorg. seorg yg beragama akan tau batas2 pemakaian dan kesan dari cara pemakaian pada diri n akhirat msg2.

  29. banyak info dan kata-kata yang indah dan penuh makna dalam blog nih..
    bila baca bley muhasabah diri..

    • salam fauzi…

      Alhamdulillah… arap blogs ni sentiasa memberi banyak manfaat untuk pembaca…. sbg bekalan hari kemudian… sama2 saling memberi peringatan n muhasabah diri… insyaAllah akan sentiasa dilindungi oleh yg Maha Kuasa

  30. salam….
    ana baru pertama kali membaca blog nti…
    ana terharu…tiap bait kata-kata di dalamnya menyentuh hati kecil ana…
    ana ingin meminta pandangan nti…
    ana sudah berkawan dengan seseorang selama 9 bulan…dan sudah mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga…
    tapi malangnya sekarang dia baru sahaja menikah dengan orang lain selepas seminggu kami berjumpa…pada mulanya ana betul-betul terkilan, marah, kecewa dengan berita yang ana dapat…tapi pada malam persandingannya, keluarganya menelefon ana dan memberitau bahawa dia terkena ‘buatan’ orang…perasaan tadi bertukar menjadi simpati dan ana rasa marah sangat dekat perempuan tu…skg ana sedang usaha mencari ustaz2 untuk memulihkannya…tapi ana hanya mampu membantunya dari jauh…ana buntu nti…ana sudah buat istikharah…ana pohon diberikan perunjuk…ana redha dengan ketentuanNYa…pada malam itu, dia hadir dalam mimpi ana…dia datang untuk berjumpa ana…dan ana menangis kerana terlalu gembira…..ana buntu dengan mimpi itu…sebenarnya hati ana sayang sangat pada dia…setiap hari ana selalu mendoakan semoga dia cepat sembuh…dan hatinya kuat pada jalanNYA…
    ana buntu…ana bingung…ana tidak tahu apa yang harus dilakukan lagi…

    • salam….
      perkenalan yg baru berusia 9bulan masih terlalu awal utk menyintai sepenuhnya seorg lelaki. lelaki ni sukar untuk difahami… andai betul silelaki tuh kena buatan, kuarga lelaki tuh kena usha pulihkan balik si anak…. Al-Quran itu adalah penawar dan ubat segala ‘penyakit’, didiklah hati lelaki tuh untuk membaca ayat2 quran setiap hari… buang perasaan marah pada ppuan yg dah jadi isteri lelaki tuh yg sah.. serahkan pada yg ESA sbb Rabb lebih berkuasa dari syaitan dan juga sekutunya…. amalkan ayatul kursi dan 2 ayat terakhir surah Al-baqarah setiap hari sbb surah ayatul kursi dan 2 ayat terakhir albaqarah adalah ayat pelindung

      solat istiqarah ni bukan hanya pada mimpi.. dan harus diingatkan petunjuk yg Allah bagi kebiasaannya pada ‘hati’. dan harus dibezakan antara HATI dan PERASAAN… seringkali kita akan keliru antara ‘perasaan’ dan kata ‘hati’.. amek lah masa yg sesuai tuk solat istiqarah, biarlah masa yg sunyi dan hening sbb kita lbh kusyuk… setiap kali jalin hubungan yg serius ngn lelaki akak akan solat istiqarah… kekdg dapat jawapan cpt n kekdg lambat… sabarlah… sbb Allah sentiasa memerhati dan mengikuti apa yg kita buat….apa yg perlu, sebelum solat KOSONGKAN FIKIRAN (buang perasaan n ingatan pada lelaki tuhh) n NIAT SERAHKAN SEPENUHNYA PADA ALLAH SEBARANG KEPUTUSAN. insyaAllah pasti dpt jawapan.. percayalah, akak mang amalkan solat istiqarah ni… ia tak pernah memberikan jawapan yg kecewa.. pasti ada hikmah sebalik kejadian yg melimpa kita… sabar banyak2… ubat luka hati ngn mengaji setiap hari…

  31. salam..nursyirah

    tumpang lalu..
    singgah kat blog nie kejap..
    banyak ilmu yg boleh d kongsi d cini..
    teruskan usaha murni..

    ceria selalu..🙂

  32. salam…
    syukran akak….
    nasihat akak sangat berguna untuk ana…
    syukran sekali lagi…

  33. Salam ukhwah dan ziarah,
    jemput ke blog sy

  34. Saya pertama kali buka hari ini.. nanti saya komen

  35. saya harap kita semua jaga tututkata dan beradab sopan dan jagan jadi blog blog lain yang semakin banyak kita baca semakin luntur iman kerana tutur kata yang kasar dan tidak beradab

    • memang betul..saya baca banyak blog-blog memang tak bermoral langsung.. samada yang gelar dia islam dan tak islam

  36. Salam

    Ini adalah kali kedua sy melayari blog ini. ALhamdulilah. bagus dan teruskan usaha ini.

    Aniza

  37. Assalmmuaalaikum tuan punya blog…. saya linkkan blog sudari kat blog saya ye… tq

  38. salam.. blog yg sgt informatif.. good works! insyaAllah, smga blog ni memberi manfaat kpd semua.. salam ukhuwwah

  39. salam,
    tumpang lalu🙂 terjumpa blog ni secara kebetulan..trimas atas perkongsian ilmu..mengingatkan pada yang lalai dan alpa..

  40. Assalammuaalaikum sue, saya cadangkan sue sediakan ruangan untuk pertanyaan ataupun ruangan berkongsi masalah di blog ni. Jadi tak lah pembaca bertanya di ruangan komentar ni. Atau pun paparkan alamat e-mail untuk pembaca bertanya soalan yang lebih personal. Tentu banyak manfaatnya.Sekadar cadangan…

    • salam…

      makasih atas cadangan yg diberi… sue dah letak email sue dlm ‘Diriku’… sue letak dkt situ tuk memudahkan sesiapa nak contct sue, Alhamdulillah ramai yg menghantar email pada sue bertanya mslh n meluah mslh kehidupan yg dihadapi… ni adalah cara terbaik nak luah yg lbh ‘personal’🙂

  41. semoga ALLah S.W.T sentiasa berada di sisiku tatkala ku senang mahupun derita.. Syukur Alhamdulillah ke atas ujian-Nya yang telah banyak mengajar diriku ttg erti sebuah kehidupan. Bagiku tiada yang lebih menyayangiku melainkan Hanya DIA Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kasih Sayang-NYA sentiasa membawa aku kpd jalan kebenaran…ALHAMDULILLAH YA ALLAH..

  42. Assalmmuaalikum sue, akak nak minta izin copy dan paste artikel2 sue yang akak suka ke blog arkib ilmu akak( belum siap lagi). Bolehke sue?

    • salam….

      diizinkan nak copy n paste artikal dlm blogs sue ni… takde mslh🙂
      sama2 saling menyebar ilmu… sue pun masih gak mencari ilmu ni🙂
      jom, beribadah sama2 :)…

  43. Salam Sue,

    Akak pernah hantar satu keluhan mengenai anak akak yang keluar rumah kemudian membuat lapuran polis mengatakan akak menderanya.

    Alhamdulillah anak akak telah kembali selepas 3 bulan keluar dari rumah. Sebagai pedoman kepada semua. Sebenarnya anak akak telah dipengaruhi oleh sekumpulan yang berselindung disebalik agama tetapi mengamalkan amalan sesat. Tak tahu apa yang mereka amalkan sehingga anak akak begitu patuh pada kumpulan tersebut. Setelah puas berubat dan sembahyang hajat dan akak meminta bantuan jemaah masjid dari masjid yang berdekatan membuat solat hajat selepas solat jumaat, akhirnya anak akak pulang kepangkuan akak. Kami agak terkejut dan hampir tidak mengenalinya. Wajahnya bertukar buruk dan hitam dan seluruh tubuhnya terutama muka penuh dengan kesan luka yang lama dan baru. Akak telah membawanya berjumpa beberapa orang ustaz untuk memulihkannya. Alhamdulillah wajahnya kembali pulih dan sikap ganasnya semakin berkurangan.

    Untuk ingatan semua, pantaulah siapa rakan anak kita. Jangan percaya sama sekali kepada orang yang nampaknya baik, sebenarnya mereka berselindung di sebalik pakaian dan agama.

    Saya telah pergi kerumah seorang ustazah yang terlibat dalam kes anak saya, luaran nampak begitu alim dan berilmu, rupa-rupanya rumahnya menjadi tempat perhimpunan jamaah yang mengamalkan ajaran sesat malahan anaknya yang baru bertunang dibenarkan tinggal serumah dengan tunangnya.

    Saya dapat tahu lelaki itu seorang bekas guru, mempunyai ramai isteri dan gadis-gadis yang bersamanya menjadi habuan nafsu serakahnya.

    Harap kita lebih berwaspada.

    Salam,
    Murni.

  44. salam. ana baru balik dari solat tarawikh dan x disengajakan jejari ini menyebabkan terpaparnya halaman yang indah ini, seindah kehadiran Ramadhan yg penuh keberkatan..AMIN

  45. tq byk2 sue sbb akak dpt byk manafaat dr blog sue, maaflah ada yang akak copy untuk memudahkan akak menggunakan dan nak sebarkan pada kwn2 blh ye sue.. nice knowing u.

  46. Yaa Allah…kurniakanlah aku kemudahan seperti org2 yang engkau mudahkan dunia dan akhiratnya. supaya aku boleh berbuat kebaikan seperti dia. Yaa Allah..engkau kayakanlah aku dengan ilmuMu, kerana aku ingin mengamalkannya, dan aku ingin menyampaikannya. Sesungguhnya aku merasa sangat rugi jahil seperti ini. Sepertinya aku tidak punya apa2 perniagaan utk di adukan untungnya di sana nanti.
    Yaa Allah..Aku mencintai Engkau, aku mencintai RasulMu, dan aku mencintai siapa saja dan apa saja yang Engkau dan RasulMu cintai. Kasihankan lah aku yaa Allah, pilihlah aku untuk menerima CINTAMU. amin

  47. Salam..mohon pjelasan mengenai masalah berikut ;
    pasangan yg br sah jatuh talaknya, dan si isteri masih dlm edah, seandainya mereka bsama dlm waktu edah tersebut walau tanpa kerelaan isteri ketika kejadian, adakah mereka dikira rujuk?.. sekiranya mereka dikira telah rujuk akibat terjadinya persetubuhan tanpa rela tadi, bolehkah sekiranya si isteri tetap tidak mahu rujuk secara bertulis dimahkamah/pejabat agama?

    • salam…

      nak jawab mslh tuh agak susah bagi saya sbb saya belum ke alam rumahtga :)… tapi saya jawab dgn ilmu pengetahuan yg ada… perkahwinan tuhh adalah sah (sah rujuk) sbb dlm islam keputusan rujuk n cerai ni bukan ditangan kita kaum wanita tapi ditangan org lelaki… perlu rujuk secara bertulis dipejabat agama sbb pihak jabatan kena rekod kes… diorg kena rekod sbb kita tak tahu keadaan masa akan dtg…. kemungkinan berlaku lagi talak selepas tuhh (minta2 tak lah berlaku)….

  48. Salam…sekadar meminta pendapat..
    Saya telah berumahtangga selama 15 tahun dan telah dikurniakan 5 orang cahayamata. Sepanjang perkahwinan, saya telah dua kali diceraikan suami dan suami tetap gila talak dan merayu untuk rujuk setiap kali kami bercerai..Perceraian berlaku akibat suami disyaki berlaku curang dengan perempuan lain dan saya sendiri mendesak agar diceraikan kerana tidak mampu lagi menjadi isteri yang taat dan sabar pada suami yang saya syaki curang..tapi suami tetap menafikan yg dia berlaku curang, namun hanya sekadar berkawan..Di samping itu juga suami tidak memberi perbelanjaan yang cukup untuk menampung saya dan anak-anak..Saya pula sehingga sekarang menanggung hutang gara-gara suami kurang berkemampuan menanggung kami. Manakan hati isteri nak percaya, tambah pula suami sekarang telah bekerja di ibu kota lebih kurang setahun dan pulang ke pangkuan kami hanya 2-3 hari saja setiap minggu..Pakaiannya sentiasa dihantar ke dobi dan bersilih ganti pakaian baru sehingga saya sendiri tidak tahu pakaian suami saya..ikutkan hati, demi anak-anak mahu saja saya rujuk kembali dengan suami tetapi mengenang perbuatannya yang sanggup berlaku curang dan menipu, saya amat tawar hati dan nekad untuk tidak rujuk lagi dengannya..antara bukti yang menguatkan syak wasangka saya bila saya terlihat foto perempuan lain dalam telefon bimbit suami yg dlm keadaan mencurigakan, layanan mesra sms dari perempuan lain terhadap suami, dan video mereka berkaraoke di ibu kota, serta menjumpai resit pub/karaoke yang melanggan gro dan minuman keras..suami kurang memberi nafkah perbelanjaan buat kami sekarang, alasannya duit yang ada terpaksa diguna untuk melangsai hutang ceti..malah keluarga suami juga tidak menyukai saya dan menyokong perceraian kami. Sekarang, saya hidup dengan tangungan sendiri bersama anank-anak. Bagi saya, dia seorang yang tidak bertanggungjawab malah solat juga di abaikan. Pelbagai lagi perkara jahat dan haram telah dia lakukan dan amat sukar untuk saya melupakan kesalahannya..Haruskah saya memberi peluang kepadanya lagi sedangkan saya sedar saya akan bersikap hambar dengannya kerana hati saya tidak begitu rela untuk rujuk bersamanya? Apakah yang harus saya lakukan sebagai hamba Allah untuk menyelesai masalah ini?

  49. salam

    semga amal jariah setiap orang diberkati Allah,

    untuk kembali ke kampung akhirat..mampirlah

    http://hajirikhusyuk.wordpress.com

  50. alhamdulillah.. terima kasih nursyurah kerana membuat blog dengan pengisian yang memberi dan menambahkan ilmu selain memperingati sesama kita..

    Jazakillahukhoiran..

  51. salam akak….
    blog ni sungguh byk memberi sy ilmu.. sy suka membaca blog akak.. truskanla usaha yg baik nii.. moga akak d beri kmdhn dlm stiap perkara jua mendapat redha-NYA….

  52. Moga Allah sentiasa memberkati perjalanan hidup enti insyaAllah😉

  53. salam wbt
    saya begitu teruja dengan apa sahaja yang dibincangkan di dalam blog
    terus kan usaha berdakeah moga-moga kita semua diberkati-Nya

  54. salam dik …

    pertama kali akak menjumpai laman ni..adik begitu hebat sekali dlm menyampaikan dakwah walau hanya di alam maya . ilmunya begitu manfaat sekali …
    akak mohon copy isi2 disini yer dik .

    teruskan perjuangan mu.

    • salam ummi…

      ble jer nak amek ape2 dlm blogs sue ni… dipersilakan…
      blogs ni pun dah lama sue tak update.. cian blogs ni, tuannya bz memjg..emmm… moga Allah beri gak sue keloggaran masa nak hidupkan balik blogs ni, n sntiasa beri rzeki yg luas… amin..

      • salam. sue…saya pertama kali membc blog sue..
        saya ingin memohon ptolongan sue.
        saya bercerai dgn suami 2bln lps.saya dpt tau yg suami sy telah bkahwin lain.pada mulanya saya begitu marah..tp bila mengenangkan anak2. saya jd kesian kt anak2.diaorg tlalu rapat dgn papa nya..
        suami ada tel ajak rujuk..dia minta maaf atas semua kesilapannya.katanya dia tersalah langkah.baru2 ni dia ada dtg jumpa ma n abah kata nk bebaik.saya setuju sbb pk kan anak2.saya xnk pentingkan diri sendiri.
        tp sy dpt tau..bnda yg btl2 menyakitkan sy.sy dpt tau yg suami sy selalu berzina sblm dia kawin,suka minum arak n mcm2 lg.sy jd buntu..sy ingin mengundur diri tp xtau mcmn nk ckp dgn family.perlukh sy beri dia peluang?? tlgla selesaikan mslh sy nie.apa tg perlu sy buat….

  55. salam,

    Alhamdullillah dapat juga saya mempelajari ilmu agama serba sedikit…..untuk manfaat kita umat islam sejagat….teruskan usaha kamu smoga sentiasa diberkati….insyaallah

  56. SALAM SAHABAT YG BUDIMAN SEKALIAN.. apa pun teruskan usaha n tq sal blog nie teutame k.sue.. alhamdulillah….

  57. Assalamualaikum,

    suka, sayang, kasih dan cinta.

    Suka pada nafsu,
    Sayang pada akal,
    Kasih pada hati,
    cinta pada Roh

    suka – memberi
    sayang – Hadiah
    kasih – sedekah
    cinta – korban

    apa tanda kita suka, sayang, kasih dan cinta pada Allah, Rasul dan agamanya?

    Teruskan perjuangan,

    Perjuangan ialah perlaksanaan kata-kata, apa dikata dikota….

  58. salam..terima kasih..kata2 anda byk menguatkan hati saya.. saya dipertemukan dgn blog yg sgt indah..
    terima kasih kerana membantu saya mgharungi dugaan ditinggalkan selepas 5tahun setia pada dia..
    amin..ini rahmat Allah.dia bukan hak saya mgkn dia hak org lain yg dpinjamkan skejap pd sy..
    apapapun thanks atas ilmu anda..
    teruskan usaha..ramai yg gembira..

  59. Assalamualaikum…

    tahniah dan syabar sy ucapkn pd saudari krna mnjayakn blog yg amat mendamaikn jiwa dan mnjdi santapan rohani buat kte smua.Alhamdulillah msih ade lg muslimat yg msih mmperjuangkn kesucian agama kte.sy amat terharu mmbca nukilan saudari.truskan prjuangan…smoga saudari sentiasa brada dlm keredhaanNya..Amin..

  60. asmekom..
    seronok baca blog nie..

  61. Teruskan perjuanganmu & berkongsi ilmu….

  62. penulisan dan perkongsian ilmu yang menarik. Izinkan saya berkongsi madah puan di facebook saya.

  63. Alhamdulillah..blog ni merupakan antara sumber sy mencari ilmu ALLAH…kata2 yg memberi inspirasi kpd jiwa yg dahagakan cinta ILAHI…sy doakan pjuangan dakwah ini diteruskan dan dipertingkatkan lg dgn ilmu yg dikurniakan Nya kpd saudari…suka sy berkongsi idea dan mempelajari ape2 yg sy kurg pengetahuan mengenainya dgn saudari…semoga usaha dan amalan kita diberkati Nya..ameen ya rabbal a’lameen…

  64. berkongsi kan lah ilmu anda…………………………..

  65. syukran sebab bnyk info yg saye plajari dcnie.. truskn usaha..🙂

  66. salam. anda dari singapura? byk yg sy dpt belajar dr blog anda. saya amat berharap suatu hari nnt melalui pembacaan dr blog anda dan dari sumber2 lain dapat membantu saya utk berubah. teruskan usaha anda

    • wsalam…

      tak….sy bukan org singapura? mail tuh je sy guna ‘sg’…
      mail zaman stdy🙂
      aminnn, moga dpt hidayah… sama2 kita berdoa ye….

  67. saya pun d landa masalah yg begitu menyedihkan…tp saya redha …semua ini dugaan dri Allah…yg penting kita jangan lupa kepada NYA..dari DIA kita dtg dan dari DIA kita kembali..byakkan bersabar dan berzikir selalu…

  68. Salam… saya baru pertama kali joint blog ni… Saya ada kemusykilan…. Saya dah cuba browse internet banyak blog & website mengenai kebaikan bulan syaaban dan ada menyatakan kelebihan malam nisfu syaaban dan amalan yang terbaik untuk dilakukan pada malam nisfu syaaban dan berpuasa pada siang harinya. Tetapi yang menjadi kemusykilan saya… bilakah sebenarnya malam nisfu syaaban? berapa haribulan? Harap sesiapa yang joint blog ini dapat menjawab pertanyaan saya secepat mungkin kerana bulan syaaban akan datang 1 hari lagi. Sekian, terima kasih.

  69. salam…sy ada anta emel dkt sue melalui emel adress yahoo kt atas. Hrp dpt respon yg baik

  70. Salam,
    sungguh bermanfaat…
    teruskan usaha murni anda..

  71. seharusnya kita taubat sebelum terlambat…….. oke coy…….

  72. Salam Ziarah ;D

  73. slm..mohon tuk share link blog saudari di fb sy..smoga kwn2 sy yg len dpt mengikuti dan belajar sesuatu dr blog saudari..

  74. As salam, banyak yg perlu di pelajari dari Islam… syukur alhamduillah saya akan kembali lagi untk mempelajari dgn lebih lanjut. Informasi berguna untk semua umat Islam.Terima kasih.

  75. salam…nursyirah
    terima kasih dengan penghasilan blog yang penuh manfaat ini. kadang2 kite sering alpa dengan hal dunia,sesekali bile menbaca bahan2 seperti ini sntiasa menyedarkan kite yang sering terleka..harap blog ini akan kekal lame utk menyampaikan info2 yang amat bermanfaat..aminnn

  76. salam akak sue.
    tq krn info yg terdpt dlm blog akak ni.
    sy tertarik akak nya blog kemudian dijadikan wordpress..
    camna akak convert dr blog ke wordpress?

    • wsalam…
      blogs akak ni adalah free je.. mang guna wordpress.
      nak buat blogs dari wordpress mang simple..
      blogsport pun ok gak…tp 1st time akak berjinak2 dgn dunia blogs
      time jumpa wordpress…so just follow🙂
      x susah.. cuba lah..

  77. Salam kenal, pada dik Nursyirah
    rahmat dah hidayahNYA memang tidak pernah putus, hanya kita aje jangan putusasa dari mencari kebenaran.
    Salam dari Singapura –
    bintangzohra

  78. assalamualaikum….thanks k….laman nie byk memberi manfaat kepada suma orang….teruskan k….ehe…

  79. Salam buat saudari Nursyirah…

    Pertama kali saya memasuki laman blog ini, dan saya ingin meminta izin mengambil sebahagian cerita cerita di blog ini dan postkan di fb saya buat renungan dan pengajaran diri sendiri dan teman teman. Semoga dihalalkan..

    Wasallam

  80. Assalamualaikum dik Sue,

    akak ada pertanyaan peribadi, cuba email kat sue permata hati3@yahoo.com.sg tp tak boleh……
    Sudi kiranya membantu akak.TQ

  81. Thanks for the wonderful page u created…

  82. Assalamu’alaikum dik Nur..

    Alhamdulillah.. Tahniah for this sharing job well done!! Semoga Allah memudahkan urusan adik dunia dan akhirat..Ameen!

  83. Assalamualaikum, Jazaka’Allah.

    Saya suka blog saudari. teruskan perjuagan mu ukhti.. ^___^

  84. assalamualaikum,,sy terjenguk blog ni secara x sengja,,alhamdulillah,,

  85. salam….

    hanny baru ikuti perkembagan bloq ni…hanny nak kongsi masalah hanny pada semua….hanny binggung….hanny inginkan kebahagiaan….hanny nak mintak petua untuk melupakan seseorang yg sangat hanny sayang….hanny dah cuba tapi tak mampu..kak tolonglah hanny….hanny tak nak terus2 derita macam ni….

  86. boleh x klu ana kopi mklumat2 ni…ayta dy…sejuk hati ana membce ye,,,jahil ye diri ana rase….bile mmbace mklumat2….mohon izin bace n copy ye..=)

  87. Salam..
    Saya suka blog nie..byk ilmu ble dipelajari..
    Blog ni menyedarkan saya betapa kecilnya diri ini..
    Thanks..Usaha lg..

  88. Salam syg buat semua pengunjung… terima kasih yg tak terhingga dari sue.. doakan sue agar terus memperjuangkan blogs ni…sama2 kita berkongsi ilmu dan saling mengingati… ^____^

  89. salam…sy suka tgk blog nie…terima kasih byk..byk sungguh info yg sya dpt…blog nie memyedarkan betapa kecil nyer diri ini…

  90. sy suke bce blog awk..banyk ilmu..:)

  91. as,salam..saya berterima kasih pada anda banyak yang saya belajar dalam erti mengenal diri,Subhanallah begitu indah Islam..semakin mendalami ilmu agama ini hati ini semakin tersentuh..teruskanlah perjuangan murini mu ini..moga dirimu dirahmati…insyaallah

  92. assalamualaikum…sue best lah baca blog sue….banyak ilmu yang blh izan dpt….insyaAllah

    • Wsalam my pren….
      Akhirnya izan jejak kasih jgak blogs sue yg serba daif ni….
      dah lama tak menulis izan… masa sue terhad sgt2..lbh2 lagi nak siapkan akaun b4 compny nak endorse contract ni…
      xper, ada rezeki tmpt keje lain plak… doakan sue murah rezeki yer…. ^______^

  93. Izan dah lamalh baca blog sue tp tu lah first time izan komen.InsyaAllah sue….Rezeki Allah ada dmana cuma kita perlu sabar dan sentiasa berusaha utk mendapatkannyer.

  94. assalamualaikum,

    teruskan usaha murni saudari……….saya memang tertarik atas isi kandungannya ………insyallah saya akan sentiasa melawat blog saudari

  95. Sue,
    Teruskan usaha suci ini…banyak ilmu yang dapat dipelajari ..semoga Allah sentiasa lapangkan masa Sue untuk mengisi blog ini dan ditatapi oleh kawan2…

    • kepapaan yg ditakuti itu ialah hati yg jauh dari Allah,kekayaan itu terasa Allah bersama di mana saja kita berada…….dan segala urusan dunia terserah padaNya……segalaNYA, YG ADA CUMA DIA…..

  96. Ikhlas adalah segala kunci
    Jika mahu dibawa kepada illahi
    Bukannya ilmu dibawa mati
    Tetapi ilmu untuk dikongsi

    Maka apakah amalan yang dikehendaki
    Jika keikhlas itu tidak diperolehi
    Maka kelak kita kan rugi
    Rugi Duniawi Rugi Ukhrawi.

    Selamat mengikhlaskan diri ya ukhti……rahmatallah fil alamin…..aminnn……

  97. assalamualaikum..
    ini adalah kali pertama sy membaca blog saudari dan sy amat tertarik dgnnya..sy ada beberapa persoalan yg inigin diajukan dan harap saudari dpt mberi pendapat ye..

    mengenai mimpi ular..apakah maksud jika kita bermimpi bertemu dengan ular berwarna kuning??sy sering bermimpi ular lebih2 lagi jika ada lelaki yg mahu mendekati sy = menjalinkan hubungan persahabatan..tetapi, ular yg selalu muncul berwarna hitam atau ular tedung tetapi tidak pula mematuk saya..cuma agak musykil kerana mimpi kali ini bertemu dgn ular yang berwarna kuning dan ingin mematuk saya..ada yg mengatakan jodoh hampir tiba jika bmimpi ular mematuk kita..benarkah??

    persoalan kedua…saya telah berkenalan dgn seorg lelaki (lelaki A) selama 3 tahun..hubungan kami baik dan agak rapat dan dia pernah menyuarakan hasrat untuk menjadikan sy sbg peneman hidup..keluarga kami mengetahuinya tetapi kami masih belum berjumpa dgn kedua2 belah pihak krn masih belum bersedia..untuk pengetahuan saudari, sy ada juga bkenalan dgn lelaki lain (lelaki B) beberapa bulan yg lalu dan sy tidak tahu pula yg dia menyukai sy secara serius!!sungguh, saya tidak tahu niat dia yg sebenar…berkawan dgn sy, mahu jadikan sy permaisurinya dan mahu saya mendidik dia ke jalan yg diredhai Allah! (apa yg sy ketahui, lelaki B kekurangan ilmu agama..wallahu’alam)
    pernah juga sy melakukan solat istikharah untuk mdapatkan petunjuk..tp masih buntu..jika melalui mimpi, lelaki A adalah lelaki yg akan membimbing saya ke jalan yg baik..tetapi secara realitinya, sy lebih suka akan lelaki B…knp ye??adakah krn perasaan kasihan dan simpati kepadanya krn si dia yg kekurangan ilmu agama?ataupun krn petunjuk lain yg sy terima??sy tidak tahu knp sering ada HALANGAN jika lelaki B ingin dtg dekat kpd sy..sama seperti di dalam mimpi…kami akan menempuh pelbagai dugaan jika bersama..adakah itu yg membuatkn sy tertarik dgnnya??

  98. Alhamdulillah….Akhirnya, saya jumpa blog yg saya tercari2 kebelakngan ini…sangat membantu saya menghadapi ujian Allah….kalau boleh, saya nak kenal lebih dekat dgn anda

  99. assalamualaikum..
    sy bru prtama kali mgikuti blog saudari..
    alhamdulillah byk yg sy proleh dr blog ni..syukur sgt2..
    sy sedang mencari kekuatan diri untk hadapi ujian dariNya..
    insyaAllah sy akn selalu melawati blog saudari..:)
    syukran..

  100. assalamualaikum. terima kasih ats tunjuk ajar. Berikan saya kata-kata hikmah untuk menghadapi dugaan, Semoga Allah memberkati kita semua, amin ya Rabbalalamin,

  101. Alhamdulillah kerane Allah swt menggerakkan hati sy utk mengKLIK pade link blog anda. hampir setiap saat sy menitiskan airmata ketika membace blog anda. termakaseh atas perkongsian yg byk membuatkan sy memuhasabah diri . salam perkenalan sue ;D

  102. terima kasih ana copy doa dhuha

  103. salam,………..saya mohon pandang dan saya sll dijadikan manusia untuk kepentingan tempat saya bertugas dan selepas dah selesai saya di biarkan..bila memerlukan saya di panggil dan tenaga saya di perlukan..saya cuba dan kuat semangat untuk laksana sehingga keluarga mengalah….sedang kan dia juga memerlukan..pernah juga saya takat untuk tak ambil tahu dan buat kepala sendiri tetapi saya buat juga…..sebab nya saya kuat dan semangat demi allah saja….setiap hari saya ulang alik dari umah ke tmapat kerja..saya berserah pada yang maha kuasa…

  104. Salam..makcik, bagus sungguh blog awak…erm..sy nk bagi tau awk, sy ada ambil content dlm blog awk…yg mana ek,..erm…erm…erm..tk mo bagi tau awk lah..!…lagipon kan awk dah halalkan ambik…huh penat betol mencari info jumpa gak kat blog awk nih…tq2.
    take care your self….and semoga awk mendapat ketenangan dgn apa yg awk buat sekarang…ys.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: