Kisah Rabiatul Adawiyah

AsSalamualaikum…

Buat semua pengunjung blogs ini, saya ucapkan terima kasih yg tak terhingga sbb sentiasa menjenguk blogs ini walau ia hanya blogs yg sgt2 tidak sempurna… penuh kelemahan spt kelemahan saya sendiri..

terima kasih juga buat ‘seroja77 ~ Serojapagi77@yahoo.com.my’ sbb membuka balik minda saya ini utk merujuk semula tentang kisah ‘rabiatul adawiyah’…. saya sendiri banyak kali membaca dari buku mahupun laman2 web islamik tentang sufi mulia itu… malah pernah mendengar ceramah ust zawawi yusuf tentang kehidupan Rabiatul Adawiyah sebelum jadi sufi… apa yg saya baca dan dengar itulah yang saya masukkan dalam blogs ini suatu ketika dulu… dan semalam tergerak hati untuk berbincang semula tentang ‘kisah rabiatul adawiyah’ ini dgn ust.shauqi dan ust abu basyer sbb saya sendiri naik keliru, terlalu banyak versi yg ada samada diterbitkan didlm buku mahupun dlm laman2 web islamik yg lain..

ini adalah ulasan2 dari ust. abu basyer dan ust shauqi.. sama2 kita jadikan panduan..

Abu Basyer
waalikumusalam, apa khabar semoga sihat wal afiat.
Mengenai cerita dan kehidupan Rabiatul adawiyah memang ada banyak jalan ceritanya, tetapi ada pula cerita yg ganjil dan luar biasa, ustaz bimbang cerita tersebut adalah rekaan hendak menunjukkan kehebatannya . mugkin cerita2 seperti ini benar dan mungkin tidak. Untuk kita tidak menyempang jauh lebih baik kita menganggap rabiatul adawiyah adalah wanita solehah yang hubungan hatinya dengan Allah adalah kuat dan mantap . Selebihnya itu kita biarkan saja tak perlu diulaskan. waullahualam.

Ustaz  Shauqi

waalaikumsalam….

Cerita rabiatul adawiyah ni ada pelbagai versi. Versi yang menyatakan bahawa pada zaman mudanya beliau seorang penyanyi dan minum arak… then baru bertaubat kepada allah adalah cerita yang dibawa oleh golongan orientalis. Lalu cerita seumpama ini difilemkan.

Hakikat yang sebenarnya, rabiatul adawiyah lahir dalam keluarga yg bertakwa kepada Allah dan rabiah sendiri sejak kecil menghafaz al-Quran serta bertakwa kepada allah. Jadi kehidupan rabiah sejak kecil hingga dewasa tidak mengandungi unsur maksiat sebaliknya dia memfokuskan pada ibadat kpd allah.

wallahu’alam
P/S ~ Yang baik itu dtgnya dari Allah, sedang yg kurang dan lemah itu dtg dari kelemahan saya sendiri..  sama2 jadikan ia sebagai panduan hidup… 

CERMIN DIRI SENDIRI…

Daripada Abu Hurairah r. a, bahawasanya Rasullullah SAW telah bersabda, maksudnya:

“Jika ada seseorang berkata: “Orang ramai sekarang ini sudah rosak”, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka.” H. R. Muslim

Penerangan Hadis: Iman Nawawi ketika menulis hadis ini dalam kitab Riyadhus Shalihin, beliau memberi penjelasan seperti berikut:

“Larangan semacam di atas itu (larangan berkata orang ramai sudah rosak) adalah untuk orang yang mengucapkan sedemikian dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri (‘ujub) sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasa dirinya lebih mulia daripada mereka. Maka yang demikian ini HARAM”.

“Adapun orang yang berkata seperti itu kerana ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat yang di alami oleh mereka dan timbul daripada perasaan cemburu terhadap agama, maka perkataan ini tiada salahnya”.

Hadis ini boleh menjadi peringatan kepada kita semua semasa membincang dan menghuraikan masalah-masalah umat Islam sekarang ini. Maka apabila kita membincangkan masalah-masalah umat Islam dewasa ini maka janganlah kita merasa ‘ujub dengan diri kita sendiri, bahkan hendaklah kita menegur diri kita masing-masing dan jangan suka menuduh orang lain.

Walaupun hal kerosakan moral umat Islam dewasa ini diketengahkan biarlah pendedahan itu dalam bentuk yang sihat, dengan perasaan yang penuh belas kasihan dan rasa cemburu terhadap ugama, bukan dengan perasaan bangga diri dan memandang rendah kepada orang lain.

Tidak salah membincangkan kerosakan yang berlaku, namun jangan sampai menganggap diri kita ‘perfect’ dan orang lain tidak setanding dengan kita.

Mudah-mudahan ALLAH swt. dengan limpah kurnia Nya memberikan kepada kita rahmat, taufiq dan hidayah. AMIN

Riwayat: Muslim

 

Kecantikan manusia diukur dari sudut mana?

 

 

Secara kebetulan terjumpa dengan kawan sekolah menengahku semasa berumur 13 tahun. Dia mencari bas utk balik rumah, tapi tak sangka dalam bas yg sama aku sedang duduk didalamnya. Dia terkejut terpandang aku. secara sepontan dia cakap “macam kenal…” beberapa minit aku pehati dia sambil senyum dan akhirnya dia sebut namaku.. terus je dia naik dlm bas dan mula lah cerita balik zaman sekolah menengah kami yg ketika itu kami baru dalam tingkatan satu. Satu persatu dia sebut nama-nama budak yg famous ketika zaman kami. dan yg buat aku terkejut bila kawan tadi berbisik ketelingaku.. “ ko makin cantik lah” aku tergelak masa dengar dia cakap..

Syarida, mang tak pernah berubah. Masa aku kenal dia ketika 13 tahun sehingga berumur ni mang masih perangai seperti dulu.. orangnya jenis mulut lepas tapi sepanjang aku kenali dia, sememangnya dia adalah kawan yg baik. Tak pernah membuat aku sakit hati, malah byk membuat aku tersenyum. ketika itu aku lewat masuk kelas. Pada asalnya mak ayah tak mahu teruskan sekolahku sebab aku ada penyakit asma yg kritikal. Jika asma datang mang berbulan-bulan aku duduk rumah. Tapi Allah sayang aku dan ingin aku menjadi seorang manusia yg berguna dan tahu menggunakan ‘akal’ maka aku diberi peluang sambung belajar. Ayah yg mula tak mahu aku sambung sekolah akhirnya berlembut hati biarkan aku sekolah. Aku masuk lewat dan persekolahan sedang bermula. Aku tak kisah, biarlah aku lewat masuk sekolah, janji aku dapat teruskan. Beberapa hari semenjak jejak kaki ke sekolah menengah, aku tersentak dan sangat sedih bila ada 3 atau 4 orang yang selalu menghina aku. Ketika itu aku gemuk, tinggi dan gelap sehingga tahi lalat dimuka ini pun mereka kira (Alahai, ada jugak manusia macam tuh), muka pun tak lawa, malah baju pun lusuh.. aku tak kisah sebab aku mang orang yg susah. so buat apa nak berpakaian mewah sedangkan reality adalah anak yg susah. Tak perlu susahkan mak ayah. Orang yg selalu menghina aku yang tak lawa ni adalah budak-budak yang famous ketika itu. Mang sedih gak, dalam umur 13 tahun sememangnya aku tak tahu nak jaga muka, mahupun penampilan. Aku hanya menjadi Bahan gelakan budak-budak itu dan membuatkan aku berubah kepada seorang yg pendiam, jarang betegur sapa kecuali kawan-kawan yg dapat terima aku dgn baik, tak suka bergaul dengan orang lain, tak rapat dengan cikgu dek kerana rasa diri ini terlalu hodoh. Aku bersabar dgn karena orang sekeliling, yg penting aku terus belajar dan aku mang simpan dalam hati akan sambung belajar hingga ke menara gading. Orang Nampak aku tak cantik tak apa, tapi ilmu yg tinggi boleh buatkan orang lain juga akan hormat padaku.

Ekoran dari kejadian itu, aku semakin menjadi low profile masa study di university. masa tuh aku agak risau sebab untuk stay dalam kolej kediaman aku kenal aktif. Marit setiap semester akan dikira. Kalau tak aktif, alamat kena tendang Dari kolej kediaman. Nak duduk luar kampus sememangnya rumit.. aku betul-betul tak pandai nak suaikan diri untuk bergaul pada orang, takut kejadian semasa tingkatan akan berulang semula. Cuti semester aku tak pernah balik kg, kerja dalam kolej kediaman. Alhamdulillah, masa kerja dalam kolej kediaman kesayanganku itulah berubah semuanya. Kenal dengan geng-geng otai kolej banyak ubah aku menjadi orang yang lebih berkeyakinan. Malah aku jugak selalu pegang jawatan dalam persatuan. Dari orang yang pendiam, aku menjadi orang yg mudah mesra.

Bertemu semula dgn syarida membuatkan aku sangat rindu zaman sekolah masa tingkatan satu. Bukan rindu dek hinaan orang-orang yang cantik lagi famous tapi rindu pada kawan-kawan yg dapat terima aku dgn baik. Sepanjang jumpa, tanganku asyik pegang tangan dia. Tak habis-habis dia bercerita kenangan zaman lepas. Masa tuh aku berfikir, ketika aku baru nak kenal zaman remaja aku selalu dihina kerana tak cantik, tapi sekarang dah dewasa ni ramai plak kawan-kawan yg iktiraf dan hormat aku. Tak pernah lagi aku dengar ada orang yang menghina aku ni gemuk, tinggi dan gelap. Mungkin kerana fizikal ku sekarang ni berlainan banding ketika umurku 13 tahun. Namun, aku tak simpan dendam pada mereka yg selalu menghina aku suatu ketika dulu. Dah lama aku maafkan. Lagipun masa tu umur terlalu muda, mungkin mereka tak gunakan ‘akal’ ketika bercakap sebab mengejar nak famous dan berlumba-lumba untuk digelar pelajar cantik.

Kecantikan… adakah kecantikan seseorang terletak pada rupa paras? terletak pada bentuk fizikal? terletak pada warna kulit seseorang? atau terletak pada kedudukan keluarga yang kaya dan disegani?

Bagi aku, kecantikan sesorang terletak pada AKHLAK…

Jika akhlak cantik, maka cantik jugalah tutur kata.

Jika akhlak cantik, maka cantik juga pergaulan

jika akhlak cantik, maka ilmu juga cantik

jika akhlak cantik, maka darjat di sisi Allah juga tinggi

jika akhlak cantik, maka hatipun cantik

Bukankah akhlak mencerminkan kecantikan seseorang… sebab itu juga Rasulullah menyuruh kita setiap kali mengadap cermin ucaplah “Segala puji hanya bagi Allah, Ya Allah sepertimana engkau cantikan wajahku, maka cantikan juga akhlak ku”…

Jangan pandang kecantikan rupa paras seseorang, kerana ianya akan pudar. Tapi pandanglah pada akhlak, ilmu dan amal seseorang kerana akhlak yg baik akan menyelamatkan diri dari fitnah dunia, ilmu yg tinggi dapat menyelamatkan diri dari kegelapan kejahilan dan amal yang istiqamah akan dicintai Allah.

Mencari kembali sinar kebenaran…

Hari demi hari aku tewas 

Dan kalah dengan perasaan

Semakin hari semakin menjerat sanubari

Untuk berlari dan terus berlari

Mencari sesuatu yang ‘bebas’

Dan jawapan pada seribu persoalan

Demi  memuaskan hati semua pihak

Tanpa fikir dimana langkah kakiku terhenti

Sama ada sedar atau tidak

Kakiku telah terhenti

Dipersimpangan yang salah

Simpang yang berliku, berlopak dan bercabang

Berjalan dan terus berjalan

Walau jalan yang dilalui itu

Sememangnya telah nyata

Jauh terpesong

Dari jalan yang sebenar

Hati penuh gelisah

Terus berjalan demi berjalan

Dan tak tahu dimana garis penamat

Untuk mendapat apa yang diingini

Dalam satu keadaan jalan yang sangat mengelirukan

Lagi curam

Seorang insan

menunjukkan jalan yang sebenar

Untuk aku lalui

Bukan jalan yang aku telah lalui

Dengan hanya berpandukan ‘bisikkan perasaan’

Bukan akal

Lantaran kecewa dan penuh bercelaru

Itulah pertolongan ilahi padaku

Memimpin aku kepada-NYA semula

Dengan perantara insan bernama manusia

hanya teguran

membuatku terbangun dari lena

tersedar dari tindakan tanpa kawalan

Bukankah Allah sayang padaku!

Tidak membiarkan  aku lama terhenti diantara

jalan yang banyak cabang

yang tidak jumpa garis penamat

Jalan yang akan membawaku keluar

Dari Jalan yang selama ini aku perjuangkan

Alhamdulillah

Jalan ke hadapan diteruskan jua

Melangkah demi melangkah

Mencari kembali sinar kebenaran

Meneruskan semula perjuangan

Tersemat kukuh didasar hati

KALAM ALLAH adalah SEGALANYA

Disitulah kedamaian,ketenangan, kegembiraan dan kebahagiaan

Segala pujian kembali pada-NYA….

Salam kpd semua pengunjung Nursyirah.wordpress

Salam kasih sayang utk semua pengunjung…

Ampun maaf kepada pengunjung sama ada yg dah lama dan yg baru je mengikuti perjalanan blogs yg serba kurang ni. Sebagai Penulis blogs ini, saya sekali lagi mohon pada semua pengunjung tolonglah jgn buka aib rumahtangga masing2 dlm blogs ini. Masing2 membuka aib menceritakan keadaan isteri dan suami yg curang, buat maksiat, tak hidup secara islamik, amalkan gaya hidup bebas dan byk lagi mslh rumahtangga. Jika saya menerbitkan segala komen tersebut, bermakna saya lah alat ‘penyebar’ dosa. Sebelum meluah hal2 rumahtangga yg agak sensitif, fikirlah dulu sama ada tempat yg diluahkan itu TEPAT atau TIDAK..

Meluah dlm blogs2 hal dan isu mslh rumahtangga masing2 bukanlah 1 jalan penyelesaian kpd mslh tapi menyebabkan semakin buruk kejadian akan berlaku, dosa pun bertambah juga. Jika ada mslh tak salah meluahkan tapi biarlah pada org yg tepat. Berjumpa dgn ustaz utk minta nasihat atau berjumpa pakar kaunseling. Terlalu byk keluahan yg saya terima sejak kebelakangan ni, semua adalah hal rumahtangga. Sememangnya keluahan dan luahan tidak pernah sunyi, dalam seminggu berpuluhan yg saya terima.

Tak salah jika emailkan mslh tersebut dlm email saya. Tak perlu mencoretkan dlm ‘komen’.. sgt tidak sesuai.. jika terasa dgn kata2 saya mahupun terkilan dgn tindakan saya yg tidak meluluskan komen2 tersebut, saya mohon maaf.

Firman Allah swt dalam Surah An-Nuur ayat 19 bermaksud, “Dan orang-orang yang suka Fahishah (kelucahan) tersebar dikalangan orang-orang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan Akhirat”. Jika dalam ayat ini, orang yang suka kelucahan tersebar itu akan di azab Allah di dunia dan Akhirat, apatah lagi orang yang menyebarkan kelucahan itu sendiri. Dan di dunia juga mereka akan disiksa. Nauzubillah. (Ustaz Halim)

Kilang Dosa & Facebook

Ustaz Zaharuddin ~ Video yg wajar difahami, amat selari dgn beberapa artikel (Dosa2 & Facebook serta Jgn Promosi Dosa) yg pernah saya tuliskan agar umat Islam TIDAK TERSALAH & TERLALAI dalam menggunakan Facebook sehingga menjadi kilang dosanya. Segeralah bertindak sebelum lemas ditenggelami dosa yang tidak terkira banyak…nya. Kita bimbang pahala kita tidak cukup utk mengimbanginya lalu tiada rahmat dari Allah. Na’uzubillah.

p/s ~ Kekadang kita terlalai dgn benda mcm ni… so, perhatikan gambar kita dalam akaun facebook masing2… yg tak lengkap tutupan aurat, harap ‘DELETE’… ada yg sampai letak sehingga beratus gambar… tak perlu publish muka dan gaya2 comel diri tuh, cukuplah sekadar 1 @ 2 gambar untuk tatapan kawan2 lama, mereka pasti kenali kita walau dah berzaman berpisah dan berjauhan.. dan pastikan gambar kita tuh lengkap auratnya… jgn biar kita buat dosa berabad lamanya… ‘delete’ lah gambar yg berpuluh dan ratusan tu… dosa yg ada pun dah banyak, jgn ditambah lagi dalam facebook yg akan berlarutan lamanya melekat dlm diri kita sehinggalah kita amek tindakan sendiri utk ‘delete’…

‘berpesan2 pada kebenaran dan berpesan2 pada kesabaran’

 

Motivasi : Kesan dari Arak, haiwan juga turut dihukum!

 

~~~“~~~“~~~“~~~

PENGERTIAN ARAK

Arak ialah minuman yang memabukkan. Dalam bahasa Arab dinamakan khamar, berasal dari kata khamara ertinya menutupi. Seseorang yang minum arak atau khamar, biasanya ia mabuk, hilang akal fikirannya tertutup jalan kebenaran, dan ia lupakan dirinya dan lupakan Allah.

Minum arak hukumnya adalah haram, sama ada sedikit atau banyak, hukum mabuk atau pun tidak, kecuali ketika darurat, dan arak itu adalah najis ainnya. Firman Allah yang bermaksud :

”Wahai orang-orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor (najis / keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”.

(Surah Al- Maidah ayat 90)

ما أسكر كثيره فقليله حرام
Ertinya : Apa-apa yang banyaknya memabukkan, maka sedikitnya juga haram ( walaupun belum memabukkan) ( Riwayat Ahmad, Tirmizi, Abu Daud : Ibn HIbban : Sohih )

Firman Allah swt :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan setan. Maka jauhilah ( DIHARAMKAN) perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan ( Al-Maidah : 90)

الخمر أم الخبائث
Ertinya : Arak itu adalah ibu kepada kejahatan ( Hadis Hasan : Albani ; Silsilah Ahadith As-Sohihah, 1854)

P/S ~ haiwan juga akan terima balasan dari Allah akibat arak, inikan lagi manusia yg telah diberi  akal sempurna.