Kebenaran VS Kekufuran isteri

untitled

 

Topik yang aku nak sentuh dekat sini adalah tentang mengapa kebanyakkan wanita yang bergelar isteri dizaman sekarang ni seringkali meluah masalah rumahtangga mereka pada orang2 berkaitan maupun yang tiada kaitan dengan mereka. Aku sering bertanya pada diri mengapa benda ini berlaku. Aku belum dipihak mereka jadi persoalan ini belum mampu aku jawab sendiri. Mungkin inilah satu cara nak lepaskan bebanan yg sangat berat dirasakan dan jika diluahkan terlerailah sedikit kekusutan mslh rumahtangga yg dialami…

 

Tapi sebenarnya satu pengakuan yang jujur akan membawa kesan pada akhirat seorg isteri walaupun benda itu benar berlaku pada dirinya tapi hukum Allah tetap berjalan. Syurga dan neraka juga tetap ada menanti…

 

yang mampu aku peringatkan kepada isteri2 maupun pada diriku sendiri, ingatilah dan pelajarilah kisah Nabi Ibrahim semasa memilih menantunya (isteri Nabi Ismail)… dekat kisah itu, banyak pengajaran yang kita perolehi dan akan memastikan diri kita sentiasa beringat untuk menjadi isteri yang baik. Persoalan tentang fenomena ini jugak telah aku diskus ngn ust shauqi dan penjelasan ust sudah cukup jelas mengatakan haram hukum seorg isteri menceritakan mslh rumahtangga pada sesiapa walau dipihak yang benar… diskusi kami, aku sertakan sebagai panduan bersama… Wallahualam…

 

**************************************

salam ust…

selamat bertemu kembali🙂 alhamdulillah sue dah sembuh dari operation mata ari tuh.. alhamdulillah solat terjaga gak walau dalam keadaan sakit.. mcmna masa dikemboja? bes tak?

ust,
seperti biasa… ada aje nak dibincangkan ni..
sue ada beberapa persoalan yg seringkali sue fikir…
skrng ni sudah menjadi kebiasaan didengari tentang isteri menceritakan tang rumahtangganya. jgn tengok jauh, dekat2 sue ni pun berlaku ngn biasa. sue ada kemusykilan tang hal tuh…

1) apa HUKUM bagi istri yang menceritakan mslh rumahtangganya pada org? maksud sue jika si isteri mengatakan….. “sepanjang perkahwinan akak tak pernah hidup senang, kesusahan dan kerumitan hidup mang sentiasa, nak cerita tentang peribadi pun susah inikan lagi nak menambah beban lagi, smpai langit ketujuh pun akak jerit tak setujuh dia kawin lagi… demi anak2 akak terus bersabar.. bertahun2 akak pendam perasaan kesusahan hidup akak.. kalo bukan fikir anak2 dah lama kak lari bebaskan diri”… ini antara luahan seorg akak pada sue tentang dia tak setujuh suaminya kawin lagi… persoalan sue, apa hukum isteri ckp tentang kerumitan rumahtangganya pada bukan ahli kuarganya?

teringat sue kisah nabi ibrahim memilih menantu dengan menguji. ust mesti ingatkan kisah nabi ibrahim tuhh.. yg mana nabi ibrahim suruh tukar tiang depan umah nabi ismail. bila nabi ibrahim tanya apa terjadi sepanjang perkahwinan pada isteri nabi ismail, si isteri pun menjawab ngn jujur yg sepanjang perkahwinan mereka tak pernah hidup senang yang dirasai hanya kesusahan berpanjangan… nabi ibrahim suruh ceraikan ngn kiasan tukar tiang depan umah… jadi, zaman skrng ni masih bole ke pakai bila isteri2 menceritakan keadaan umahtangga yg sebenar pada org lain supaya si suami tak kahwin lagi… tak ke dianggap isteri tadi ni isteri yang tidak baik sbb mengaibkan suami ngn menceritakan kesusahan yg dia alami? andai niat si isteri menceritakan agar puan lain faham keadaan sebenar yg dialaminya dan puan tuhh akan beralah untuk berkongsi hidup ngn mereka, tetap salah ke dari sudut agama? sbb ciri2 isteri yg baik adalah menjaga aib suaminya dan menutup kisah rumahtangga mereka.

2) persoalan kedua, apa hukum jika si suami tetap mahu berpoligami walau isterinya tak izin ngn niat nak elak dari maksiat.. dari bercouple, baik kawin,cara yg lbh selamat dari sudut agama… tapi dlm agama berpoligami cuma hanya untuk lelaki yg berkemampuan..

“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.” (Surah An-Nisa, ayat: 3)

3) apa plak hukum pada si isteri jika mang tidak mahu izinkan suaminya berpoligami sbb kuarga sediada pun masih belum stabil inikan lagi mahu menambah beban… jika si suami terjebat dalam maksiat, dan dikuatiri terjebat dlm zina.. adakah si isteri akan mendapat dosa besar sbb keengganan dia sebabkan suaminya terjebat dlm maksiat?

emmm…. dah panjang btl dah ni persoalan sue.. takat ini dulu persoalan sue dalam ‘dunia perkahwinan’…  selamat bertemu dilain mail…

moga ust dirahmati selalu oleh Allah.. amin…

 

****************************************

salam sue….

nak tau cerita kemboja…. sila baca dalam blog ana. Sue sihat? ana doakan moga sue sentiasa sihat sejahtera selalu. Alhamdulillah… sue dah sembuh dari operation mata🙂

1. Tak boeh isteri membuka keaiban rumahtangganya pada orang lain apatah lagi menceritakan tentang keburukan suaminya. Hukumnya adalah haram.

2. Suami boleh poligami walau tanpa izin isteri. namun kalau suami rasa memang dia tak mampu untuk poligami maka dia tak boleh lakukannya.

3. isteri tidak menanggung dosa suami kerana urusan kepimpinan terletak di atas bahu suami. Suami tak boleh jadikan alasan untuk menyalahkan isteri kalau dia berzina apabila isteri tak izin dia kawin lagi. 

Ok…. moga jumpa lagi di lain email… take care ok. Jaga diri baik2. wassalam.

 

 

7 Respons

  1. Salam sayang Sue…minta emel sekali lagi..yg dulu tu entah akak terlupa nak simpan..kasi ya……

  2. salam… saya bersyukur ke hadrat ilahi keran dipertemukan dengan laman web ini… sesungguhnya banyak lagi yang saya kena belajar tentang kehidupan.. ternyata terlalu ceteknya ilmu agama yang ada pada saya…

  3. saya nak minta pendapat…

    1) adakah dibenarkan jika seoramg isteri menceritakan kesalahan suami kepada adek beradek nya atas dasar meluahkan perasaan?

    2) bolehkah seorang isteri meluahkan perasaan tentang kesalahan suami nya kepada anak-anaknya?

    3) bagaimakah cara terbaik untuk saya menasihati jikalau ibu saya sendiri yang melakukan perkara di atas?

    segala balasan saya dahului dengan ucapan terima kaseh~🙂

  4. assalamualaikum
    banyak nya ilmu yang saya dapat dari blog ini..syukur dan terima kasih.
    ada juga yang saya copy n paste utk berkongsi dgn rakan2 di facebook…harap nursyirah izin kan ya..terima kasih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: