Kisah Nabi Idris v.s. Dengan Iblis

Dirujuk dari Ust.  Abu Basyer 

أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

 

Sahabat yang dirahmati Allah,

Iblis akan datang menggoda dan menghasut anak Adam dalam semua peringka. Tetapi Iblis amat sukar untuk menggoda para rasul dan para nabi yang bersifat maksum dan sentiasa didalam pemeliharaan Allah SWT.

 

Iblis berusaha untuk menggoda Nabi Idris a.s. ternyata usaha-usahanya gagal kerana kedatangan Iblis sudah diketahui oleh Nabi Idris a.s. terlebih dahulu.

 

Pada suatu hari Nabi Idris a.s. didatangi seorang lelaki yang membawa sebiji telor. Ketika itu Nabi Idris a.s. sedang menjahit bajunya. Tanpa ucapan salam, lelaki itu terus menegur Nabi Idris, “Wahai Idris, bolehkah Tuhan kamu memasukkan dunia ke dalam telor yang sedang aku pegang ini?”

 

Dengan izin Allah SWT. Nabi Idris tahu dengan siapa dia sedang berhadapan. Lalu berkata Nabi Idris, “Datanglah dekat denganku dan tanyalah apa yang engkau hendak tanya.” Lelaki itu pun mendekati Nabi Idris yang masih sedang menjahit.

 

“Bolehkah Tuhanmu memasukkan dunia ke dalam telur ini?” Lelaki asing itu mengulangi pertanyaannya.

 

“Tuhanku boleh memasukkan dunia ke mana sahaja, jangankan ke dalam telur yang engkau pegang itu, bahkan Dia boleh masukkan dunia ke dalam lubang jarum yang aku pegang ini.” kata Nabi Idris a.s.

 

Kemudian dengan pantas sekali baginda bingkas mencucuk mata lelaki itu dengan jarum yang ada di tangannya. Terperanjat lelaki asing itu dan dia tidak sempat berbuat apa-apa. Kelam-kabut dia melarikan diri meninggalkan Nabi Idris a.s. yang telah membutakan matanya.

 

Lelaki yang menganggu Nabi Idris a.s adalah Iblis laknatullah.

 

Pengajarannya :

1. Iblis akan datang untuk menggoda anak Adam, samaada terdiri daripada para Nabi atau manusia biasa dengan berbagai helah dan tipu daya. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dengan tipu muslihat Iblis.

 

2. Tips yang diajarkan oleh ulama untuk menghindari hasutan Iblis ini iaitu apabila ada keraguan atau was-was dalam hati cepat-cepat tinggalkan was-was tersebut dan terus ambil tindakkan yang pasti. Contoh jika kita terlupa bilangan rekaat dalam solat samaada rekaat ke3 atau ke 4, ambil sebagai rekaat ke3 dan tambah satu lagi rekaat dan diakhiri dengan sujud sahwi.

 

3. Apabila berhajat untuk bersedekah atau ingin membuat sesuatu amal soleh, terus dilaksanakan jangan di tangguh-tangguh lagi kerana yang cuba melenggah-lenggahkannya adalah dari bisikan Iblis.

 

4. Senjata yang dapat menghancurkan Iblis :

 

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :”Wahai Iblis, apakah senjata yang dapat menghancurkan engkau?”

 

Berkata Iblis, “Ya Nabi Allah. Orang-orang yang banyak berzikir dan banyak bersedekah dengan bersembunyi (ikhlas hati) serta berbanyak-banyak taubat dan banyak membaca al-Qur’an Kalam Allah, dan banyak sembahyang di tengah malam. Itu semua akan menghancurkan aku”.

 

About these ads

5 Respons

  1. 1. Jalsah Bersama Al-’Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih al-Murabbi al-Habib Zein bin Ibrahim BinSumaith

    2. Majlis Bacaan Kitab Shohih al-Bukhari (InsyaAllah sampai khatam) Bersama Syeikh Muhammad ‘Awadh al-Manqoush

    3. Majlis Bacaan Kitab Shohih al-Bukhari (InsyaAllah sampai khatam) Bersama Syeikh Muhammad ‘Awadh al-Manqoush

  2. sungguh baik eritanya

  3. Stp anak Adam itu mempunyai seketul daging.kiranya daging itu baik baiklah jg aggotanya & kiranya daging itu jht maka jahtlah seluruh anggotanya.itulah hati.riwayat al bukhari & muslim
    maka pembentukan hati yg dekat dgn Allah xde cara lain selain drpd mujahadah dlm memerangi hawa nafsu Dan bisikan syaitan..
    Sama-samalah kita istiqamah bercinta dgn Allah s.w.t & kekasihnya Rasulullah s.a.w dgn penuh ikhlas semata-Mata utk mendapatkn redha Allah…Amin…

  4. dosa kepada manusia terlebih dahulu meminta maaf kepada manusia ybs, maka Alloh pun akan memaafkan

  5. seringkali kita lupa, ada org yg berbuat baik pada kita tapi kita berterima kasih hanya pd Alloh dan lupa pd org yg telah berbuat baik pd kita

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 267 other followers

%d bloggers like this: