Kecantikan manusia diukur dari sudut mana?

 

 

Secara kebetulan terjumpa dengan kawan sekolah menengahku semasa berumur 13 tahun. Dia mencari bas utk balik rumah, tapi tak sangka dalam bas yg sama aku sedang duduk didalamnya. Dia terkejut terpandang aku. secara sepontan dia cakap “macam kenal…” beberapa minit aku pehati dia sambil senyum dan akhirnya dia sebut namaku.. terus je dia naik dlm bas dan mula lah cerita balik zaman sekolah menengah kami yg ketika itu kami baru dalam tingkatan satu. Satu persatu dia sebut nama-nama budak yg famous ketika zaman kami. dan yg buat aku terkejut bila kawan tadi berbisik ketelingaku.. “ ko makin cantik lah” aku tergelak masa dengar dia cakap..

Syarida, mang tak pernah berubah. Masa aku kenal dia ketika 13 tahun sehingga berumur ni mang masih perangai seperti dulu.. orangnya jenis mulut lepas tapi sepanjang aku kenali dia, sememangnya dia adalah kawan yg baik. Tak pernah membuat aku sakit hati, malah byk membuat aku tersenyum. ketika itu aku lewat masuk kelas. Pada asalnya mak ayah tak mahu teruskan sekolahku sebab aku ada penyakit asma yg kritikal. Jika asma datang mang berbulan-bulan aku duduk rumah. Tapi Allah sayang aku dan ingin aku menjadi seorang manusia yg berguna dan tahu menggunakan ‘akal’ maka aku diberi peluang sambung belajar. Ayah yg mula tak mahu aku sambung sekolah akhirnya berlembut hati biarkan aku sekolah. Aku masuk lewat dan persekolahan sedang bermula. Aku tak kisah, biarlah aku lewat masuk sekolah, janji aku dapat teruskan. Beberapa hari semenjak jejak kaki ke sekolah menengah, aku tersentak dan sangat sedih bila ada 3 atau 4 orang yang selalu menghina aku. Ketika itu aku gemuk, tinggi dan gelap sehingga tahi lalat dimuka ini pun mereka kira (Alahai, ada jugak manusia macam tuh), muka pun tak lawa, malah baju pun lusuh.. aku tak kisah sebab aku mang orang yg susah. so buat apa nak berpakaian mewah sedangkan reality adalah anak yg susah. Tak perlu susahkan mak ayah. Orang yg selalu menghina aku yang tak lawa ni adalah budak-budak yang famous ketika itu. Mang sedih gak, dalam umur 13 tahun sememangnya aku tak tahu nak jaga muka, mahupun penampilan. Aku hanya menjadi Bahan gelakan budak-budak itu dan membuatkan aku berubah kepada seorang yg pendiam, jarang betegur sapa kecuali kawan-kawan yg dapat terima aku dgn baik, tak suka bergaul dengan orang lain, tak rapat dengan cikgu dek kerana rasa diri ini terlalu hodoh. Aku bersabar dgn karena orang sekeliling, yg penting aku terus belajar dan aku mang simpan dalam hati akan sambung belajar hingga ke menara gading. Orang Nampak aku tak cantik tak apa, tapi ilmu yg tinggi boleh buatkan orang lain juga akan hormat padaku.

Ekoran dari kejadian itu, aku semakin menjadi low profile masa study di university. masa tuh aku agak risau sebab untuk stay dalam kolej kediaman aku kenal aktif. Marit setiap semester akan dikira. Kalau tak aktif, alamat kena tendang Dari kolej kediaman. Nak duduk luar kampus sememangnya rumit.. aku betul-betul tak pandai nak suaikan diri untuk bergaul pada orang, takut kejadian semasa tingkatan akan berulang semula. Cuti semester aku tak pernah balik kg, kerja dalam kolej kediaman. Alhamdulillah, masa kerja dalam kolej kediaman kesayanganku itulah berubah semuanya. Kenal dengan geng-geng otai kolej banyak ubah aku menjadi orang yang lebih berkeyakinan. Malah aku jugak selalu pegang jawatan dalam persatuan. Dari orang yang pendiam, aku menjadi orang yg mudah mesra.

Bertemu semula dgn syarida membuatkan aku sangat rindu zaman sekolah masa tingkatan satu. Bukan rindu dek hinaan orang-orang yang cantik lagi famous tapi rindu pada kawan-kawan yg dapat terima aku dgn baik. Sepanjang jumpa, tanganku asyik pegang tangan dia. Tak habis-habis dia bercerita kenangan zaman lepas. Masa tuh aku berfikir, ketika aku baru nak kenal zaman remaja aku selalu dihina kerana tak cantik, tapi sekarang dah dewasa ni ramai plak kawan-kawan yg iktiraf dan hormat aku. Tak pernah lagi aku dengar ada orang yang menghina aku ni gemuk, tinggi dan gelap. Mungkin kerana fizikal ku sekarang ni berlainan banding ketika umurku 13 tahun. Namun, aku tak simpan dendam pada mereka yg selalu menghina aku suatu ketika dulu. Dah lama aku maafkan. Lagipun masa tu umur terlalu muda, mungkin mereka tak gunakan ‘akal’ ketika bercakap sebab mengejar nak famous dan berlumba-lumba untuk digelar pelajar cantik.

Kecantikan… adakah kecantikan seseorang terletak pada rupa paras? terletak pada bentuk fizikal? terletak pada warna kulit seseorang? atau terletak pada kedudukan keluarga yang kaya dan disegani?

Bagi aku, kecantikan sesorang terletak pada AKHLAK…

Jika akhlak cantik, maka cantik jugalah tutur kata.

Jika akhlak cantik, maka cantik juga pergaulan

jika akhlak cantik, maka ilmu juga cantik

jika akhlak cantik, maka darjat di sisi Allah juga tinggi

jika akhlak cantik, maka hatipun cantik

Bukankah akhlak mencerminkan kecantikan seseorang… sebab itu juga Rasulullah menyuruh kita setiap kali mengadap cermin ucaplah “Segala puji hanya bagi Allah, Ya Allah sepertimana engkau cantikan wajahku, maka cantikan juga akhlak ku”…

Jangan pandang kecantikan rupa paras seseorang, kerana ianya akan pudar. Tapi pandanglah pada akhlak, ilmu dan amal seseorang kerana akhlak yg baik akan menyelamatkan diri dari fitnah dunia, ilmu yg tinggi dapat menyelamatkan diri dari kegelapan kejahilan dan amal yang istiqamah akan dicintai Allah.

7 Respons

  1. Shira,

    Mohon print ye sebab akak nak bg anak akak baca, dia 12 tahun, self esteem rendah sgt tak macam kakak dia, selalu akak nasihat dia tp maybe dgn tulisan shira ni dia “buka” sikit minda.. anak akak ni kulit gelap sikit dr kakak dia tp to me, she is pretty dan yg penting dia suka tolong mama dia

    • salam akak..

      boleh, blogs ni pun untuk para pengunjung..
      andai ada yg dpt dijadikan teladan n panduan, Alhamdulillah..
      andai hanya dijadikan bahan bacaan ringan pun takpe..
      yg ptg, blogs ini bkn utk dijadikan tempat ‘penyebar dosa’..

  2. salam…. terasa mcm sy time skolah dulu2… 😉 seft esteem rendah giler time tuu…huhu. Alhamdulillah, skrg sy agak confident sket biler bergaul dgn org sekeliling..(tu pun, confident tu sket2 datang time amik degree dulu….) Sy still try to improve myself continuously…. InsyaAllah.. 🙂

  3. assalam..

    xper… lama2 ok jgak tuh… yakin pd diri, yg Allah beri hambanya KELEBIHAN n kelemahan.. so, jgn telampau pandang kelemahan sbb akan jadikan kita insan yg x bersyukur tapi jgn plak asik pandang KELEBIHAN yg ada pd diri, sbb ia dpt menjadikan kita org yg ‘takabur n riak’… kelebihan yg ada tuh kita ucap Alhamdulillah sbb pujian tuh hanya layak utk Allah so kembalikan segala pujian utk-NYA…

  4. bagus coretan and cerita awak ni..coz saya dulu masa sekolah pun seorang yang gemuk dan hitam. mama saya seorang yang putih.saya selalu kena ejek dek kawan-kawan lelaki yang gelar saya monster.Alhamdulillah..selepas tamat sekolah menengah saya dapat menyambung pelajaran ke IPTA.setelah sekian lama tak berjumpa,kawan-kawan yang pernah mengejek saya terkejut melihat saya sudah kurus dan kulit bertambah cerah.kecantikan sebenar terletak pada hati dan akhlak..malahan senyuman ikhlas pun sudah menggambarkan peribadi seseorang.

  5. Akhlak yng mulia akan menggambarkan keperibadian seseorng..brsyukur atas nikmat yng allah berikan..

  6. Assalammualaikum kak,
    mohon share kak nak paste kat fb. Sebagai tazkirah pada anak-anak murid,teman2,adik beradik dan diri sendiri

Tinggalkan komen