True Story: Pelajar UIA bermimpi bertemu Rasulullah SAW

P/S ~ Semalam kwn fwd artikal ni pada saya.. terasa seluruh badan jadi sejuk, hati rasa sayu dan syahdu.. Layakkah aku diberi keistimewaan spt akak yg dlm artikal dibawah? Sedang kesabaranku hanyalah Setipis sehelai rambut… Ya Allah, andai aku tidak diberi peluang bertemu Rasulullah dlm mimpi, berilah aku peluang untuk mendapat syafaat insan terpuji yg sgt aku rindui dan sayangi. Selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW, sahabat dan seluruh ahli keluarga baginda…

Dialu-alukan utk share artikal ini sbg panduan kita bersama…

True Story: Pelajar UIA bermimpi bertemu Rasulullah SAW

Luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w…

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani…

Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’, jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu’ dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri..”

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun ‘forward message’ pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, “Assalamu’alaikum, ana Rasulullah..” Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala; “InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana..” Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah… Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati…” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah..” tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua’lam…

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah…” Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w..”

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti..” Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:

“Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ‘sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu..”

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; “Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..” Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan..”

Beliau berpesan pada kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”

Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya ‘Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan…

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku… Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

p/s: sungguh…berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!

(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)

sesungguhnya,ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W…

banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu’alam…

81 Respons

  1. akak minta izin copy paste artikel n3 ni ye..

  2. salam..
    saya mintak izin untuk copy yea…
    terima kasih kerana sudi berkongsi kisah ini…..
    syukran…..
    =))

  3. mintk izin utk copy paste juge…

  4. Salam,
    minta izin copy ya

  5. salam nursyirah.. seram sejuk satu badan, mengalir air mata membaca kisah ini. kuatnya kesabaran akak tu ye..adakah kita layak ?

    pohon keizinan saudari utk berkongsi kisah ini di blog saya, boleh?

    • salam…

      masa kwn bg artikal ni ketika saya ditimpa mslh yg sgt besar… mslh yg tidak pernah saya terfikir akan terjadi..
      saya dilontarkan dgn kata2 fitnah tentang harga diri saya… yg selama ini saya pertahankan maruah n harga diri…
      tiba satu tahap saya lemah pada fitnah yg tetiba dtg, dlm masa yg down tuh kwn beri artikal ni utk suntik balik semangat saya…
      SubahanAllah, 1st time baca 1 mlm x dpt nak pejam mata… terasa kerdil sgt n hina..
      baru jer mslh berkait ngn fitnah dunia, dah kalah dgn ujian sedangkan ‘akak’ dlm kisah dkt atas tuh mang diuji dgn kesakitan tp bertahan n bersabar..
      terlalu kecil diri ini utk sama level akak tuh… sedang dalam ‘hati’ dia ada TERSIMPAN al-quran yg rapi dan terjaga, itulah peninggalan Rasulullah utk panduan kita yg sgt bernilai.. diri kita ni adakah tersimpan kalam Allah yg tidak ternilai tuh?? nak baca setiap hari pun berat, inikan lagi nak hafal…
      layakkah kita utk turut mimpi bertemu Rasulullah?? sedang kita sentiasa hayut dgn dunia, kalah dgn ujian, kesabaran pun setakat secubit garam…
      walau keberangkalian utk bertemu dgn Rasulullah adalah tipis, namun kita ada peluang yg besar utk mendapat syafaatnya… sbb kita adalah umatnya..
      marilah kita sentiasa ikut sunnahnya n selawatlah setiap hari pada Rasulullah… jadikan diri disayangi n dirindui oleh Rasulullah…

  6. salam…

    saya nak minta izin copy paste artikel ni ye…

  7. tolong emal saya semua tentang islam.terima kasih.wassalam.

  8. SubhanAllah. Membaca cerita ini, tiba2 mengalir air mata. Rindu pada mu Ya Rasulullah s.a.w

  9. salam,

    saya mohon keizinan untuk copy paste cerita ini di FB saya. Semoga ramai yg mendpt manafaat dr cerita ini.

  10. salam, mohon izin untuk saya kongsi kisah ini. Allahu akbar. Segalanya mungkin dengan kekuasaanNya. Selawat dan salam ke atas mu Ya Rasulullah…

  11. salam, izinkn saya kongsikn kisah ini dgn muslimin dan muslimah yg lain

  12. Subhanallah ..!!
    Maha Suci Engkau Ya Allah..!
    minitis air mata saya membaca kisah ni..
    betapa beruntungnya kakak tu..
    Subhanallah..!
    saya minta izin copy nukilan ni…
    wasalam.

    • salam adam…

      dipersilakan… ble jer amek apa2 ilmu dlm blogs saya ni..
      niat saya buat blogs ni utk menyebarkan ilmu agama…
      ble gak ajak kwn2 lain ‘singgah’ dkt blogs yg serba kurang ni…

  13. salam… mohon ambil post ni tuk di kongsi bersama…

  14. salam….
    terasa sgt kerdil diri saya di sisi ALLAH SWT.
    Minta izani utk copy artikel ini utk renungan umat islam semua

  15. salam akak… sy mintak izin utk copy pos nie…..

  16. salam, izinkn ana utk share cerita ini..jazakallah

  17. salam.. mintak izin tuk copy n share cerita ini..

  18. Barakallahu lak..ya ukhti..keluar air mata ana baca kisah enti.

  19. Salam
    Syukran atas perkongsian, minta izin copy paste utk share dgn kawan2 ana ye.

  20. assalamualaikum,

    terima kasih kerana sudi berkongsi dengan kami…izinkan nadja kongsi cerita ini dengan rakan2 nadja ya…terima kasih sekali lagi…

    p/s :: terdetik hati ini, apa mungkin ada peluang untuk kita juga merasainya…

  21. salam..
    akak,mntak izin copy paste utk share ngan kwan2..
    tq…

  22. subahanallah
    minta izin copy.

  23. salam.. mintak izin tuk copy n share cerita ini..

  24. salam…minta izin copy paste ye..trima ksih krn sudi brkongsi…

  25. subhanallah..Allah gerakkn hati ini tuk click di artikel yg bgs ini…moga Allah sentiasa merahmati kita smue..amin..mohon izinya tuk menyimpan segala ilmu yg de di website ni..insyaAllah

  26. Salam. mohon share artikel ini. sy cuma copy n paste sebahagian sahaja, untuk kisah seterusnya sy link ke blog anda..

  27. salam…

    terime kasih byk2 kerna sudi berkongsi ilmu…
    saye mohon izin untuk copy artikel yang amat bermakna ni…
    terima kasih skali lagi…

  28. salam~izinkan sye copy artikel ni ye,,trime kasih,,:)

  29. salam..minta izin utk copy artikel ni ya..terima kasih

  30. salam…best artikel nie!!smpai menitiskn air mate mmbace kisah kak syamimi ni…mulianye YA RASULULLAH!!
    minta izin tuk copy artikel nie ya…terima kasih

  31. assalamualaikum..minta izin copy artikel ini..terima kasih bebyk

  32. mintak izin pinjam paste.. syukran

  33. salam..
    akak mintak izin copy paste utk share dengan kawan2..
    tq…

  34. terasa diri ini kardil di hadapan ALLAH,saye bersyukur krane akak sudi berkongsi kisah ini,mudah2han diterima olehnya.minta izin copy kisah in.terima kasih.

  35. minta izin untuk copy atikel ini agar diri mendapat iktibar dan sentiasa bersabar dan juga muhasabah diri yang hina,lemah dan jahil ini…jazakumullah khair…
    semoga kita semua mendapat syafaat dari nabi diakhirat kelak..amiin…

  36. As salam, minta izin copy paste article ni dlm facebk saya supaya ramai yg tahu tentang kehebatan ALLAH.

    Saya begitu sebak membaca article ni… bersama dgn 2 orang anak saya disisi.
    Sungguh istimewa dapat bermimpi dgn. Rasulullah.

    Semoga kita semua mendapat syafaat dr Nabi s.a.w kelak.. Amin.

  37. bgos sgt2 artikel ni….
    moge2 kite sume sntiase mengingati Allah dan berselawat kpd baginda yg dirindui……….

  38. assalamualaikum kak…

    subbhanallah,, xterkata ana dbuatnya…
    terlalu hina diri ini, terlalu lalai akn khdupn duniawi…
    syukran jazilan kak, krn bkongsi article ini… mhon izin akak, ana ingin skli copy articlenya….

  39. salam…minta izin utk copy..utk ditunjuk kisah ini kpd ustazah sayer dan rkn2

  40. Surah Al-Baqarah 102

  41. SATU ARTIKEL YG BAIK..MOHON DIKONGSIKAN..

  42. salam,minta izin nak copy paste ye… tima kasih

  43. izin share kisah yg begitu menggetarkan jiwa ini…jazakallah

  44. mntk izin utk share.

  45. mintak inzin tuk share dlm fb.terima kasih

  46. salam.. sy ada dgr cerita ni..tp tak taw apa yg berlaku.. jd saya mohon share..moga sama2 dapat manfaatnya..insyaAllah..

  47. salam..mintak izin copy artikel ini utk di kongsi bersama rakan2 yang lain..

  48. Salam, minta izin utk copy… TQ

  49. salam, minta izin utk copy.. trima ksih. 🙂

  50. bila sy baca article ini ….sy rasa sayu sgt dan sebak dalam diri mengenangkan dosa sy lakukan …sy minta izin untuk copy article ini ye …..sesungguhnye kak dikalangan org yang beruntung dan dikasihi allah swt

  51. mohon izn tok copy ye .

  52. assalamualaikum,,,akak saya minta izin untuk copy yer…terima kasih

  53. subhanallah.menitis air mata membacanya.Allah gerakkn hati ini tuk click di artikel yg bgs ini di saat akak mmerlukan pengisian diri…moga Allah sentiasa merahmati kita smue..amin..mohon izinya tuk menyimpan segala ilmu yg de di website ni..insyaAllah .terima kasih…

  54. Subhanallah,,,
    makasih tlah berbagi artikel ini,,,,
    izin copy ya Kak’ 🙂

  55. Subhanallah betapa beruntung nya Syamimi

  56. salam…

    akak,minta copy paste ye artikel ni….
    mungkin bermakna juge utk sahabt2 sye yg lain…
    insyaAllah…
    terima kasih..

  57. Subhanallah…di saat hati ini dlm kedukaan menerima ujian dr Yg Maha Esa dijodohkan daku dgn prkongsian yg menakjubkan ini..betapa ketabahan Syamimi memberi inspirasi n semangat utk aku jgk mnjd setabahnya..insyAllah

  58. subhanallah….semoga aku juga setabah syamimi

  59. Subhanallah…. terima kasih dapat juga berkongsi pengalaman ini…. Maha Suci Allah dan selawat ke tas Nabi SAW…… saya ingin mohon untuk berkongsi artikel ini …..

  60. salam…

    sebak & begitu kerdilnya sbagai hamba Allah di muka bumi ini…Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW..minta keizinan untuk kongsi artikel ini…

    Syukran..

  61. trima kasih krana kongsikn kish ini,,ianya amat mmbntu…syukran~~~
    Allah yubarik fikh…
    🙂

  62. Salam, sayu dan terharu membaca cerita akak ni, terasa betapa kerdilnya diri ini di sisi Allah, minta izin untuk copy paste untuk dikongsi bersama ye, terima kasih banyak2….

  63. salam,minta izin nak copy paste … tima kasih

  64. salam,
    terasa sebak sgt bila baca artikel ni…rasa kerdil sgt diri ni.
    minta izin copy paste utk dikongsikan dgn rakan2 yg lain

  65. mintak izin copy ya..

  66. alhamdulillah…artikel yg sngt berguna….mohon share untuk dikongsikan dgn shbt lain yer…trima kasih…

  67. subahanalah….
    sungguh bertuah akak syamimi…
    terasa diri sangat2 hina dan kerdil..

    boleh tak hantar kat email saya..terima kasih…

  68. subhanallah disaat ahti timpa kedukaan terbaca kisahni macam kedukaan yang saya rasa skrg ni tiada erti bila dibandingkan ngan kisah akak ni. saya mohon semoga saya diberi kesabaran dan kekuatan dalm menjalini hidup ini. terimakasih syamimi kerana kongsikan artikel ini.terasa hati ini dan sayu bila membaca nyer…..semoga kita semua di rahmati alllah… dan selawat atas Nabi SAW Amiiiiinnnnn……

  69. salam…
    mintak izin copy paste n publish kt FB ye!

  70. alhamdulilah…terima kasih atas perkongsian artikel ini…saya baru belajar untuk mengenali Rasullulah…terasa sungguh rindu untuk bertemunya di akhirat nanti…mohon izin untuk copy yer…

  71. mohon dikongsi ya kak….

  72. ~alhamdulillah….izin share~

  73. Subhanallah… Artikel ini sunggh mnggtrkn ht snubari ana..Smg qt smua mndptkn rahmat Allah Swt, ‘n dpt syafaat nabi Muhammad SAW, amin ya rabb…

  74. mohon untuk share yer.

  75. subhanallah…hebatnya kisah kakak ni..

  76. Mohon share

Tinggalkan komen