Konsert Inul Daratista di Malaysia DILULUSKAN!… Apa sudah jadi???

 

Bantahan Konsert Inul Daratista di Negara Malaysia! 

Baru-baru ini terbaca dlm akhbar tentang isu artis ‘penari porno’ yg terkenal tu. Mungkin gelaran ini sangat kejam tapi hakikat sebenar sememangnya gelaran itu yg paling sesuai utk artis Indonesia yg terkenal tu. Yang menjadi tanda Tanya dalam kepala ni, mengapa konsert artis bergelar ‘penari porno’ tu diluluskan dengan mudah dan akan mengadakan konsert dekat Tawau kemudian ke Keningau. Melalui petikan risalah yg aku baca mengatakan konsert ‘susulan’ akan dibuat pada JULAI ini…

Di mana keprihatinan pemimpin Negara? Sepatutnya konsert Inul DI BAN di Negara ini, bukan diluluskan. Negara kita ni antara Negara Islam, walaupun pelbagai kaum tapi islam adalah agama rasmi Negara kita.

ANGKUHNYA artis ini!……. “Saya masih akan buat gelek gerudi kerana ia bukan criminal. Goyangan itu bukan lucah tetapi apa yang dilakukan itu lebih attractive. Selain gelek gerudi, saya juga akan melakukan goyangan-goyangan yang lain juga.”

“Kami Berjaya mendapatkan PERMIT untuk semua pertunjukkan kali ini TANPA BANYAK BIROKRASI. Jika tiada aral melintang, konsert susulan akan diadakan pada bulan Julai ini.” kata Nick Jordan, salah seorang penganjur Apex Event Network.

Menghairan juga! dengan mudah konsert yang berunsur lucah seperti itu diluluskan tanpa menghadapi banyak persoalan. Apalah nak jadi dengan Negara kita ni, yang amat merisaukan setiap hari mata kita dijamu dengan topik  ‘buang anak’ dekat akhbar-akhbar tempatan. Tidak terfikir langsungkah orang-orang yg terlibat dalam MELULUSKAN konsert Inul di Negara kita ni fikir akan impak yg besar akan dihadapi kelak. Semakin ramailah pemuda dan pemudi hanyut. Siapa yang yakin konsert Inul ini tidak mendatangkan ghirah pada lelaki yg melihatnya??? Siapa pula yang yakin konsert Inul ini tidak membawa kepada seks rambang selepas selesainya konsert??? dan siapa pulak yang yakin bahawa tiada berlakunya kes ROGOL selepas menyaksikan konsert Inul ini???

Dari segi pemakaian Inul sudah cukup mendatangkan impak yg sangat besar pada hati lelaki-lelaki yang liar hatinya, ditambah dengan tarian yg sememangnya berunsur LUCAH akan bertambah ramailah penginapan, hotel dan taman2 yg sepi jadi pelepas nafsu gila. Kesannya, lahirlah bayi yang tidak cukup sifat… kemudian dibuang tanpa rasa belas kesian.

Cukuplah berapa ramai bayi yg tidak berdosa menjadi mangsa keadaan. sepatutnya konsert Inul PERLU DIHARAMKAN di Negara kita ini. Tolonglah!!!!!! para pemimpin Negara, cuba fikir tentang kesan pada anak bangsa. Keruntuhan akhlak anak-anak bangsa adalah lebih penting dari hadirnya Inul di Negara ini. Berbaloikah jika kedatangan Inul hanya membawa kepada peningkatan kes rogol, maksiat, seks rambang dan ‘buang anak’ di Negara ini. Para bijak pandai Negara, tolonglah fikir kesan pada anak bangsa sebelum meletakkan sesuatu keputusan, lebih-lebih lagi konsert hiburan seperti konsert Inul yang sudah SINONIM dengan gelaran ‘porn dance’.

5 Respons

  1. Jika semua umat islam dapat dididik dengan iman pasti konsept seperti ini akan gagal. Ramai yang menentang dan pihak penganjur akan batalkan. Senjata kita adalah doa. Doa agar pengajur diberi hidayah dan iman, doa agar pihak kerajaan menarik balik kebenarannya.

    • salam ust…

      ntahlah..kekdg sedih gak dgn negara kita masa kini… nak sgt maju n mencontohi kemajuan negara2 yg dah berstatus MAJU, sehinggakan budaya pun nak ditiru semua. Anak muda mudi yg menjadi mangsa keadaan yg hnyut dibawa arus kemajuan yg dicipta oleh org2 yg nak sama level dgn negara barat. semakin lama semakin berkurang dan hilang harga diri dlm hati setiap warga muda, warga tua pun tak tertinggal nak turut serta tanpa ingat kubur dah melambai2…. inilah arus kemajuan yg dikejar!

      kalo dulu2, konsert penari gelek gerudi tuh mang diharamkan masuk malaysia utk buat konsert tp sekrng ni mudah plak. Apa nak jadi dah dgn negara kita ni. patutnya konsert berunsur lucah tuh kena BAN terus, bukan meluluskan. nampak sgt rakyat kita ni dahagakan hiburan yg menghairahkan… nauzubillah, moga diri ini tidak termasuk dari golongan2 yg rugi itu…

  2. Syukur Alhamdulillah,
    akhirnya konsert Inul tuh berjaya dibatalkan. Terima kasih pada badan2 yg telah bekerja keras dlm bantahan konsert tersebut… dlm hati rasa lega, terbaca plak komen dan kritikan dari seorg hamba Allah tentang bantahan konsert Inul… komen yg agak ‘keras’ mgkin bg saya je…

    blogs ini adalah RUMAH SAYA, so segala komen saya berhak utk menapis terlebih dulu.

    ~~~~~~~//~~~~~~~~~~~//~~~~~~~~~~~~

    Bila difikir secara waras, kelihatan golongan ini cuba menampilkan diri di mata masyarakat dengan menggunakan isu sensasi ini agar nampak kewujudan mereka di sana.

    Walhal sebelum ini, semua pihak hanya mendiamkan diri terhadap kewujudan tempat-tempat yang ternyata lebih memberi kesan negatif terhadap pembangunan sosial di Sabah dan Sarawak.

    Apa bezanya konsert INUL, konsert AF, konsert ROCK atau apa saja bentuk hiburan di tempat yang terbuka.. Semua konsert sama saja, yang menjadi perbezaannya adalah KONSERT INUL amat SENSASI. Lebih panas! Lebih Erotis!

    Pada penilaian saya, majoriti rakyat tidak menolak konsert Inul. Yang memprotes hanyalah sebahagian kecil pemimpin NGO dan PAS.

    Rakyat tempatan lebih menolak kewujudan Kelab Malam, aktiviti pelacuran dan rumah urut di Sabah. Tetapi, kenapa tidak diprotes oleh PAS dan NGO? Sebab ianya tidak sensasi. Tidak masuk newspaper.

    Itu pandangan saya, ok.

    Pihak-pihak yang membantah konsert inul yang dikatakan berunsur maksiat, saya cabar kalian bantah aktiviti pelacuran di Kampung Air. Juga kelab-kelab malam di seluruh Sabah. Tidak ketinggalan rumah-rumah urut di segenap daerah Sabah.

    Saya juga cabar kalian protes dengan cara yang sama, agar Majlis Daerah tempatan menarik semula lesen perniagaan arak, lesen rumah urut dan apa saja lesen yang menggalakkan aktiviti maksiat di sana.

    Saya benar-benar mencabar pihak terbabit, sekiranya kalian benar-benar ‘Amal Maaruf Nahi Mungkar’..

    Jangan hanya pandai memilih isu. Kalian bijak menggunakan isu sensasi untuk populariti.

    Jangan hanya pandai memilih isu. Kalian bijak menggunakan isu sensasi untuk populariti.
    ka_islabonita@yahoo.co.uk
    laislabonita

    ~~~~~~~~~//~~~~~~~~~~~~~~//~~~~~~~~~~~

    komen yg berbunyi sgt tidak puas hati diatas bantahan konsert Inul….

    Ada apa pada Inul??
    “Pada penilaian saya, majoriti rakyat tidak menolak konsert Inul”…
    itu pada pandangan awak, bukan pada pandangan org lain. Pada pandangan saya sndiri sememangnya saya tolak 100% konsert Inul yg sejak sekian lamanya sudah sinonim dgn tarian ‘gelek-gerudi’… yg lebih dikenali dgn ‘porn dance’…

    “perbezaannya adalah KONSERT INUL amat SENSASI. Lebih panas! Lebih Erotis!”….
    awak sndiri yg tahu bezakan konsert Inul dengan konsert artis yg lain, dan ckp LEBIH PANAS! bukankah dari kata2 itu je dah gambarkan bagaimana keadaan org2 yg menonton tarian Inul itu, yakinkah xde yg lalai?? dan yakinkah xde syahwat yg terangsang bila lihat tarian yg sgt menghairahkan dari artis tersebut???

    bagi saya…. bantahan konsert ini sudah berjaya dan saya ucapkan terima kasih pada badan2 yg telah terbabit… tak perlu pertikaikan niat mereka. mereka buat apa yg perlu sbb bukan je badan NGO, PAS tapi puteri UMNO Kalabakan juga adalah badan yg bekerja keras dlm bantahan konsert ini… mengapa kita perlu pertikaikan hasil kerjasama mereka… seharusnya, bersyukur sbb hasil kerjasama ini maka konsert tersebut berjaya dibatalkan…

  3. Alhamdulillah..
    sy amat berpuas atie ngan bdan2 yg brtggungjwb dlm usaha m’btalkn konsert tersebut..
    Syukran kasira a’laikum…

  4. Bukan sahaja remaja kita yang lalai,bahkan ORANG TUA lebih lalai.Apa lagi jika lihat seluar vs Baju VS ketiak inul.SEMUA akan tenggelam melamun macam mana aku dapat p’puan ini.Yang Tak dapat Tahan nafsu akan terjebak ke maksiat perhotelan,rogol,mungkin terliur anak sendiri.KERAJAAN NEGERI DAN PERSEKUTUAN harus peka terhadap gejala ini.Terima Kasih NGO kerana NGOlah yang berusaha dalam PEMBATALAN KONSERT INI.

Tinggalkan komen