Doa penyejuk mata pasangan dan pelembut hati tangani anak nakal

 

 

Doa pelembut hati pasangan & zuriat

 

SOALAN:

SAYA ibu muda yang bekerja sebagai jurutera serta mempunyai empat anak kecil yang rapat usia. Saya bekerja untuk membantu meringankan beban kewangan keluarga, menabung serta melangsaikan pinjaman dan hutang.

Anak amat rapat dengan saya walaupun lasak. Tetapi kelasakan anak sulung, membuat saya berfikir, rungsing, sedih dan sentiasa menyalahkan diri sendiri sehingga ke pada satu tahap mahu berhenti kerja.

Sikapnya menyebabkan pembantu rumah tidak betah dan tidak tahan bekerja dengan keluarga kami.

Kebanyakannya mengadu mengenai perangainya yang garang, melawan dan suka marahkan mereka.

Dia sudah pandai ponteng sekolah. Kenakalannya mencapai tahap teruk selain memukul pembantu, sudah pandai mengambil wang tanpa izin. Anehnya, jika saya ada di rumah, perangainya berubah. Dia tidak marah-marah.

Dalam keadaan begini, saya terfikir untuk berhenti kerja supaya dapat memberi tumpuan yang lebih kepada anak. Malangnya, suami kurang bersetuju.

IBU DALAM DILEMA.

JAWAPAN:

DALAM menyelesai atau meringankan bebanan masalah puan, perkara paling utama ialah meminta pertolongan daripada Allah. Minta tunjukkan penyelesaian terbaik buat keluarga puan.

Tenangkan fikiran, lapangkan dada dan tarik nafas perlahan-lahan.

Kedua, puan dan suami perlu ada satu mindset untuk berubah. Tentu jika tiada apa yang berubah dalam tindakan puan dan suami dalam menanganinya, keadaan tidak akan berubah dan masalah akan bertambah lagi. Pasti perlu ada perubahan selepas berbincang dengan suami .

Ketiga, perlu ada perbincangan dua hala (puan dan suami) dalam suasana bertenang dan bersifat objektif serta mempunyai matlamat untuk mencapai satu keadaan ‘menang-menang’.

Perbincangan semata-mata untuk mencari penyelesaian tanpa membabitkan emosi dan kepentingan diri.

Keempat, jika puan memutuskan untuk berhenti kerja, perbincangan perlu berkisar di sekitar perbelanjaan yang diperlukan.

Begitu juga penelitian ke mana wang yang ada dibelanjakan dengan terperinci. Dengan ini mungkin akan lebih jelas apa akan berlaku jika puan berhenti kerja buat seketika sehingga masalah perangai anak sulung dapat ditangani dengan baik dan perubahan positif berhasil.

Kelima, jika memutuskan masih perlu bekerja, maka mungkin puan perlu dapatkan cara lain seperti balik kerja lebih awal untuk memberikan ‘masa kualiti’ yang lebih kepada anak.

Dalam pada itu pengurusan masa yang efektif ketika di pejabat perlu diperhalusi kerana kerja di pejabat tidak akan pernah habis!

Keenam, puan dan suami perlu berperanan dalam mengubahkan perangainya. Anak ini perlu didisiplinkan.

Untuk mendisiplinkannya puan perlu memberitahu kepadanya, perbuatan dan perangai bagaimana yang tidak boleh diterima dan apa denda jika dia lakukannya.

Berpakatlah dengan suami untuk bertindak sama, jangan puan buat lain, suami pula bertindak cara lain. Nanti anak puan akan keliru.

Cuba mendisiplinkan anak dengan tegas, konsisten dan lembut serta penuh dengan sifat rahmah. Perlu banyak bersabar.

Jangan lupa berdoa dan munajat untuk anak dalam solat. Doanya: “Rabbana hab lana min azwajina wa zurriyatina qurrata a’ayun, wajaalna lill mutaqiina imama.” Maksudnya: “Ya Tuhan kami berikanlah kepada kami pasangan dan anak-anak (zuriat) yang menjadi penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin kepada orang yang bertakwa.”

Sebenarnya untuk menangani masalah ini, puan dan suami perlu lakukan transformasi dalam mindset dan tindakan.

Jika semua usaha ini tidak berhasil, puan perlu membawa anak ini berjumpa pakar untuk merawatnya.

Pelbagai rawatan boleh dipilih sama ada dari pakar psikologi kanak-kanak, kaedah rawatan energy healing, homeopati, perubahan cara pemakanan dan mengamalkan banyak doa pelembut hati.

Jangan tawakal dengan usaha fizikal dan mental saja, usaha spiritual juga perlu. Tawakal semestinya kepada kekuasaan Allah dengan memohon pertolongan daripadanya sepanjang masa.

 

DOA DISIPLINKAN ANAK

“Rabbana hab lana min azwajina wa zurriyatina qurrata a’ayun, wajaalna lill mutaqiina imama”

Maksudnya:
“Ya Tuhan kami berikanlah kepada kami pasangan dan anak-anak (zuriat) yang menjadi penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin kepada orang yang bertakwa

JAWAPAN disediakan oleh Dr Suriya Osman, doktor perubatan dan perunding ‘life coach’. Soalan dan jawapan boleh dilayari di http://www.bicarakalbu.blogspot.com

Artikel dengan kerjasama Wanita Jemaah Islah Malaysia.

 

20 Respons

  1. Assalamualaikum,

    Salam ukhuwwah ya Ukhti nursyirah..

    ana aida nak tanya, camne nak buat blog sendiri,

    bole ke Ukhti, kongsi ilmu?

    tunjukkan cara2 utk membuat blog.

  2. salam ukhwah aida….

    sebenarnya, sue pun x byk ilmu tang komputer ni. sue try n belajar sendiri mcmna nak buat. mang agak payah juga nak buat mula2. nak terangkan secara ‘taip’ ni susah, lainlah aida dkt sue @ depan mata mudah sikit nak suruh klik mana satu:)

    sue lbh prefer aida masuk dalam link sue ‘ rosseni ‘. cuba klink blog umi. pada sue, umi lbh jelas mahir dlm hal2 tang blogs. sbb mang umi lecturer dlm komputer. try masuk blogs umi dulu ya. suma ada dlm blogs umi. segala penerangan pun mudah n jelas. sue dah pernah masuk n blogs itu jugak jadi rujukkan sue kalo ada mslh tang blogs.

    gudlak, moga berjaya hasilkan blogs… jadikan blogs sbg ‘rumah peribadi’ yang sentiasa di isi ngn benda berfaedah…

  3. Salam..

    Ukhti sue,

    Syukran! bg maklumat 2..

    Nnti klu ada apa2 kemusykilan, boleh kan sy tanya lg kat Ukhti sue?..

  4. salam….

    ble aje aida…xde mslh nak bertanya….apa yg mampu sue terangkan n bantu akan sue bantu yer….

  5. orang melayu kena bersatu, baru kita boleh berjaya.melayu boleh.sapa kata tak boleh.

  6. asalamualaikum… selain doa pelembut hati bagi anak-anak nakal,adakah doa bagi membuka hati seseorang muslim itu untuk mengerjakan ibadat serta kembali ke jalan yang di redhai NYA? pelbagi usaha telah di cuba, namun tidak juga berhasil.segala yang saya lakukan hanya dipandang sepi olehnya.khidmat orang ketiga juga telah diguna.namun tidak membuahkan hasil.hatinya seolah-olah langsung tidak tergerak untuk sama-sama mengerjakan ibadah.sedangkan hamba ALLAH ini sentiasa melakukan kebaikan dan kebajikan sepanjang hidupnya.sebagai saudara seagama,saya amat berharap agar saya dapat lakukan sesuatu untuk hamba ALLAH itu…amatlah merugikankan sekiranya dibiarkan usia emas berlalu begitu sahaja tanpa amal dan ibadat kepada NYA..dan amat menyedihkan sekiranya hamba ALLAH ini tidak sempat bertaubat sebelum ajalnya…semoga kalian semua dapat menolong dan memberi jalan kepada saya bagaimana untuk menyedarkan hamba ALLAH ini..semoga dengan berkat usaha ini, ALLAH akan memberikan petunjuk kepadanya…insyaallah..

  7. Berkomunikasilah dengan Allah moga Allah membuka jalan pada anda untuk membawanya mendekati Allah.
    Saya suka untuk berkongsi website yang byk membantu saya dalam byk hal…

    sila ke http://www.fuadlatip.com/

  8. Salam,

    Saya mempunyai masalah di tempat kerja yang mana saya sering di herdik dimaki hamun oleh rakan sekerja dengan perkataan yang kesat walaupun atas kesalahan yang kecil. Sy tidak prenah memaafkan dia kerana pernah berkta ‘muka kau mcm tampal kulit babi’ hanya kerana sy mengucapkan selamat pg kepada bos sy dan menganggap sy kaki bodek.. Ya Allah sy sugguh tak tahan berkerja di sana tapi kerana mencari rezeki sy terpaksa bertahan. Bagaimanakah caranya sy nak menghadapi situasi ini dengan hati tenang dan redha atas perbuatan dia selama ini dalam mana sy terpaksa menghadapinya setiap hari. apakah doa amalan pelembut hati mencukupi kerana sy melihat walaupun doa dibaca dia tetap tidak berubah. Ada sesiapa boleh membantu. Wassalm

    • salam melati…

      mang agak rumit n stress bila berhadapan ngn kwn sekerja yg kuat memaki… kita manusia, tahap kesabaran kita pun ada batasnya… cuma yg saya nak nasihatkan, sabar lah walau tersiksa…

      byk alternatif ble digunakan… doa tuh kan senjata org islam… gunakanlah sepenuhnya… bila kena maki tanpa kesalahan, niat dlm hati spy org tuh berubah sbb org teraniaya ni doanya makbul… blh jugak jadikan amalan rutin setiap hari ayat 21 Surah Al-Hayr @ Surah Al-Anbiya – Nabi Ibrahim (lupa ayat yg berapa…ayat tuhh adalah MUKJIZAT Nabi Ibrahim yg tukar Api jadi Sejuk) @ zikir setiap hari Yaa Latif (Yang Maha Lembut)…. jgn anggp doa tuhh xada apa2 faedah, doa tuh kan satu ibadah n merupakan senjata umat islam…ia adalah ibadah yg sgt dituntut… malah merupakan satu zikrullah….

      jadikan bacaan Yasin selepas Solat Subuh setiap hari sebagi amalan rutin harian…. segala urusan akan dipermudahkan insyaAllah…

      • terima kasih. semoga doa sy di makbulkan Allah segera kerana sy hanya ingin mencari rezeki halal untuk anak2 sy dalam keadaan tenang. amin

  9. salam,

    saya pernah berkahwin kemudian bercerai pada usia sangat muda, perkahwinan pertama saya dikurniakan 2 anak lelaki yang sangat baik dan mudah dilentur, jodoh saya tak panjang saya dan suami bercerai secara baik.bagaimanapun bekas suami meminta agar saya membenarkannya membesarkan 2 putera kami dengan penuh kasih sayang..ditakdirkan pula saya bertemu jodoh lagi tetapi dengan orang jauh. Bekas suami merayu agar saya tidak membawa mereka kerana itu sahaja harta kami yg ada..Saya beralah demi kebajikan anak memandangkan saya jugak tidak punya pekerjaan tetap..hubungan kami masih baik, walaupun jarang bertemu dengan anak2 disebabkan jarak dan suami tidak mengizinkan saya pulang ke kampung halaman hanya telefon penghubung kami anak beranak. Malahan bekas suami juga sangat bertimbang rasa kini, kami bersahabat baik dan sentiasa bertukar khabar dan pendapat tentang anak2..Alhamdulillah, kami gagal sebagai suami isteri tetapi berjaya sebagai sahabat..Dengan suami ke 2, awal2 lagi dia memperlihatkan keengganan untuk membenarkan saya membawa anak2..bukan keputusannya tetapi kerana ibu dan bapanya tidak suka. Ibunya pulak sehingga kini masih tidak menyukai saya dan amatlah membenci saya. Selepas 7 tahun, perangainya masih tak berubah Beliau hanya berlaku sedikit baik pada saya ketika arwah ayah mertua sakit tenat selama setahun akibat kanser prostat…itu pun kerana ibu mertua tidak mahu anak2 perempuannya susah payah menjaga arwah suaminya yang sakit. Arwah ayah mertua juga sebenarnya begitu membenci saya. Mereka tergamak memaksa suami saya menceraikan saya ketika saya mengandungkan anak ke 3…apa yang saya ingin luahkan di sini, hina sangat kah saya sebagai seorang janda yg tak layak dinikahi oleh anaknya? bertahun saya menahan kesabaran sehinggakan saya rasa saya menjadi buta hati. Saya kini sudah jadi tak ambik peduli tentang dia, tak mahu masuk campur urusan ibu mertua…Saya malas, saya meluat dengan sikapnya yang suka mencari pasal. Saya masak atau tdak, buat kerja di rumah atau tidak, semuanya tak pernah betul di matanya. Ada sahaja benda yang akan menyebabkan beliau menghentak2 barang2 di dapur atau di mana2 di dalam rumah ini sebagai tanda protes atas jua aktiviti dalam rumah. Yang saya benar2 rasa terkilan kerana ketika arwah ayah mertua sakit, mereka mahu berbaik2 dengan saya, saya sangka mereka telah berubah …Saya rasa bodoh betul saya tertipu dengan lakonannya. Arwah ayah mertua yang semasa sihatnya tersangat membenci saya, pernah memaki hamun saya dan menyumpah seranah dengan pelbagai kata2 lucah dan jijik utk disebut, saya jaga, saya bersihkan najis dan kencingnya saya tadah kerana arwah tak mampu berdiri dan berjalan sendiri, saya papah sendiri, berulang setiap 2 kali setiap minggu selama 1 tahun hingalah hari arwah ayah mertua meninggal.Bagaimana pun pantasnya perangai ibu mertua kembali ke asal pada hari arwah ayah mertua meninggal. Ibu mertua dan anak2 perempuannya mula menunjukkan sikap sombong, angkuh dan penting diri seperti sebelumnya..mereka memandang saya dengan pandangan benci dan jijik, hinggakan ibu saya yg tidak bersalah dan datang dr jauh pada dasarnya utk menziarahi ibu mertua yang baru kehilangan, berkongsi duka..namun sedih sekali apabila ibu mertua memperlakukan ibu saya seperti org yang hina…tidak disambut dengan salam malahan dia berkurung di dalam biliknya tidak mahu keluar..tetapi apabila besan (keluarga mertua anak bongsunya datang hari yang sama, beliau melayan dengan cukup mesra..disambut dan dilayan baik…ibu saya disisih seolah2 tak wujud….sepanjang arwah ayah mertua sakit tiada seorang pun dr 2 anak perempuan mereka yang mahu bergilir membantu menjaga…membersihkan ayah mereka dan membawanya menjalani rawatan di hospital.semua tanggungjawab dipikul oleh suami saya ( anak tunggal lelaki) yang bekerja siang malam dan masih bekejar balik di antara waktu kerjanya utk menguruskan ayahnya..tanggungjawab itu saya ambik alih walau terasa janggal memandangkan saya perlu menguruskan keadaan arwah ayah mertua yang menderita kanser prostat yang kronik. Arwah kencing melalui tiub yg disumbat di hujung alat sulitnya dan saya terpaksa mengenepikan rasa malu dan belajar memasang dan mengantikan tiub jika tercabut memandangkan suami kerja tak tentu masa…suami tak cukup tidur dan rehat kerana selepas balik bekerja, suami terus melayan karenah arwah ayahnya yg tidak boleh tidur sepanjang malam…tekanan kerja dan keletihan menjadikan suami pendengus dan saya dan anak2 jadi mangsa..itu pun saya masih bersabar..
    Saya tak kisah walaupun saya diperlakukan seperti kain buruk sepanjang waktu itu, tapi yang benar2 melukai hati saya sehinggakan saya jadi mati hati bila meihat ibu saya yg tak bersalah dilayan bagai pengemis oleh keluarga suami. Dari saat itu saya beritahu ibu saya, andai datang ke rumah saya dari seberang laut china selatan, mahu bertemu saya dan cucu2 nya, tak perlulah datang ke rumah saya…kami hanya akan bertemu di hotel penginapan ibu…Saya juga beritahu ibu, andai ibu mertua saya meninggal kelak, ibu saya jugak tak perlu hadir…bergenang airmata ibu melihat saya berkata begitu. Saya menderita dengan sikap ibu mertua saya sehingga hari ini…ucapan terima kasih tak pernah saya dengar, patah lagi ucapan maaf kerana memperlakukan ibu yg melahirkan saya sedemikian…
    Saya puas menangis dahulu, tapi sejak 2-3 tahun kebelakangan ini saya rasa rugi menangis utk manusia yg tak tahu berterima kasih dan bersyukur…Bila keinsafan mengunjungi, saya tahu ini bahagian yang saya dapat dariNYa atas dosa2 saya yang saya tak sedar, bagaimana pun bila syaitan menguasai hati saya, mahu saja rasanya saya buat seperti yang ibu mertua katakan iaitu saya menantu jahat..Kadangkala mahu rasanya saya suruh aje beliau keluar dari rumah dan tinggal bersama nak perempuan kesayangannya…astaghirullahaladzim….
    saya lihat ibu mertua bukan seseorang yang mudah dilentur…malahan beliau yg telah berusia 60 an, masih tidak mendirikan solat, malahan ibu mertua mewarnakan rambutnya dengan warna hitam dan memakai minyak wangi ketika dalam edah kematian suami. Padahal arwah suaminya baru sahaja 3 hari dikebumikan ketika itu…Saya menegur suami meminta beliau menasihatkan ibunya. tetapi suami pun tak endahkan….
    saya tak tahu apakah caranya melembutkan hati wanita yang melahirkan suami saya, ayah kepada anak2 perempuan saya ini..? Adakah surah2 tertentu yg boleh saya amalkan agar suatu hari nanti beliau berubah? hati saya berperang…terus terang, kini hati saya dipenuhi rasa benci dengan perbuatan mereka terhadap ibu saya….jika saya turutkan hati yg dihasut syaitan, hati dan fikiran saya dipenuhi rasa menyampah dan meluat terhadap beliau….astaghirullahaladzim….

  10. Salam,

    Terharu saya membaca kisah hidup puan dan berharap puan tidak berhenti berdoa kepada Allah. Yakinlah dan percayalah dgn sepenuh hati Allah tidak pernah tidur dan maha melihat segalanya. Jangan sesekali berhenti berdoa. Kadang kala Allah lambat mengabuli doa kita untuk menambahkan keimanan kita. Mungkin juga sebagai kafarah (penghapus dosa). Bersabarlah. Mungkin dengan ujian maha berat ini makin mendekatkan diri puan dgn Allah serta mengingatiNya lebih dari biasa. Jangan mengeluh dan yakinlah sepenuhnya rencana Allah adalah yg terbaik.

    Sekadar ingin berkongsi; biasakan hati dengan selalu berdoa. Ketika memasak, mencuci, menyidai baju, melipat baju malah apa2 aktiviti pun, basahkan lidah dengan zikir Ya- Latiff dan doa nabi Daud yg maknanya “Ya Allah lembutkan hati si fulan sepertimana Engkau cairkan besi kepada Nabi Daud”. Kemudian tanamkan kepercayaan sepenuh hati yg Allah akan makbulkan. Setiap masa mesti berdoa. Doa di bawah ini juga baik diamalkan ketika menyediakan makanan/minuman mereka yg kita harap akan dilembutkan hati mereka

    Doa Melembutkan Hati Anak / Suami / Isteri

    Ayatnya berbunyi : Alla hu latifum bi’ibadihi, yar zuqumay..ya sha… wahuwal qa wi yul aziz.- Assyura-19

    Tafsirnya: “ِAllah maha lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang telah ditetapkan), dan Dialah yang maha kuat, lagi maha kuasa.”

    Ada satu lagi Ayat yg saya sentiasa amalkan iaitu Ayatul Mahabbah (Surah Al Imran ayat 31) supaya sentiasa dikasihi oleh anak2, suami, jiran, rakan sepejabat, mertua dll.

    Suraj Tahaa 1-6 juga baik dihafal dan ditiup semasa menyediakan minuman/makanan.

    Saya berharap puan tidak berhenti bersabar dan terus berharap Allah bersama2 puan. Walaupun bukan mudah untuk bersabar/tabah dgn ujian sehebat itu, yakinlah balasan Allah adalah syurga bagi orang2 yg sabar. Amin.

  11. assalamualaikum,terlebih dahulu saya memohon maaf pada puan munkin apa yg ingin saya coretkan disini tidak berupaya membantu puan.perkataan sabar adalah ibu bagi segala nasihat,dan apa yang saya rasakan sabar telah menjadi makanan harian puan,dan perkataan itu jugalah yang selalu puan dengar tetapi apakah sabar yang diprkaktik oleh puan dapat memberi ketengangan dan jalan kesudahan bagi masaalah yg puan hadapi skg.semua org mesti akan berkata sabar puan,tetapi sebagai seorang manusia setakat mana mana kesabaran dapat ditahan sedangkan setiap hari dugaan makin berat,hati bukan setakat terguris tapi sudah terluka,sudah hancur,remuk,redam hingga terasa pembelaan daripada sesiapapun yang mampu memberi penawar untuk kesakitan yang begitu lama hingga menanah,berkudis,hapak hanyir,tapi siapa yang menanggung,orang yang banyak memberi kata sabar sebenarnya belum diuji.sebenar dalam permasaalahan ini puan harus kembali pada allah,puan carilah masa yang sesuai dikala puan terasa betul-betul pilu,resah,luahkan apa yang puan ingin katakan,buangkan apa yang tersimpan hingga tiada lagi apa lagi yang puan ingin katakan,buangkan air mata semahunya,lepaskan segala kesedihan,apa-apa saja hingga puan terasa ringan,jangan puan tinggalkan walaupunpun satu patah perkataan yg akan menjadi rahsia pribadi,buangkan ,isyaallah jika puan lakukan tepat pada masanya..masaalah tetap masaalah tapi puan akan rasa tenang.untuk menghadapi perkara yang sama pada esoknya.

  12. saye nak bertanya 2 soalan apa ka.. ayat yang perlu kita baca apa bila kita berhadapan dgn masaalah??mcm2 masa alah….
    2..apa ka ayat yang kita perlu baca apa bila isteri kita hamil.. suka sangat merajuk.. sampai nak pecah kepala aku ni haaa…. apa ka ayat yang boleh lembut kan hati isteri kita

  13. Salam. Untuk anak nakal cuba petua ni. Basuh kaki bersih-bersih. Ambil air sembahyang. Bila time basuh kaki tadah air tadi. bacakan doa nabi daud untuk lembutkan besi. Insyaallah ada kesannya. Buat paling kurang 7 hari berturut-turut. Sembahyang jangan tinggal. Selalu sedekah niat agar Allah lembutkan hati sapa-sapalah. TQ

  14. saya nak mintak pendapat dari orang yang berkenaan, mnusia tak lari dari melakukan kesilapan, dan saya akui saya jugak penah buat salah disatu masa dulu. sekarang saya betul2 insaf n bertaubat. saya juga sudah berumah tangga n mempunyai seorang cahaya mata, kadang2 saya risau mungkin kah anak saya akan mengikut kelakuan tak baik dari saya n ayahnya.. persoalan ini amat merungsingkan saya . kadang-kadang terfikir untuk tidak melahirkan anak lagi sebab takut kalau anak-anak tak menjadi seperti apa yang diharapkan oleh setiap ibu dan ayah.. harap persoalan ini dapat di jawab.. terima kasih.

  15. assamualaikum..sya nk kngsi ksah hdup sya ngn korg yg sdi bca komen sya nie…sya nie adalh ank prtma dlm 5bradik..hdup srba sdrhana..Sya ingin mnta pndngan dr korg..ibu bpa sya spertix xprhatian ttg dri sya..cm org yg len..sya jga mmerlukn kc syg dr ibu bpa sya..tp sya rsa cm tbiar..impian keinginan hrapn dn cta2 sya trhlang oleh ibu bpa sya..krna bla sya mncritakn ssuatu yg sya inginkn..mrka slalu xmnstujuix..apakh yg p2t sya buat agr dpt mlmbut kn ht kdua org tua sya..

  16. doa yang berguna…terim a kasih

  17. salamm… saya ingin meminta pendapat, nasihat atau petua dari kawan tentang masalah saya.. saya adalah seorang ibu kepada anak kembar (lelaki). kedua2 anak saya boleh di kategori sebagai kanak2 yg lasak dan hiperaktif.. kdg2 saya tak boleh handle perangai dan telatah anak2 saya dan sering marah… marah yg amat sgt tapi tak lah sampai ke tahap memukul mereka.. saya amat khuartir tentang masalah kemarahan saya ini.. walaupun saya skrg tak meninggalkan solat.. kemarahan tu kdg2 masih ada juga.. tolong saya kawan2 saya amat memerlukan petua dan nasihat.. untuk panduan saya handle perkara ni.. nasihat dlm bentuk apa2 pun saya sudi pertimbangkan dan menerima.. terima kasih..

  18. Maksud saya melembutkan hati seseorang karna ada sesuatu hajat

Tinggalkan komen