gambar di “LAMAN SOSIAL” jadi barang sihir…( muslimah sentiasalah berhati-hati )

~ Dipetik dari  jom tutup aurat dan jaga akhlak (facebook)

Kawan/sahabat saya merupakan ahli perubatan Islam, rakan seguru saya yang sedang belajar di UPSI ( Universiti Penguruan Sultan Idris). Beliau telah terpanggil untuk merawat seorang muslimah yang kerasukan di kolej kediaman. Selepas rukyah dan dibakar JIN yang menganggunya akhirnya ketua JIN muncul.

Maka sesi soal jawab pun bermula dan JIN tersebut akhirnya mengaku kalah.

Apabila diarahkan mengambil barang sihir, ianya amat memeranjatkan semua yang hadir semasa melihat rawatan itu, ketua JIN mengaku barang sihir tersebut adalah gambar yang diambil di dalam laman “FACEBOOK”.

Sahabat saya menyuruh JIN meninggalkan badan muslimah itu. Kemudian ibu bapa pelajar itu datang untuk bawa berubat di kampung halamannya. Mudahan pelajar itu cepat sembuh. Semoga pembaca budiman dapat ambil pengajaran daripada pengalaman perubatan Islam ini. Berhati-hati memuat naik (upload) gambar di laman web sama ada FB, MS, Twitter dan seibu bapanya. Semoga Allah lindungi kita dari syiatan yang dilaknat dan kita janganlah mencari penyakit..

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda :
“Janganlah kamu mencampakkan dirimu ke lembah kebinasaaan”

______________________________________________________________________________________

MASUKNYA JIN KEDALAM TUBUH MANUSIA

Jin boleh merasuk dan masuk ke dalam diri manusia dengan berbagai-bagai cara dan manusia yang mengunakan khidmat Jin untuk melakukan pengkhianatan kepada manusia lain pun melalui berbagai cara.

Sebagaimana sebuah Hadis Rasulullah s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Sayidah Syafiyyah binti Huyay , bahawa Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya :

” Sesungguhnya Syaitan ( Jin ) itu berjalan dalam tubuh anak Adam sebagaimana darah yang mengalir dalam tubuhnya “.

Dari Hadis di atas jelaslah bahawa Jin dapat masuk kedalam tubuh badan manusia dan terus sampai ke urat nadi dan darah manusia. Jin dapat berjalan dalam tubuh manusia seperti arus eletrik mengalir dalam kabel penyalurnya. Jin juga dapat menguasai manusia sehingga ia dapat menimbulkan perkelahian sesama manusia, manusia kehilangan ingatan, hilang daya kemahuan dan kesedaran dan lain-lain lagi.

Jin boleh memasuki badan manusia samada di pinta sendiri oleh manusia atau tanpa di sedari oleh manusia itu sendiri. Jin mendampingi dan memasuki manusia melalui salah satu cara yang berikut.

ANTARANYA :

Melalui Khadam atau manusia itu sendiri menjadikan Jin sebagai sahabatnya.

Melalui ” saka Baka ”

Melalui Sihir yang di lakukan oleh manusia lain ke atasnya.

Kerana manusia itu sendiri lalai dari mengingati Allah atau melakukan perkara-perkara yang di larang oleh Allah, bererti mendekatkan diri untuk di kuasai oleh Jin dan Iffrit.

Melakukan kejahatan terhadap Jin tertentu seperti menjatuhkan sesuatu benda berat di sesuatu tempat yang ada Jin, tanpa menyebut nama Allah sehingga menyebabkan kematian anak Jin.

Kerana adanya Jin lelaki yang jatuh cinta kepada seorang perempuan yang suka bersolek atau wanita-wanita yang suka keluar rumah untuk memperlihatkan kecantikkannya dan tidak memakai tudung serta suka mendedahkan aurat.

Melalui pengamalan jampi serapah, doa dan ayat-ayat tertentu yang boleh mendatangkan Jin.

Apabila telah memasuki badan manusia, walau dengan apa cara sekali pun Jin tersebut akan mendiami salah satu tempat berikut di anggota tubuh badan manusia. ( walaupun mereka bebas bergerak-gerak dalam badan manusia )

CARA MENGUSIR GANGGUAN JIN

Cara yang digunakan oleh Rasulullah SAW untuk mengusir gangguan Jin

Melaknat Iblis dengan Laknat Allah SWT.
Ditepuk punggungnya dan berdoa yang ertinya ” Keluarlah kau wahai musuh Allah dan Aku Melaknat-mu dengan Laknat Allah”
Membaca Ayat2 Ruqyah : Al-Fatihah, Al-Baqarah 1-4, Al-Baqarah 163-164, Al-Imran 18, Al-Hasyr 1-3,Ash-Shaffat 1-10, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas.

Cara selepas Zaman Rasullulah SAW

Zaman Imam Ahmad: Membaca Al-Fatihah, Al-Hasyr 1-3, Ash-Shaffat 1-10, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas. Dituliskan, dicelupkan serta diminumkan airnya.

Membacakan Ruqyah pada orang yg terkena gangguan jin.

Hal dalam menangani gangguan Jin.

Langkah-langkah Pencegahan Mengikuti Perintah dan Menjauhi larangan Allah SWT serta mengikuti Sunnah Rasulullah SAW. Contoh : – Solat Berjamaah 5 waktu di masjid & Solat Sunnat – Tilawah Qur’an – Ta’alim – dsb

sedikit nasihat dari ADMIN: Sekiranya anda ingin meletakkan gambar di laman sosial ini juga…pastikan gambar anda itu tidaklah mendedahkan aurat dan gambar anda itu tidak menampakkan keseluruhan badan…pastikan gambar itu separuh sahaja…kita tidak tahu hati manusia walau pun ia adalah kawan baik kita rambut sama hitam tetepi hati tuhan sahaja yang tahu…jdi sentiasalah berwaspada dengan setiap perbuatan kita…sekian

15 Respons

  1. kita kena amalkan ayat2 ruqyah……

    • saya satu keluarga terkena sihir… sejak thn lepas saya sudah berubat dan beransur baik.. namun sejak akhir2 setiap malam saya kerap batu , dan selalu kena gangguan hantu didalam mimpi dan kadang2 saya terasa seolah2 ada benda mengikuti saya..di pejabat saya sering mendengar surah2 ruqyah…sebelum anak saya pernah muntah darah dan apabila di hospital doktor maklumkan anak saya sihat walafiat.. bagi biar saya terkena seorang jangan keluarga saya…

  2. mohon share…..
    minat sgt dgn blog nie….
    klou nk copy semua artikal lam blog nie tok simpanan pribady boleh????…..
    harap dibenarkan….

  3. nak tanye…sye pljr skolah yg brusia 16taon ….knape sjak kblakangan ini,,,bdan sye mggeletar bile sye tdow xpkai baju dan bile sye bace ayt kursi …menggeletar tadie tros hilang…prkare ini suda kerap bile sye tdo xpkai baju…minta pndangan…plesss

  4. kuck..saye copy psal musllimah sentiaselah berhati2 taw…sye nk share ngan teman2 fb …tme kaseh kuck..

  5. Article yang amat relevan jike di perhatikan pendedahan demi pendedahan laman sosial masa kini. Mohon share, tq

  6. ~Assalammualaikum…..boleh tak izinkan saya copy dan share artikel2 dlm ni dengan rakan2 yg lain?……;)

  7. mohon share ye??terima kasih🙂

  8. as salam…mohon share….time kasih……

  9. Mohon share🙂

  10. saya pinjam article yer, utk diletakkan dlm fb, supaya kaum muslimah lbh berhati2….

  11. thanks a lot

  12. Mohon share yer…Tima ksh(“;)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: