Agar sentiasa dicintai suami

 

Termasuk salah cara atau kaedah agar dicintai suami ialah menyambut kepulangan suami sekembalinya ia dari bekerja. Sambutan seorang isteri akan sangat mengandungi erti yang besar bagi suami yang baru kepenatan dari tempat bekerja atau pejabat.

 

Sentiasa senyum

Di antara cara-cara yang disukai oleh suami adalah isteri membuang jauh-jauh sifat tidak acuh dan angkuh. Ertinya, seorang isteri harus menggunakan cara-cara yang menunjukkan cinta dan perhatian. Misalnya, ketika suami hendak berangkat meninggalkan rumah, isteri ikut menghantarkan dan mendoakan selamat, seperti yang biasa dilakukan oleh wanita-wanita solehah zaman dahulu. Atau ketika suami pulang, isteri menyambutnya sendiri dengan sambutan penghormatan yang baik, dengan kata-kata yang indah, dan dengan senyum yang segar, lalu mengambilkan pakaian pengganti. Atau ketika suami memberikan sesuatu atau barang yang kurang bernilai, isteri tetap menerimanya dengan ucapan-ucapan terima kasih dan doa-doa yang baik.

 

Memperlihatkan rasa sayang

Selain itu, dia pun dapat membiasakan anak-anaknya untuk bergegas menyambut kedatangan ayahnya dan mengucapkan terima kasih atas apa yang diberikan kepada mereka, serta memperlihatkan rasa senang atas kepulangannya. Sesungguhnya hal-hal seperti itu dapat menarik dan mempesona hati suami. Betapa tidak? Di kerajaan rumahtangganya yang kecil, semua penduduknya merasa gembira bersama-sama menyambut kepulangannya.

 

Memberi secawan air

Langkah yang juga dianggap bijak adalah dengan memberikannya secawan air untuk menghilangkan rasa haus. Bukan secawan air itu yang menjadi nilai, tetapi sikap isteri yang lembut dan penuh perhatian sehinggakan terfikir oleh isteri untuk menghibur suaminya dengan secawan air.

21 Respons

  1. alhamdulilah buat masa niea sambut ketika suami pulang…dgn segelas air suam dan senyum…serta berganti baju bersih n wangi jgn suami bau baju kita yg busuk tu…

  2. Alhamdulillah, akak adalah isteri solehah…
    moga akan berterusan… suami itu adalah NERAKA dan SYURGA isteri….

    moga hidup akak n suami akan berpanjangan sehingga ke alam akhirat tetap bersama… amin…

  3. apakah cara lain untuk menambat hati suami jika semua yang di atas sudah saya laksanakan sejak bergelar isteri?dan bagaimana nak memotivasikan diri sendiri untuk sentiasa menerima hakikat bahawa suami tiada masa untuk menzahirkan rasa kasihnya kerana terlalu sibuk mencari rezeki. bagaimana agaknya saya patut menerima dengan seredhanya akan hakikat itu? saya seorang surirumah dan belum lagi dikurniakan cahaya mata.saya teramat menyayangi dan mencintai suami saya tapi dia x ada masa untuk saya. masa lapangnya akan digunakan untuk beriadah bersama rakan2 ataupun tidur di rumah. masa untuk saya hanya 5minit sebelum tidur dan 5minit selepas bangun.masa itu pun sudah saya penuhi untuk menzahirkan betapa saya mengasihi dia dengan mengurut seluruh badan dan kepalanya kerana saya tahu dia keletihan. jadi bagaimana untuk mengajar diri supaya menerima ketentuan Allah dengan rutin hariannya yang sebegitu?saya sering rasa bosan dan sunyi.malah saya kerap menangis dan rasa tidak disayangi. nasihati saya…

    • salam alaikum,

      saya fikir, puan zu harus pertama sekali, menanamkan dalam diri puan, bahawa kasih dan sayang puan pada suami adalah kerana Allah taala. ini kerana, hanya dengan perasaan cinta yang tinggi pada Allah yang akan memungkinkan puan merasa redha dengan kekurangan suami puan dan cuaca rumahtangga puan. bermaksud, kalau puan terima perkahwinan dan jodoh puan adalah dari anugerah Allah SWT, puan akan melaluinya dengan mengharapkan kasih sayang dari Allah bukan mengharapkan kasih sayang dari suami. hanya Allah yang dapat mewujudkan perasaan itu dalam hati suami puan.

      sekiranya puan merasa sunyi dan bosan, dan puan menggunakan masa kesunyian dan kebosanan itu dengan membasahai diri puan dengan wuduk dan bersujud kepada Allah, saya fikir, mungkin puan tidak sempat untuk merasakan betapa pantasnya masa berlalu sehingga puan dapat bersiap untuk menerima kepulangan suami dari tempat kerja nya.

      apa-apa pun lakukan dengan ikhlas dan sabar. kata ustaz zahazan, bersabar itu adalah berpuasa dan bersolat. insyaAllah, kalau dunia yang kita cari, dunia lah yang kita mungkin dapat. tapi, kalau akhirat yang kita cari, insyaAllah, dunia dan akhirat sama2 dapat kita kecapi.

      insyaAllah

      • salam….

        mang betul apa yg dikatakan oleh mama ikhwan… nak ulas n bagi komen mgkin sue tak selayak mama ikhwan sbb sue blum mengalami sendiri alam rumahtangga… tapi sbg seorg wanita, sue faham apa yg dialami kak zu…

        kak zu tak alami mslh besar sbb suami tak menunjukkan tanda2 ‘suami gatal’, yg kak zu cuma katakan yg suami tak ada masa yg byk tuk akak. kiranya suami akak masih tinggi kasih syg pada akak… lelaki ni byk perwatakan, ada yg tak pandai nak zahirkan kasih syg tapi hatinya sgt menyanyangi… apa yg penting kak zu jgn abaikan 3 benda penting dlm rumahtangga.. kalo salah satu antara ni terabai, maka suami pun mulalah berubah jgak…
        1. mengurus rumahtangga
        – menguruskan dan mengemas semua keperluan rumah termasuklah susun atur umah, anak2 maupun harta suami. bagi sue, kak zu tak ada mslh dlm ini sbb akak seorg surirumah sepanjang masa… so lbh byk masa blh urus semua keadaan rumahtangga

        2. mengurus suami
        – menjaga segala2nya keperluan suami. jaga makan minumnya, jaga pakaiannya, juga termasuklah tubuh badannya.. kalo tgok rambut kusut mesai, sikatkan lah ngn rapi… suami tuh, perlu pembantu peribadi tuk urus dirinya.

        3. mengurus diri sendiri
        – pastikan diri sentiasa cantik, didandan rapi setiap masa…penting tuk tatapan suami…

        yang paling penting, isi masa ngn ibadah.. pasti masa yg byk sgt2 tuhh, akan terisi ngn benda berfaedah… kalo suami pun masih susah nak tunjukkan kasih syg pada akak… sebelum tido, akak baca doa surah yusuf ayat 4 @ Surah Ali imran hembus dekat ubun2 suami akak masa dia tido… ini antara petua supaya suami sentiasa syg terhadap akak… nak lembutkan hatinya, akak doa lah surah Al-hasyr ayat 21 @ Surah Taha ayat 1-6 sambil2 sediakan makanan hembus ayat2 tuh pada makanan, moga surah2 ni akan lembutkan hati suami akak tuk memberi perhatian sepenuhnya pada akak.

  4. Syukur pada Maha Pencipta kerana dikurniakan suami yang begitu memahami dan menyayangi sy dan ank2..
    Segala kekurangan suami sy terima seadanya kerana tiada manusia yg sempurna di maya ini. hiduplah dgn bersederhana dan jgn byk mengharap malah lebihkan memberi..ameeen

  5. saya seorang suami.mmg benar segala2 tu mmberi byk pngertian pada suami.klu x stiap hari 1minggu sekali mncantikkan diri utk suami pn mmadai.walau nmpak kasar lelaki amat lmbut dgn klembutan.
    sbenarnya lelaki manja dn ngada2 semakin tua semakin kuat ngada2.tpi klu byk berkawan lain plak jadinya.terasa happy sgt bila ade org butangkn baju sikatkan rambut dn pkaikn talipinggang tapi payah sang isteri nk terima hakikat ni.sya cuba memberi dgn mandikn isteri mcm seorng anak .belai isteri mcm seorng anak tapi x dpt balik..apa pun sume manusia x sempurna trmasuk sya.Utk2 isteri2 cubalah manjakn suami klu nk dmanje.kte beri dulu..

  6. salam..mak saya selalu senyum dan buat apa yang diminta oleh ayah saya.tapi ayah saya sentiasa tak berpuas hati dengan apa yang mak saya buat.kadang2 tu suaranya menengking2 tapi dia kate dia tak marah,tapi tegur je.mak saya sampai susut badannya sebab tension.ramai yang kurang menyenangi ayah saya,tp sy tak berani nk tegur ayah saya sebab perangai dia tu.jadi,macamana saya nk bantu mak saya lembutkan hati ayah saya tu??

    • nampaknya masalah kita lebih kurang sama,namun aqma anda lebih bertuah.ibu saya juga seorang yang taat pada suami, sentiasa memenuhi keperluan suami dan penyayang namun entah mana silapnya ayah saya tidak tahu menghargainya. saya melalui masa membesar yang agak sukar, dimana mereka sering bergaduh dan ibu menjadi mangsa terajang. akhirnya mereka berpisah.keadaan itu membuatkan saya dan adik membesar tanpa kasih ayah. namun ibu saya tabah membesarkan kami. lelaki ada banyak personaliti,tidak semua nasihat akan berkesan. kini ayah saya sudah semakin tua barulah dia mula insaf.kadangkala cuma masa menentukan samada ayah anda akan berubah. tapi anda bertuah masih ada ayah. beritahulah ibu anda bahawa dia sememangnya wanita yang tabah, dan sesungguhnya segala sesuatu itu ada hikmahnya.

  7. Insya allah suami q menjadi suami yg baik.

  8. Salam.Sekadar berkongsi pengalaman.17 tahun usia perkahwinan. 6 orang cahaya mata.Alhamdulillah.Suami seorang yg ego.Bukan sahaja kepada manusia tetapi juga kepada Allah.Tidak solat ,tidak puasa.,panas baran.Malu akan sikapnya pada anak-anak yang kian remaja.Tanpa jemu saya berusaha dan terus berdoa semoga Allah membuka hatinya untuk insaf dan bertaubat.Tidak mampu lagi rasanya untuk menegur.Saya sudah sampai selemah-lemah iman-hanya mampu berdoa.Saya teruskan solat malam semoga diberi Allah kekuatan untuk mengharungi hari-hari yang mendatang bersama anak-anak.Kadan-kadang terfikir juga adakah saya wanita yang keji?Kerana ada ayat Quran yang bermaksud wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji dan lelaki yang keji adalah untuk wanita yang keji.Semoga saya di beri kekuatan dan kesabaran di atas dugaan ini.Saya cuba mendidik anak sebaik mungkin.Anak ke-4 (8 tahun)berkata “Nanti kita semua masuk syurga dulu .Tinggal ayah kat neraka.Ayah lambat masuk syurga.Kalau ayah masuk syurga sama-sama,nanti ayah bergaduh kat syurga”.Allah adalah sebaik-baik tempat meminta pertolongan.

  9. Salam. Kehidupan berumahtangga selama 4 tahun lebih tidak dirasakan selama itu. ini adalah disebabkan suami saya bekerja jauh dan hanya pulang ke rumah seminggu sekali (Weekend husband). Kami masih belum dikurniakan cahaya mata. Saya tinggal bersama ibu mertua dan adik ipar lelaki di rumah kepunyaan suami saya. Saya sering merasakan diri ini seperti pungguk rindukan bulan… memandangkan semasa suami saya pulang ke rumah (Sabtu & Ahad) terpaksa juga berkongsi kasih dengan ibu dan adik beradik yang lain… setiap minggu. Suami saya merupakan anak sulung dan seorang anak yang baik dalam keluarganya. Suami menjadi tempat tumpuan ibu & adik beradik yang lain dalam segala hal.. hinggakan saya rasa masa untuk saya langsung tidak ada. Masa selama dua hari itu berlalu terlalu pantas… hinggakan saya rasa seperti tiada apa-apa kesan. Keadaan ini membuatkan saya rasa rimas dan tertekan. Saya pernah cuba untuk mengabaikan perasaan buruk sangka yang ada dalam diri ini.. namun tidak kekal lama… perbincangan / luahan rasa saya kepada suami seringkali membawa kepada pertelingkahan. Saya perlu korbankan semua perasaan yang jahat dan mengahantui saya sejak 4 tahun ini.. Tapi bagaimana?

  10. Salam,sy nk mtk pndngn.bgaimna utk mbuat ati ykin tntng dri suami andai ati sring curiga?

  11. Salam ESYA….dah 20 thn saya brkhwin..suami seorg yg baik, sabar, brtanggungjawab, dan dia segalanya buat saya..tapi naluri perempuan memang
    sering trhasut bisikan yg jahat..setika dulu saya sering curiga pd suami..sering saya merajuk minta di pujuk..penat & letih kembalinya suami dari kerja bertambah dgn ‘sawan’ curiga saya ni..tak kira di mana saya sentiasa mencurigainya..Alhamdulillah berkat doa, pujukan, keyakinan dan kesabaran suami dan saya sendiri tekad utk berubah..skrg ni saya semakin tenang..setiap kali solat mohon pada NYA lapangkan fikiran & jiwa….saya tanamkan sayang dan cintakan suami kerana ALLAH..Insyaallah..perasaan ‘sawan’ tu mulai hilang sedikit demi sedikit..

  12. esya

    itu la yg sy sedang alami….sentiasa cemburu & curiga dgn suami…
    semuanye berpunca dr suami jgk yg pernah curang…di tahap awal perkenalan dengan sorang pompuan..
    namun. semuanye berlaku pd thn 2004…tp, sehingga kini sakit nye masih terasa…
    rase curiga sentiasa menghantui..tolong laa….

  13. “Betapa tidak? Di kerajaan rumahtangganya yang kecil, semua penduduknya merasa gembira bersama-sama menyambut kepulangannya”
    Klo mrasa gembira tp hatinya tidak, bagaimana?

  14. suami akan merasa beruntung jika istri pintar dalam segala hal, itu merupakan berkah seorang dari wanita,,maka bangga lah menjadi wanita

  15. Salam. saya sudah berkahwin 4 tahun. cuma nak beri pandangan. kebiasaannya, selepas kahwin isteri memang sangat sayang pada suami. seolah-olah macam kita terkejar-kejar dia. dulu dia yang kejar kita. sang isteri sentiasa berusaha untuk menjaga hubungan, minta macam-macam petua dengan orang lain untuk menambat hati suami. betul lah tu sebab dia adalah suami, raja dalam rumahtangga. kalau tak, takkan lah ada hadis nabi yang berbunyi kalaulah manusia ni boleh disembah, nescaya aku akan meminta isteri menyembah suami. betapa tingginya darjat suami ni. sebagai isteri kita wajib melayan suami dengan sebaiknya. sebagai manusia biasa mana mungkin dapat melayan suami dengan baik kalau kita tidak dapat contoh di sekeliling, pengalaman yang kita lihat dari ibu bapa, rakan-rakan, tonton drama dan macam-macam lagi. bahan bacaan paling banyak membantu sebagai panduan untuk mengingatkan tanggungjawab kita sebagai isteri terutama tatkala kita alfa. begitu juga dengan suami. dia perlukan ilmu dan peringatan. bukan kita lupa tapi tidak diperingatkan. nasihat saya carilah buku-buku tentang tanggungjawab suami isteri, CD ceramah (contoh ustaz azhar idrus, download dari youtube). PERLU. refresh balik ilmu kita tu sebagai PERINGATAN tentang TANGGUNGJAWAB masing-masing. kesedaran takkan datang tanpa ilmu. wallahu’alam.

  16. salam…kenapa selalu disebut isteri menyambut suami bila pulang kerja dengan senyuman sedangkan sekarang pergi & balik kerja bersama-sama @ yg sampai umah dah malam & kepenantan ni..bagi la panduan pd org yang bekerja pulak @ isteri bekerja sampai lewat skit dr suami…

  17. salam nursyirah..terima kasih bagi surah-surah untuk lembutkan hati suami dan bagi suami sentiasa sayangkan kita..insyaallah hana akan cube amalkan..

  18. masalah hana, suami ada perempuan lain. kahwen 2 tahun tapi blm ade anak lagi.hana sekarang berusaha solat hajat, solat 5 waktu tak tinggal ( insyaallah )smbil tu hana mohon agar Allah dapat buke hati suami hana untuk hana. hana bekerja tetapi masa hana untuk masak dan masa untuk suami cukup sangat-sangat. hana tak pernah abaikan tggjwb hana pada suami.

Tinggalkan Jawapan kepada ilam Batal balasan