Maksiat halang tekun beribadat

Oleh Hashim bin Ahmad
rencana@hmetro.com.my

APAKAH kita pernah mengalami perasaan malas beribadah? Terasa berat untuk tilawah atau ada kenikmatan ketika membaca al-Quran atau solat?

Atau mungkin berasa susah bangun malam untuk qiyamulail, padahal jam dikunci untuk mengejutkan kita atau telefon bimbit sudah dipasang tetapi ketika berdering, tetap terlelap dalam tidur.


Apa yang kedengaran hanya seperti dalam mimpi dan akhirnya jam dan telefon bimbit mati sendiri atau bangun dengan setengah sedar. Selepas itu, tarik selimut dan tidur lagi. Padahal, biasanya dengan mudah boleh bangun.

Jadi, apa yang sudah terjadi dengan diri kita? Atau mungkin kita pernah merasakan mulut ini terasa berat ketika melantunkan ayat-ayat al-Quran atau mengucapkan salam kepada saudara kita. Atau mungkin kita secara sengaja memlambatkan waktu menunaikan solat?

Terkadang hati rasa meluat dengan rakan di pejabat kerana hal yang kecil atau prasangka buruk. Terkadang kita melalui hari yang kita isytiharkan hari malang atau tidak ada ‘mood’. Makin malang, kita dengan sengaja melanggar perintah Allah.

Jika hal itu terjadi pada kita, segeralah muhasabah diri. Ada apa dengan diri kita? Keadaan seperti ini jangan dibiarkan begitu saja. Lama-kelamaan ia akan terbiasa.

Seperti halnya penyakit, jika ada gejala, segera berjumpa doktor dan makan ubat agar cepat sembuh.

Begitu pula dengan ruhiyah kita. Kalau sudah ada gejala penurunan anjakan ruhiyah, segeralah kita muhasabah diri. Bagaimana hubungan kita dengan Allah dan apa yang sudah kita lakukan?

Jangan-jangan kita banyak mengerjakan maksiat hingga menghalang amalan kita. Mungkin kita tidak boleh menjaga daripada melakukan perkara yang makruh, bahkan diharamkan Allah sehingga menghalangi organ tubuh kita untuk beribadah kepada-Nya. Misalnya, kita menggunakan mata untuk menonton drama atau filem yang melalaikan meskipun cuma satu atau dua jam.

Mungkin mata kita tidak dijaga daripada melihat perkara yang tidak berguna, bahkan mengandungi maksiat. Akhirnya Allah pun tidak menjaga mata kita untuk beribadah pada-Nya. Lalu, mata kita malas untuk bangunkan kita solat malam. Mata kita rasa berat untuk beribadah, rasa berat untuk membaca buku tazkirah hati, rasa berat untuk melihat e-mel yang memberi nasihat.

Selain mata, telinga juga perlu kita jaga. Boleh jadi kita susah bangun malam untuk bertaqarub kepada Allah S.W.T kerana kita tidak menjaga telinga kita. Telinga kita gunakan untuk mendengar gosip atau muzik melalaikan, bahkan terkadang boleh terngiang-ngiang dalam memori kita kerana seharian yang didengari adalah muzik.

Akhirnya, pada waktu malam, telinga kita tidak mampu mendengar deringan jam loceng bahkan suara azan. Telinga kita rasa berat untuk mendengar tazkirah dan telinga kita bosan mendengar nasihat.

Selain itu, mulut penting untuk dijaga kerana ia banyak menjerumuskan manusia terutama wanita ke neraka. Mulut boleh menjadi sarana ghibah, fitnah dan caci maki.

Mulut tidak dapat kita kawal. Macam air saja mengata perilaku kawan-kawan. Kita tidak kenal pun dengan si polan, tapi mulut kita seronok mengata mereka. Mulut kita juga berat nak berzikir. Kenapa ini terjadi?

Begitu juga hati. Ini adalah bahagian terpenting yang perlu dijaga. Hati ibarat pemimpin manakala organ tubuh yang lain adalah komando. Hati boleh sakit, buta bahkan mati jika semakin banyak berbuat maksiat.

Hati ibarat cermin. Semakin banyak membuat maksiat, maka semakin banyak noda titik hitam di cermin itu. Atau mungkin tidak ada lagi titik hitam tapi sudah jelaga hitam yang susah dibersihkan.

Begitu pula dengan diri kita, semakin banyak kita berbuat maksiat dan tidak bertaubat, kita semakin terbiasa dengan kemaksiatan itu.

Salah satu yang menyebabkan kematian hati adalah banyak bercanda atau bergurau senda. Kita boleh bergurau senda untuk menceriakan suasana atau menciptakan suasana ukhuwah.

Tapi hendaklah memperhatikan adabnya. Perhatikan dengan siapa juga dan tidak berlebihan, apalagi adanya lelaki dan perempuan dalam satu majlis.

Tengoklah diri kita. Muhasabahlah diri kita. Jika selama ini kita belum menjaga mata, mulut, telinga, hati dan organ tubuh kita yang lain daripada kemaksiatan, segeralah kita bertaubat dan istighfar diri.

Tidak ada kata terlambat untuk kebaikan. Seharusnya kita sayang jika tidak boleh tadarus al-Quran meskipun hanya terlepas satu hari.

Kita berasa sayang jika tidak ada nikmat beribadah. Jika masih berasa sayang, jagalah diri kita dan Allah akan menjaga kita agar sentiasa dekat dengan-Nya.

 

Advertisements

Apa yg kita beri, itulah yg kita dapat balik (What u give, u get back)…

 

* Coretanku

Salam kasih sayang buat pengunjung… topik yang dimasukkan kali ini sebenarnya awal tahun 2007 aku terimanya dari kawan melalui email. kali ini, aku paparkan didalam blogs kesayangaku ini sbg iktibar dan renungan semua pengunjung maupun diri sendiri….

 

apa yang kita beri, itulah yang akan kita dapat balik. jika kasih sayang yang ikhlas kita berikan pada orang sekeliling kita, maka kasih sayang juga yang akan kita terima balik sbg balasan tetapi jika aniaya kita berikan maka BALA ALLAH pasti menyusul kemudian…. Allah Maha dalam dan luas IlmuNYA. jangan kita rosakkan generasi masa akan dtg sbb KESILAPAN kita dimasa LAMPAU… NAUZUBILLAH…

 

~***~***~***~***~***~

 

Minggu lepas, anak dara kesayangan aku telah dicabul..aku tak nak cerita secara detail, kerana terlalu perit untuk aku harungi. Anak aku baru berusia 12 thn, tapi kena cabul dengan orang yang sangat aku percaya, guru mengaji. Hati bapa mana tak gusar, sekarang selepas buat report pada polis dan medical checkup, anak aku dah macam orang hilang ingatan, hysteria. Aku sedih sangat, setiap malam aku berdoa agar pulihkan semangat anak aku dan semoga Allah mengampunkan dosa2 ku yang lalu.

Sekarang aku sedar, apa yang terjadi pada anak aku, adalah dari kesilapan lampau aku.
Dulu aku ada affair dengan seorang gadis berumur 22 thn, 2 tahun dahulu. Pada awalnyer hanya sebagai kawan dikala aku kesepian. Masa tu aku ada masalah rumahtangga dgn isteri aku. Nak dijadikan cerita aku ada buat benda tak elok pada this girl. Aku namakan die Ayu.

Setiap kali dating dengan Ayu, nafsu sentiasa meluap2..tau2 la suami yang dah lama tak diberi makan isteri. Masa tu aku berniat nak tut2 dengan Ayu. Tapi Ayu ni gadis yang baik, even aku nak pegang pun die tak bagi,cium apetah lagi. Aku juga menipu ayu aku adalah duda. Hubungan aku dengan die berjalan lancar selama 5 bulan.

Oleh kerana tak tahan nafsu ku ini, satu hari aku ajak ayu pergi karaoke. Di situ aku dah plan sesuatu. Aku ada memasukkan pil khayal dlm minuman ayu. Lepas aku tengok die high, aku cepat2 bawa die check in di hotel berdekatan. Dek dihasut nafsu yang meluap2, aku bersetubuh dengan ayu tanpa ayu sedari. Nikmatnyer tak terkata..namun selepas menyedari keesokkan paginyer, aku menyesal, ayu pulak menangis sekuat hati..

Dalam keadaan huru hara tu, aku berjanji pada ayu aku akan bertanggungjawab di atas segala kesalahan aku. Masa tu aku piker nak nikah dengan ayu, memandangkan hubungan aku dengan isteri dah di ambang maut.

Selepas berjanji dengan ayu, aku pun menghantar pulang ayu kerumah sewa. Sambil ayu menangis ter esak2,ayu merayu jangan tinggalkan die dalam keadaan mcm ni. Aku berjanji dan bertekad akan tebus kesalahan aku..nak nikah jugak dalam masa terdekat.

Nak dijadikan cerita, balik saja rumah, isteriku melayan aku dengan baik sekali, tiba2 aku rasa bersalah yang amat pada isteri, sambil melihat wajah anak2 ku yg masih kecil, aku tak sanggup nak menduakan isteriku..aku masih sayang pada isteriku..

Bile terfikir tentang ayu, aku rase bersalah yg amat pada isteriku..sejak itu isteriku melayan dengan baik, seperti kami bercinta balik. Ingatan aku pada ayu makin pudar. Ayu pula semakin paranoid, pabila aku bersikap acuh tak acuh, kerana aku masih saying pada keluarga aku. Janji yg aku tabor pada ayu, hanya janji manis saja.

Aku cuba jauhkan diri aku pada ayu, supaya aku setia pada keluarga aku. Ayu pula makin menekan aku supaya menikah dengan dia walau apa yang terjadi.

Satu hari yang tak disangka, pabila aku pulang kerumah, aku nampak kereta ayu didepan rumah ku, aku tecari2 ayu dimana die. Dlm perjalanan menuju kerumah aku terdengar riuh rendah suara perempuan bergaduh..aku panic, tapi ape yang terjadi aku akan hadapi.
Bila melangkah masuk kerumah, aku lihat ayu merayu2 melutut depan isteriku, dengan muka bengis isteriku, isteriku ceritakan segalanya.
Isteri memberitahu perempuan gila ini, telah ada menjalin hubungan dengan aku dan die mau aku bertanggungjawab. Ya Allah, aku hampir pitam. Namun isteriku tak marahkan aku, sebaliknyer menendang dan menampar ayu sepuas2 puasnye. Aku pula bingung. Dengan lantas aku buat cerita ayu ni perempuan murahan, sudah pasti selalu main dengan jantan lain,

Tanpa rase bersalah aku menarik ayu dan menghalau die keluar dari rumah. Menangis ayu melihat tingkah laku aku, tapi apakan daya, aku tak mau rahsia aku pecah. Ayu siap bersumpah dgn nama Allah, anak yang dikandung ini adalah hasil kerja keji aku dulu. Ayu pregnant?aku hamper pengsan lagi..dan ayu juga melafazkan’ aku benci kau, aku benci kau dan keturunan kau, aku doakan agar semua keturuanan kau mati dirogol’..terus ayu menghilangkan diri.

Selepas kekecohan itu, isteriku face to face dengan aku, siapa ayu?aku dengan tenang mengatakan ayu ni bekas pekerja aku, pernah sakit mental selepas ditinggalkan kekasih lama.oleh kerana aku selalu mendengar keluhan hati die, die naik syok dengan aku..
Isteriku tak puas hati tapi die siap warning jikan benar aku takde ape2 affair dengan ayu, die maafkan aku, kalau tak die akan minta cerai.

Kerana sayangkan isteri aku bersumpah mmg aku tiada affair dengan ayu. Keesokkan harinyer, aku cube call ayu untuk memutuskan hubungan dengan ayu. Sebaik ayu menangkat telefon terus die hysteria dan menyumpah2 aku.. sumpah yang aku masih teringat2.. ‘aku doakan keturunan kau semua mati kena rogol’..

Semenjak itu, ayu hilang, dan berita terakhir aku dengar ayu sudah meningal dunia tahun lepas. ..

Sekarang bila terfikir balik, adakah ini balasan tuhan kepada aku?
Aku menangisi nasib aku, anak2 aku..
Apa harus aku buat, perlukah aku meminta maaf dari ayu, tapi ayu sudah tiada..
Aku bingung,..setiap malam aku buat semayang sunat,taubat…tapi bayangan ayu selalu hadir dlm minda ku…

Dan paling sedih, perkara sama berlaku pada anak gadisku…perit..sungguh perit..

ya, kisah aku lebih kurang dlm cerita2 rekaan yg selama ni kite tonton di tv, tapi tak ku sangka ia benar2 berlaku, hingga aku terkelu sendirian..
terima kasih pada yang memberi nasihat tak kurang juga yg menyindir..tapi mmg aku akui aku telah melakukan kesilapan besar dalam hidup..hidup aku,hidup family aku dan hidup insan lain..

tak kala menulis ini, dari memandu kereta tadi, fikiran aku bercelaru ..memikirkan hal anak aku,aku hampir kemalangan kerana tak concentrate langsung semasa memandu..
anak aku sekarang semakin histeria,die tak boleh langsung melihat kelibat lelaki dewasa, takut,bingung,menangis..
aku dan isteri sangat sedih.anak aku suka sendirian dalam bilik, pernah die berada dalam tandas begitu lama, sampai kami terpaksa menendang pintu. kami takut die bunuh diri atau mencederakan diri..

setiap malam, aku dan isteri bersolat hajat agar Allah memulihkan semangat anak ku,
minggu lepas kami ada bawa die berjumpe kaunselor, tapi nampaknye anak ku hanya menyembunyikan diri dibelakang kerusi..
isteriku menangis dan aku menahan sebak..kaunselor kata bawa bila keadaan anakku reda sikit nnt..sekarang mungkin die rase tak selamat nak berjumpe org asing..

anak ku juga tak berapa makan,kami risau die akan sakit..
aku pun tak tau nak buat apa, anak ku hanya suke bersendiri, kadang2 terdengar die menyanyi seorang2, risau juga takut die alami gangguan emosi.
die terlalu naif dan muda untuk memahami semua ini, tapi tak mustahil die tau ape yang bakal die alami bila dewasa kelak..

jadi, setiap hari aku berdoa ke hadrat Ilahi, agar dosa ku di ampunkan..

berbalik pada kisah ayu, sebelum aku mengetahui arwah sudah tiada, aku ada hubungi sepupu die Kay..kay memberitahu ayu sudah meninggal dunia. kes nya terkena buatan orang. yang aku tak berapa pasti, kay memberitahu ayu telah keguguran bayi akibat tekanan perasaan selepas bertengkar dengar isteri ku. selepas itu, ayu kuatkan semangat, pindah kerja dan hidup seperti normal kembali walaupun disudut hatinya masih tertinggal derita yang die tanggung, kay beritahu mujur ayu keguguran bayi, kalau tidak macamana die nak hadapi family dan masyarakat..hmmm aku mengucap panjang tanda keinsafan. selepas beberapa bulan berlalu, ada jejaka di kampung meminang ayu, tapi ayu menolak..ayu jelaskan pada kay, die tak layak menerima pingangan dari jejaka itu kerana kisah hitamnye..aku terkedu bila mendengar, menitis juga air mata aku kerana aku merasakan akulah manusia paling kejam.

jejaka tu berang bile ayu menolak pinangan ..lepas tu hidup ayu terus porak peranda.puas dibawa berubat, akhirnya ayu menghembuskan nafas terakhir.kay kata ayu terkena santau dari siam.siapa yang buat wallahualam..

selepas kay bagitau semua ini, hidup aku makin tertekan..sampaikan aku terfikir aku ni adalah pembunuh dalam senyap, menghancurkan hidup lain sekaligus..

mengenai anak ku ni, kejadian hitam yang berlaku atas kecuaian aku dan isteri juga.sebelum ni kami hantar anak ke rumah orang untuk mengaji.selepas hari raya lepas, aku menghantar anak ku pergi mengaji ke rumah org ni lagi.pada malam tu hanya anak ku sorang saja yang hadir pada kelas mengaji. pelajar lain tidak hadir kerana masih yang belum pulang dari kampung beraya. masa kejadian itu isterinya kerumah org untuk beraya.kalau aku periksa dulu dan hanya anak ku saja yang hadir sudah pasti aku tak benarkan die pergi mengaji malam tu.tapi kerana nak cepat aku tak sempat nak check .

aku pun hairan, dalam banyak2 perempuan kenapalah budak sekecil anak ku yang menjadi mangsa? aku pun tak sanggup nak cerita secara detail lagi, sedih yang teramat..kes ni masih bawah siasatan, oleh kerana ia melibatkan org berpengaruh dan melibatkan kanak2 bawah umur, maka kes ni tidak didedahkan atas permintaan isteriku dan pihak yang dituduh..kadang2 aku geram sangat..geram pada laki tu..nak saja aku kerjakan die cukup2..

aku ingat nak bertukar kerja dan berpindah ke tempat lain, kerana lambat laun kes ni pasti area rumah aku tau..aku tak mau anak ku alami tekanan perasaan sebegitu juga isteri dan anak2 yang lain.. akhir2 ni aku dan keluarga tidak banyak keluar rumah..hidup kami tidak lagi ceria..tapi alhamdullilah kami suami isteri saling memahami, sentiasa bersolat jemaah sama2, berdoa untuk kesejahteraan hidup kami sekeluarga..

aku masih sebak..malam ni aku dan isteri akan buat solat hajat agar semangat anak ku pulih, aku sedih karena anak ku masih kecil

nasihat aku pada ibu bapa, kalau boleh pantau anak2 anda dimana berada, pastikan mereka selamat, aku maksudkan jangan biarkan anak gadis bersendirian dengan mana2 lelaki, walau sealim mana pun..ya kadang2 sebagai ibu bapa kite hanya menyerahkan anak kite pada guru sekolah,guru tuisyen, mengaji, tukang gaji, driver,guard..tapi kite tak pernah pun amik tau siapa mereka..ada yang ikhlas dan ada juga yang mengambil kesempatan

salam

 

Manusia binasa apabila langgar syariat

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

 

MUHAMMAD Quraish Syihab dalam tafsirnya berkata: Ayat yang lalu menegaskan bahawa Allah SWT mengetahui segala apa yang dikerjakan oleh manusia, yang nyata mahupun yang tersembunyi. Dalam ayat ini, Allah SWT menegaskan kekuasaan-Nya di seluruh jagat raya, dan apa pun yang dikerjakan manusia, baik yang nyata mahupun yang tersembunyi, maka semua akan dipertanggungjawabkan termasuk apa yang dihuraikan oleh ayat yang lalu, yakni menyembunyikan persaksian.

Dapat juga diperkatakan, bahawa setelah dalam ayat yang lalu Allah SWT menegaskan keluasan ilmu-Nya, maka di sini dijelaskan keluasan kekuasaannya dalam rangka membuktikan bahawa Dia Yang Maha Kuasa itu menyandang segala macam kesempurnaan yang layak bagi-Nya. Ini kerana pada hakikatnya semua kesempurnaan dapat tergambar melalui kekuasaan dan pengetahuan. Demikian al-Biqa’i menghubungkan ayat ini dengan ayat yang lalu.

Firman Allah SWT: Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikan, nescaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu.

Sayyid Qutub berkata: “Demikianlah kesimpulan al-Quran yang dibuat dalam pembicaraannya mengenai undang-undang madani atau sivil itu dengan mengemukakan bimbingan yang ditujukan kepada hati nurani dan menghubungkan di antara undang-undang kehidupan dan Allah SWT yang menciptakan kehidupan itu dengan tali ikatan yang kukuh yang terdiri dari perasaan takut dan harapan kepada Allah SWT yang memiliki bumi dan langit”.

Ini bererti al-Quran menambahkan jaminan-jaminan daripada hati nurani di samping jaminan undang-undang, sedangkan jaminan hati nurani itu merupakan jaminan yang amat kuat dan istimewa bagi syariat Islam di dalam hati kaum muslimin yang hidup dalam masyarakat Islam.

Jaminan hati nurani dan undang-undang di dalam Islam merupakan dua perkara yang sepadu. Sebabnya Islam menciptakan hati dan mengaturkan undang-undang untuknya dan juga Islam menciptakan masyarakat dan menyusun undang-undang dan peraturan untuknya.

Itulah ciptaan Allah SWT selama-lamanya sepadu dan seimbang. Itulah tarbiah (didikan) di samping undang-undang. Itulah rasa takwa di samping kuasa undang-undang. Itulah sistem hidup manusia dari ciptaan Allah SWT yang menciptakan manusia.

Ketahuilah bahawa kecelakaan umat manusia berlaku apabila umat manusia lari dari sistem hidup dan syariat yang diatur oleh Allah SWT. Di dunia Barat, kecelakaan itu bermula dari pelarian mereka dari pengaruh gereja yang zalim dan dari tuhannya.

Gereja mendakwa bahawa ia bercakap atas nama tuhan lalu ia mengharamkan manusia dari berfikir dengan teliti, mewajibkan orang ramai dengan menggunakan nama tuhan supaya membayar rasuah-rasuah yang tinggi dan bertindak terhadap mereka dengan menggunakan kuasa yang sewenang-wenangnya.

Apabila orang ramai mahu menyelamatkan diri mereka daripada momok yang menakutkan ini, mereka terus melarikan diri dari gereja dan kuasanya, tetapi mereka tidak terhenti setakat garis yang sederhana sahaja.

Malah mereka terus melarikan diri daripada tuhan gereja itu sendiri dan kuasanya kemudian melarikan diri daripada segala agama yang memimpin kehidupan mereka di bumi ini dengan undang-undang dan peraturan Allah SWT. Akibatnya mereka menempuh kecelakaan dan malapetaka.

Namun, bagi kita para penganut Islam, mengapa pula kita bertindak begitu juga? Mengapa kita juga bertindak lari dari Allah SWT? Lari daripada sistem hidup dan syariat yang diatur oleh-Nya?

Mengapa kita bertindak begitu, sedangkan agama kita agama yang toleransi dan lurus. Ia tidak sekali-kali mewajibkan ke atas kita melainkan amalan-amalan yang boleh menyelamatkan kita daripada belenggu-belenggu khurafat, menggugurkan beban-beban (dosa) dari pada kita dan melimpahkan ke atas kita rahmat, hidayat, kemudahan, kejujuran dan keteguhan sikap mengikut jalan yang membawa kepada Allah SWT, kepada kemajuan dan keberuntungan di akhirat?

Firman Allah SWT: Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Al-Maraghi berkata: Maksud ayat ini adalah, dengan rahmat-Nya Dia mengampuni orang yang dikehendaki dan dengan keadilan-Nya juga Dia akan menghukum orang yang dikehendaki. Allah SWT hanya menghendaki agar sesuatu itu sesuai dengan dasar kemurahan dan keadilan-Nya.

Dengan keadilan-Nya, Dia menghukum orang yang berdosa sesuai dengan dosanya dan memberi pahala sesuai dengan kebaikannya. Akan tetapi dengan kemurahan-Nya pula, Dia melipatgandakan pahala kebaikan sebanyak 10 kali atau lebih, tetapi tidak pula melipatgandakan hukuman terhadap sesuatu dosa.

Dosa yang diampun ialah orang yang Allah SWT berikan jalan kepadanya untuk berbuat kebaikan, sehingga kebaikannya mengatasi dosanya. Ia bukan seperti anggapan orang yang bodoh, bahawa masalah pengampunan terhadap dosa ini mudah, sehingga mereka berani membuat dosa dengan terus-menerus tetapi pada masa yang sama, dia berharap akan diampunkan oleh Allah SWT.

 

Gelora NAFSU SYAWAT sukar ditundukkan

Gelora asmara

Oleh Hadzlihady Hassan dan Salman Hamat
am@hmetro.com

KUALA LUMPUR: Memalukan apabila pelbagai aksi pasangan kekasih dalam keadaan mengghairahkan dapat disaksikan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di Pasar Seni di sini, yang kini mendapat jolokan ‘Pasar Asmara’ di kalangan remaja ibu kota.

Kebanyakan pelaku perbuatan terkutuk itu terdiri remaja Melayu yang rata-ratanya penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) dan pelajar sekolah menengah tanpa segan silu mempertontonkan aksi berahi mereka.

Golongan terbabit mungkin tidak menyedari aksi panas mereka ‘diintip’ 128 CCTV yang dipasang di beberapa lokasi strategik dalam bangunan yang menjadi tumpuan pelancong tempatan dan asing itu.

Petugas bahagian keselamatan Pasar Seni yang memantau CCTV tidak mampu mengambil tindakan.

Apa yang petugas itu lakukan ialah menahan mereka sebelum memberi nasihat dan menyerahkan kepada ibu bapa masing-masing yang dipanggil ke situ.

Sumber bahagian berkenaan berkata, gelagat jijik itu dikesali, apatah lagi sebahagian besar remaja yang terbabit berbangsa Melayu dan paling menyedihkan ada di kalangan gadis bertudung labuh dan berlagak alim.

“Apabila ditanya mengapa mereka melakukan perbuatan terkutuk itu, ramai yang memberi alasan tidak tahan dan terdorong rangsangan nafsu sebagai punca memilih berasmara di tepi tangga dan sebagainya,” katanya.

Selain itu, tinjauan Harian Metro mendapati, faktor kawasan Pasar Seni yang agak sunyi dan jarang digunakan pengunjung menjadi sebab utama tangga menjadi pilihan mereka melampiaskan nafsu.

Ada segelintir pasangan pula sanggup menjadikan kawasan bersebelahan surau sebagai tempat melakukan maksiat.

Sesetengah pasangan pelajar turut mengaku menipu ibu bapa dengan menjadikan aktiviti sekolah pada waktu petang sebagai alasan keluar rumah.

Bagaimanapun, kepercayaan itu disalahgunakan apabila mereka sebaliknya keluar berfoya-foya dengan pasangan masing-masing sebelum melencong ke sudut sunyi di bangunan Pasar Seni untuk memuaskan nafsu.

Malah, sumber itu berkata, dalam satu kes, bapa seorang remaja perempuan yang ditahan melakukan aksi jijik dengan pasangannya bertindak menampar anak gadisnya kerana terlalu marah.

Ada juga ibu bapa terpaksa datang ratusan kilometer dari negeri di utara semata-mata mahu ‘menjamin’ anak mereka.

Kata sumber itu, pihak keselamatan Pasar Seni terpaksa mengambil tindakan dengan memanggil ibu bapa datang ke Pasar Seni melihat rakaman CCTV yang memaparkan aksi ghairah yang dilakukan anak mereka.

“Ibu bapa terpaksa dipanggil kerana sebelum ini, ada yang tidak mempercayai anak mereka sanggup melakukan perbuatan keji itu.

“Kami akan menunjukkan rakaman CCTV kepada mereka jika ada yang tidak mempercayainya,” katanya.

Menurutnya, tindakan itu bukan bertujuan memalukan sesiapa, tetapi ibu bapa perlu dipanggil supaya mereka dapat menasihati dan melihat sendiri apa yang dilakukan anak mereka.   

* Coretanku…

 Manusia itu hakikatnya dicipta dengan kelemahan, tetapi bukan bermakna dengan kelemahan itu kita jadikan ia sebagai tiket untuk berbuat sesuka hati tanpa mengira HARAM dan HALAL… Dosa dan pahala sudah tidak dapat dibezakan… masalahnya bukan hati tidak tahu maksiat yang dilakukan itu adalah dosa tetapi nafsu terlalu susah dijinakkan, terlalu sukar untuk ditundukkan dan terlalu payah untuk ditolak…  inilah gambaran kerasnya hati….

Hadith Rasulullah bermaksud :Siapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam. ” (Hadith Riwayat Ibn Majah) 

Bila hati sudah terlalu kotor dengan maksiat tanpa taubat, ia tidak akan mengakui sesuatu dosa itu sehinggakan dosa besar akan dianggap dosa kecil dan tidak bawa kesan kemudaratan terhadap diri. Kebenaran tidak akan diterima, tetapi kepuasan nafsu syawat yang akan dicari terus dicari sehingga betul-betul puas…

Firman Allah yang bermaksud :Sebenarnya! ( Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya ) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran ( dosa ), dengan sebab ( perbuatan kufur dan maksiat ) yang mereka kerjakan.” (Surah Al-Muthaffifin : 14) 

Sudah tidak ada istilah ‘tudung’ dan iman jika gelodak nafsu sudah diparas paling atas dari kewarasan akal fikiran ….  kuatnya pengaruh syawat… jika kita tewas, kita akan jadi HAMBA syawat… yang sentiasa meminta untuk dipenuhi… dimana ilahi Rabbi dalam hati kita??? cuba tanya diri sendiri… pasti ada jawapannya…

Allah berfirman yang bermaksud :“Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al-Baqara: 74) 

Persoalannya, setakat mana syawat itu akan PUAS?? bukankah syawat itu sentiasa kehausan, rakus dan gelojoh… ia tidak akan puas dan tidak ada titik berakhir kecuali jika malaikat maut datang menjemput… inilah bahayanya nafsu syawat dan jika tidak dididik dengan betul, neraka Allah dapat mendidiknya…  

Allah berfirman yang bermaksud:“Dan puak kiri, alangkah seksanya keadaan puak kiri itu? Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak, Serta naungan dari asap hitam, Yang tidak sejuk dan tidak pula memberi kesenangan. Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan). Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar.” (Surah Al-Waqiah: 41-46) 

Kembalilah kepada Rabb pencipta kita….destinasi terakhir kelak penuh dengan keperitan, penderitaan dan siksa yang sangat sakit dan kita tidak mampu untuk menghadapinya. Tinggalkan kemungkaran dan kembali ke jalan Allah… jalan yang menjanjikan nikmat yang cukup banyak dan menyenangkan….   

“Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan yang keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengatahui (akan salahnya dan akibatnya).” (Surah Ali’ Imran: 135) 

Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang jua menerima taubat… ini cukup jelas dalam firmanNYA:

“Tuhanmu sudah menetapkan atas diri-Nya kasih sayang, (iaitu) barang siapa yang berbuat kezaliman di antara kamu lantaran kejahilan kemudian dia bertaubat selepas mengerjakannya dan mengadakan pembaikan, maka sesungguhnya Allah  Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah al-An’am, ayat 54) 

Sabda Nabi Muhamad SAW yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah  sangat gembira dengan taubat hamba-Nya daripada gembiranya seorang yang kehilangan bekal bersama untanya di sebuah padang yang tandus kemudian dia mendapatkannya kembali unta itu.” (Hadis Mutafaq alaihi) 

Semua keputusan berada didalam tangan kita dan kitalah yang mencorakkan hidup kita sama ada mahu berhijrah atau masih ingin kekal dalam kejahilan dan kesesatan… moga ar-Rahman sentiasa memberi peringatan kepada kita terutamanya diri ini agar tidak keluar dari landasan agama… Ya Allah, selamatkan kami didunia dan akhirat… ameennn.. 

Basahi wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, basahi lidahmu dengan zikrullah, didik hatimu takutkan ilahi Rabbi lantaran dosa-dosa kejahilanmu terhadapNYA dengan taubat NASUHA…

           

Rahsia khusyuk dalam solat

muslim20prayer3.jpg

 

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk dalam solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimankah caranya tuan solat?” Hatim berkata : “Apabila masuk waktu bersolat saya berwudhu’ zahir dan batin.”

Isam bertanya, “Bagaimana wudhu’ zahir dan batin itu?”
Hatim berkata, “Wudhu’ zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu’ dengan air.
Sementara wudhu’ batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara:-


1.    Bertaubat
2.    menyesali dosa yang dilakukan
3.    tidak tergila-gilakan dunia
4.    tidak mencari / mengharap pujian orang (riya’)
5.    tinggalkan sifat berbangga
6.    tinggalkan sifat khianat dan menipu
7.    meninggalkan sifat dengki


Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian saya pergi ke masjid. saya kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. saya berdiri dengan penuh kewaspadaan dan saya bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka disebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan saya mula bayangkan pula bahawa saya seolah-olah berdiri di atas titian “Sirratul Mustaqim” dan saya menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian saya berniat dan bertakbir dengan baik.
 

Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian saya ruku’ dan sujud dengan tawadhu’, saya bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan saya memberi salam dengan ikhlas. Beginilah saya solat selama 30 tahun.”

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.”

 

 

ALLAH MELIHAT APA YANG KAMU BUAT

 ALLAH MELIHAT APA YANG KAMU BUAT – AZMIL MUSTAFA  

Written by Siti Mashitah     Sunday, 03 February 2008  APABILA disebut nama Azmil Mustapha , majoriti generasi muda tidak akan dapat mengecam siapa orangnya. Tetapi sebut saja Ali Setan , ‘berkat’ daripada siaran ulangan filem tersebut di kaca televisyen , semua orang tidak kira yang kecil atau dewasa dari kalangan peminat filem Melayu pasti mengenal pelakon tersohor Malaysia dekad 80-an ini. Azmil, 55 (umur yang dikira beliau mengikut takwim hijri 22 Safar 1375H) adalah antara sebilangan artis di Malaysia yang melakukan ‘penghijrahan’ daripada kehidupan yang penuh ‘lagha’ kepada pengabdian diri kepada Allah. Penampilan terakhirnya adalah sebagai Pengiran Demak dalam filem ‘Puteri Gunung Ledang’; watak yang diilakonkan setelah syarat-syaratnya yang ketat diterima penerbit. Duda (mempunyai seorang anak dengan bekas isteri pertama dan empat dengan isteri kedua) dari Shah Alam, Selangor ini telah musafir ke Syria sejak setahun lalu untuk mempelajari bahasa Arab dan ilmu agama. Wartawan Global Media Channel (GMC)  berkesempatan menemuramah Azmil di Kota Bharu (beliau kembali ke Malaysia sempena cuti semester pengajiannya) yang hadir memenuhi undangan untuk menyampaikan ceramah kesedaran Islam anjuran PAS Kawasan Ketereh baru-baru ini.  

Kenapa saudara memilih untuk ke Syria ?  

Saya buat solat hajat, minta dengan Allah, saya nak cari tempat belajar, Allah berikan petunjuk belajar di Syria . Dengan duit yang saya dapat dari menyampaikan ceramah-ceramah kesedaran Islam sebelum itu di Malaysia , saya terbang ke Syria dengan anak-anak saya.  

Saya belajar Bahasa Arab di Maahad Taalim Lughatal Arabiah Lil Ajnabi (Institut Pengajian Bahasa Arab Bagi Orang Asing).Kalau saya terus masuk kelas (pengajian agama) anjuran syeikh-syeikh pun saya tak reti Bahasa Arab. Jadi saya belajar Bahasa Arab dahulu. Sementara itu saya belajar Al-Quran, tajwid dan tasmi’ dengan syeikh-syeikh. Saya juga belajar dengan pelajar-pelajar Malaysia yang ada di Syria .  

Sejak bila sebenarnya saudara ke sana ?

Sudah setahun. Saya pergi redah sahaja. Tak ada buat rancangan. Dengan empat orang anak saya turut bersama (tiga perempuan dan seorang lelaki). Yang sulung kemudiannya balik untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sini. Jadi kekallah tiga orang yang tinggal bersama saya di sana .  

Anak saya Noramalia Batrisya ,15, dan Mohd. Bazli Shafri, 13, belajar di Jami’ Abu Nur, sebuah kolej Islam antara yang termasyhur di Syria . Yang kecil baru masuk umur tujuh tahun dan belajar di darjah satu. Enam bulan pertama mereka dimasukkan dalam kelas bahasa Arab. Tidak ada masalah untuk mereka mengikuti pengajian dan sekarang sudah fasih berbahasa Arab. Saya amat puas hati dengan perkembangan mereka.    

Puas hati macam mana?

Dengan perubahan perwatakan. Di Malaysia, dekat Shah Alam tempat kami tinggal dahulu banyak pengaruh yang tidak sihat. Cara hidup moden . Tapi di sana mereka mengaji Quran tiap-tiap hari, solat tidak tinggal dan pergaulan dijaga.  

Malah mereka sempat menasihati kakak yang pulang ke Malaysia “jangan tengok lelaki” bukan berkawan, tengok pun mereka tak bagi.  

Di sana pergaulan antara lelaki dan perempuan amat dibatasi. Kita payah nak lihat pergaulan secara bebas berlaku . Duduk satu meja pun tak ada.  

Kalau di Yaman, negeri yang berjiran dengan Syria , dalam bas  kalau hanya ada seorang wanita yang menjadi penumpang , yang lelaki tidak akan naik dan sanggup tunggu bas yang lain  datang untuk dinaiki. Bimbang timbul fitnah walaupun hanya sebagai penumpang. Masing-masing sangat prihatin untuk menjaga perkara ini.  

Antara perubahan yang ketara saya dapat lihat adalah pada anak perempuan saya, Noramaliya. Dia sebenarnya pelajar yang lemah. Semasa bersekolah di Malaysia , biasanya dia mendapat kedudukan 35 ke bawah.  

Dulu tinggal di Shah Alam, dia selalu ponteng sekolah. Tengok wayang di KLCC.

Pergi ke sekolah tapi dalam beg ada pakaian lain untuk ditukar. Itu dah memang menjadi tabiat pelajar sekolah di Malaysia .  

Sampai di Syria, dia jadi pelajar yang terbaik. Padahal dalam kelas ada pelajar-pelajar luar negara yang lain seperti dari England , Afrika Selatan , Kazakhstan , China dan lain-lain. Dia yang muncul pelajar terbaik  

Bagaimana saudara menyara kehidupan di Syria ?

Tidak ada pendapatan tetap tapi saya sangat bernasib baik kerana mendapat bantuan. Saya diberi tempat tinggal percuma oleh seorang  Syeikh di sebuah apartmen di pinggir Damsyik. Saya akui duit pun tak banyak tapi diam tak diam sudah sampai setahun saya di sana dan tidak timbul sebarang masalah besar.  

Kita kena yakin rezeki itu datang daripada Allah. Ada saja duit yang masuk. Sentiasa ada bantuan diterima kerana saya dan anak-anak dikira orang yang sedang menuntut ilmu.  

Malah ia sampai ke tahap saya kadang kala terpaksa buang makanan yang diberi oleh jiran kerana terlampau banyak.  

Dan di sana kita yang pergi belajar dengan Syeikh ini bukan kita yang membayar Syeikh tapi mereka pula yang memberi duit pada kita. Perkara ini sudah jadi kebiasaan orang Syria . Jika tidak pun, dia akan beri kita roti setiap kali pergi belajar. Pergi solat Jumaat pun dapat duit. Budaya memberi amat dititikberatkan. Paling kurang, yang dewasa akan menyediakan gula-gula dalam poket untuk diberi kepada kanak-kanak.    

Saya juga terkejut kerana kadang-kadang menerima sumbangan yang nilainya mencecah RM1000. Kalau yang kaya lebih lagilah mereka sumbangkan. Anak kepada Syeikh yang menyediakan rumah percuma untuk saya pernah menyumbang jutaan ringgit kepada fakir miskin dalam bulan Ramadhan.  

Kenapa saudara fikir perubahan-perubahan positif sama ada kepada anak atau saudara sendiri boleh berlaku? Adakah perbezaan antara Syria dan Malaysia ini begitu ketara sekali sedangkan kedua-duanya adalah bumi orang Islam?

Bumi Syria ini ada kelebihan. Saya daripada kecil sampai besar memang belajar di sekolah yang tidak berasaskan kepada Islam. Saya menuntut di dua buah sekolah mubaligh Kristian iaitu La Salle Institution dan St John Institution. Dari situ saya menyambung pula pelajaran ke Indiana University di Amerika. Daripada kecil sehingga dewasa, saya tidak pernah  belajar dan khatam al-Quran.  

(Di Amerika , Azmil belajar dengan pengkhususan dalam penerbitan televisyen, radio dan filem. Beliau hanya tinggal tiga lagi jam kredit untuk dihabiskan sebelum dihantar pulang ke Malaysia oleh Jabatan Imigresen Amerika. Tindakan itu diambil ketika Amerika membuat penapisan orang-orang Islam dari negara luar berikutan kemenangan kumpulan Islam (Syiah) menjatuhkan kerajaan beraja Shah Mohammad Reza Pahlavi. Azmil dikesan bekerja sambilan walaupun syarat hanya membenarkan pelajar luar yang mempunyai 12 kredit atau lebih sahaja untuk berbuat demikian. Ayahnya Datoʼ Mustapha Kamil Yassin, bekas pensyarah di Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia tidak mahu Azmil mengambil biasiswa kerana kedudukannya sebagai kakitangan kerajaan gred A  

Mula-mula saya berubah dulu nak baca surah al- Fatihah pun tak boleh.. Kena baca mengikut tulisan rumi. Nak sembahyang semua ayat kena ditulis ke huruf rumi. Tak pernah dapat hafal. Sehinggalah apabila saya ke Syria .  

Di sana , anak-anak saya belajar Al-Quran dengan seorang syeikhah (ustazah) di rumahnya. Selepas sebulan syeikhah tersebut datang melawat ke rumah. Dia mahu melihat keadaan keluarga macam mana.  Bila datang dia meminta saya mengajar anak-anak. Dia suruh saya baca satu surah. Bila “check” ayah baca pun tak betul, dia pun minta anak muridnya yang lain tolong ajarkan anak-anak saya.  

Tapi alhamdulillah berkat mengaji tiap-tiap pagi, kini saya sudah boleh menghafal satu, dua muka surat dengan senang. Ini memang saya pelik. Saya rasa ini memang kesan tinggal di bumi Syam ( Syria ), bumi para anbiya’.  

Dahulu negara ini tertutup.. Sebab ia mengikut pengaruh Rusia. Jadi negara lain menyisihkannya. Apabila Syria disisihkan, ia sebenarnya terselamat.  

Macam di Malaysia, apabila dibuat dasar terbuka, semua pengaruh dapat masuk, ia merosakkan kita.  

Budak-budak sekarang budaya sendiri pun tak kenal . Dan dia tak mahu ikut. Dia lebih seronok ikut budaya asing, budaya Barat. Budaya ini di Melayukan dengan bahasa. Tapi isinya tetap dari pengaruh yang menyimpang dari ajaran Islam.    

Adakah kerana saudara bimbangkan keadaan  begini sehingga sanggup membawa anak-anak jauh dari Malaysia?

Sebab benda inilah saya bawa anak-anak keluar. Bila saya bawa anak-anak keluar, ada kawan-kawan yang tegur saya ” Jadi anak kamu ini tidak ada SPM. Macam man nak cari kerja?” Saya jawab balik, “Rezeki itu kerana Allah bukan kerana SPM”. Orang ada SPM pun berlambak tak ada kerja. Ada ijazah UM pun tak ada kerja. Ada Master USM pun tak kerja. Kita kena ingat rezeki itu dari Allah.  

Sekarang anak-anak saya sudah hafal Juzuk Amma. Saya percaya dalam tiga empat tahun lagi, Insya Allah satu Quran tu dpat habis dihafal. Itu lebih berharga. Kalau dia jadi arkitek atau jurutera tapi Quran pun tak tahu buat apa. Macam saya dulu jadi pengarah filem tapi Quran pun tak tahu, buat apa?    

Memberi pendidikan Islam pada anak-anak sehingga sampai berhijrah ke Syria . Orang lain mungkin tak berpeluang berbuat demikian macam saudara.?

Saya rasa kalau kita ajar anak kita cara Islam tak ada kekurangannya bagi saya. Malahan Allah mungkin akan mecurahkan kemudahan kepadanya.  

Ini pun nak berlaku di Syria pada hari ini. Kalau di negara kita lama dah dijajah 500 tahun dahulu dan kita masih terjajah. Syria ini dia baru terbuka tak sampai 10 tahun. Jadi generasi dia sekarang dia baru rosak. Kalau kita di Malaysia , kerosakan bermula sejak dari generasi bapa kita dahulu. Mareka agungkan England dan Amerika.  

Tetapi bagi saya , kalau orang Syria nak ikut barat pun, agaknya kena juga dengan fizikal mereka itu. Tapi kita Melayu pun nak mata warna biru, rambut warna perang. Tak kenalah. Nampak janggal sangat kalau yang Melayu nak tiru.    

Bagaimana kita hendak menghadapi perubahan budaya sebegitu ?

Di Syria, guru-guru yang pegangannya kuat masih bertahan. Kita di Malaysia, lebih banyak yang kebaratan daripada Islam. Kita di sini mereka yang nak kepada Islam sedikit, yang nak kepada barat banyak.  

Dari sekolah itu yang diajar. Supaya kita bersedia dengan pengaruh dan sistem barat. Sekolah-sekolah kita, tamat persekolahan kita berpeluang belajar sampai ke universiti di Amerika, di England. Tetapi kalau kita keluar dari pondok atau sekolah agama, peluang sambung belajar itu tidak seberapa.  

Apa yang kita lakukan adalah untuk menyesuaikan diri kepada budaya barat. Dan ini kita tak sedar. Kita seolah-olah nak menyediakan diri masuk ke institusi dan sistem yang kerap kalinya meruntuhkan jati diri Islam..  

Dan yang peliknya, orang tidak bimbang kalau yang keluar tingkatan enam sekolah biasa tak boleh baca Alif Ba Ta. Nak masuk sekolah tahfiz pun payah sebab tak kenal huruf walaupun tamat tingkatan enam. Benda ni dah berlaku sejak zaman dulu lagi dan  kita tidak sedar.  

Saya cakap kepada seorang sahabat di Syria kenapa kamu ghairah nak buka peluang kepada barat. Saya dah tengok keadaan di negara saya apa yang berlaku. Dia kata mereka pun nak moden. Moden apa? Moden nak tengok anak-anak terbuang di tong sampah. Moden nak tengok anak-anak mati sia-sia kerana terlibat denbgan lumba haram. Itu moden buat apa. Pembangunan sedemikian yang membangun hanya bangunan dan jalan raya. Akhlak runtuh. Akhlak diruntuhkan kerana nak mencantikkan bangunan dan jalan. Sebab itu fikirlah, kerana tak ke mana kita dengan pembangunan sebegitu.  

Kenapa remaja dan kita sendiri sebenarnya cenderung untuk meminati budaya hiburan?

Sebab memang sudah disediakan sejak daripada dulu. Pendidikan dan cara hidup disediakan untuk membolehkan anak-anak bersedia menerima sistem yang menyimpang dari bukan untuk menjadi hafiz atau ulama’. Penyediaan dilakukan untuk membawa masyarakat ke arah keseronokan.  

Kalau kita tengok babak dalam filem Melayu, babak minum arak , berdansa, sejak dari zaman P Ramlee sudah ada.  

Sejak sekolah lagi , anak-anak dibiasakan dengan budaya Barat. Ada sukan gimnastik sampai terkangkang anak-anak diajar guru; sukan renang, jadi separuh bogel. Kita disediakan untuk menerima budaya barat. Mana kita amalkan hukum syariah ? Itu masalah kita.  

Pada pandangan saudara, masalah keruntuhan akhlak ini bagaimana nak diselesaikan?  

Sekarang kita taat pada hukum yang tidak berpaksikan Islam.. Undang-undang yang dimulakan oleh British dahulu. Cuba kita gunakan hukum syariah, saya percaya gejala sosial yang teruk dalam negara dapat dikurangkan sebab kita menyediakan masyarakat untuk ke akhirat. Sekarang kalau membabitkan hukum Allah, ia dikira hak persendirian. Anda hendak buat atau tidak, itu pilihan anda sendiri.Tapi mereka (kerajaan) tak galakkan pun. Itulah masalah sekarang.     Bagaimana kita nak menyedarkan masyarakat?

Islam ini mesti dijalankan bermasyarakat.  Tapi tanggungjawab itu tetap pada diri sendiri. Kita sendiri mesti mulakan dahulu . Contohnya kita dilatih berpuasa sama ada di dalam atau dil luar rumah. Walau di mana pun kita tahu Allah melihat.  

Sebab itu kita kena buat pilihan. Dua sahaja pilihan kita. Sama ada ikut jalan  Allah atau ikut syaitan.Tidak ada jalan tengah. Tidak ada kompromi. Setiap benda yangt berlaku dalam masyarakat dunia hari ini kita kena buat pilihan antara yang benar dengan yang tidak. Gunakan akal.   Islam ini agama untuk yang tahu berfikir. Bukan taat buta tuli. Kalau kita gunakan akal fikiran  baru kita sedar. Kita kena fikir tentang keesaan Allah. Ini yang kita kena ajar anak-anak. Sekarang apa yang diajar kena cari duit banyak-banyak. Bila ikut cara Islam barulah ada keberkatan.    Berbalik kepada dunia hiburan, adakah tidak ada ruang sebenarnya untuk ia menjadi lebih baik?

Boleh kalau industri kita industri yang beriman. Tapi industri kita meniru Bollywood, Hollywood, Hong Kong dan lain-lain. Kita menuju ke arah keruntuhan. Ini yang bahayanya.    Nasihat kepada rakan artis  

Pendek sahaja ; Allah melihat apa yang kamu buat.

Forum Perdana-Kisah dari Penjara untuk renungan bersama (2)

Forum Perdana-Kisah dari Penjara untuk renungan bersama

Kisah (2) dari Singapura 

Ini adalah kisah di penjara Singapura, di ceritakan dari seorang Ustaz  

Ada seorang banduan yang sedang akan menjalani hukuman gantung di Singapura akan menjalani sessi counseling dan belajar agama dari seorang Ustaz yang akan membimbingnya untuk menghadapi hukuman yang akan di jatuhkan padanya. Banduan ini telah di jatuhkan hukuman kerana membunuh dan merusuh, di badan banduan ini penuh dengan tatto di seluruh anggota badannya.

Banduan ini rajin bersolat dan beribadah, imagine kalau orang tahu dia akan mati dah tentu akan berbuat demikian. Dia ada beritahu Ustaznya yang dia ingin menghilangkan tatto sebelum di hukum, tapi memandangkan tattonya di seluruh badan dan susah untuk dihilangkan, Ustaz itu telah menasihati banduan itu supaya jangan risau tentang tatto yang penting hatinya kuat mengingati Allah dan beribadat dengan tekun.

Pada saat hari dia hendak di gantung, dia dengan tenang menyambut ketibaan saat akhirnya. Setelah di gantung, mayat itu di turunkan dari Tali gantung, dan mayatnya telah di bawa pulang oleh anggota keluarganya untuk di uruskan. Pada saat mayat itu hendak di mandikan alangkah terperanjat semua anggota keluarganya dan semua orang yang mengenal nya termasuk Ustaz yang mengajar dia agama, tattoo yang ada di seluruh badannya telah hilang dengan tiada sedikit pun kesan di badannya, Badannya sungguh bersih yang tiada ada sedikit kesan tattoo di seluruh badannya.

Memandangkan kisah ini kita akan termenung sejenak bahawa Allah maha mengampun lagi penyanyang, siapa saja yang ingin bertaubat akan di terima taubatnya.  

Kadang bila di renungkan orang yang baik belum tentu di saat akhirnya dapat hidayah dan mati dalam keimanan, kerana walau pun dia beribadat kuat serta banyak amal jariahnya tapi kalau kita riak dan suka mencemuh orang2 yang jahil dan jahat, atau orang2 yang pernah melakukan maksiat atau apa pun dosa mereka kita tidak harus mencemuh dan menkritik mereka, kerana mungkin di akhir hayat orang-orang seperti ini Allah beri dia petunjuk dan hidayah siapa tahu. Mudah2an kita semua dapat Husnul Khatimah di saat akhir kita, Insyallah Amin.

Wallahualam