Fadhilat membaca surah Al-Mulk

Fadhilat membaca surah Al-Mulk

SURAH Al Mulk (beerti Kuasa Pemerintahan) merupakan Surah yang ke-67 di dalam Al Quran, mengandungi 30 ayat. Di antara isi kandungannya ditegaskan tentang kekuasaan mutlak Allah s.w.t. iaitu menguasai pemerintahan dunia dan akhirat. Seluruh alam telah diciptakan-Nya begitu rapi tanpa sebarang cacat celanya. Di akhirat kelak, mereka yang kufur ingkar akan mendapat balasan azab yang amat buruk dan menggerunkan. Mereka yang mentaati Allah akan mendapat keampunan dan balasan yang sebaik-baiknya.

Terdapat banyak hadis Rasulullah s.a.w. yang menyatakan tentang fadhilat, faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah Al-Mulk ini. Di antaranya diriwayatkan oleh Abu Daud, At Tarmizi, An Nasa’i dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah yang bermaksud:

“Sesungguhnya di dalam Al Quran terdapat tiga puluh ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia akan mendapat keampunan dosanya iaitu Surah Al Mulk.”

Daripada Ibnu Abbas r.a., seseorang sahabat Rasulullah s.a.w. menceritakan ia telah mendirikan khemah di atas kubur yang beliau tidak ketahui. Dari kuburan itu beliau terdengar suara orang membaca surah Al-Mulk sehingga khatam; beliau lalu menemui baginda dan berkata: “Wahai Rasulullah, saya dirikan khemah di atas sebuah kubur yang saya tidak ketahui, saya mendengar seorang sedang membaca Surah Al Mulk sehingga khatam.”

Maka Nabi s.a.w. bersabda: “Itulah yang menahan (Al-Maa’inah) dan yang menyelamatkan (Al-Manjiah) dia dari siksa kubur.”

(HR At Tarmizi)

Daripada Jabir r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak akan tidur sehingga baginda membaca surah Alif Lam Miim Al Sajdah dan Al Mulk.

(HR At Tarmizi)

Daripada Anas Ibnu Malik berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Satu surah di dalam Al Quran menghadiahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga iaitu Tabarak-al-llazhi.”(Surah Al-Mulk)

(HR At Tabrani)

An-Nasa’i juga meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membaca Surah Al Mulk setiap malam maka Allah mencegahnya daripada azab kubur.”

Tentang surah ini ada satu riwayat yang lain menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hatiku menghendaki supaya surah ini berada didalam setiap hati orang-orang yang beriman.”

Mengikut satu hadis, seseorang yang membaca dua surah iaitu Tabarak-al-lazhi dan Alif-Lam-Mim-Sajdah di antara sembahyang Maghrib dan Isya adalah seumpama sesorang yang berdiri sembahyang untuk sepanjang malam Lailatul-Qadar. Adalah diberitakan juga bahawa jika seseorang itu membaca dua surah ini, tujuh puluh kelebihan akan diperolehinya dan tujuh-puluh dosa-dosa akan dihapuskan. Mengikut riwayat yang lain, jika seseorang itu membaca dua surah ini, ganjaran pahalanya adalah menyamai orang yang berdiri sembahyang sepanjang malam ‘Lailatul-Qadar’. Ini juga telah disebutkan di dalam Mazahir.

Ta’us rahmatullah ‘alaih telah berkata: “Kedua-dua surah ini mendatangkan enam-puluh kelebihan-kelebihannya yang mengatasi daripada segala surah-surah.”

Siksaan di dalam kubur bukanlah satu perkara yang biasa. Setelah meninggal dunia, tingkat pertama seseorang itu mesti lalui ialah alam barzakh. Apabila Saidina Uthman r.a. berdiri diatas sebuah kubur, ia akan menangis dengan begitu sekali sehinggalah janggutnya dibasahi air-matanya. Seseorang telah bertanya kepadanya mengapakah menangis begitu rupa jika disebut kubur daripada disebutkan Syurga atau Neraka.

Ia menjawab, “Aku telah mendengar dari Rasulullah s.a.w. bahawa kuburlah tempat persinggahan yang pertama untuk menuju akhirat. Barangsiapa terselamat daripada azabnya , peristiwa-peristiwa selanjutnya akan mudah baginya. Dan sesiapa yang tidak selamat daripada azab di dalamnya, kepadanya peristiwa yang akan datang kelak menjadikan lebih sukar sekali. Dan daku juga mendengar bahawa tidak ada satu gambaran yang lebih menakutkan dan menggerunkan selain daripada apa yang ada didalam kubur.”

Ya Allah ! Selamatkanlah kami daripada azab-Mu dengan keampunan-Mu..

 

About these ads

55 Respons

  1. Salam..

    Subhanallah.. Sama-samalah kita amalkan amalan ini..

    Terima Kasih kpd yg menyebarkan nya..

  2. Salam..

    Saya copy ke blog saya ye. Tq.

  3. May Allah bless us here and hereafter.. amen. May we and our people around us can continuously reciting these two surah every night till we die.

  4. salam,
    mohon halalkan artikel ini utk sy letak dlm fb saya…

  5. salam, sy ingin tumpang brtanya, btulkah surah al mulk dpt mnghindari dari gngguan saka?

  6. aq da hafal separuh surah nie..
    sejak aq tau fadhilat nyer, memang nak
    hafal sampai abis…

  7. maaf,
    saya minta izin copy dalam blog saya untuk menyebarkan ilmu ini.

  8. salam…mohon halal petikan ini ya….utk disebarkn kpd kwn2..;)

  9. salam..ukhuwah…..mohon…untuk berkongsi..artikel..ini….moge dirahmati Allah…;))

  10. aku cuba baca dan hafal makna al_mulk . Kadang kala aku menangis bila lihat makna ayat. hingga merah mata aku..

  11. semoga allah swt memberikan kesehatan kepada kita semua dan selalu melimpahkan rahmat dan hidayahnya bagi kita semua aminnnnnnnnnnnnn dan tidak lupa semoga allah swt memberikan rahmat kepada rasulullah saw beserta pengikut beliu……………………………

  12. terima kasih..saya minta izin untuk dikongsi bersama rakan-rakan ya..terima kasih (^^!)..

  13. terima kasih atas perkongsian. Mohon izin utk share di FB.

  14. Subhanallah..saya ingin amalkan surah ini..banyak keistimewaannya.thanks for sharing :)

  15. akm , print boleh nak bg budak2 skolah

  16. mintak share yer…

  17. Assalamualaikum wr wb..

    Sis, mohon utk copy article2 diblognya di FB blh? Maaf sy tiada blog utk dikongsi. Cuma rasa article2nya begitu baik ditulis dan senang difahami. Jadi sekiranya diizinkan ingin dikongsi bersama reman FB yg lain..harap dihalalkan ilmunya…syukran…

    Wassalam…

    Salam ukhuwah,
    Uddanie Zaiman

  18. ilmu yg amat berguna…
    sukran…

  19. mohon share ya

  20. Sungguh Allah itu maha pemurah…Dengan hanya membaca surah almulk, kita mampu menghindarkan diri dari seksaan kubur..

  21. tima kasih.. sama2 kita amalkan..

  22. jzkkk for sharing

  23. Ya Allah, bukakanlah pintu rahmatMu agar aku dapat memperuntukkan waktu setiap malam untuk membacakan surah al-mulk & sejadah ini sebelum tidur…amin..

  24. […] Sumber : Fadhilat Membaca surah Al-Mulk […]

  25. Kalau kita baca ni hanya untuk masuk syurga / nak dapat pahala , diterima jugak ke ?

  26. minta izin untul diletakkan di dalam facebook

  27. adakah surah al-mulk ini perlu dibaca setiap hari?.

  28. betulkah surah al-mulk ni perlu dibaca setiap hari?.

  29. salam
    saya dulu hampir igt dlm kpala sbb slalu amal baca.
    bla dh byk kje,sbok la,ngaji pun kdg2 miss.
    sbulan penah x belek quran…
    tp skrg syukur sbb dh tersedar blk…
    caye la,hati akan tenang bla bc quran…

  30. ~salam..mnx izin utk share~~

  31. allahuakbar..

  32. subhanalloh,ya alloh smg ak bs mengamalkan n bc qs almululk tiap malam n turun ke anak cucu agar km bebas dr siksa kubur,amin

  33. Assalam… sy minta izin ya nak share apa yg ade dlm blog ni…

  34. salam..minta izin share jga :)

  35. Saya minta izin copy…terima kasih.

    • Insyaalah dengan izin-Nya,sesiapa yang membaca,memahami dan mengamalkan surah Al-Mulk ini dalam kehidupannya maka ia tidak akan jadi nyanyok apabila tua kelak.Saya dah lihat secara peribadi bukti nya.Pernah saya dengar di rancangan tv,iaitu pelakon atau seniwati makcik “mariani” (pelakon lama) yang selalu berlakon filem seram tu pun kata begitu.beliau adalah salah seorang pengamal tegar surah ini.Insyaalah dengan izin-Nya.

  36. Salam, sy ambil artikel ini untuk diri saya dan saya mohon memanjangkanya kpd ank2 murid saya ke..semuga beroleh ganjaran dr Allah atas Ilmu yg disebarkan ini.. Jzk.

  37. Assalamu’alaikum…sy mohon share artikel ni…terima kasih. :-)

  38. saya juga ingin minta izin copy ye….trm ksh.

  39. cuba nak hafal dan amalkan.tenag rasa hati bila selalu bc quran.hrp dpt jd ibu yg solehah…tq.

  40. info yg bermanfaat

  41. SAYA ntak izin nk share boleh?..harap dihalalkan..

  42. saya minta utk disampaikan melalui kawan di fb..

    http://www.facebook.com/solat.sempurna

  43. minta izin copy ya..= )

  44. Salam. Saya minta izin utk berkongsi artikel ini di fb ya. Terima kasih.

  45. NO KOMEN, KERANA APA YG DI MUATKAN ADALAH BAIK UNTUK SEMUA , SO AMALKAN DEMI AGAMA MU DUNIA DAN AKHIRAT MU,

  46. salam..minta izin share ..tq

  47. Mohon share d blog saya. tq :)

  48. allah maha mengetahui,

  49. Mata ini menitiskan air mata apabila membaca terjemahannya.. aku mohon ampun ya allah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 268 other followers

%d bloggers like this: