HARGA SEKUNTUM CINTA!

Pada redup renung dan berkaca
Terkolam riak sesal dan kecewa
Dialah yang semalam ditewas dunia
Tergetis keasyikan dosa

Perjalanan hidup terpaksa disukai
Biarpun penuh onak yang melukai

Dalam remang senja kau mencari
Seorang kekasih menghilang diri
Dialah yang semalam menabur janji
Dibuai kesamaran mimpi

Lupakanlah dia pendusta yang setia
Kembalilah pada hidup lebih bermakna


Mudahnya kau bayar harga sekuntum cinta
Mekar merona tubir sukma
Walau dengan hanya tercium harumannya

Leraikan gelora lepas di laut rasa
Nyala asmara telah sirna
masih ada sinar suluh hidup bahagia
Rayulah cinta-NYA 

~~~~~~~//~~~~~//~~~~~

Lagu ni adalah antara lagu kesukaanku. Sedap lagu ni! Lirik yang disampaikan penuh dengan kebenaran reality hidup sebenar.

Inilah kehidupan… penuh dengan liku! lebih2 lagi bila berkaitan dengan ‘CINTA’… penghujung yang tak seindah dalam angan kita…. kita tak suka tapi terpaksa sukai sebab inilah Qada dan Qadar kita… terima dengan redha walau bukan berpihak pada kita…moga kesedihan yg dialami dibalas dengan ‘seribu kebahagian’ kelak… amin…

Perjalanan hidup terpaksa disukai
Biarpun penuh onak yang melukai…..
 

4 Respons

  1. i’m x cmnt..thts so hrd…

  2. Mencari sekuntum cinta
    Amat payah dirasa
    Bila ada… perlu dibaja
    Bila tiada.. suram dunia

    Cinta antara manusia tidak kekal
    Apatah lagi kalau hati sentiasa nakal
    Ada peluang semua nak sambar
    Nilai cinta pun menjadi hambar

    Maka.. cintaila Allah itu yg mulia
    Nikmat yg diberi tidak terkira
    Dunia akhirat kita bahagia
    Di dalam naungan kasih sayangNYA

    • salam…

      komen yg menarik… tq..
      ada kebenarannya… itulah manusia, sentiasa tidak pernah ‘puas’
      bila ada yg menyayangi, nak yg lbh hebat dan menarik dari yg asal…
      semua demi kepentingan diri….
      ‘cinta manusia… cinta palsu dan sering bermusim!!!!…’
      tapi cinta pada yg Esa adalah CINTA HAKIKI..

  3. salam…cinta yg terindah adalah cinta pada Nya yang x pernah melupai kita….sesungguhnya cinta kita datang dari Nya…rasai lah cinta..buka hati untuk menerima dan memberi cinta pada yang telah di tentukan takdir cinta untuk kita…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: