CERMIN DIRI SENDIRI…

Daripada Abu Hurairah r. a, bahawasanya Rasullullah SAW telah bersabda, maksudnya:

“Jika ada seseorang berkata: “Orang ramai sekarang ini sudah rosak”, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka.” H. R. Muslim

Penerangan Hadis: Iman Nawawi ketika menulis hadis ini dalam kitab Riyadhus Shalihin, beliau memberi penjelasan seperti berikut:

“Larangan semacam di atas itu (larangan berkata orang ramai sudah rosak) adalah untuk orang yang mengucapkan sedemikian dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri (‘ujub) sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasa dirinya lebih mulia daripada mereka. Maka yang demikian ini HARAM”.

“Adapun orang yang berkata seperti itu kerana ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat yang di alami oleh mereka dan timbul daripada perasaan cemburu terhadap agama, maka perkataan ini tiada salahnya”.

Hadis ini boleh menjadi peringatan kepada kita semua semasa membincang dan menghuraikan masalah-masalah umat Islam sekarang ini. Maka apabila kita membincangkan masalah-masalah umat Islam dewasa ini maka janganlah kita merasa ‘ujub dengan diri kita sendiri, bahkan hendaklah kita menegur diri kita masing-masing dan jangan suka menuduh orang lain.

Walaupun hal kerosakan moral umat Islam dewasa ini diketengahkan biarlah pendedahan itu dalam bentuk yang sihat, dengan perasaan yang penuh belas kasihan dan rasa cemburu terhadap ugama, bukan dengan perasaan bangga diri dan memandang rendah kepada orang lain.

Tidak salah membincangkan kerosakan yang berlaku, namun jangan sampai menganggap diri kita ‘perfect’ dan orang lain tidak setanding dengan kita.

Mudah-mudahan ALLAH swt. dengan limpah kurnia Nya memberikan kepada kita rahmat, taufiq dan hidayah. AMIN

Riwayat: Muslim

 

11 Respons

  1. Salam…

    Every entries of yours really touches me. And i thank you so much for your efforts. For your info. i copied this particular entry to share on my Facebook, because i think its really good to let all my friend list know this. I hope you don’t mind. May Allah SWT will always bless us. Thank you…

    * i did mention your website as the source on my Facebook 🙂

  2. salam ukwah,truskan perjuangn dakwah ukhti..dont give up.

  3. assalamualaikum.

    “Jika ada seseorang berkata: “Orang ramai sekarang ini sudah rosak”, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka.” H. R. Muslim

    Sepatutnya hadis ini buat yang berkata itu bangkit
    untuk baiki kerosakan tersebut, menyumbang mengikut kemampuan yang ada bukan merasa aku dah ok dah. sbb kena ingat bila Allah turunkan bala
    semua sekali kena tidak mengira yang taat atau yg engkar. wallhuallam

  4. bagus pos ni..jom kita sama-sama renungkan dan memperbaiki…kebanyakan kita lebih suka menilai salah org lain dari menilai salah diri sendiri.

  5. Smoga tuhan juga mberi sy cahaya penyuluh kbenaran dn merahmati sepnjang hayatku mjadi sbhagian insan2 dredhainya.. Sesunggh hambamu ini ingin dn semahu2nya meninggalkn khidupn yg dihina &dilaknatimu.. Berilh hambamu yg penuh dosa2 ini peluang menikmati seorg insan yg hidup dn matinya kerana allah yg maha esa.. Amin..

  6. Alhamdulillah. Sy dpt memenafaatkan tulisan anda.

  7. syukur alhamdullilah saudari di atas tulisan ini byk perkara x nampak yg dpt kite selesaikan dan jdkan ikhtibar.. minta utk share tulisan saudari di atas ke laman facebook sy. tq..;p

  8. Satu perkongsian ilmu yang menarik dan bermanfaat. Kepada “Sue” teruskan usaha memaparkan informasi mendidik jiwa @ rohani ke arah sesuatu yang lebih baik dan terkesan.. Mudah-mudahan Allah memberkati usaha anda..

  9. salam saudari penulis..terima kasih kerana awak kreatif menyediakan blog berunsur kesedaran untuk orang ramai. Saya ingin berkongsi suatu cerita. Saya rasa serba salah. Saya sebenarnya sedih jika hamba Allah mengatakan perkara buruk mengenai saudara Islamnya sendiri. Saya tidak tahu macam mana nak mengertikan keikhlasan seseorang. Setiap pertolongan yang diberikan olehnya die akan menyebut semula kebaikan yang dilakukan terhadap saya kepada orang ramai. Die sering berkata dia ikhlas menolong saya tetapi pada masa yang sama die bercakap semula pada kawan saya dia menolong saya kerana terpaksa. Saya anggap die seperti seorang adik. Walaupun saya tahu setiap keburukan die tapi saya lebih suke diamkan hanya kerana saya menjaga aib die. Tapi kini saya tidak tahu puncanya die menghasut semua orang supaya membencikan saya. Malah,amalan saya melakukan solat tahajud pun menjadi beban pada dia dan menuduh saya tunjuk alim. Sedangkan amalan itu sudah saya amalkan sejak saya seorang pelajar.Sehingga dia menyelidik setiap kelemahan saya,kemudian dihebahkan pada semua orang. Bila berdepan dengan saya dia seorang yang sangat baik. Bila saya nak lakukan solat dhuha di pejabat pun saya terpaksa pastikan die tiada coz saya tak nak niat saya disalahtafsir. Kawan – kawan yang kasihan melihat saya selalu berkata dia sering memburukkan saya. Tapi pada saya..saya hanya tersenyum dan berkata biarlah..walau dalam hati saya sangat sedih.kerana dalam apa jua aktiviti saya akan dahulukan dia. Saya tak pernah balas balik apa yng dia lakukan. malah bile diminta pertolongan dengan rasa senang hati saya hulurkan bantuan. Saya hanya berdoa moga Allah bukakan hati dia dan dia sedar bahawa sesuatu kebajikan itu tidak menjadi ape2 jika tidak dihadirkan hati yang ikhlas. Kepada pembaca-pembaca blog ..ingatla..bukan manusia yang menilai kebaikan kita tetapi Maha Pencipta yang Maha Tahu isi hati kita. Bila nak mengatakan sesuatu yang buruk mengenai saudara kita..renunglah dahulu keburukan kita. kita semua tidak sesempurna para Kekasih Allah..jadi janganlah terlalu ujub dan takbur dalam berikan bantuan. Jika benar kita ikhlas hati kita akan rasa lapang bile melihat saudara kite tersenyum..

  10. mohon saya sharte di fb saya..tq

  11. thanks for sharing

Tinggalkan komen