Dosa kecil berterusan jadi dosa besar kelak

 
Mohd Zawawi Yusoh
PENULIS kerap ditanya mengenai dosa besar. Jadi, pada kali ini, penulis mengambil beberapa pandangan ulama berkenaan pertanyaan terbabit, semoga pengetahuan kita bertambah dan diri jauh daripada dosa.
1. Dosa besar. Iaitu dosa dan perlakuan salah yang dijelaskan hukuman dan laknat serta akibat yang disebut secara jelas dalam al-Quran dan sunnah Nabi s.a.w.

Menurut az-Zanabi dalam [...]

Kejar dunia usah sampai lupa akhirat

Bersama Mohd Zawawi Yusoh
MALAS adalah satu penyakit. Ia menimpa semua orang termasuk remaja. Malas ada bermacam ragam, ada malas belajar, malas kerja, malas bercakap, malas makan serta seribu satu macam jenis malas lagi. Malas ada risiko dan akibatnya, tetapi apa yang menakutkan adalah kalau malas beribadat.
Akibat dan risiko malas yang lain boleh ditanggung, tetapi kalau [...]

6 perkara dorong beribadat

Bersama Mohd Zawawi Yusoh
PADA waktu Rasulullah s.a.w mengembala kambing, ada sekumpulan remaja melepak tidak jauh daripadanya sambil berborak dan ketawa.
Tiba-tiba seorang lelaki tua bernama Thulaihah al-Aamidi datang bertanyakan Rasulullah s.a.w:
“Wahai Muhammad! Kenapa kamu tidak bermain-main dan lepak seperti remaja di sana itu?”
Dengan tegas, Rasulullah s.a.w menjawab: “Saya diciptakan bukan untuk itu.”
Jawapan baginda itu memberitahu kita, [...]

Amalan bersedekah lebih afdal utamakan keluarga

Oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus
Wajib penuhi keperluan mereka di bawah tanggungan sebelum menolong orang lain
TANGAN di atas lebih baik daripada tangan yang menerima ialah galakan supaya kita menjadi orang suka memberi, bukan yang meminta kerana kedudukan bersedekah lebih baik terutama jika mereka melakukannya dengan hati yang ikhlas.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tangan di atas lebih [...]

Arak punca pelbagai penyakit, dorong gejala maksiat

Oleh Wan Marzuki Wan Ramli
Kajian ilmiah Barat turut buktikan alkohol lebih banyak mudarat daripada manfaat
ISLAM mengharamkan arak sejak 14 abad lalu. Orang Arab jahiliah sebelum kedatangan Islam adalah peminum arak tegar. Mereka menganggap arak minuman terbaik untuk menikmati keseronokan hidup sebenar. Ada juga Arab jahiliah yang baru memeluk Islam cuba mempengaruhi Rasulullah SAW dengan mengatakan [...]

Kisah cerai membawa aib

Akhir-akhir ini kita dihidangkan pelbagai kisah mengenai perceraian selebriti. Antaranya Nash, Nora Danish, Seri Bayu dan Erema, AC Mizal, Beego serta Abby dan Norman Hakim. Sama ada perceraian itu baru berlaku atau masih dalam perbicaraan mahkamah, kisah perceraian selebriti -selebriti ini menjadi topik yang paling diikuti oleh masyarakat.
Masyarakat menjadi begitu teringin untuk mengetahui apakah [...]

Kawal nafsu jadi manusia mulia

Bersama Mohd Zawawi Yusoh
NAFSU adalah sebahagian daripada manusia dan manusia tidak boleh berpisah daripadanya selagi bernafas.
Malah, dengan nafsu dunia menjadi indah dan begitu menarik. Dengan nafsu juga manusia mempunyai keturunan dan manusia boleh membangunkan diri dan tamadun, sehinggakan dengan nafsu manusia boleh menjadi pincang.
Barangkali ada juga orang beranggapan, jika tiada nafsu di dalam dirinya, [...]